Monday, October 29, 2018

Kelantan Menarik Pelaburan Bernilai RM2.4 Billion



Harakah | Sehingga Oktober tahun ini Kelantan berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.4 bilion, kata anggota Exco kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato’ Hanifa Ahmad berkata, pelaburan tersebut termasuk :

  • Projek penanaman sayur di Gua Musang melibatkan kos RM40 juta, 
  • Projek hidro elektrik di Gua Musang (RM106 juta), 
  • Projek hidro di Kuala Krai (RM70 juta).

Selain itu projek pembangunan bandar di kawasan lebih 100 ekar di Mukim Panchor, Panchor melibatkan pelaburan RM1.74 bilion.

Manakala misi pelaburan ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Jepun tahun lepas juga mempunyai perkembangan positif apabila ada pelabur dari negara terbabit datang meninjau peluang pelaburan di Kelantan.

Katanya, misi pelaburan terbabit diketuai Pemangka Raja Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Ibni Sultan Ismail Petra.

“Syarikat dari negara terbabit datang meninjau potensi pelaburan di Kelantan. Dua syarikat berminat projek penanaman bunga iklim sejuk di Tanah Tinggi Lojing.
“Ada juga syarikat berminat untuk mengusahakan tanaman cendawan putih di Pasir Mas,” katanya ketika menjawab soalan Adenan Hasan (PAS-Kelaboran) pada persidangan Dun hari ini.

Menjawab soalan tambahan Mohd Shahbuddin Hashim (BN-Galas) katanya kerajaan negeri merangka pelbagai insentif bagi menarik pelabur ke Kelantan

Baru Percaya Pendidikan Hampir Percuma



NajibRazak | "Hampir" Percuma.

Dulu kata kerajaan BN zalim terhadap anak muda. Pendidikan dilaungkan sepatutnya percuma, PTPTN patut dihapuskan.

Malah turut diumumkan sebagai janji mereka untuk mengatasi inisiatif Transformasi Nasional 2050 (TN50) kerajaan BN yang begitu meluas dan terancang.

Malangnya, apabila ditanya mengenai janji mereka di Dewan Rakyat petang ini, Menteri Pendidikan menjawab bahawa tiada rancangan untuk pendidikan percuma kerana pendidikan sudah hampir percuma.

“Pendidikan peringkat rendah dan menengah kerajaan adalah percuma. Pengajian tinggi juga hampir percuma yang mana pelajar hanya perlu membayar 10% daripada kos operasi. Kos 10% itu juga ditanggung kerajaan menerusi biasiswa dan secara tidak langsung menerusi PTPTN. Pembayaran balik juga boleh dirunding mengikut kemampuan peminjam.” kata Menteri PH ini.

Bukankah itu yang kerajaan BN dahulu melakukan juga? Pendidikan rendah dan menengah juga percuma sekarang kerana kerajaan BN yang mansuhkan semua bentuk bayaran dan yuran bermula tahun 2012.

Bak kata orang lencun terus, mereka yang sebelum ini berharapan apabila mendengar jawapan rasmi Menteri Pendidikan PH hari ini mengenai janji-janji dan hasutan PH dahulu.

Tuesday, October 16, 2018

PAS sedia anjur demonstrasi bantah ‘Oktoberfest’ jika gugat kepentingan awam, kata Takiyuddin




DETIK OFFLINE




KUALA LUMPUR: PAS berkata parti itu tidak akan teragak-menganjurkan demonstrasi bagi membantah penganjuran pesta arak “Oktorberfest 2018″ sekiranya ia menimbulkan ketegangan dan menceroboh kepentingan masyarakat awam.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata Oktoberfest tidak sepatutnya menjadi program umum kerana ia melibatkan sensitiviti agama, budaya dan pandangan kelompok masyarakat yang berbeza.

“Kalau sekiranya pesta seumpama ini dibuat dalam kelompok terkawal, tidak melibatkan orang lain, saya kira ia boleh dibincangkan.

“Contohnya larangan merokok, ia diletakkan di tempat khusus, arak pun sepatutnya begitu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.



“Kalau program itu boleh timbulkan rasa kurang menyenangkan dan boleh pula menimbulkan ketegangan dalam masyarakat, maka sewajarnyalah ia dibantah.

“Mungkin kalau sampai peringkat perlukan demostrasi, kita akan berdemonstrasi,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, pesta arak “Oktorberfest 2018″ boleh dianjurkan jika pihak penganjur membuat permohonan mendapatkan permit dan mematuhi kesemua garis panduan yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Beliau berkata, antara garis panduan yang perlu dipatuhi penganjur ialah orang Islam tidak dibenarkan terlibat dan acara itu tidak dijalankan di tempat terbuka.

Takiyuddin berkata, kerajaan negeri Kelantan misalnya hanya melarang perniagaan judi, tetapi arak untuk orang bukan Islam tidak dihalang.

“Bagi PAS, itu hak bukan Islam, dan dalam ruang lingkup terkawal ia tak ada masalah.

“Perkara ini boleh dilakukan dengan syarat ia tidak melibatkan pencerobohan ke atas kepentingan orang lain. Kalau boleh dikawal, dalam keadaan apapun boleh dibenarkan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Presiden PAS Datuk Seri Abd Hadi Awang berkata parti itu gembira dengan keputusan pilihan raya kecil (PRK) di Port Dickson Sabtu lepas yang menyaksikan calonya mendapat undi lebih tinggi berbanding pencapaian dalam pilihan raya umum 9 Mei.

“Dapat undi lebih 7,000 dalam keadaan kita bersendirian, satu parti sahaja, dan bertanding 7 penjuru. Walaupun banyak penjuru, tetapi undi meningkat.

“Apa yang penting ialah kita perlu dibuat ‘postmortem’. Kita akan buat seawal yang mungkin, jadi boleh tahu undi kita pada masa akan datang. Kita ada jentera di Port Dickson,” katanya.

Dalam pilihan raya kecil Port Dickson Sabtu lalu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mewakili Pakatan Harapan memperoleh 31,016 undi mengalahkan pesaing terdekatnya daripada PAS, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang mendapat 7,456 undi.

Lima calon Bebas lain masing-masing hilang wang pertaruhan, termasuk bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abd Samad dan bekas pembantu beliau Mohammad Saiful Bukhari Azlan.

ANWAR AKAN PANGGIL RAFIZI



Wartawan Watan-Online





Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil Rafizi Ramli berhubung dakwaannya mengenai wujud politik wang dalam pemilihan PKR.

Ketika ditemui media di lobi Parlimen, pada Selasa, bakal Presiden PKR itu mahu mendapatkan maklumat daripada Rafizi yang juga calon Timbalan Presiden.

Anwar berkata, beliau juga akan membawa perkara itu dalam mesyuarat biro politik malam ini.

“Kita akan tanya beliau (Rafizi) maklumat (dakwaan politik wang) terlebih dahulu.

“Malam ini saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat biro politik PKR,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Rafizi yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini, mendakwa politik wang berlaku secara berleluasa di enam negeri yang sudah mengadakan pemilihan.

Beliau yang merujuk pihak bertanggungjawab sebagai ‘sebelah sana’ mendakwa, suasana politik wang itu tidak pernah dilihat dalam PKR sebelum ini.

Dakwanya, terdapat cabang yang menerima sogokan dalam bentuk sumbangan sebanyak RM100,000 dan RM200,000 untuk berdepan saudara-saudara dalam saingan di peringkat cabang.

Rafizi mendakwa, ahli PKR yang mudah terpengaruh adalah golongan muda yang tidak melalui zaman sukar parti itu dan pihak yang menggunakan wang juga biasanya ‘orang muda’ yang datang dengan poket penuh dan tebal.

Rahsia jadi kaya cara Pak Man Telo






Oleh A Kadir Jasin




Banyak rakyat Malaysia suka kaya cepat. Kerana hendak kaya cepat punya pasal ada yang jadi papa-kedana. Padan muka.

Masa saya menunaikan haji tahun 1991 (tahun Perang Teluk), ada seorang rakan jemaah yang gundah-gulana. Dia baru kehilangan duit pencen guru dalam skim cepat kaya Pak Man Telo.
Sejak itu berpuluh-puluh skim ala Pak Man Telo muncul, beratus ribu jadi mangsa dan berbilion ringgit hangus.

Macam kata ungkapan Inggeris “fools never learn”. Dalam bahasa Melayu si bangang tidak pernah belajar.

Jadi kali ini saya nak ajar si bangang dan si tamak macam mana nak buat skim Pak Man Telo yang gerenti tak rugi. Sebaliknya untung besar.

Salah satunya ialah skim ala Jho Low. Tapi itu pun tak berapa bagus sebab akhirnya terbongkar dan penajanya kena tangkap, dihadapkan ke mahkamah dan besar kemungkinan meringkuk dalam penjara untuk satu jangka masa yang panjang.

Ramai lagi yang belum ditangkap, termasuk Jho Low, tetapi menunggu masa untuk digari dan dipakaikan kemeja-T oren Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Cuma saya masih tidak faham pasal apa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, dikecualikan daripada memakai pakaian lokap itu? Nampaknya dacing keadilan masih berat sebelah.



Skim cepat kaya yang hendak saya cadang ini sesiapa pun boleh cuba. Acuannya saya ambil daripada zaman BN. Pada zaman itu, kalau seseorang itu orang kuat Umno serta baik dengan Najib dan Rosmah mudahlah buat skim ini. Lagi-lagilah kalau orang itu “blue blood”.

Caranya

Mula-mula cari projek apa yang hendak ‘dipakmantelokan’. Boleh jadi projek lebuh raya tol, landasan kereta api kembar atau penjana elektrik bebas (IPP).

Pasal kita kawan Najib atau sebab Najib nak guna kita, kita pun dapatlah konsesi. Katakan sebuah IPP dengan kapasiti penjanaan 1,440 megawatt menggunakan gas asli dan tempoh konsesi 31 tahun.

Dengan sehelai kertas yang mengesahkan bahawa kita mendapat konsesi IPP daripada Suruhanjaya Tenaga, kita sudah jadi jutawan. Tak tahu apa-apa tentang IPP pun tak apa. Gerenti ada orang bersedia beli lesen kita itu dan bank pula sedia bagi pinjam.

Untuk nak dapat konsesi, kita tentu dah ada syarikat. Katalah mana syarikat kita Sip Sap Sdn Bhd (SSSB). Nak lagi mudah, kita beli saja dari orang yang kerjanya tubuh dan jual syarikat RM2.
Tak payah besar. Modal saham RM2 dengan dua orang pengarah dan modal berbayar RM100,000 atau RM200,000 dah cukup.

Kalau tak mahu nama kita keluar pasal kita tidak dibenarkan berniaga atau kerana kedudukan kita yang tinggi lagi mulia, kita carilah proksi atau wakil.



Tak kiralah orang itu Ratu, Nyai, Daing atau Megat asalkan boleh dipercayai. Kalau hendak proksi Cina atau India pun boleh. Tapi proksi Cina dan India ni kadang-kadang mereka lebih pandai daripada kita. Silap-silap mereka jual kita.

Tapi untuk laksanakan IPP yang berharga empat atau lima bilion ringgit, kita kenalah tubuh syarikat yang lebih besar. Lagi pun kita tak mahu kongsi syarikat sendirian berhad kita dengan orang luar takut pecah rahsia.

Jadi kita tubuhlah SPV (special purpose vehicle). Kita bagilah nama yang sedap-sedap dan meyakinkan macam Aurora Australis Sdn Bbd (AASB) - mengambil sempena cahaya malam di
kutub selatan. Aurora Australis ertinya cahaya selatan atau dalam bahasa orang putih, southern light.

Nak buat sendiri tak ada duit atau kita jenis kedekut yang memang tidak suka guna duit sendiri. Jadi kita carilah “business partner” (rakan kongsi) yang ada duit atau ada nama yang laku digadai macam TNB, Malakoff atau YTL.

Kita hutang la

Dalam perusahaan elektrik ni siapa lagi yang lebih berkuasa dan laku daripada TNB. Jadi kita pun tanya TNB atau kita minta kawan kita yang berkuasa arah TNB jadi rakan kongsi kita.
Cantik! Rakan kongsi kita TNB. TNB ada duit dan ada nama. Bila penjana kita siap, TNB jugalah yang akan beli tenaga yang kita hasilkan.

Kita pun kongsilah. Katalah kita simpan 45 peratus saham kita dalam AASB dan jual 55 peratus kepada TNB. Tak susah pun. Carilah budak-budak yang pandai hal perancangan dan pembiayaan korporat untuk buat congak bagi pihak kita.



Gerenti mereka akan cadang macam-macam kaedah pembayaran dan pembiayaan – ordinary shares, class A shares, RPS, Sukuk konvensional, Sukuk hijau, junior loan, senior loan.

Macam-macam mereka akan cadangkan asalkan kita bagi mereka komisen yanag lumayan. Macam 1MDB bagi kepada Goldman Sachs.

Kita tak payah keluar modal pun. Orang putih kata kita buat cara “debt financing” – pembiayaan melalui hutang. Kita hutang la. Macam Najib buat dengan 1MDB.

Bila semua perjanjian, kontrak dan pinjaman sudah ditandatangani, kita pun kata kepada AASB mereka kenalah bayar yuran pembangunan kepada kita (SSSB). Busuk-busuk pun seratus atau dua ratus juta ringgit.

Hebat. Penjana belum lagi dibina tapi seratus, dua ratus juta dah masuk poket. Kita relaks saja la. Biar TNB buat kerja. Bukankah TNB ni kaya dan ada kepakaran?

Kita nak susah hati apa? TNB dah tandatangan PPA untuk beli hasil kilang kita selama 21 tahun. Bulan-bulan berjuta-juta ringgit masuk. Empat puluh lima peratus milik kita. Bila kompeni bayar dividen kita dapat lagi.

Inilah skim cepat kaya Pak Man Telo yang kita mahu. Ada lesen, ada konsesi, ada PPA. Tak payah curi-curi. Kalau curi pun ikut undang-undang. Peduli apa kalau pengguna kena bayar tarif elektrik yang lebih tinggi atau kita ambil peluang orang lain berniaga.

Kita kaya. Kita berkuasa. Kita tongkat langit. Kita peduli apa.

*DATUK A KADIR JASIN ialah penasihat media dan komunikasi di Jabatan Perdana Menteri. Beliau bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd dan kini bergiat dalam BERSATU sebagai pimpinan pusat parti itu.

Friday, September 21, 2018

Keluar UMNO, Buka PPBM Dan Sekongkol DAP Untuk Akhirkan Kuasa Melayu, Tak Pecah Belah Melayu Ker???


Dendam Kesumat Tun Mahathir, Kenapa?


Pertamanya, saya sangat teruja dengan tulisan Tun Mahathir yang beliau keluarkan semalam...

Secara tak langsung beliau telah mempromosikan PAS kepada rakyat yang belum mengenali PAS...

'Sangkaan beliau' terhadap penyokong2 PAS kononnya tak mendengar kritikan dan tak baca tulisan beliau adalah satu tanggapan yang 'TIDAK BETUL'... 

Malah melihat komen natizen kat FB Mahathir, segala isi dan hujah dalam tulisan beliau tersebut di patahkan secara mudah oleh penyokong2 PAS mahupun bukan ahli2 PAS...

Mahathir masih gunakan 'modal' dan hujah kuat beliau kununnya PAS :

i. PAS parti mengkafirkan..
ii. PAS memecah belahkan orang Melayu...
iii. PAS parti yang selalu kalah dlm PRU...

'Modal' lain Mahathir boleh baca dalam rencana 'indah' beliau nanti...

Cuma yang nak kita komen 3 'point utama' yang kerap Mahathir keluarkan...

PAS Parti Mengkafirkan?


Jawapan : TIDAK BETUL...

Siapa sebenarnya yang suka bermain dengan tuduhan kafir mengkafir...

Saya yakin dari dulu sampailah sekarang, penyokong2 PAS sudah lali dengan cacian dan tohmahan kununnya PAS ini parti mengkafirkan...

Dan kali ini Mahathir cuba jadi hero dalam tulisan beliau dengan mengolah sejarah lapuk, ayat manis untuk menghentam PAS...

Kesian tengok 'PM Malaysia' usia sebegini tetapi punya hasad yang cukup tinggi...

Dan sampai sekarang Mahathir tiada bukti kukuh PAS ini mengkafirkan orang, yang ramai masuk Islam adalah...

Hakikatnya, Mahathir sendirilah yang kuat mengkafirkan orang Islam...

PAS Memecah Belahkan Orang Melayu?

Jawapan : TIDAK BETUL...




Untuk makluman, sejarah Mahathir 'keluar dan masuk' parti UMNO/BN sudah capai 3 kali...


Tahun pertama 1969 bila tikam belakang Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj...


Seterusnya keluar lagi tahun 2008 semasa pemerintahan Pak Lah kununnya prestasi UMNO/BN ketika itu teruk di bawah pemerintahan Pak Lah...


Dn akhirnya keluar lagi  bersama isteri beliau pada tahun 2016, isu yang sama di bawah pemerintahan DS Najib kunun negara ini makin teruk dan hampir bankrap...


Hakikatnya, Mahathirlah manusia yang memecahbelahkan orang Melayu dengan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu (BERSATU), dan merendahkan orang Melayu...

Orang ramai sudah tahu, kelicikan Mahathir dalam politik...

Orang ramai sudah tahu, kegilaan kuasa dan kroni beliau yang sangat kuat...


Beliau sendiri katakan, orang Melayu ini malaslah, tak pandailah dan kerana sebab ucapan2 hasad beliau itu juga orang Melayu ini makin berpecah belah kerana mahu mendapatkan kuasa...


Isu lain sewaktu,  Zahid Hamidi hadir ke Perasmian PAS Pusat baru2 ini pun, jelas puak2 PH kepanasan dan cuba manipulasikan kepada orang ramai...

Hakikatnya, segala usaha mereka tidak kesampaian, dan tidak mencapai sasaran kerana Islam kita bekerjasama dlm semua hal...

Jangan di persalahkan PAS...

Dasar dan prinsip yang di bawa oleh PAS cukup jelas sejak penubuhannya pada tahun 1950...

Iaitu memartabatkan Islam...

Dengan membawa kembali manusia kepada ajaran Islamlah, umat akan bersatu...

Sebab itu jualah, PAS masih kekal dan semakin di terima oleh rakyat sehingga ke hari ini...

Kerana PAS berjaya menjadi model dan kepimpinan yang baik untuk Malaysia...

PAS Parti Yang Selalu Kalah Dalam PRU?

Jawapan : TIDAK BETUL... 


Tulisan Mahathir jelas menunjukkan beliau sangat cemburu dengan prestasi PAS hari ini...

Menganggap PAS selalu kalah dalam tiap PRU...

Mahathir tak tahu ker @ buat2 tak tahu?

Penyokong2 PAS sudah mencapai sejuta ahli?

Mahathir terlupa ker, cheq bagi peringat naa...

Negeri Terengganu & Kelantan di tadbir oleh PAS walaupun bersendiri...

Mungkin dok sibuk nak balas dendam sengan Najib, Mahathir tak perasankah?

Ahli2 PAS ada bertapak di seluruh negera, mempunyai markas, cawangan2 dan aktivis yang aktif...

Walaupun PAS tidak menang menjadi sebuah kerajaaan pusat tapi PAS dah bertapak sedikit demi sedikit menuju ke arah itu...

Sebab PAS cukup matang membawa mesej yang baik untuk rakyat, menampilkan kepimpinan baik untuk Malaysia, dan bukan hanya pemimpin pembohong semata2 dan fitnah...

Rasanya cukuplah tulisan ini menjawab dendam Mahathir terhadap PAS...

Sudah2lah tu menghentam PAS...

Mahathir tak akan dapat apa2 pun...

Buat Mahathir, kuasa dah ada...

Manfaatkanlah dengan bina negara ini lebih baik dan sejahtera...

Buanglah sikap ego, tamak dan dengki yang nampak macam tak der kesudahan tu...

Banyakkan berdoa, moga Allah s.w.t. buka pintu hati kita, menyesali perbuatan, rasuah dan di beri hidayah muga berada di jalan kebenaran...

Fokus dan laksanakanlah janji Manifesto PH 10 janji, 100 hari tu...

Rakyat terlalu lama menunggu...

Ramai rakyat kita yang masih menderita dengan kos sara hidup sekarang nie...

Dan sudah2lah menipu rakyat....



Kredit :

Haniff Istiqomah
Anak Muda
20 September 2018

AHLI PARLIMEN BN TAK HORMAT ZAHID




Mustapa Mohamad umum keluar Umno, Ahmad Zahid Hamidi membisu.

Hari ini apabila bekas Menteri Luar Anifah Aman turut keluar dari Umno, Zahid buat kenyataan akhbar menerusi kenyataan bertulis 2 mukasurat yang hambar.

Pada ketika ahli Umno dikejutkan dengan tindakan Tok Pa dan Anifah keluar Umno, kita mengharapkan Zahid sebagai Presiden memanggil mesyuarat tergempar dengan Ahli-Ahli Parlimen BN. Tetapi tidak.

Dipanggilnya mesyuarat untuk membincangkan belanjawan bayangan untuk tahun 2019 bukannya membincangkan isu pemimpin Umno keluar parti.

Jemputan untuk mesyuarat belanjawan bayangan dikeluarkan kepada 52 Ahli Parlimen BN tetapi yang hadir hanya 17 orang.

Itulah tahap hormat Ahli Parlimen BN kepada Zahid Hamidi.

ZAHID HAMIDI LEMBAB MENYEBABKAN MUSTAPA MOHAMAD TINGGALKAN UMNO


Image result for mustapa fdi

"Namun hala tuju yg diambil UMNO hari ini tidak lagi selari dgn prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula. Maka atas dasar inilah setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini." - MUSTAPA MOHAMAD.

Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri MITI Mustapa Mohamad merupakan Ahli Parlimen keempat Umno meninggalkan parti sejak Umno pimpinan Najib Razak dan Rosmah Mansor diTUMBANGkan rakyat pada 9 Mei 2018.

40 tahun Mustapa bersama Umno dan juga selepas 40 tahun, Mustapa menganggap UMNO tidak lagi relevan.

Jika diteliti kenyataan Mustapa hari ini, amat jelas pandangan beliau terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.

Antaranya, Umno dibawah Zahid "prinsip politiknya telah lari", "tidak banyak usaha merejuvenasikan parti" atau dengan kata lain, Umno dibawah Zahid tidak lagi relevan.

Kita faham sentimen Mustapa. 

Awal-awal lagi kita sudah tahu bahawa Zahid setakat menjadi pengikut Najib dan "standard" beliau setakat memimpin cawangan dan bahagian.

Sejak menang jawatan Presiden, tiada siapa tahu ke mana hendak Zahid bawa Umno ini, tiada visi kecuali mengHARAP pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Hadi Awang menjatuhkan kerajaan Pakatan untuk beliau dan Umno.

Itulah yang dijaja oleh Zahid ke hulu dan ke hilir kerana itu saja kemampuan berfikir beliau sebagai Presiden Umno.

Zahid menambah HINA Umno dengan mengharapkan kepada pembangkang untuk memanjangkan umur Umno.

Tidak menghairankan betapa kecewamya Mustapa mengenang nasib Umno serta menjadi saksi kepada kepimpinan lemah Zahid.

Ditambah lagi dengan sikap tidak peduli pemimpin atasan Umno.

Baru 4 bulan Umno ditumbangkan, sesetengah pemimpin Umno meneruskan kehidupan JOLI mereka.

Gambar-gambar yang memperlihatkan pemimpin Umno terus menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib Umno sudah tentu menyakinkan Mustapa bahawa Umno tidak akan berubah dan pemimpin mereka tidak akan memperdulikan nasib rakyat dan ahli Umno.

Semuga gambar-gambar ini memberi kesedaran kepada 3 juta ahli Umno dan orang-orang Melayu siapa yang telah mengkhianati mereka.

 






Kenyataan Tok Pa

Tindakan Keluar UMNO Tidak Wajar.. Seluruh Ahli Mesti Terus Kekal Bersatu – Zahid



19 September 2018 Berita Utama

Ropikah Ahmad


KUALA LUMPUR, 19 Sept – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa UMNO mengambil berat terhadap perkembangan politik negara ketika ini.

"Selaku Presiden UMNO, saya juga memandang serius situasi yang berlaku terutama kepada parti UMNO sendiri.

"Dalam keadaan ini, saya minta semua pimpinan dan ahli UMNO di semua peringkat agar bertenang, berlapang dada, terus yakin, serta memberikan kepercayaan kepada pimpinan parti bagi menangani keadaan ini."

Katanya, sudah pastilah UMNO sangat kesal, dengan tindakan beberapa Ahli Parlimen UMNO dan terkini YB Datuk Seri Mustafa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli dan YB Datuk Seri Anifah Aman, Ahli Parlimen Kimanis yang bertindak keluar meninggalkan UMNO.

"Kita perlu mempunyai sikap yang ikhlas dan memiliki daya juang yang tinggi dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti. Meninggalkan UMNO ketika parti sedang diuji, bukanlah sikap terpuji dan boleh diteladani. Islam mendidik kita agar taat selagi mana kita tidak menyalahi apa yang dikehendaki oleh syara'.

"Dalam keadaan ini, saya ingin nyatakan bahawa, atas alasan apapun tindakan tersebut sangat tidak wajar dilakukan apatah lagi beliau dipilih sebagai wakil rakyat atas kepercayaan yang UMNO berikan.

"Meletakkan alasan kelemahan parti kerana agenda peribadi sesuatu yang tidak wajar dilakukan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Maklumnya, parti akan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO 2018 penghujung bulan ini.

"Saya harap ia tidak melemahkan kita. Malah, saya ingin nyatakan bahawa, selepas PRU-14, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh UMNO untuk mengukuhkan kembali keyakinan dan kepercayaan ahli serta rakyat kepada idealisme perjuangan UMNO.

"UMNO akan tetap dengan asas perjuangan bagi memastikan keadilan sosial dan nilai kesejagatan dikekalkan sejajar dengan faktor kemajmukan di Malaysia.

"Kita tetap menjaga kepentingan Melayu dan Bumiputera serta membela hak semua kaum dalam negara ini. Kerana itu selagi wujud sokongan ramai, UMNO akan terus berjuang dalam apa keadaan sekali pun, biarpun di situasi mencabar ketika ini."

Selaras dengan itu, beliau berharap, isu ini tidak melemahkan apalagi melumpuhkan UMNO.

"UMNO memerlukan loyalis parti untuk terus hidup. Biarlah yang setia kepada semangat perjuangan saja yang tinggal bersama UMNO. Dengan itu, parti dan segala rancangannya akan lebih mudah ditadbir serta berjalan dengan baik."

Bagaimanapun katanya, dalam senario sedemikian, UMNO mengambil pendirian menerima keputusan mereka dan kita menghormatinya.

"Kita ucapkan selamat maju jaya. Semoga jalan pilihan mereka akan memberi kepuasan buat diri mereka.

"Kepada semua pimpinan dan ahli parti kita mesti terus kekal bersatu padu dan bersama memastikan parti kekal relevan dalam lanskap politik yang kian mencabar. UMNO ini sebuah perjuangan. Ini mesti di teruskan bersama para pejuang parti yang istiqamah dalam perperjuangan demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.
Andalah mata rantai perjuangan yang panjang.

"Saya minta kita merapatkan saf dan melakukan usaha bersama agar UMNO bangkit semula menjadi parti kuat di negara ini. Saya yakin jika kita terus berpadu semua pihak akan menghormati kita," tegasnya lagi yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk. – MediaUMNO