Wednesday, September 14, 2022

'Musang perlu dikeluarkan, tak mahu ada bangkai tikus di telaga kita' : Zahid lah tikus itu ...

 


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 11, 2022 4:32 PM
Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi hari ini dilaporkan menegaskan pihaknya akan melakukan pembersihan 'musuh dalaman' gabungan itu dan Umno.

“Kita tahu kalau ada musuh di luar parti kita, itu kita kenal pasti dengan mudah.

“Kalau ada duri dalam daging, gunting dalam lipatan, kita kenal. Sekilas ikan di air, kita kenal jantan dan betinanya.

“Tidak lama, saya ulangi, tidak lama. Sesuatu mesti dilakukan untuk membersihkan. Kita harus melakukan pembersihan dari dalam.
“Kita tidak mahu ada musang dalam reban ayam. Musang perlu dikeluarkan.

“Kita tidak mahu ada bangkai tikus dalam telaga kita. Telaga yang ada bangkai tikus airnya tidak boleh diminum,” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Presiden Umno itu berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Dalam pada itu, Sinar Harian juga melaporkan Ahmad Zahid menggesa BN meminda perlembagaannya yang “lapuk” dan menghapuskan klausa yang memberi kuasa veto kepada parti komponen untuk menentukan permohonan parti baru.

"Yang akan menyertai tujuh parti tidak boleh masuk kerana Perlembagaan BN mengikat mereka daripada masuk.

“Kerana syaratnya jika ada satu parti menolak mana-mana parti yang (mahu) masuk, maka itu tidak boleh dilakukan.

“Perlembagaan BN perlu dirombak semula,” katanya.

“Orang mahu berkawan dan orang mahu menyertai kenapa perlu ditolak,” soalnya.

Kit Siang garis lima sebab kenapa Zahid perlu letak jawatan Presiden UMNO

 


agendaily.com
08/09/2022
Terdapat 21 LOA bernilai kira-kira RM5 bilion untuk mendapatkan peralatan dan sistem kapal LCS dengan kebanyakannya dibuat ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan.

Veteran DAP Lim Kit Siang hari ini (8 September 2022) menggariskan lima sebab kenapa Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu meletak jawatan Presiden UMNO, menjelang penggal Parlimen ke-14 akan berakhir Julai tahun depan.

Pertama, katanya semua parti politik dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang harus mengecam skandal kewangan RM50 bilion 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dan menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi sebagai landasan utama ikrar pilihan raya mereka.

Adakah Zahid bersedia melakukan ini? Soalnya.

Menurutnya bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata sistem perundangan dan kehakiman negara akan menjadi bahan ketawa sekiranya bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan. Adakah Zahid bersetuju?

Memetik kenyataan Abdul Hamid, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata sekiranya Lembaga Pengampunan bersetuju untuk membebaskan Najib, ia akan mengetepikan kerja keras yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai kehakiman selama bertahun-tahun dalam membina kes terhadap Najib.

Abdul Hamid berkata: “Pendakwa Raya menghabiskan berbulan-bulan mengkaji kertas siasatan; bertahun-tahun Hakim-Hakim membicara dan mendengar rayuan lepas rayuan, merekod, menyemak dan mengkaji beribu-ribu halaman keterangan dan dokumen, mendengar berpuluh-puluh orang saksi dan menulis beratus-ratus halaman alasan penghakiman.

“Satu dua bulan selepas tertuduh disabitkan dan dihukum penjara berpuluh-puluh tahun dan didenda beratus-ratus juta atau berbilion, tanpa terpaksa melakukan apa yang disebut itu semua, ahli-ahli Lembaga Pengampunan, dengan satu ayat mengampun sabitan dan hukuman itu!”

Adakah Zahid bersetuju dengan Abdul Hamid? soal Kit Siang lagi.

Kedua, kata Kit Siang Presiden UMNO itu gagal menjadi saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan Najib bahawa dia telah bertemu dengan penderma diraja Arab yang menderma RM2.6 bilion kepada bekas Perdana Menteri itu.

“Dia (Zahid) berkata demikian secara terbuka pada Ogos 2015. Diam dan gagal memberi keterangan dalam perbicaraan Najib hanya bermakna dia tidak bercakap benar pada Ogos 2015.

“Ketiga, terdapat ketidakupayaan Zahid untuk membersihkan dirinya daripada tanggungjawab besar bagi skandal kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM9 bilion, dan percubaannya untuk menyalahkan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, penggantinya sebagai Menteri Pertahanan, atas skandal LCS.

“Zahid telah menafikan bahawa dia bertanggungjawab terhadap skandal LCS RM9 bilion, dan berkata adalah tidak munasabah untuk menyematkan kegagalan perolehan LCS kepadanya, kerana dia bukan Menteri Pertahanan semasa projek itu diberikan,” katanya.

Kit Siang berkata walaupun Zahid memegang jawatan Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013, dan digantikan oleh Hishammuddin, dan kontrak itu ditangguhkan dan hanya ditandatangani pada 17 Julai 2014, kedua-dua laporan yang didedahkan mengenai skandal LCS, walaupun telah banyak disunting, menunjukkan bahawa Zahid yang mesti memikul tanggungjawab lebih besar daripada Hishammuddin untuk skandal LCS.

Katanya surat hasrat untuk pembekalan enam LCS pada nilai keseluruhan RM9 bilion telah dikeluarkan pada 15 Oktober 2010, dan surat pemberian (LOA) pada 16 Disember 2011, tetapi kontrak itu ditahan kira-kira dua dan satu setengah tahun, dan hanya ditandatangani pada 17 Julai 2014.

Bagaimanapun, antara isu LOA dan pemeteraian kontrak, terdapat 21 LOA bernilai kira-kira RM5 bilion untuk mendapatkan peralatan dan sistem, kebanyakannya dibuat ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan.

Memandangkan LOA yang dibuat semasa Hishammuddin menjadi Menteri Pertahanan selepas PRU-13 tidak mencecah RM700 juta, Zahid mesti memikul tanggungjawab yang lebih besar daripada Hishammuddin bagi skandal LCS.

Keempat, kata Kit Siang ialah terdapat ketidakupayaan Zahid untuk menjelaskan mengapa dia membatalkan keputusannya pada 2011, seperti yang disyorkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), untuk kontrak membina enam LCS jenis Sigma buatan Belanda dan memilih Gowind buatan Perancis pengeluar kapal selam Scorpene tanpa berunding dengan TLDM sebagai pengguna terakhir.

“Akhir sekali, Zahid gagal menyatakan dengan jelas dan khusus bahawa Najib, sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika itu, tidak bertanggungjawab ke atas skandal LCS, terutama kerana perolehan LCS berlaku ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi,” katanya.

Terdapat 21 LOA bernilai kira-kira RM5 bilion untuk mendapatkan peralatan dan sistem kapal LCS dengan kebanyakannya dibuat ketika Zahid menjadi Menteri Pertahanan.

27 kerusi kritikal: MKT Umno akan putuskan rundingan dengan PAS - Mahdzir

 


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 10, 2022 
Pimpinan Umno akan menilai cadangan agar Umno bekerjasama dengan PAS bagi 27 kerusi parlimen.

Naib Presiden Umno Mahdzir Khalid dilaporkan berkata cadangan itu perlu melalui biro politik dan majlis tertinggi terlebih dahulu.

"Dia parti (Umno), ini semua keputusan parti (perlu) melalui proses struktur dalam parti, dalam parti ada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

"Sebelum MKT itu ada Biro Politik (putuskan) dan MKT (kemudian) akan buat sebarang keputusan tentang apa jua berkaitan parti (termasuk) keputusan (mengenai kerjasama dengan PAS)," katanya seperti dipetik BH Online.
Cadangan supaya Umno dan PAS bekerjasama untuk 27 kerusi "kritikal" datang daripada PAS.

Terdahulu, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob (gambar, atas) yang juga perdana menteri kelihatan menerima untuk mempertimbangkan idea itu.

Ismail Sabri berkata Pakatan Harapan akan mempunyai kelebihan dalam perebutan 27 kerusi itu jika Umno dan PAS turut bertembung.

"Itu satu cadangan yang perlu diberi perhatian supaya tidak berlaku pertembungan di dalam kerusi kritikal, kalau berlaku pertembungan mungkin boleh memenangkan parti pembangkang.
"Pakatan Harapan (PH) akan dapat kelebihan jika ada pertembungan Barisan Nasional (BN) dan Pas. Ini satu cadangan saya rasa boleh diberi pertimbangan.

"Kalau kita dapat tahu kalau berlaku pertembungan, PH akan menang di kawasan itu, kenapa kita nak beri kemenangan percuma kepada mereka. Jadi boleh kita kaji dari segi cadangan itu," kata Ismail.

Secara rasmi, Umno tidak menutup pintu kepada PAS kerana piagam Muafakat Nasional - dokumen yang dirangka untuk meneroka kerjasama pilihan raya yang ditandatangani pada 2019 - masih berkuat kuasa.

Bagaimanapun, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi merupakan salah seorang pemimpin yang lantang mengkritik hubungan Umno-PAS.
Gambar fail, pemeterian Piagam MN.
Menurut Zahid, Umno membuat keputusan untuk bergerak solo kerana tindak-tanduk dan sikap PAS, yang diibaratkannya "mandi dalam beberapa kolam."

Jelasnya, hasrat bekerjasama yang disampaikan PAS hanya satu bentuk kerjasama politik dangkal yang tidak mengambil kira keperluan rakyat sebagaimana semangat Muafakat Nasional (MN) dahulu.

"Kini Umno perlu bergerak ke depan, parti sudah membuat keputusan bergerak secara solo akibat tindak-tanduk dan sikap PAS sendiri,” tegasnya.

Zahid juga menyalahkan hubungan yang retak antara Umno dan PAS atas desakan parti itu untuk bekerjasama dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional.

Tuesday, September 13, 2022

Menteri Pengangkutan Kena Scam Ke Ni?


Dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) bahawa juruterbang tersebut ditemui di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi.

"Syukur! Saya baru sahaja dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi hari ini.

"Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.

"Ketika ini, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan" katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Samada dia kena Scam atau tergesa-gesa untuk mengeluarkan kenyataan untuk menunjukkan bahawa dia sangat prihatin tentang apa saja isu yang melibatkan soal pengangkutan.. dia sajalah yang tahu..

Wee Ka Siong kata Juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan tetapi sebenarnya Juruterbang tersebut tidak memerlukan sebarang rawatan lagi.. beliau perlukan pengkebumian sahaja..

Laporan berkaitan..


BIDOR: Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan dipercayai terhempas di Bidor semalam ditemui maut di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata mayat juruterbang itu ditemukan dalam kokpit helikopter berkenaan oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi tadi.

Helikopter dipercayai terhempas, bagaimanapun kawasan dijumpai tiada kesan letupan atau kebakaran.

"Helikopter milik pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui lokasi nahas kira-kira jam 9.30 pagi di Hutan Simpan Chikus di sini. Lima minit kemudian, krew TUDM turun ke lokasi nahas dan menemui mangsa yang berada dalam kokpit.

"Mayat kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian jam 10.12 pagi dan seterusnya dibawa ke SMK Anderson menggunakan sebuah ambulans, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat. Kecederaan dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Balai Polis Bidor, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati juruterbang itu adalah Tsz Kin Richard Chan, 58, adalah warganegara Hong Kong dan keluarganya telah dimaklumkan oleh pihak syarikat.

Katanya, bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta itu telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Laporan penuh sila baca di SINI