Sunday, August 13, 2017

Kartunis Lengkuas meninggal dunia




MALAYSIA GAZETTE





KUALA LUMPUR – Kartunis Lengkuas yang popular dengan karya Mat Despatch dalam majalah Ujang dan Yob Peon dalam majalah Lanun meninggal dunia di Hospital Selayang pagi ini.

Allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi darah tinggi dan buah pinggang selepas dua hari dimasukkan dalam wad pesakit hospital berkenaan.

Lengkuas atau nama sebenarnya Zainuddin Saleh, 53, mengalami masalah buah pinggang kira-kira tiga tahun lalu

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 10 tahun dan kembar 15 tahun.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu Muda selepas Asar, hari ini.

Allahyarham mempunyai pengalaman berkarya sebagai kartunis selama lebih 30 tahun.

Pemergian Lengkuas disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar dalam industri kartunis. – MalaysiaGazette

KES SKANDAL 1MDB!! JANGAN BIARKAN ARUL KANDA MEMPERBODOHKAN PARTI PAS!!

1MDB - BERSIH - TIM. PRESIDEN PAS




TIMBALAN PRESIDEN PAS HARUS JEMPUT YB TONY PUA, YB RAFIZI RAMLI DAN SAYA UNTUK TERANGKAN ISU SEBENAR KES SKANDAL 1MDB!! JANGAN BIARKAN ARUL KANDA MEMPERBODOHKAN PARTI PAS!!

Saya ingin 'mengangkat topi' kepada arul kanda kandasamy yang telah berjaya memperbodohkan timbalan presiden serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas semalam.

Syarikat 1mdb sedang berada dalam keadaan pelbagai kegagalan masakini tetapi tokoh-tokoh pemimpin Pas puji penerangan serta berpuas hati dengan taklimat oleh arul kanda mengenai isu skandal 1mdb.

Timbalan presiden Pas dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas tak tanya arul kanda kenapa sehingga tarikh tamat bayar hutang hari ini sejumlah rm2.6 bilion; syarikat 1mdb masih gagal untuk melunaskannya kepada IPIC?!

Isu-isu lain saya rasa pemimpin-pemimpin Pas tak mampu nak fikir serta buat penilaian. Jadi mereka tak perlu tanya mengenai isu-isu lain yang agak kompleks lagi rumit dalam kes skandal 1mdb!!

Kes mutakhir iaitu hari ini tarikh akhir syarikat 1mdb bayar hutang pada IPIC sejumlah rm2.6 bilion tetapi masih gagal!! Pemimpin-pemimpin Pas yang hadir pada perjumpaan sesi taklimat dengan arul kanda sepatutnya soal beliau secara terperinci mengenai kegagalan melunaskan hutang tersebut walaupun tarikh akhir telah dianjakkan dari 31 julai hingga ke hari ini!!


tuan-ibrahim-pas


 catatan dari pertemua PAS dan Arul Kanda. 

AMPANG: PAS hari ini berkata mereka berpuas hati selepas mendengar penjelasan mengenai hutang yang ditanggung 1MDB dan pelan rasionalisasi hutang itu dari presiden 1MDB sendiri, Arul Kanda Kandasamy.

“Secara keseluruhan bagi pihak kami kita berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat Arul khusus pelan rasionalisasi yang telah dicadang beliau bagi mengatasi kemelut berlaku dalam 1MDB,” kata Tuan Ibrahim pada sidang media selepas sidang tersebut. dari PAS


Kegagalan melunaskan hutang ini bakal meninggalkan implikasi negatif kepada sistem ekonomi negara!!

Syarikat 1mdb kini gagal dalam pelbagai segi sehinggakan akaun syarikat dah lebih dari 3 tahun masih gagal diodit?!

Secara logiknya, seandainya sesebuah syarikat itu gagal diodit akaunnya; ini membawa erti syarikat itu sedang bermasalah!!

Takkan timbalan presiden Pas serta 30 ahli jawatankuasa pusat Pas ini tak boleh berfikir?! Kenapa parti Pas menjadi semakin dungu dari hari ke sehari?!

Saya cukup hairan dengan 'virus bodoh' yang sedang melanda Pas selepas parti umno!!
Secara jujurnya, saya ingin cadangkan kepada tuan ibrahim tuan man serta kepimpinan tertinggi Pas untuk menjemput yb tony pua, yb rafizi ramli dan saya sendiri untuk mengadakan satu sesi taklimat bagi menerangkan permasalahan sebenar kes skandal 1mdb ini.

Selepas mendengar taklimat dari kedua belah pihak; barulah timbalan presiden Pas dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas boleh buat satu rumusan secara adil lagi telus!!

Jangan hanya dengar pada sebelah pihak saja terus cakap dah puas hati dengan penerangan kes skandal 1mdb itu!! Arul kanda sudah pasti akan beri gambaran yang baik-baik serta berat sebelah!!
Secara peribadi saya nampak parti Pas sejak kebelakangan ini menyokong unsur-unsur rasuah serta salahguna kuasa pemimpin-pemimpin umno yang menunjang kerajaan kleptokrasi!!

Parti Pas dah menjadi semakin 'gelong' dan tokoh-tokoh pemimpinnya pula nampak semakin 'sewel!!'

Wadah perjuangan Pas yang berteraskan pada aqidah agama berlandaskan kepada ajaran islam yang tulen bersandarkan pada al-quran dan as-sunnah sudah hilang!! Pas semakin 'merapu' dan 'merepek!!'

Bagi pihak diri saya amat ikhlas dan bersedia untuk berhadapan memberi penerangan dan fakta sebenar mengenai kes skandal 1mdb pada parti Pas yang semakin 'gelong!!'

Saya telah berjuang bermati-matian di seluruh dunia membuat laporan-laporan kepada pihak berkuasa di singapura, hong kong, peranchis, switzerland, united kingdom dan FBI demi untuk menyelamatkan dana kerajaan serta wang rakyat dari diselewengkan oleh kalangan pengkhianat negara!!

Tuan ibrahim tuan man dan 30 ahli jawatankuasa pusat Pas jangan jadi 'katak di bawah tempurung' dan jangan biarkan arul kanda kandasamy memperbodohkan kamu semua!!
Ikhlas dari;


KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Koordinator
Deklarasi Rakyat
8 Ogos 2017

'Terima Kasih SPRM' bukan bermaksud saya yang buat laporan - Dr Norlela




Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar



SHAH ALAM: ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin menegaskan tiada maksud tersirat disebalik tindakannya berterima kasih kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan tangkapan Exco Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang kelmarin.

Beliau juga menafikan dirinya membuat aduan sehingga pihak berkuasa itu membuat tangkapan terhadap Phee Bon Poh yang didakwa atas salah guna kuasa.

Norlela sebaliknya berkata aduan dari pihaknya mengenai isu kilang haram disuarakan semenjak 2015 menerusi apa yang disuarakan penduduk setempat.

"Aduan sejak 2015 kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pejabat Daerah, seperti biasa. Begitu juga di Sidang DUN Pulau Pinang dah buat usul. (Tapi laporan) pada SPRM ini saya tak buat.

"Tahun ini saya ada terima petisyen 18 muka surat daripada penduduk berkenaan bantahan mereka. Saya bertanya kepada Pejabat Daerah apakah tindakan yang hendak diambil.

"Memandangkan ramai yang buat aduan dan ia dihantar ke merata tempat, bukan saya sahaja. Saya tidak tahu jika aduan ini sampai kepada SPRM atau tidak. Namun bukan saya yang fail laporan kepada SPRM," katanya kepada Antarapos, hari ini.

Malah beliau menambah aduan berkenaan isu kilang haram ini juga pernah disalurkan kepada pimpinan PKR Pulau Pinang.

Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman berkata pihaknya menjarakkan diri dengan Norlela selepas wakil rakyat itu mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana mengambil tindakan ke atas Phee.

Mansor berkata parti tetap menyokong kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP, namun memberitahu tidak ada tindakan yang akan diambil terhadap Norlela.

Mengelakkan salah faham di kalangan pimpinan parti, Norlela kemudiannya mengharapkan SPRM tidak pilih bulu dalam menyiasat mana-mana pihak yang didapati membuat kesalahan.

"Apabila ia diselesaikan dan saya menulis 'Alhamdulillah terima kasih SPRM' dalam konteks isu aduan berkenaan kilang ini.

"Saya merasakan semua pihak seperti marahkan saya. Harapan saya SPRM atau sesiapa pihak bertanggungjawab hanya buat siasatan terpilih. Kena adil, tidak zalim.

"Jika ada tindakan dibuat (terhadap sesuatu kes), maka kes-kes lain seperti 1MDB yang melibatkan hutang berbilion ringgit juga diambil tindakan yang sama," ujarnya.

Kelmarin Phee yang juga ADUN Sungai Puyu ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung operasi sebuah kilang haram yang memproses penapis karbon di Kampung Sungai Lembu.

Penahanan itu sebahagian daripada siasatan pelbagai agensi ke atas kilang berkenaan yang didakwa telah melanggar undang-undang alam sekitar dan sebagainya.

Kilang terbabit didakwa 'kebal' dan dilaporkan telah beroperasi secara haram sejak '10 hingga 15 tahun' lalu

Mahkamah Majistret pada semalam mengeluarkan perintah tahanan reman selama lima hari terhadap wakil rakyat DAP itu.

Suar api bukti ada rancangan awal buat kecoh dalam Forum Tun Mahathir



PETANG tadi berlaku kekecohan ketika berlangsungnya forum Nothing to Hide 2 yang dihadiri oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir di Dewan Raja Muda Musa, Shah Alam.

Rakaman video menunjukkan, ketika Tun Mahathir mula untuk menjawab soalan dalam forum berkenaan, tiba-tiba seorang individu mula membaling kerusi dari arah kumpulan hadirin.


Seterusnya diikuti dengan lontaran kasut dan selipar serta botol minuman dari arah kumpulan tempat duduk penonton. Kejadian bertambah kecoh apabila suar api mula dinyalakan dan dilontar dalam forum tersebut.

Kehadiran suar api ini menunjukkan ada rancangan dan niat dari awal untuk membuat kecoh dalam forum tersebut. Suar api bukan boleh dibeli di mana-mana kedai runcit, atau kedai serbaneka, ia adalah barangan yang sukar diperolehi.

Selain itu tindakan provokasi jahat ini juga nampak tersusun, tidak ada sebarang isu ataupun pertikaian dalam forum tersebut namun tiba-tiba berlaku kekecohan.

Jelas di sini memang ada niat dari awal pengacau yang dipercayai mahu melakukan sabotaj bagi menghentikan Tun Mahathir daripada bercakap dalam forum tersebut, sekaligus memburukkan imej Parti Pribumi Bersatu Malaysia, PPBM yang dipengerusikan oleh beliau.

Rujuk rakaman video berikut.


Forum itu dijadual untuk menemukan Tun Mahathir bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjawab pelbagai persoalan.Bagaimanapun Najib Razak tidak hadir, dan memang dijangkakan dari awal dia takkan hadir sama seperti forum Nothing to Hide yang pertama dulu, dia kata nak hadir, tapi last minute tak hadir.

PAS nafi semakin 'berlembut' perihal isu 1MDB - Tuan Ibrahim





Oleh Shuhaniza Said



PETALING JAYA: PAS menafikan parti itu semakin 'berlembut' bersabit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), susulan tindakannya mengundang Ketua Pegawai Eskekutif (CEO) syarikat berkenaan, Arul Kanda Kandasamy untuk memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.

Menurut Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS konsisten menentang sebarang penyelewengan dana namun tindakan mengundang Arul untuk memberi penjelasan adalah pendekatan terbaik berbanding berterusan menghentam syarikat berkenaan.

"Kita tahu 1MDB ini satu bencana bagi negara kita. Cuma apa pilihan yang dia ada, apa yang 1MDB ada. Semua tahu dia terpaksa jual asetnya, dia tiada pilihan lain. Dalam perbincangan tersebut, pelan rasionalisasi dia (Arul) tunjuk kepada kita tapi kita boleh kata tidak. Tapi apa penyelesaiannya?," katanya dalam sidang media selepas program Munaqasyah di sini hari ini.

Kata beliau lagi, sungguhpun Arul memberikan penjelasan khususnya berkaitan pelan rasionalisasi syarikat berkenaan, masih terdapat beberapa perkara yang perlu diberi penekanan.

"Kita tak setuju beberapa perkara. Bila diletak di bawah Kementerian Kewangan, tak mustahil dana negara akan disalur. Sebab itu ada beberapa perkara kita tak setuju. Bagi PAS, kita kata pertamanya aset mesti dipantau parlimen. Kedua, RCI mesti dibentuk. Bukan maknanya kita puas hati dengan pelan atau penjelasannya," kata beliau.

Justeru beliau mengulangi desakan PAS berhubung keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani kemelut yang melanda syarikat milik Kementerian Kewangan itu.

"Kita tetap menentang penyelewengan dana, kita terus tentang. PAS kita nak jumpa supaya disegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dicadangkan Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

"Kita tetap dengan idea itu. Itu bukan kita berlembut. Pendekatan kita tak hentam. Kalau hentam, ada penyelesaian? Sekarang kita jumpa, kita dengar apa masalah dia. Bagi kita, ruang itu perlu diberi dan pemantauan perlu dibuat,"ujarnya.

PAS baru-baru ini mengundang Arul untuk memberi penjelasan berkaitan isu syarikat pelaburan strategik tersebut, khususnya pelan pemulihannya.

Dalam perjumpaan tertutup selama lebih tiga jam yang disertai kira-kita 30 AJK PAS Pusat itu, Arul turut menunjukkan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB kepada mereka.

Turut menghadiri perjumpan tertutup itu adalah tokoh jemputan antaranya bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Susulan pertemuan antara PAS dengan Arul itu, Pakatan Harapan (PH) membangkitkan persoalan mengapa mereka tidak sama diberikan penjelasan dan penerangan oleh tokoh berkenaan.

Menjawab isu tersebut, jelas Tuan Ibrahim, ini kerana undangan terhadap Arul adalah undangan rasmi parti kepada tokoh itu.

"Kami tulis surat rasmi (kepada) Arul," katanya

Dr Mahathir cabar peguam negara buat akuan sumpah bersihkan Najib






Faiz Zainudin and Nawar Firdaws

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia untuk melakukan akuan bersumpah dalam isu 1MDB.






SHAH ALAM: Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini dicabar membuat akuan bersumpah yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sememangnya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah dalam isu 1MDB.

Cabaran itu dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad susulan kenyataan Apandi sebelum ini Najib tidak melakukan sebarang salah laku jenayah dalam isu RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1MDB dan SRC International.

“Saya cabar Apandi bersumpah dan saya berani bersumpah bahawa Apandi adalah pembohong besar,” kata beliau pada forum Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini.


Sebelum ini Apandi berkata tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkait siasatan melibatkan dana RM2.6 bilion dan kes SRC International yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhir 2015.

Peguam negara memutuskan tiada kes melibatkan Najib awal tahun lalu.

Dr Mahathir berkata demikian pada forum hari ini yang turut menyaksikan Najib diundang tetapi beliau tidak muncul.

Isu 1MDB: PAS perjelas lagi pendirian ‘berpuas hati’






Sheith Khidhir Bin Abu Bakar

Menjelaskan kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata, parti itu berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB tetapi tidak bermakna mereka berpuas hati dengan dakwaan penyalahgunaan dana melibatkan syarikat itu.






PETALING JAYA: PAS sekali lagi memperjelaskan kritikan-kritikan keras dilontarkan terhadap parti itu susulan pendirian “berpuas hati” selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan 1MDB awal minggu lalu.

Susulan pertemuan itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata partinya berpuas hati dengan penjelasan dibuat Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai hutang 1MDB dan rancangan rasionalisasi.

Menjelaskan kenyataannya, Tuan Ibrahim berkata, parti itu berpuas hati dengan pelan rasionalisasi 1MDB tetapi tidak bermakna mereka berpuas hati dengan dakwaan penyalahgunaan dana melibatkan syarikat itu.

“Kami mengecam (elemen) rasuah dan penyelewengan wang rakyat tetapi melemparkan penghinaan dan fitnah tidak akan menyelesaikan masalah ini,” kata beliau pada sidang akhbar di sini hari ini.

Empat hari lalu, Tuan Ibrahim berkata 1MDB wajar diberi peluang untuk menyelesaikan segala hutang ditanggung tetapi pada masa yang sama Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) perlu dibentuk bagi menyiasat kemelut firma itu.

Katanya, pada masa yang sama partinya berusaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mereka yang meninggalkan hutang 1MDB untuk ditanggung rakyat dan kerajaan dapat dibawa ke muka pengadilan.

Hari ini Tuan Ibrahim menjelaskan, selepas pertemuan dengan Arul Kanda, parti itu menyedari terdapat beberapa pilihan dalam soal menangani masalah yang wujud selain menjual asetnya.


Katanya, PAS tidak menyukai perkara itu tetapi tidak gunanya menangis kerana kelemahan dan masalah yang wujud.

“Kami mahu perkara ini diselesaikan dengan cepat.”

Beliau mendakwa PAS telah membuat keputusan untuk mengelakkan politik tidak matang yang diamalkan kebanyakan parti politik pada hari ini tetapi terbuka untuk perbincangan dan rundingan dengan sesiapa sahaja yang sanggup berbuat demikian.

Ini mendorong para wartawan bertanya sama ada ia bermakna PAS juga bersedia untuk merunding pengagihan kerusi dengan PKR dan DAP, terutamanya apabila ramai yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap persaingan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

“PAS telah menjelaskan keputusan untuk memutuskan hubungan politik dengan kedua-dua parti itu dan ia adalah dasar kami.

“Bagaimanapun, kami terbuka kepada sebarang rundingan dan perbincangan walaupun mereka tidak melibatkan politik,” jawab Tuan Ibrahim.

‘Menjengkelkan’ bila Rosmah minta wang Permata daripada suami, kata PKR


 
Ketua Pemuda PKR berkata Permata sepatutnya di bawah Kementerian Pendidikan, dan mempersoalkan bagaimana seorang yang bukan menteri menguruskan program dengan dana RM85 juta.


nik-nazmi_rosmah_permata_600


PETALING JAYA: PKR menyelar permintaan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor agar kerajaan meningkatkan bajet bagi program didikan awal dinaunginya, Permata Negara.

Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata beliau merasa jengkel apabila Rosmah mengatakan akan berbincang dengan suaminya, Datuk Seri Najib Razak.

“Ia juga sesuatu yang menjengkelkan apabila Rosmah boleh dengan bersahaja menyatakan bahawa beliau akan berbincang dengan suami untuk meningkatkan bajet Permata,” kata Nik Nazmi.

Menurutnya, Permata tidak perlukan bajet tambahan kerana peruntukan kepadanya sudah meningkat tahun ini, walaupun bajet pendidikan terutama pendidikan tinggi dipotong.

“Jika dia benar-benar kisah tentang pendidikan, biarlah Permata diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mahir dalam program seumpama itu dan memastikan hala tujunya serasi dengan sistem pendidikan.

“Pada dasarnya Permata adalah program pendidikan yang sepatutnya disatukan dengan inisiatif KPM yang lebih komprehensif,” kata Nik Nazmi.

Nazmi mempersoalkan bagaimana Permata boleh diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedangkan ia jelas sepatutnya berada di bawah KPM.

“Apa yang lebih mencurigakan, tiada seorang pun menteri yang menyelia program yang mempunyai peruntukan sebanyak RM85 juta itu.

“Malah ia diselia oleh isteri perdana menteri yang tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Rosmah berkata Permata memerlukan peruntukan yang lebih besar bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan luar bandar.

“Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar,” katanya semasa melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) di Pokok Sena pada 29 Julai lalu.

Thursday, August 10, 2017

Rumah Prima : Kerajaan BN janji nak bina 500,000 unit tapi yang siap hanya 8,475 unit sahaja


PARLIMEN l Kerajaan BN yang ini dibidas kerana didakwa "berbohong" kepada rakyat mengenai perumahan yang mampu dimiliki.
Dalam membuat dakwaan itu, ahli parlimen PKR Sim Tze Tzin memetik jawapan bertulis parlimen oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.
Jawapan itu mengesahkan bahawa hanya 8,475 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) siap sejak penubuhan PR1MA pada tahun 2013.
Sim berkata, BN dalam manifesto pilihan raya umum lalu, berjanji untuk membina 1,000,000 rumah mampu milik termasuk 500,000 unit PR1MA.
"Tetapi jawapan yang saya terima itu mengejutkan," kata ahli parlimen Bayan Baru itu pada sidang akhbar di Parlimen hari ini.
Daripada 8,475 unit yang telah disiapkan itu, hanya 934 kunci diserahkan kepada pemilik masing-masing, kata Sim memetik jawapan bertulis itu selanjutnya.
"Kerajaan tidak berbuat apa-apa, mereka gagal dan tidak dapat menunaikan apa yang dijanjikan, inilah BN," katanya.