Thursday, May 31, 2018

GST berkadar sifar bagi semua produk, perkhidmatan perbankan mulai esok






tyrazalhe







KUALA LUMPUR – Bank-bank komersial konvensional di Malaysia akan mengenakan kadar sifar peratus ​Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua produk dan perkhidmatan perbankan berkuat kuasa mulai 1 Jun, 2018.


Sebelum ini, semua produk dan perkhidmatan perbankan adalah tertakluk kepada GST berkadar enam peratus, menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dalam kenyataan, hari ini.


“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk perbankan yang dibeli atau perkhidmatan perbankan yang diberikan pada atau selepas 1 Jun, 2018, orang ramai dinasihatkan menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan penjelasan,” menurut persatuan itu.- Bernama

Singapura bantu Malaysia bawa pulang berbilion ringgit wang 1MDB






tyrazalhe
PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB SEDANG KESAN ALIRAN WANG, ASET DI SELURUH DUNIA




PUTRAJAYA – Malaysia dan Singapura bersetuju bekerjasama membawa pulang sejumlah besar wang yang disyaki diseleweng daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia dan Singapura di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, pagi tadi.


Pasukan Petugas Khas 1MDB Malaysia dianggotai bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull; dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador. Pegawai Bank Negara Malaysia turut hadir.


Sementara, pasukan siasatan Singapura dianggotai sembilan pegawai kanan Pejabat Peguam Negara Singapura; Jabatan Hal Ehwal Komersial Singapura; dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS).


Pasukan Petugas Khas 1MDB memberitahu, kerjasama itu juga bertujuan mengumpul bahan bukti dan mengesan saksi di Singapura secepat mungkin.


“Selain itu, pasukan ini juga akan melakukan ‘money trail’ bagi mengesan wang serta aset yang masih wujud,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan, hari ini.


1MDB yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini disiasat oleh sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Switzerland, atas dakwaan penyelewengan AS$4.5 bilion (RM17.9 bilion).


Singapura sebelum ini, menutup cawangan dua bank Swiss – Falcon dan BSI – kerana pengubahan wang haram yang didakwa dicuri daripada 1MDB. Pihak berkuasa negara itu turut mendenda dua bank lain, UBS dan DBS, kerana melanggar undang-undang pencegahan pengubahan wang haram. Switzerland pula mendenda Coutts Bank kerana pengubahan wang haram.


Lima bekas pengurus bank di Singapura juga didenda dan dipenjarakan kerana peranan mereka dalam pergerakan dana haram 1MDB daripada akaun berkait dengan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho. Jho Low adalah seorang daripada empat individu yang dinamakan dalam saman Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.


Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikrar untuk menyiasat skandal 1MDB dan bertindak terhadap sesiapa yang mungkin bersubahat, atau mendapat manfaat daripada rasuah berkaitan dana terbabit.

PAS SEDIA BERDAMAI ?


Sebelum PRU14 pada 30 Januari 2017 Naib Ketua Dewan Pemuda PAS, Ir Khairilnizam Khirudin dilaporkan Berita Harian telah berkata meminta DAP tidak bersikap 'gila talak' dan berhenti memaksa PAS menerima lamaran palsu mereka.

DAP khususnya Lim Kit Siang perlu belajar menerima hakikat dan menghormati pendirian PAS yang sudah serik untuk bekerjasama dengan DAP.



"Sesungguhnya, sejarah tidak pernah menipu dan PAS tidak mudah lupa. DAP tidak pernah berhenti menghalang dan menghina prinsip perjuangan PAS. Dasar dan agenda PAS sejak dulu sehingga sekarang tidak pernah berubah iaitu mengangkat martabat Islam di Malaysia.

Oleh itu katanya, Dewan Pemuda PAS menyokong penuh pendirian Presidennya yang menutup terus pintu kepada DAP yang pandai berpura-pura suci lapor Berita Harian di SINI

Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pula sebelum PRU14 menganggap rakyat Pulau Pinang yang kerajaannya didominasi oleh DAP hidup dalam keperitan kerana kepincangan DAP.

“DAP tidak mampu menjadi kerajaan yang bersih dan banyak cerita dilaporkan mengenai kepincangannya. 
“Malah, untuk pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) turut bercanggah dengan realiti di Malaysia yang mana konsep negara Islam mestilah Islam itu berkuasa. 

Itu semua sebelum PRU14, sebelum Pakatan Harapan memperolehi kejayaan besar mengalahkan Barisan Nasional dan sebelum Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Walaupun belum sebulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia.. nada Hj. Hadi terhadap DAP juga tiba-tiba berubah..

“Saya respon dengan cara positif apabila pemimpin DAP tidak lagi ‘cirit-birit’ dalam membuat kenyataan. 
“Dahulu dia (DAP) membuat kenyataan berkenaan Islam yang mana tiada hak dengannya untuk menyentuh hal berkaitan orang Islam, saya harap ‘break’ (DAP rehat dari buat kenyataan berkaitan Islam) ini diteruskan,” katanya ketika wawancara bertajuk Politik PAS Era Malaysia Baharu bersama Astro Awani, di sini, semalam. 
Sebelum ini, Majlis Syura PAS memutuskan untuk menamatkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan pakatan pembangkang dalam PR, selepas tidak sehaluan dengan tindak tanduk DAP. 
Mengulas lanjut, katanya, amat penting supaya asas Perlembagaan yang menetapkan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan diberikan keutamaan. 
“Hak berkaitan Islam biar orang Islam yang bercakap... mereka boleh bela hak kaum mereka sendiri dan Islam tak akan ganggu hak mereka. 
“Ini perlu dikembalikan kepada asas perlembagaan seperti saya sebut Islam agama Persekutuan perlu dihormati dan pada masa sama, kebebasan (diberikan untuk) mengamalkan agama lain yang tidak mengacau satu sama lain. Ini sangat penting,” katanya. 
Ditanya mengenai pendirian PAS sama ada sedia menyambut tangan dua pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk bekerjasama, Hadi mengakui bersedia untuk berbuat demikian jika bertepatan dengan konsep ‘taawun’, iaitu penyatuan atau kerjasama dalam perkara kebaikan bukan perkara kejahatan. 


Betul ke sedia berdamai dengan DAP demi kebaikkan ni?.. atau kerana Setiausaha Agung DAP dah dilantik jadi Menteri Kewangan..

BN - DAH TERANTOK BARU TENGADAH


Setelah BN kalah dan kehilangan kuasa, macam-macam "pahat" mula berbunyi  di sana sini kebelakangan ini.

Bermula dengan Khairy Jamaluddin yang menyatakan rasa kesalnya kerana tidak memberitahu hakikat sebenar tentang sokongan yang makin merosot diterima BN, di samping turut menyalahkan skandal 1MDB, kini seorang lagi ahli MT UMNO, Nur Jazlan Mohamed turut melontarkan nada suara yang  hampir sama bunyinya.

Jika KJ mengimbas kemerosotan sokongan BN bermula dengan pemecatan Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal, Nur Jazlan selain menyalahkan Najib Razak sebagai punca utama kekalahan BN, beliau juga menyatakan adalah mustahil bekas Perdana Menteri itu tidak sedar bahawa BN berada di ambang kekalahan susulan pelbagai isu berkaitan dirinya yang diperkatakan ramai sejak sekian lama.


"Jangan beritahu saya dia tak baca media sosial mengenai isu berhubung diri dan keluarganya. Mustahil," kata Nur Jazlan.


Hmmmm...esok lusa entah siapa-siapa lagi pemimpin UMNO yang selama ini selalu membodek dan mencium tangan Najib akan turut memilih untuk menyalahkan anak Tun Razak itu.

Memang Najib banyak salah dalam hal ini. Sebagaimana disebut sebelum ini bahawa kira-kira 80 peratus punca kekalahan BN adalah bersabit dengan Najib dan keluarganya, namun pemimpin UMNO terutamanya ahli MT juga harus bertanggungjawab sama.

Mereka juga turut menyumbang dan ada saham kepada kekalahan BN ini. Jangan cuba-cuba lari daripada tanggungjawab yang ada.

KJ misalnya, di sebalik menyatakan kesal tidak memberitahu kebenaran kepada Najib mengenai kemerosotan sokongan BN, beliau melalui Pemuda UMNO malah mengusulkan agar Najib dan Zahid Hamidi tidak dilawan oleh sesiapa dalam pemilihan UMNO tahun 2018 ini.

Tetapi, setelah BN kehilangan kuasa, KJ tanpa rasa malu menyatakan budaya tiada pertandingan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO adalah punca kekalahan dan parti itu ditolak rakyat.

Apakah jenis pemimpin seperti ini?

Tidak cukup dengan itu, di sebalik sekarang ini beliau menyalahkan Najib atas segala-galanya, KJ bersama barisan Exco Pemuda pada PAU2017 juga, dengan tujuan mengampu dan membodek, telah memberikan suatu tabik berjemaah kepada bekas Perdana Menteri itu sehingga membuatkan Najib ketawa keseronokan.

Tidakkah semua sikap itu menyumbang sama kepada kekalahan BN?

Begitu juga dengan Nur Jazlan, tidak guna beliau menyalahkan Najib sekarang kerana sepatutnya beliau sejak dulu lagi tidak menerima tawaran jawatan timbalan menteri yang diberikan kepadanya.

Bukankah jika Nur Jazlan kekal sebagai Pengerusi PAC dan menolak jawatan timbalan menteri serta mengambil tindakan yang sewajarnya berkaitan 1MDB, malah mengekalkan sikap sebagaimana yang ditunjukkannya ketika itu, beliau dapat memberitahu Najib mengenai kesalahannya, selain menyedarkan lagi tentang arus penolakan rakyat terhadap BN?

Dalam hal ini, dengan baru sekarang beliau mahu menyalahkan Najib, sebenarnya adalah lebih baik Nur Jazlan "hantuk"  saja kepalanya ke dinding terlebih dahulu.

Dalam pada itu, sebelum ramai lagi ahli MT yang tampil bersuara mengenai kekalahan BN dalam pilihanraya yang lalu dan seolah-olah ingin menjadi hero, mereka seharusnya sedar kesalahan masing-masing juga.

Tidak usaha menonjol-nonjolkan diri dengan tujuan untuk merebut jawatan yang lebih tinggi dalam pemilihan UMNO yang bakal menjelma nanti, sebaliknya semua ahli MT yang ada sekarang sepatutnya mengundurkan dan tidak lagi menawarkan untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Khidmat mereka seharusnya berakhir bersama dengan Najib yang telah ditolak rakyat. (ShahbudinHusin 21/05/2018) 

APA ITU CGG - BACA


Oleh Syukur Muhamad


Semalam YB Menteri Kewangan keluarkan butiran tentang hutang negara yang sebenarnya dah melebihi RM 1 trillion (RM1  juta juta, atau RM 1,000,000,000,000).

Termasuk dalam penemuan baru ni ialah makhluk yang bernama 'Committed Government Guarantees' (CGG) sebanyak RM 199.1 billions. CGG ni apa sebenarnya? 

Dalam bahasa mudah, ada beberapa syarikat yang pinjam duit. Pinjaman ni dijamin oleh kerajaan, 'Kalau hangpa tak bayar, tak apa, aku boleh settlekan'. Sepatutnya hasil syarikat tu cukup lah untuk bayar pinjaman, tapi syarikat-syarikat ni atas sebab masing-masing tak boleh bayar. 

Jadi kerajaan dah masuk fasa, 'Aku kena settlekan' untuk pinjaman-pinjaman ni. Sebab tu nama dia 'committed', kerajaan dah komit dah pun untuk bayar. Ada banyak lagi pinjaman yang dijamin kerajaan, tapi kerajaan tak perlu komit sebab syarikat ni cukup hasil. Bila kerajaan kena bayar, duit tu duit cukai kita lah! 

Syarikat apa yang tak cukup hasil ni? Ada 5 yang disebut: 

1) Danainfra (RM 42.2 billions)

- PInjam duit untuk buat MRT & Pan Borneo highway.

2) Prasarana (RM 26.6 billions) 

- Pinjam duit untuk naiktaraf RapidBus, monorail & LRT.

3) Malaysia Rail-Link (RM 14.5 billions)
- Pinjam duit untuk buat ECRL.

4) Govco holdings (RM 8.8 billions)
- Ini makhluk istimewa, pinjam duit untuk bantu orang yang pinjam duit. Antaranya bantu Proton yang masa tu tengah sesak.

5) 1MDB (RM 38 billions)
- Ini makhluk paling istimewa. Pinjam duit untuk apa pun kita belum tahu sepenuhnya.

Kalau siapa kira betul-betul, 5 syarikat ni tak sampai RM 199.1 billions. Baru RM 130.1 billions. Ada lagi RM 69 billions hutang oleh beberapa syarikat lain yang kita akan tahu nanti. 

Maksudnya: 

Buat macam-macam pengangkutan awam yang besar, nak bagi ada legasi, nak bagi rakyat sokong, tapi tak bagi tahu rakyat yang  hutang-hutang ni tak boleh servis. Tak telus. 

Kalau macam pengangkutan awam tu boleh diampunkan lagi sebab keretapi susah nak buat duit, tapi macamana dengan makhluk-makhluk istimewa yang duitnya dimasukkan dalam 'black hole' yang tidak diketahui?

Inilah sebab kenapa kita tak boleh tutup sebelah mata terhadap isu-isu pentadbiran baik (good governance) dan ketelusan ini, membiarkan pemerintah buat sesuka hati dengan alasan 'asalkan saya masih aman' atau pun 'tak apa, yang penting orang kita memerintah'. Tutup sebelah mata terhadap 'orang kita' itulah yang akan memakan diri...

Tabung Haarapan dapat sambutan : Syabas kepata rakyat Malaysianyang patriotik


Quuuusssemanggat.... Kecut perut bila congak punya congak mengira hutang negara terkini...

Benar sungguh kata Tun, hutang negara terlalu byk hingga ke anak cucu cicit kita belum tentu dapat selesaikan hutang negara yang di tinggalkan oleh saorang Klaptrokrasi ( kelepetrokasi) yang bernama Najib Razak n band of Thieves.

RM 1,078 Trillion =
RM 1,078,000,000,000.

Kering darah bila aku cuba buat kira2 yg kasar. Buat selok poket mana2 pun bila ditolak dgn angka baki Trillion tu masih tetap ada.

 Dgn ambil kira JIKA kita dpt kembalikan semua wang2 transaksi secara haram dari negara2 luar spt:

Amerika Sykt
RM 13,890,000,000

Switzerland
RM 429,000,000

Luxembourg
RM 398,449,993

Singapore
RM 86,427,000

Kita hanya mampu mengumpul sebyk RM 14.8 Billion (sahaja) =
RM 14,803,876,993.

Bila kita kira campur dgn wang rampasan terhadap Najib sejumlah RM 114,000,000 berapa pulak jumlah boleh kita perolehi;

RM 14,803,876,993
RM      114,000,000 +
------------------------------
RM 14,714,876,993
================

Lepas tu aku cuba bayangkan JIKA setiap rakyat (32Juta) SANGGUP BERKORBAN menyumbang RM 50 sebulan selama 10 bulan, kita boleh kumpul RM 16 Billion (byk tu) = RM 16,000,000,000

Aku cuba campur dgn jumlah sebelum ini;
RM 14,714,876,993
RM 16,000,000,000 +
------------------------------
RM 30,714,876,993
================

Bila aku tolak dgn hutang negara
RM 1,078,000,000,000
RM      30,714,876,993 -
-----------------------------------
RM 1,048,714,876,993
==================

Angka TRILLION itu masih belum mampu dikurangkan.

Bila boleh langsai hutang negara?

Benar kata Tun M. Sampai anak cucu cicit kita pun belum pasti boleh langsai hutang negara.

Kau rasa cam ne???... Boleh kita maafkan Najib n kerajaan sebelum inie tak?

Tapi yang kalut dan merapu bila adanya pula kalangan pelesit yang sakit hati dan dengki bila kerajaan melancarkan Tabung Harapan untuk membantu bayar hutang tersebut secara sukarela tanpa sebarang paksaan...

Berikut adalah komentar Ipoh Mali:
Ramai yang marah dengan tabung Harapan Malaysia kenapa? bukan kerajaan paksa pun.. dan aku rasa Kerajaan pun tak mengharap, ia satu bentuk simbolik.. Solidariti dalam kita membina semula Malaysia... Tun Mahathir dan Kabinetnya sudah memotong 10% dari Pendapatan untuk Negara.. dan dia tak paksakan kepada Kakitangan awam.. Teringat aku masa Bencana Banjir Besar di Pulau Pinang tahun lepas.. ramai yang gelak , Perli Lim Guan Eng yang merayu bantuan kerajaan Pusat, Ketika itu Lim Guan Eng dan DAP tubuhkan satu tabung bantuan Banjir.. dalam 3 Hari tabung itu dah terima sumbangan orang ramai lebih dari RM 5 Juta.. hakikatnya rezab tunai, kewangan Pulau Pinang lebih pada mampu, tetapi itulah simbolik Rakyat bersama sama dengan Kerajaan.. Akhirnya Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan program khas dengan nama "Penang Bangkit" anggaran peruntukan lebih RM 100juta, Sebahagian besar dana bantuan ini menggunakan Duit Kerajaan Negeri.. lebih 100 ribu rakyat terjejas banjir menerima RM 700 tunai, peruntukan baiki rumah banjir,tanpa bantuan Kerajaan Pusat.. Ini Memang gaya Lim Guan Eng.. Dia tak pandai cakap besar, tetapi dia menguruskan duit rakyat dengan Baik, Hutang Negeri Pulau pinang hampir sifar.. Negeri yang tak mengharapkan Duit dan ehsan kerajaan Pusat untuk kebajikan,membayar gaji dan Bonus untuk kakitangan Negeri.. Sedang kan orang yang perli Lim Guan Eng yang merayu rayu kepada bantuan Pusat , Nak bagi bantuan Banjir pun tak mampu.. ada rakyat yang dah setahun masih tidur dalam Khemah.. nak bagi bantuan dan bayar gaji pun terpaksa berhutang dengan pusat.. :)


Tabung tersebut telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada rakyat jelata.....

Tabung Harapan Malaysia setakat 3ptg (31 Mei), Jumlah terkumpul ialah: RM7,075,508.79. Jumlah terkumpul akan diumumkan setiap hari pukul 3 ptg.

Syabas kita ucapkan kepada rakyat patriotik yang sudi menyumbang dan yang tidak ada kemampuan doakanlah jumlah kutipan akan terus meningkat dari masa ke masa.

Janganlah pula jadi pelesit  dan menghamburkan fitnah yang tidak membantu apa-apa pun ....

Dr Rozaimi Ramle secara sinis menegur puak pelesit ini sebagaimana katanya :


Yang sangat lucunya, kalangan pelesit ni kata hanya nak putrajaya bila hutang semua dah langsai ..... 

" Kami harap PM maklumkan kepada kami  pemberian royalti yang akan di beri bila semua hutang negara langsai....  Banyak cantik lu orang punya muka!

DATO SUK NAFI ISTANA HALANG HJ HUSAM DAN CG WAN RAHIM MASUK KOTA DARULNAIM


Syam Ghaz Apam Putra


KOTA BARU: Setiausaha kerajaan negeri Datuk Nazran Muhamad hari ini menafikan beliau memberitahu akhbar tempatan bahawa arahan untuk menghalang Naib presiden Parti Amanah Negara (PAN) Husam Musa dan ketua parti negeri Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memasuki enam istana dan premis kerajaan negeri Istana itu.

Beliau berkata beliau hanya memaklumkan kepada akhbar bahawa dia telah menerima perintah itu daripada 'pihak yang lebih tinggi'.

Beliau berkata adalah tanggungjawabnya untuk melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya oleh `pihak berkuasa yang lebih tinggi 'dan juga dari kerajaan negeri.

"Tidak pernah keluar dari mulut saya bahawa arahan itu berasal dari Istana dan saya juga memberitahu wartawan bahawa saya tidak tahu sebab kedua-dua mereka dihalang.

"Ia adalah akhbar yang membuat penilaian mereka sendiri," katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Sementara itu, Husam ketika dihubungi berkata beliau menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

"Saya tidak akan mengulas lanjut mengenai isu ini. Ramadan adalah bulan suci bagi umat Islam, oleh itu, lebih baik bagi saya untuk tidak memberikan sebarang komen, "katanya.

Dilaporkan hari ini bahawa arahan untuk menghalang Husam yang merupakan bekas ADUN Salor dan Wan Abdul Rahim memasuki bangunan istana dan bangunan kerajaan negeri dikenakan selepas pekeliling yang dikeluarkan oleh Nazran.

Nazran dilaporkan berkata bahawa pekeliling itu telah diedarkan kepada lebih daripada 2,000 penjawat awam di negeri ini. (baca di nst)

Jangan Ulangi kesilapan dan keangkuhan PAS


Oleh Ahmad Muslim Badawi Badawi

Bila aku kritik padangan Rafizi tentang faktor Tun Mahathir.. ada sahabat komen, jika Tun Mahathir berpengaruh.. kenapa Bersatu cuma dapat 12 Kerusi Parlimen, dan Kenapa tak boleh menang besar di Kedah andai Tun punya Pengaruh..

Inilah kesilapan ramai dari Ahli Politik, selalu mengukur sesuatu dengan jumlah kerusi, dan kekuatan parti, jentera Parti.. inilah sikap yang telah merosakkan PAS.. Mungkin ramai dari pemimpin PKR mereka tidak belajar bagaimana mereka diperkecilkan PAS..

bagi aku, parti paling kuat dari sudut pengaruh dan organisasi politiknya adalah DAP..tetapi mereka cermat dari memperkecilkan parti lain.. inilah Kebijaksanaan..

Jumlah kerusi bukan lah ukuran, kenapa aku kata PRU 14 ini faktor kemengan adalah faktor tun Mahathir.. kenapa aku tidak mengukur dari jumlah kerusi yang dimenangi.. mari belajar dari Sejarah..

1- Tahun 1990, Ketika Barisan Pembangkang ketika itu dengan nama Angkatan Perpaduan Ummah, menang besar di Kelantan, merampas Kelantan, masa tu walaupun PAS menang banyak kerusi, 25 kerusi berbanding semangat 46 12 kerusi, tetapi kita tidak dapat menolak faktor kemenangan masa itu adalah disebabkan faktor KULI..

2- Tahun 1999, Berlaku gelombang Reformasi, Ds Anwar dipecat.. tertubuhnya, Barisan Alternatif.. ketika itu Ds Anwar terpenjara.. PAS parti terkuat dipimpin Almarhum Ustaz Fadzil Noor, dalam PRU 1999.. PAS menang 27 kerusi Parlimen, menang 2 Negeri Kelantan dan Terengganu..PKR cuma dapat 5 kerusi parlimen.. masa tu zaman kemelesetan ekonomi 1997.. tapi masa tu kita mengakui.. walaupun PKR menang hanya 5 kerusi..faktor kemenangan pembangkang..adalah faktor Ds Anwar.. kita tak kata faktor Ekonomi..

Jadi begitu juga hari ini, Menang jumlah kerusi bukan ukurannya.. tahun 1999, PKR bila berlaku tsunami Melayu.. PAS bertanding kawasan Melayu.. PKR bertanding waktu itu kubu kuat MCA dan MIC.. jadi tidak hairan lah menang kerusi yang rendah, begitu juga PPBM hari ini, mereka bertanding di kerusi kuat UMNO..

sehari sebelum hari pengundian, aku dah kata, Terengganu, Kedah dan Pahang, PAS punyai sokongan teras dan tradisi yang kuat.. dan duduk di kedudukan ke 2, dan andaian aku betul..

Tak dinafikan Faktor Kos Sara Hidup.. GST yang menjadi faktor kemenangan, tapi jangan nafikan Kebijaksanaan, keberanian Tun Mahathir.. pertama dia berani mengambil Ijtihad meninggalkan PAS, bertanding 3 Penjuru ketika ada pemimpin PH yang masih berharap dengan PAS.. kedua Penggunaan satu Logo. yang bagi aku faktor Kemenangan PH..

Faktor Tun Mahathir adalah satu lonjakan dari momentum PRU 13 yang tidak kesampaian..Jadi berhentilah mengukur kekuatan dengan jumlah kerusi di menangi, ini hasil kemenangan bersama, semua ada jasa, Hatta orang seperti Mat Sabu mahupun Rafizi..

Jangan Ulangi kesilapan dan keangkuhan PAS.. :)

Rayuan Jamal dari ladang sawit: Jangan zalimi saya, Tan Sri



 Selepas gagal hadir di balai polis hari ini, Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos mengirimkan klip video untuk memberi penjelasan.

Dalam klip video berdurasi 7 minit itu, Jamal yang dilihat berada di kawasan kelapa sawit menjelaskan bahawa dia bimbang akan ditangkap pihak berkuasa sebaik sahaja hadir memberi kenyataan.

“Saya bukannya menolak pelaksanaan undang-undang terhadap saya tetapi apabila yang berlaku terhadap saya ini (sehingga) dengan nama saya disenaraihitamkan dan (saya) diletak dalam langkah keselamatan khas oleh PDRM (saya jadi bimbang).

“Dan selepas SPRM menyerbu kediaman saya, pejabat, dan beberapa tempat lain, saya bimbang daripada semalam hinggalah malam tadi rumah saya diserbu oleh polis, (selain) kediaman ibu saya, rakan-rakan saya.

"Ini yang membimbangkan saya untuk hadir hari ini ke IPD Ampang walaupun saya telah berjanji semalam (untuk datang),” katanya.

Jamal sebelum ini berjanji untuk hadir ke IPD Ampang Jaya bagi memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang.

Bagaimanapun, beliau gagal hadir seperti dijanjikan.

Sementara itu, Jamal juga memohon perlindungan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kepada beliau sekiranya mahu dirinya segera tampil memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Saya mohon Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan jaminan kepada saya seorang pemimpin politik, pemimpin aktivis supaya tidak dizalimi, tidak dianiaya.

“Saya melihat apa yang berlaku kepada saya hari ini seperti mana Tun Dr Mahathir menzalimi (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan rakan-rakannya ketika dahulu.

“Saya bukannya penjenayah tetapi saya diperlakukan seperti penjenayah dan pengganas sekarang ini,” katanya.

Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu.

Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai. ~ malaysiakini