Monday, March 31, 2014

MENTERI PERANG BN : KITA NAK DUIT LAGI ! DUIT YANG DULU DULU TUH, DAH HABIS KAMI ENJOY ...


Ahli Parlimen DAP, Steven Sim (gambar) hari ini menyelar kenyataan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang dilihat menjadikan misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai peluang untuk membeli aset pertahanan negara baru.
Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut mempertikaikan kenyataan Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa) Dr Noordin Ahmad yang menyifatkan satelit RazakSat-2 yang akan dilancarkan pada 2016 dapat membantu negara menghadapi insiden kehilangan pesawat.
"Ini satu rujukan sangat jelas kepada insiden MH370. Hishammuddin dakwa, ini masa untuk dapatkan lebih banyak wang beli aset pertahanan baru dalam hadapi krisis MH370.
"Amat malang sekali, kami berpendapat krisis MH370 sebagai satu alasan untuk pergi membeli-belah," katanya dpada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

PM UMNO/BN : KITA TAK SETARAF AUSTRALIA ...


Tidak ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang tahu siapakah Bill Shorten. Beliau bukanlah penumpang pesawat MAS MH370, bahkan tiada saudara maranya yang menaiki pesawat tersebut. Bukan juga pakar penerbangan yang membuat apa-apa teori berkaitan, malah bukan juga perisik.

Jadi apa kaitannya beliau dengan insiden MH370? Tidak ada lansung!

Beliau hanyalah Ketua/ presiden Parti Buruh merangkap Ketua Pembangkang dalam parlimen Australia. Shorten berusia 46 tahun dan menjadi ketua pembangkang sejak 2013. Beliau menjadi Ahli Parlimen sejak 2007 lagi.

Yang menarik perhatian saya bukanlah latar belakang peribadi dan politik beliau tetapi cara masyarakat Australia menghormati sistem demokrasi dan antara satu sama lain.

Ketika membelek akhbar harian, The Star hari ini, saya terlihat suatu berita yang menunjukkan Shorten melawat pasukan Mencari dan Menyelamat MH370, Tentera Udara Diraja Australia di Lapangan Terbang Pearce, Bullsbrook, Australia.

Bagi negara seperti Australia, ketua pembangkang bebas untuk melawat mana-mana jabatan kerajaan dan kakitangan kerajaan pula tidak dicop yang bukan-bukan kerana kunjungan ketua pembangkang.

Perkara ini merupakan suatu contoh bagaimana demokrasi diraikan dan dihormati. Sebelum ini pun, Perdana Menteri Australia membentangkan penemuan baru di parlimen, bukannya secara sorok-sorok seperti di Malaysia – pembangkang kena memohon untuk mendapat taklimat tentang MH370.

Saya berharap, suatu hari nanti rakyat dan pemerintah di Malaysia benar-benar melaksanakan prinsip demokrasi dan menegakkan keadilan tanpa ada batas politik, pangkat, keturunan, agama dan bangsa.

RAKYAT KEDAH : TAHNIAH MUKHRIZ ! SYABAS UMNO/BN KEDAH ....

LANGKAWI - Ini baru UNTUNG..buat MAAHAD TAHFIZ mana UNTUNG..!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSLjhLM6tzbmyVYs0wUxMGf6Z1z6p1km_0LP07Z342cU6abkyxjhdwoWsUisS8D-wtSXPTT7z1fbH2CVWIjpgc8e9bXm6A89T3fmNhWNX_ORzxTZ6mqNT66Ie73opx_tocFtoM2Sc0oIm7/s1600/988502_620717587948209_1865404621_n.jpg 
 

TAHNIAH KERAJAAN MUKHRIZ
DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PENGUNDI 
Pegi mapos dengan tahfiz hangpaaa.....
 
macam nih baru syiok !!!
HIDUP UMNO KEDAH ! SYABAS BN KEDAH !

WAWASAN 2020 : INI WAWASAN 2 KUPANG, DUA KUPANG ...

Hutang isi rumah meningkat, pendidikan merosot, Wawasan 2020 hanya mimpi?

lge kanak2

KUALA LUMPUR, 31 MAC: Kualiti sistem pendidikan merosot dan peningkatan hutang isi rumah merupakan ancaman besar yang mampu merosakkan Wawasan 2020, kata Ahli Parlimen DAP Bagan, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, hutang isi rumah yang tinggi akan menurunkan kualiti kehidupan dan rekod sosial membuktikan bahawa pendidikan anak-anak akan menjadi mangsa pertama apabila kesempitan ekonomi melanda.
“Pendapatan negara tidak meningkat dengan cukup untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.
“Peningkatan harga barangan seperti gula, petrol, tarif elektrik dan premium insuran motor dari Kerajaan BN tahun lalu makin menekankan hakikat bahawa upah tidak dapat mengatasi inflasi,” katanya ketika berucap dalam Perbahasan Bajet Tambahan di Dewan Rakyat, hari ini.
Demikian itu, beliau mencadangkan agar kerajaan melaksana gaji minimum RM1,100 bersekali tempoh tangguhan selama 5 tahun untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) supaya dapat meningkatkan pendapatan rakyat serta membantu pertumbuhan ekonomi.

Jelasnya, dasar gaji minimum PR sebanyak RM1,100 boleh diterima PKS asalkan ia tidak merangkumi pekerja asing.
“Setelah tempoh tangguhan 5 tahun, PKS harus membayar gaji minimum kepada semua pekerja, sama ada asing atau tempatan. Malaysia kerugian apabila pekerja asing hanya menghantar balik kebanyakan gaji mereka.
“Jumlah kiriman wang pekerja asing sah berganda daripada RM10 bilion pada 2009 kepada hampir RM20 bilion tahun lalu. Angka ini dijangka berganda apabila gaji minimum dilaksanakan ke atas pekerja asing.
“Untuk itu, majikan dan pekerja harus dijaga dengan memastikan mereka menikmati gaji minima lebih tinggi iaitu RM1,100 sebulan dan dengan memberi PKS satu tempoh tangguhan selama 5 tahun agar dapat menyesuaikan diri sebelum membayar gaji minimum kepada pekerja asing,” ujarnya. -Roketkini.com
 

UMNO PERAK : IMAM KAMI KAKI TIDOQ ....

Apa cerita dengan Masjid Negeri Ipoh - Belum lagi DAP perintah!

Adoi..doi..doi.. malunyer aku rasa... kalau masjid atau surau kampun orang asli satu hal juga,, ini masjid di Ibu negeri... Masjid paling senior dalam sebuah negeri.. apa cerita ni..




kalaulah cerita ni berlaku dinegeri sebelah seberan sana, Pulau Pinang, memang cari nahaslah, dapat pulak berita ni kat Utusan Malaysia.. ha ha ha.. surehobeh lagi...

Nak bersangka baik ke,, muazzin cuti pada subuh hari minggu tu,, kalau kat Pulau Pinang lain ler... kononnyer tak boleh guna pembesar suara, sebab DAP perintah,,, jadi muazzin boleh ler relax.., 

Nak bagi Tok Imam, dgn Muazzin datang awai, pemimpin kena turun sama mari jemaah, baru betoi,,,  kalau Ipoh siapa ya, MB la,,siapa lagi,, baru ngam dengan masjid negeri.. Tok Mufti? Susah sikit kut,, mungkin jemaah dekat dgn rumahnya,, Paling best dan terbaik MB bawa tilam dan selimut mai tidoq kat masjid setiap malam minggu,, 
siap boleh Iktiqaf, tahajud,,, kalau nak best yahana-yahana sekali... baru ler pemimpin bersama rakyat... 

DAILY MAIL : KAMI MAU BUAT UNTUNG SAJA ....

MH370 - Pendedahan mengejutkan isteri Kapten Zaharie, Sah Daily Mail menipu!

laniismaa
Kapten_Zaharie_Keluarga
Laporan Daily Mail mengatakan mereka bercakap dengan keluarga Kapten Zaharie di sini.

Namun begitu keluarga Kapten Zaharie menyelar dan menafikan laporan akhbar tabloid tersebut yang menyatakan juruterbang MH370 mengalami gangguan fikiran beberapa minggu sebelum pesawat hilang pada 8 Mac.

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat mendapati Kapten Zaharie tidak boleh dikaitkan dengan kehilangan MH370 selepas tidak menemui apa-apa yang pelik terhadap simulator penerbangan Boeing 777 miliknya.

“Wahai Daily Mail hentikanlah membuat drama walaupun anda sangat pandai membuat cerita dan skrip yang tidak benar.

“Semoga tuhan mempunyai belas kasihan terhadap roh anda. Saya tidak akan maafkan anda,” tulis anak juruterbang itu, Aishah Zaharie di akaun Facebooknya malam tadi.

Satu emel yang dihantar kepada The Malaysian Insider juga menafikan ahli keluarga juruterbang itu bercakap kepada Daily Mail.

Selain daripada anak lelaki Kapten Zaharie, tiada sesiapa daripada keluarganya yang pernah bercakap kepada media. - Ekeleh.com

ISRAEL : KANTOIKAH KAMI ???


Apa Motif Israel Miliki Pesawat Serupa MH370 Ini?

Selain teori konspirasi melibatkan Amerika Syarikat, satu lagi pihak yang amat hangat diperkatakan sebagai 'dalang sebenar' di sebalik kehilangan MH370 adalah puak Yahudi atau Israel.

Teori ini dibawakan seorang wartawan Amerika Syarikat yang menulis buku berjudul Solving 9-11: The Deception that Changed the World, Christopher Bollyn.

Untuk rekod, Bollyn yang turut membantu Profesor Steven E. Jones dalam menganalis serangan 9-11 telah muncul dengan bukti-bukti yang mengaitkan Israel dalam serangan ini namun mereka berdua telah 'mendapat susah' termasuk diserang dan dipenjara.

Meskipun penglibatan Israel tidak dapat dibuktikan, namun ada alibi tertentu yang membuatkan teori ini turut kencang diperkatakan.

Selain Kedutaan Israel didakwa 'cuti tanpa sebab kukuh' pada hari kejadian (sama seperti yang berlaku pada hari serangan di Twin Tower, Amerika Syarikat pada 9 November 2001) terdapat bukti lain yang lebih membuka mata.

Ia adalah tindakan Israel membeli dan memiliki sebuah pesawat Boeing 777 2H6(ER) lama milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS).

Pesawat 'kembar' MH370 ini telah dirakam di sebuah lapangan terbang kecil di Tarbes–Lourdes–Pyrénées, Perancis pada 4 OktobeR 2013 sebelum ia dibawa ke Lapangan Terbang Ben Gurion, Tel Aviv, Israel pada 4 November 2013.

Difahamkan, pesawat MAS Boeing 777 dengan nombor siri 28416 dan didaftarkan sebagai 9M-MRI ini telah dijual kepada GA Telesis, LLC di Fort Lauderdale, Florida pada 21 Oktober 2013 sebelum didaftarkan sebagai N105GT.

Pesawat ini disimpan di Tarbes Lourdes Pyrenees pada 4 Oktober 2014 sebelum dibawa ke Tel Aviv sebulan kemudiannya.

Persoalannya, mengapa Israel membeli dan mahu memiliki pesawat lama MAS ini?


Jika dirujuk kembali reaksi Israel berkaitan kehilangan MH370, seorang 'pakar keselamatan' negara tersebut, Issac Yeffet pantas mengaitkannya dengan teori bahawa MH370 telah ditawan pengganas dan dibawa ke Iran untuk digunakan bagi siri keganasan akan datang.

Yeffet dilaporkan memberi kenyataan kepada Times of Israel:

"What happened to this aircraft, nobody knows. My guess is based upon the stolen passports, and I believe Iran was involved. They hijacked the aircraft and they landed it in a place that nobody can see or find it." (Tiada siapa tahu apa sudah berlaku pada pesawat tersebut. Berdasarkan kes pasport curi yang dilaporkan, saya percaya Iran terlibat dalam hal ini. Mereka telah merampas pesawat dan menerbangkannya ke satu tempat yang tidak dapat dijumpai).

Pendapat ini turut disebarkan oleh individu yang bukan rahsia lagi merupakan agen Israel dan penyebar propaganda Zionis iaitu Rupert Murdoch yang turut memberikan komen senada:

Obama should call Chinese President following today's incident and say "we both have the problem of Muslim terrorism. Can we work together?"
3:50 AM – 8 Mac 2014

777 crash confirms jihadists turning to make trouble for China. Chance for US to make common cause, befriend China while Russia bullies.
4:15 PM – 9 Mac 2014

World seems transfixed by 777 disappearance. Maybe no crash but stolen, effectively hidden, perhaps in Northern Pakistan, like Bin Laden.
2:23 AM – 15 Mac 2014

777. Still think this a reminder that US and China should be working more closely on Muslim extremist threat.
2:26 AM – 15 Mac 2014


Sejak dahulu lagi, Israel sering 'digosipkan' sebagai perancang licik dalam banyak agenda dunia termasuk serangan 9-11.

Rancangan ini kadangkala dapat dihidu selepas kejadian berlaku, contohnya menerusi filem Medusa Touch pada tahun 1978 yang menunjukkan adegan serangan persis 9-11 di penghujung filem.


Pembikinnya, Arnon Milchan selepas diteliti adalah penerbit filem yang juga anggota perisikan Israel, Mossad.

Jadi selepas diambil kira tentang pesawat MAS yang secara tiba-tiba menarik minat Tel Aviv, tak dapat tidak kita akan terfikir bahawa tidak mustahil jiak kehilangan MH370 adalah satu daripada plot yang sudah dirangka oleh Israel.

Pada masa sama, Israel mungkin telah menunjukkan petanda mahu menjadikan Iran sebagai kambing hitam sambil misi utama mereka sebenarnya mewujudkan false-flag bagi mengatur satu kejadian serangan ala 9-11 menggunakan pesawat MAS tidak lama lagi?

Apa pun, teori kekal sebagai teori selagi ia tidak dibuktikan secara sahih. Sama-samalah kita doakan semoga kebenaran akan ditunjukkan akhirnya.

Wallahu'alam. - REM RAMZI MYNEWSHUB



Are the Israelis Planning Another 9-11 Using the Missing Boeing 777?


THE ISRAELI TWIN - Why would Israel have a plane identical to the missing Malaysia Airlines plane in storage in Tel Aviv? The plane in this photo is Boeing 777 2H6(ER) first flown in July 1998, Construction No. 28416* (Original Reg. No. 9M-MRI), an identical twin of the missing plane, which was given a new registration number (N105GT) and flown to Israel in November 2013.


EN ROUTE TO ISRAEL, NOVEMBER 4, 2013 - The former Malaysia Airlines Boeing 777-2H6(ER) (now a GA Telesis plane with new registration as N105GT) departs the Aéroport Tarbes-Lourdes-Pyrénées en route to Tel Aviv's Ben Gurion Airport, November 4, 2013.


THE TWIN PLANE IN TEL AVIV, ISRAEL, DECEMBER 2013 - What are the Israelis doing with this retired Malaysia Airlines plane in a hanger in Tel Aviv? Could it be part of a false-flag terror plot in the making? Where is this plane today?


THE MISSING PLANE - A photo by Bernhard Ebner of the missing Malaysia Airlines plane in Amsterdam, May 5, 2013. This plane, a Boeing 777-2H6(ER) with Construction No. 28420, Reg. No. 9M-MRO, was first flown on May 14, 2002, and delivered to Malaysia Airlines on May 31, 2002. It is thought to have crashed into the southern Indian Ocean on March 8, 2014.

Source: http://www.planespotters.net/Aviation_Photos/search.php

Source for Israeli Twin Plane Data:
http://www.planespotters.net/Production_List/Boeing/777/28416,N105GT-GA-Telesis-php

Source for Missing Plane Data:
www.planespotters.net/Production_List/Boeing/777/28420,9M-MRO-Malaysia-Airlines.php

OMG : DR. MAHATHIR PANAS PUNGKOQ LA MACAM NIH ..

Selepas hampir 30 tahun, Musa Hitam dedah Dr Mahathir berada di KL ketika peristiwa Memali



OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
MARCH 28, 2014
Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014. Tan Sri Musa Hitam yang dahulunya dipersalahkan dengan peristiwa Memali itu mendedahkan bahawa Tun Dr Mahathir yang terlepas kerana mengatakan beliau di China sebenarnya berada di Kuala Lumpur semasa kejadian tersebut. – Gambar diambil dari YouTube, 28 Mac, 2014.Selepas hampir 30 tahun peristiwa Memali berlaku, bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad berada di Kuala Lumpur, bukannya China sebagaimana yang diberitakan sebelum ini.
Pendedahan ini dibuat sendiri oleh Musa yang juga menteri keselamatan dalam negeri ketika peristiwa itu berlaku pada 19 November 1985 yang mengorbankan 14 orang dan berpuluh yang lain cedera.
Musa mendedahkan perkara ini dalam Diskusi Politik Malaysia: Dulu dan Sekarang anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang diadakan di Kota Bharu malam kelmarin.
Turut serta bersama beliau sebagai panel adalah naib presiden PAS Datuk Husam Musa dan moderatornya adalah Profesor Madya Datuk Dr Mohmamad Agus Yusof.
Musa ketika menjawab soalan Agus berkata, Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur ketika kejadian itu bahkan, "Dua tiga hari selepas kejadian itu pun dia berada di Kuala Lumpur."
Ia disambut oleh Agus dengan berkata "Oh my God," dengan nada terkejut ekoran pendedahan Musa itu kerana media melaporkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
"Ok, my God, our God," kata Musa menyambut kenyataan Agus sambil ketawa dengan pendedahan itu.
Dalam diskusi itu juga Musa berkata, "titik hitam dalam politik saya adalah Memali, saya cakap terus terang." Musa berkata, itulah juga yang dinyatakan beliau kepada kawan-kawanya dalam politik dan di mana-mana.
Menurut ensiklopedia bebas, Wikipedia, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.
Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya terbunuh.
Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara atau Operasi Hapus'.
"Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China," menurut Wikipedia, dan kini baru didedahkan sebaliknya oleh Musa apabila beliau berkata ketika itu Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Ibrahim pula tidak mahu menyerah diri kalau mahu ditahan di bawah ISA. Akibatnya polis merempuh perumahan Ibrahim Libya dan pengikutnya dengan kereta perisai dan mengakibatkan 14 terbunuh.
Musa dipersalahkan dengan peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di luar negara ketika itu, iaitu China.
Pendedahan Musa hari ini akan memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
PAS menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Allahyarham dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka. – 28 Mac, 2014.

Bila dikenang kisah Memali ni, teringat apa yang berlaku di Mesir sekarang ni, bagai saudara-saudara kita Ikhwan Muslimin dibunuh, sedangkan mereka-mereka yang kena bunuh dengan mereka yang tukang bunuh adalah sebangsa iaitu Arab dan beragama Islam,,, 

Begitu juga kes Memali, yang kena bunuh, dan tukang yang mengarah supaya membunuh adalah melayu dan beragama islam.

Jadi perkara 30 tahun yang lalu boleh berulang kembali bila-bila masa sahaja,,, inilah perangai dan dasar umno, ia hanya baik boleh buat kawan apabila terdesak atau didesak, tetapi apabila ia kuat, maka angkuh dan sombong dan sanggup melakukan apa sahaja demi nafsu dan amarahnya.

RAZAKSAT ???: NANTI SAT, TUNGGU SAT, TENGOK SAT ...SESATTT...


Menteri: Pertingkat sistem radar, teknologi

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh.

"Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi seperti sonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean.

Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

"Jika anda perasan, maklumat yang kita kesan adalah daripada satelit komersial bukan tentera. Jadi angkatan tentera di seluruh dunia perlu mengkaji semula keupayaan mereka.

"Saya percaya semua sedang melakukannya. Tetapi tugas saya (ketika ini) hanyalah untuk mencari MH370," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi". - Bernama

ULASAN GB

Nampaknya ekoran daripada kehilangan pesawat MH370, maklumat mengenai keselamatan negara telah bolos dan dikompromikan kepada negara-negara lain. Kata Hishamuddin: seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar".

Apa tahap keupayaan radar kita? Zero!


Satelit negara kita rupa-rupanya hanya mampu untuk buat siaran lansung untuk pertandingan bolasepak dan konsert-konsert hiduran!

Beli 2 buah scorpene, RM7.3 billion tapi tak boleh digunakan untuk SAR kerana tak dilengkapi dengan ciri-ciri pencarian dan menyelamat! Lama-lama scorpene ini obselete dan bakal dimuziumkan.

Kedua, kata Hishamuddin lagi "Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370."

Bererti negara kita kini begitu terdedah... kepentingan negara sudah diketepikan. Maklumat pertahanan negara diketahui oleh seluruh dunia yang membawa erti Malaysia menjadi negara yang sudah terdedah untuk diserang dan dijajah oleh mana-mana negara lain....

Anehnya Hishamuddin menambah lagi: bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

Jawapannya itu sama kisah Pak Pandir dan Mak Andeh. Bukankah apabila anak Pak Pandir mati kerana kecuaiannya, beliau menyatakan pada Mak Andeh, "bukan anak kita sahaja yang mati, anak orang lain juga mati."

Samalah ldengan hujjah hishamuddin itu, "bukan Malaysia saja kena menilai aset dan teknologi ketenteraan, negara lain juga..."

Namun yang ketara, Malaysia kini amat terbuka dengan ancaman dan serangan akibat dari kelemahan sistem pemerintahan negara yang ada kini. Mengeri dan menakutkan.

Tuesday, March 25, 2014

PRESIDEN UMNO/BN : HANGPA JANGAN LA TANYA BANYAK SANGAT !!!

 Ramai yang masih sangsi dan ragu-ragu mengenai kenyataan PM Najib malam tadi berhubung MH370 telah mengakhiri penerbangannya di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

 Ini adalah kerana kata mereka, tiada sebarang tanda-tanda penemuan bangkai kapal itu yang dapat disahkan.

 Entri saya sebelum ini, elok sangat jika korang ulang baca dulu. PM Najib cakap berbelit-belit sekadar memberikan 'bayangan' sahaja.Dia tidak berani berterus terang untuk berkata : "Penerbangan MH370 telah di haijek"

 Siasatan polis ke rumah Kapten Zaharie dan ko-pilot Fariq serta merta dilakukan selepas sahaja Najib membuat pengumuman yang hanya membayangkan bahawa pesawat tersebut telah dirampas.

 Polis telah membawa alat simulator Zaharie ke Bukit Aman untuk di periksa dengan harapan memberi penunjuk bagi mencari pesawat itu. 

  Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu hasil siasatan awal mendapati data log daripada simulator milik  Zaharie itu dipercayai telah dipadam ..... Penguman polis mengenai perkara seolah sengaja mahu menggalakan  orangramai bersyak wasangka yang buruk terhadap Zaharie. 

Pihak FBI mengesahkan tiada apa-apa yang mencurigakan mengenai alat simulator tersebut. 

  Siasatan intensif polis ke atas kedua-dua suspek utama, Zaharie dan Fariq tidak mempunyai apa-apa latar belakang untuk dituduh sebagai ekstremisme atau masalah psikologi - spekulasi membunuh diri tidak berkemungkinan sama sekali.

 Kalaulah saya seorang wartawan saya akan bertanyakan Najib soalan-soalan berikut yang mudah:

1) Dato' Seri, apakah MH370 itu sebenarnya telah dirampas semasa dalam penerbangannya?  

~ Maafkan saya, saya hanya boleh katakan, pergerakan-pergerakan ini adalah selaras dengan tindakan yang disengajakan oleh seseorang di atas kapal terbang...

2) Dato' Seri hanya menyebut, 'seseorang di atas kapal terbang'. Bukankah 'seseorang di atas kapal terbang' yang Dato' Seri maksudkan itu adalah 'Perampas Kapalterbang'?

~  Err... maafkan saya, saya tidak boleh sebut lebih dari itu .... 
 
 3) Boleh tak dikatakan bahawa kapal terbang itu dirampas samada oleh pembantu juruterbang atau seseorang yang arif tentang penerbangan...Siapakah selain Zaharie yang pakar dalam menerbangkan pesawat MH370?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

4) Apakah  kemungkinan ada pihak ketiga telah memaksa Kapten Zaharie melakukan sesuatu yang diluar jadual penerbangannya?

~ Saya tidak tahu.... Saya tidak tahu....

5) Dato Seri asyik cakap 'tidak tahu....tidak tahu....' Adakah pihak ketiga itu telah mengugut Dato Seri sebagai.......?

~  Saya tidak tahu....Saya tidak tahu.... Korang jangan banyak tanya yang pelik-pelik! Pengawal! Pengawal! Pengawal!


Kah!Kah! Kah! Kalau aku tanya macam tu....
konferm  jadi macam wartawan luar ni!!

MH 370 : URUTAN PERISTIWA @ TRAGEDI ....

MALAYSIAKINI

  


Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 terjawab pada hari ke-17 operasi mencari dan menyelamat yang disertai pelbagai negara, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan itu berakhir di selatan Lautan Hindi.
  
Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:
  
8 Mac Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

8 Mac Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Bharu, Kelantan.

8 Mac Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

8 Mac Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

9 Mac Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

9 Mac Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

10 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

10 Mac APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemuidi perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

11 Mac Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29.  Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

12 Mac Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

13 Mac Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

13 Mac China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

14 Mac Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

14 Mac Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

15 Mac Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

16 Mac Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubungkehilangan pesawat.

16 Mac Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

16 Mac Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

17 Mac Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

18 Mac Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usahamencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

19 Mac Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbangrendah di ruang udara Maldives.

20 Mac Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

21 Mac Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasa Australia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

22 Mac transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.

Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

23 Mac Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

24 Mac Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

MAS meluahkan rasa duka penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.- Bernama

UMNO/BN : APA YANG KAU MEREPEK NIH HISHAM ???

KELAB GREENBOC


MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dalam misi bunuh diri, lapor akhbar


Pesawat Malaysia Airlines MH370 mungkin terhempas di selatan Lautan Hindi dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

"Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu," kata akhbar harian itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi mengumumkan lauan terakhir MH370 ialah di tengah-tengah Lautan Hindi, mengikut data satelit terbaharu diperolehi.

Seorang sumber rasmi memberitahu The Telegraph penyiasat percaya "ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku. Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif."

Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:"Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional."

Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

"Ia adalah kawasan terpencil, jauh daripada daratan yang membolehkan pendaratan," kata Najib.

Di hotel di Beijing, ada ahli keluarga yang pengsan kerana terlalu marah dan sedih mendengar berita yang paling menakutkan mereka dan nasib buruk menimpa pesawat itu.

Ada yang menerima pesanan teks daripada Malaysia Airlines.

Mereka kemudian mengecam dan mengkritik Malaysia Airlines dan Putrajaya, melabelkan kedua-duanya sebagai "pembunuh sebenar" penumpang MH370.

Tetapi sebahagiannya masih menaruh harapan, bergantung kepada kegagalan berterusan dalam mencari pesawat itu.

"Tiada bangkai yang disahkan, maka tiada penutup yang sebenar," kata Sarah Bajc, iaitu pasangan kepada Philip Wood, warga Amerika yang berada dalam pesawat itu.

Laporan Telegraph berkata, pesawat itu masih diselubungi misteri dan salah maklumat.

MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam pada 8 Mac menuju Beijing, hilang daripada skrin radar sejam kemudian.

Pesawat sepatutnya tiba Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Perdana menteri dijangka memberikan sidang akhbar pada jam 12.30 tengah hari ini untuk memberikan maklumat terbaharu berhubung MH370. -TMI

Polis Teliti Kemungkinan Juruterbang Bunuh Diri - Hishammuddin


SEPANG: Polis sedang menyiasat kemungkinan juruterbang membunuh diri sebagai punca kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, kata pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bercakap pada sidang media di Hotel Sama-Sama di sini Isnin, Hishammuddin berkata, polis sedang menyiasat kemungkinan itu.

"Ya, kami sedang menelitinya (kemungkinan juruterbang membunuh diri)," kata Hishammuddin.

Namun, ketika ditanya, Hishammuddin enggan menyatakan jika terdapat mana-mana daripada 239 penumpang dan anak kapal di dalam pesawat tersebut mempunyai masalah peribadi.

"Tidak, saya tidak boleh komen buat masa ini," kata Hishammuddin.

Turut didedahkan bahawa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) telah dimatikan secara sengaja selepas melalui Kota Baru dan transponder dimatikan dekat Igari.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Ahmad Jauhari Yahya, berkata penghantaran terakhir dari ACARS adalah pada pukul 1.07 pagi, 8 Mac lalu tetapi tidak diketahui bila ia dimatikan.

Ia tidak dihantar 30 minit kemudian seperti diprogramkan.

Siasatan awal juga menunjukkan pembantu juruterbang yang bercakap buat kali terakhir dengan pusat kawalan trafik udara.

Komunikasi terakhir pembantu juruterbang itu adalah kira-kira pukul 1.19 pagi.

MAS turut berkata, ujian pskiometrik adalah prosedur standard untuk juruterbang dan anak kapal serta akan meneliti untuk memperkukuhkan prosedur pengambilan kakitangannya. 
- mstar (17 Mac 2014)

ULASAN GB

Selepas siasatan polis menunjukkan tiada bukti untuk mengaitkan juruterbang itu merampas pesawat dan tiada sandaran lansung untuk menuduhnya sebagai penyokong fanatik Anwar dan PKR seperti yang diwarwarkan sebelum ini, maka diubah haluan menyatakan juruterbang itu berkemungkinan membunuh diri....

Astaghfirullah....

Marilah kita sama-sama berdoa kepada Tuhan agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan. Hanya DIA yang Maha Tahu dan Maha Berkuasa ke atas segala-galanya.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 

Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba'ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Sunday, March 23, 2014

UMNO : SELAWAT OK! KONSERT MAKSIAT LAGI SYIOKKK !!!!

Kenali siapa sebenarnya yang memperlekehkan agama
 Habaib Najib dan Abdul Azeez ikut-ikutan berselawat 
bersama Syech Abd Kadir Assegaf (gambar@APA)
 Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjaya menghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.
 

 Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban. Baca sepenuhnya di sini  
Bersih putih mulus pakaian seseorang itu belum pasti bersih mulutnya, bersih hatinya dan bersih pula kelakuannya. Cer dengar apa yang Najib pernah cakapdi sini. Maka amat benarlah maksud firman Allah berikut: 
 
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (An Nisa :61)  
 
  Ada orang yang rajin bicara anti korupsi, tapi hidupnya dibiayai koruptor. Ada aliran dana ke dalam akaun simpanannya.
 Jejak hidup mereka selama ini cukup mencurigakan dan nampak hanya kepura-puraan semata. Sangat jelek dan menjijikan.
Alangkah baiknya kalau dia dapat terus 
menutup auratnya sebegini…
  Allah sangat suka kalau kita berkelakuan baik.Namun amat murka kalau kita sekadar berpura-pura berkelakuan baik. Berpura-pura itu Munafiq namanya.
 Pekerjaan solat itu pekerjaan baik. Tapi kalau solat mahu menunjuk-menunjuk kepada orang …. itu perangai sang Munafiq :  Mengadakan majlis ugama seperti Selawat Perdana itu baik, tapi kenapa tidak benar-benar berterusan buat yang baik-baik? 
 Apa perlunya mahu mengadakan konsert Twin Tower pada 28 dan 29 Mac ini  di Menara Berkembar Petronas (KLCC). Apakah dengan menugaskan 300 anggota polis termasuk yang berpakaian preman akan menjamin peristiwa enam maut kerana penyalahgunaan dadah di konsert Bukit Jalil tidak berulang?
Jom ikuti sepatah dua kata dari Habib Muhyiddin Yasin : Maka dengan ini saya meresmikan Zumba Perdana pergerakan Puteri Umno Malaysia!
 
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu mahu menipu Allah dan Allah pula yang menipu mereka(dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan) kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (An Nisa : 142) 

UMNO : KAMI YANG KALAH DI KAJANG , BUKAN MCA .....

PKR Kajang - Apa lagi cina mau - BN kalah Umno nak ambik peluang!

Ha ha ha memang ini yang umno mahu pun,, biar calon MCA Chow Mei Fun kalah,, hangpa tak percaya...



Walaupun calon telah diUMNOkan,,, namun tetap tak mendapat perhatian... 

Terdapat  strategi sulit aku rasa,, umno da mula tikam kawan...
Ha ha ha ini buktinya...


Ha ha ha macam umno yang bertanding.... umno yang sedar ... mca buat nohen aja....
Begitu juga dalam PR pun,,, lebih kurang macam tu juga... nak cerita pun errhmmm,, kang ada pulak yang terasa hati,, faham-faham ajalah,,, asyik kerusi ni parti kami punya....  tetapi kalau tak tegur depa punya perasaan,,, adoi.... sakit....

UMNO : KAMI FITNAH PAS DI MURAL PWTC ....

Kerja Jahat..Gambaran PAS Sebagai Pengganas... Lukisan Mural yang terdapat di PWTC (Kubu Umno Haprak) menggambarkan seolah-olah PAS adalah pengganas,perosak bangsa dan masyarakat..Pastikan Pemuda Pas mengambil tindakan sewajarnya..kerana ini adalah kerja-kerja tidak bertamadum bangsa Umno.

UMNO : MACAM MANA KUBU KITA BOLEH TERGULING ???

Langkah Kajang: PKR Tawan Dua Kubu Kuat UMNO, Anak Muda Bersama Pakatan.

PKR berjaya menang atau mengurangkan majoriti empat kawasan kubu kuat Umno sebelum ini.
Menurut PKR merampas daerah mengundi Sg Sekamat dengan 45 undi (sebelum ini tewas dengan 239 undi) dan juga daerah mengundi Taman Delima dengan 3 undi (sebelum ini tewas dengan 123 undi).
"Di Sg Kantan dulu kita kalah 420 undi tetapi sekarang berkurang kepada 225 manakala di Daerah Mengundi Batu 10 Cheras (157) sekarang berkurang kepada 151," kata beliau.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan kejayaannya mengekalkan kerusi DUN Kajang sebagai bukti keberkesanan strategi 'Langkah Kajang'.
Menurutnya, kemenangannya hari ini "lebih manis" kerana majoriti kemenangan disumbangkan oleh pengundi dari muda daripada saluran 5, 6 dan 7.
"Sudah tentu ia (Langkah Kajang) berkesan kerana kita lihat pengundi muda telah memberikan kita keyakinan yang menjadikan Langkah Kajang berjaya" kata Wan Azizah pada sidang media di pusat pengiraan undi, malam tadi.

MCA : MACAM MANA MELAYU MAKIN CERDIK NIH ???

Langkah Kajang: Wan Azizah angkat sumpah Adun, 7 April depan

KAJANG - Calon PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang memenangi PRK N25 Kajang akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.
Speaker Dun Selangor, Hannah Yeoh berkata dengan pelantikan Wan Azizah itu, jumlah Adun dalam kalangan wanita juga turut meningkat kepada 15 orang.
"Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang diumumkan menang hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Adun Kajang baharu pada 7 April depan.
"Hal ini sekaligus akan menambah jumlah Adun Wanita di Selangor menjadi 15 orang," katanya pada sidang media selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan keputusan PRK N25 Kajang di Stadium MPKJ, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas lanjut keputusan pilihan raya itu yang dimenangi oleh isteri ketua pembangkang pada proses pengundian yang tamat pada jam 5 petang tadi.
Wan Azizah mengalahkan lawannya, Datin Paduka Chew Mei Fun apabila meraihkan majoriti 5,379 undi.

UMNO/MCA/BN : KAMI TAK MAU SEBUT LAGI PASAI KAJANG ...

Langkah Kajang: Perkara tersirat di PRK Kajang


Kebiasaannya sejurus selesai pilihan raya kecil (PRK), pakar pemutar parti akan cuba berhujah mengenai kemenangan dan kekalahan mereka demi keuntungan politik.Di PRK Kajang, tiada bezanya, meskipun diselubungi insiden kehilangan MH370.Sebenarnya, sekain misteri kehilangan MH370, tiada apa yang berlaku di luar jangkaan di PRK Kajang.
Kekalahan BN sudah pun dijangka dari awal sejak perletakan jawatan Lee Chin Cheh Januari lepas.Kemenangan PKR sudah diramal apabila Anwar Ibrahim diumum sebagai calon. Perkara itu tidak berubah apabila isteri beliau Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa menggantikannya kerana beliau dihukum 5 tahun penjara.Mari kita lihat apa yang tersirat di sebalik PRK Kajang:Lebih ramai pengundi Pakatan Rakyat tidak balik mengundiPKR: 16,741BN/MCA: 11,362Majoriti: 5379 (2013: 6824, kurang 1445)Peratus mengundi: 72.1% (2013: 88.1%, kurang 16%)Peratus undi PKR: 59.43% (2013: 57.99%, tambah 1.44%) (2013: 19,571, kurang 2,830 undi)Peratus undi BN: 40.43% (2013: 37.77%, tambah 2.66%) (2013: 12747, kurang 1,385 undi).Perkara ini mudah difahami, kerana PRK yang disengajakan ini hilang makna yang penting selepas Anwar tidak dapat bertanding. Kerana itu, untuk melabur dalam perjalanan pulang ke kampung untuk mengundi, dan pulang ke tempat bekerja sejurus itu untuk PRK ini, sudah tentu tidak berbaloi.Pakatan Rakyat juga perlu mengambil berat sudut impak penyokong yang protes terhadap Langkah Kajang dan dengan sengaja tidak keluar mengundi.MCA secara diam guna isu tempatan melawan isu nasional yang dibawa PKRPKR mengambil langkah memainkan isu nasional ketika berkempen di Kajang. Dengan "Langkah Kajang" yang terkubur kerana hukuman yang dijatuhkan kepada Anwar, PRK ini digunakan sebaliknya untuk mencari ‘keadilan’ bagi Anwar melalui isterinya Wan Azizah.Langkah ini adalah langkah yang bijak bagi PKR, kerana golongan muda lebih mengikuti isu nasional yang berlegar di internet daripada isu tempatan yang berkeliaran di warung kopi di Kajang.Namun, kehilangan MH370 mencairkan sentimen terhadap isu penjara Anwar.MCA pula sedar mereka tidak boleh bertarung pada isu nasional. Isu nasional yang berlaku adalah di luar kawalan mereka.Oleh itu, MCA menjual isu-isu tempatan dan bermain dengan sentimen orang Cina terhadap Kajang sebagai satu-satu kawasan DUN yang dipegang oleh orang Cina di bawah parlimen Hulu Langat.MCA menggunakan pendekatan isu tempatan pada mereka yang berumur 45 tahun ke atas yang tinggal di kawasan Kajang.Golongan ini amat mementingkan kawasan mereka dijaga dengan baik oleh Adun mereka. Oleh itu, MCA menggunakan pendekatan menjual kehebatan servis calonnya Chew Mei Fun. Dan ini berjaya menarik perhatian dan sokongan generasi Cina yang lebih tua.MCA tidak membazirkan masa pada golongan muda yang asalnya orang Kajang tapi sudah berpindah ke luar Kajang kerana golongan ini tidak memerlukan servis seorang Adun yang baik.MCA menimbulkan persoalan yang membakar sentimen orang Cina iaitu samada DUN ini akan kembali ke tangan orang Cina pada pilihanraya-pilihanraya akan datang sekiranya Wan Azizah memenangi DUN Kajang kali ini.