"Namun hala tuju yg diambil UMNO hari ini tidak lagi selari dgn prinsip politik yang menjadi pegangan saya selama ini dan tidak ada banyak usaha meyakinkan bahawa proses rejuvenasi parti telah bermula. Maka atas dasar inilah setelah bermuhasabah dan memikirkan sedalamnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai ahli UMNO setelah lebih 40 tahun berkhidmat untuk parti ini." - MUSTAPA MOHAMAD.
Ahli Parlimen Jeli dan bekas Menteri MITI Mustapa Mohamad merupakan Ahli Parlimen keempat Umno meninggalkan parti sejak Umno pimpinan Najib Razak dan Rosmah Mansor diTUMBANGkan rakyat pada 9 Mei 2018.
40 tahun Mustapa bersama Umno dan juga selepas 40 tahun, Mustapa menganggap UMNO tidak lagi relevan.
Jika diteliti kenyataan Mustapa hari ini, amat jelas pandangan beliau terhadap kepimpinan Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden Umno.
Antaranya, Umno dibawah Zahid "prinsip politiknya telah lari", "tidak banyak usaha merejuvenasikan parti" atau dengan kata lain, Umno dibawah Zahid tidak lagi relevan.
Kita faham sentimen Mustapa.
Awal-awal lagi kita sudah tahu bahawa Zahid setakat menjadi pengikut Najib dan "standard" beliau setakat memimpin cawangan dan bahagian.
Sejak menang jawatan Presiden, tiada siapa tahu ke mana hendak Zahid bawa Umno ini, tiada visi kecuali mengHARAP pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim dan Hadi Awang menjatuhkan kerajaan Pakatan untuk beliau dan Umno.
Itulah yang dijaja oleh Zahid ke hulu dan ke hilir kerana itu saja kemampuan berfikir beliau sebagai Presiden Umno.
Zahid menambah HINA Umno dengan mengharapkan kepada pembangkang untuk memanjangkan umur Umno.
Tidak menghairankan betapa kecewamya Mustapa mengenang nasib Umno serta menjadi saksi kepada kepimpinan lemah Zahid.
Ditambah lagi dengan sikap tidak peduli pemimpin atasan Umno.
Baru 4 bulan Umno ditumbangkan, sesetengah pemimpin Umno meneruskan kehidupan JOLI mereka.
Gambar-gambar yang memperlihatkan pemimpin Umno terus menikmati kemewahan tanpa memikirkan nasib Umno sudah tentu menyakinkan Mustapa bahawa Umno tidak akan berubah dan pemimpin mereka tidak akan memperdulikan nasib rakyat dan ahli Umno.
Semuga gambar-gambar ini memberi kesedaran kepada 3 juta ahli Umno dan orang-orang Melayu siapa yang telah mengkhianati mereka.
No comments:
Post a Comment