Tuesday, September 13, 2022

Menteri Pengangkutan Kena Scam Ke Ni?


Dalam satu kenyataan di Facebook pada Isnin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) bahawa juruterbang tersebut ditemui di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi.

"Syukur! Saya baru sahaja dimaklumkan oleh CAAM bahawa juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur semalam telah ditemui di lokasi nahas sekitar Bidor, pada jam 8.20 pagi hari ini.

"Setinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta semua yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) ini.

"Ketika ini, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan" katanya dalam kenyataan di Facebook pada Isnin.

Samada dia kena Scam atau tergesa-gesa untuk mengeluarkan kenyataan untuk menunjukkan bahawa dia sangat prihatin tentang apa saja isu yang melibatkan soal pengangkutan.. dia sajalah yang tahu..

Wee Ka Siong kata Juruterbang tersebut ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan tetapi sebenarnya Juruterbang tersebut tidak memerlukan sebarang rawatan lagi.. beliau perlukan pengkebumian sahaja..

Laporan berkaitan..


BIDOR: Juruterbang helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur dan dipercayai terhempas di Bidor semalam ditemui maut di lokasi kejadian, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata mayat juruterbang itu ditemukan dalam kokpit helikopter berkenaan oleh pasukan pencari dan penyelamat pagi tadi.

Helikopter dipercayai terhempas, bagaimanapun kawasan dijumpai tiada kesan letupan atau kebakaran.

"Helikopter milik pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemui lokasi nahas kira-kira jam 9.30 pagi di Hutan Simpan Chikus di sini. Lima minit kemudian, krew TUDM turun ke lokasi nahas dan menemui mangsa yang berada dalam kokpit.

"Mayat kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian jam 10.12 pagi dan seterusnya dibawa ke SMK Anderson menggunakan sebuah ambulans, sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat. Kecederaan dan punca kematian masih dalam siasatan," katanya di Bilik Gerakan Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Balai Polis Bidor, hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati juruterbang itu adalah Tsz Kin Richard Chan, 58, adalah warganegara Hong Kong dan keluarganya telah dimaklumkan oleh pihak syarikat.

Katanya, bangkai pesawat jenis Eurocopter milik sebuah syarikat swasta itu telah diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Laporan penuh sila baca di SINI

No comments:

Post a Comment