Tuesday, February 14, 2017

Heret Husam ke mahkamah boleh jatuhkan Hadi Awang


Oleh Mohd Sayuti Omar 
Isu yang menggelegak ketika ini ialah pengakuan Husam Musa yang dia ada maklumat kononnya berlaku pengaliran wang kepada parti agama (Pas) menerusi Afinbank. Kenyataan beliau dalam ceramah di Selising Pasir Puteh itu menjadi kejutan kepada umum dan lebih-lebih lagi kepada Pas sendiri. Pendedahan Husam itu membuka dimensi baharu perkembangan yang ketika ini "masam" buat parti itu. 
 .Pendedahan Adun Salor yang juga Penasihat Amanah Kelantan secara sambil lewa itu juga dilihat muqadimah dan pancingan awal kepada Pas sebelum beliau membongkar rahsia-rahsia lebih besar secara berterusan dalam Pas. Ia juga boleh difahami yang Husam ada menyimpan rahsia Pas bukan sahaja dalam poket seperti Nik Amal Nik Abdullah tetapi dalam gedung besar?
Ekoran pendedahan Husam itu yakni dakwaan web Sarawak Report mengatakan Pas menerima RM90 juta daripada pihak Umno yang mulanya dianggap sebagai dongeng, tetapi kini telah menukar tanggapan umum serta menyebabkan orang ramai kian mempercaya dakwaan itu, bahawa pendedahan itu benar. Kelewatan Pas untuk menyaman laman web berkenaan, dengan memberi berbagai alasan dan dolak dalik menyebabkan minda orang ramai berasakan apa yang Husam dedah itu benar.
Bukan itu sahaja, ia juga diukur kepada sikap dan stail Husam yang bercakap dengan fakta dan bukti. Husam tidak pernah bercakap kosong dan dia sangat berhati-hati sebelum mengeluarkan apa-apa ulasan dan singgungan.
Husam sebelum ini banyak mendedahkan keburukan dan penyelewengan politik (Kerajaan) Kelantan yang mulanya dianggap sebagai rekayasa tetapi akhirnya dikeluarkan bukti satu demi satu menjadikan orang terperagah. Gara-gara Husam menyebabkan kerajaan Kelantan menjadi hilang akal sehinggakan tindakan memburuk peribadi Husam berleluasa. Terbaharu anjuran ceramah bertajuk "Husam Lari Dari Debat Bai'ah" adalah projek kerbau air budak-budak Pas Kelantan.
Exco jubah labuh menjadi penceramah utamanya. 
Apa yang saya bimbang sebelum ini yang mengharap sangat agar Husam dipelihara dalam Pas untuk tidak merosakkan Pas sudah menjadi kenyataan. Selepas dipecat Husam terus mencari penawar dalam mengubati lukasakitnya atas tindakan rakus Pas memecatnya. Kesan kini sudah dirasai Pas Kelantan. Seorang pemimpin Pas Kelantan yang ada kini terkial-kial untuk menentang Husam.
Begitu juga dengan dakwaan beliau itu kononnya ada menerima maklumat dari Afinbank alirkan wang kepada pemimpin Pas. Kalau beliau tidak dibekalkan maklumat berkenaan, tidak mungkin beliau berani menyebutnya. Cara Husam dedahkan isu tersebut dilihat pancingan untuk mengheret Pas ke dalam masalah lebih besar.
Dan ia juga memberi bebanan baharu kepada orang memberi maklumat. Saya yakin Husam ada dokumen berkenaan yang disimpan dan akan dijadikan bukti di mahkamah yang kemudian memaksa Pas, terutamanya presidennya mengesahkannya. Sebab itu apabila Tuan Ibrahim mengeluarkan kenyataan untuk menyamannya Husam cepat menyambut cadangan itu agar ia diteruskan. 
Orang yang sangat terkejut dengan pengakuan Husam itu ialah Tuan Ibrahim Tuan Man. Menghairankan, macam mana beliau terkejut dengan pendedahan Husam itu sedang dia adalah orang nombor dua Pas? Mungkin Tuan Ibrahim benar-benar tidak mengetahui apa yang berlaku dalam partinya dan apa yang dimainkan oleh pemimpinnya. Perbuatan khalwat kemudian dilangsungkan dengan sanggama tanpa ijab kabul tidak diketahuinya. Sebab itulah Husam tempelak Tuan Ibrahim yang hendak samannya sebagai tidak mengetahui hujung pangkal.
Bukan sahaja hujung pangkal tidak diketahui Ibrahim, tetapi tengah-tengah yang diketahuinya menjadikan timbalan presiden itu konfius dan sebab itulah dia dilihat tidak sehaluan dengan bosnya Hadi Awang. Sudah kerap berlaku percanggahan di antara keduanya dalam memberi pandangan politik.  Memang teruk dan kesian kepada orang yang hendak bercakap tetapi tidak tahu hujung pangkal kerana percakapannya akan menjadi sumbang kemudian akan diketawakan orang. 
Sepatutnya sebelum cadang hendak heret Husam ke mahkamah Tuan Ibrahim selidiki dahulu perkara berkenaan. Ataupun apakah itu sebagai tektik. Cara Tuan Ibrahim untuk memberi jawaban kepada dirinya sendiri. Apabila Husam diheret ke mahkamah maka terjawab apa-apa yang misteri yang mengusut dalam kepalanya. Barang kali begitu. Kerana kata Husam tindakan Tuan Ibrahim menyamannya itu boleh menerbitkan sebuah kebenaran? Jadi Husam cukup seronok. 
Sekiranya Husam berjaya membawa bukti apa yang dituduh itu ia memberi kesan buruk kepada Pas dan presidennya. Hadi perlu bertanggungjawab dan wajib meletakkan jawatan selepas ini. Pembuktian itu nanti akan menghilangkan kepercayaan umum kepada Pas. Apa yang bakal berlaku nanti, sekiranya Tuan Ibrahim tidak terlibat ia menguntungkan anak saudara Tuan Sabariah Tuan Ishak itu. 
Dari sudut itu cadangan Tuan Ibrahim itu ada motif lain. Beliau bukan sangat untuk menyeksa Husam tetapi mahu menggunakan Husam memberi jawaban kepada persoalan yang berlabuh dalam kepalanya. Saya yakin soal wang RM90 juta tiada dalam pengetahuan Tuan Ibrahim dan beliau tidak terlibat maka beliau menggunakan Husam yang cerdik itu menyelesaikan kebuntuannya.
Selain daripada itu yang diharap Tuan Ibrahim saya nampak tindakan segera beliau ke ats Husam itu untuk mendapat sedikit markah dalam politik. Mungkin Tuan Ibrahim mahu melihat dia sebagai hero parti yang kini sedang diancam masalah sehingga memburukkan Pas. Kenapa Tuan Ibrahim perlu menunjukkan dirinya hero kerana dia sudah berbau bahawa ada gerakan untuk menyingkirkanya dari kedudukan sekarang dalam muktamar pada pertengahan tahun ini.
Apabila beliau menjadi hero sudah pasti perwakilan akan bersimpati dan berada di sebelahnya. Dalam kata lain Tuan Ibrahim menjadikan Husam sebagai alat atau umpan untuk menarik sokongan ahli Pas kepadanya. Satu hal tidak dapat nafikan ada gerakan dalam Pas untuk menyingkirkan Tuan Ibrahim dari kedudukannya kini. Alasan kenapa timbalan presiden itu perlu disingkirkan ialah kerana beliau tidak berkelulusan Timur Tengah di mana politik wala'nya tidak setaksub pemimpin berkelulusan Timur Tengah atau India. 
Penyingkiran Tuan Ibrahim dan beberapa pemimpin bukan lulusan Timur Tengah lain juga sebagai pemnbersihan "habis licin" para pemimpin profesional yang ada dalam Pas. Tindakan ini untuk memudahkan Pas menuju ke arah "diktator agama" sepenuhnya.  
Cuma apa yang hendak saya sebutkan di sini, membawa Husam ke mahkamah Pas tidak akan laba banyak termasuk kepada Tuan Ibrahim sendiri. Sebalik ia membahayakan Pas dan merugikan Pas. Kenapa saya berkata begitu kerana apabila berlaku perbicaraan banyak perkara-perkara buruk yang sebelum ini ditusuk dalam kilas akan terlodeh keluar.
Bila dibawa ke mahkamh Husam akan menggunakan apa sahaja kesempatan yang ada. Segala maklumat dan pengalaman yang dilaluinya bersama Pas dan terrahsia selama ini akan terkeluar. Ia nanti bukan sahaja berkisar kepda wang yang dialirkan menerusi Afinbak tersebut, tetapi lain-lain sumber juga. Penyelewengan yang berlaku di Kelantan misalnya; pemimpin dan Exco mana terima wang tumbuk rusuk, yang ambil duit pendahuluan dengan taukeh lombong dan balak akan terdedah.
Macam mana dan siapa yang memberi peruntukan untuk mengadakan Muktamar pada tahun 2008 bagi membantu projek pembersihan ethnik (ethnic cleansing) dalam Pas dalam tahun 2014 juga akan turut sama terdedah. Segala dokumen dan resit-resit bayaran bilik-bilik hotel atau jamuan makan akan terburai. 
Cerita anak dan menantu siapa ke Aurstalia untuk mengundang taukeh emas di negara itu ke Kelantan dengan menggunakan wang PKINK, pergi bersama bekas CEOnya juga akan diceritakan. Adun Kok Lanas Alwi Che Amat pernah menceritakan hal ini kepada saya. Berapa banyak seorang wakil rakyat mendapat manfaat daripada seorang taukeh lombong dari Pahang untuk membiayai majlis di sepanjang Ramdahan dalam kawasannya juga akan terbongkar. 
Begitu juga macam mana seorang lawyer Pas yang menjadi konsultan untuk mendapatkan tanah kepada sebuah syarikat telah mengambil RM4 juta dan disimpankan dalam firma kawannya juga akan "tubik" dalam mahkamah nanti. Cerita macam mana syarikat yang bagi wang RM4 juta tetapi gagal memiliki tanah atau kawasan balak dijanjikan akan keluar.
Demikian juga kisah-kisah pembelian dan penjualan tanah di Rantau Panjang oleh pemimpin Pas Kelantan dan Pusat bernilai RM23 juta yang kini jadi pertikaian disebabkan pembahagian saham tidak adil turut sama keluar dalam mahkamah nanti.
Ah, banyak lagi kalau hendak disebut satu persatu tidak cukup ruang atau habis dalam masa satu hari ini mengenai skandal ataupun keburukan para pemimpin Pas berkaitan dengan duit. Semua cerita itu nanti akan terkeluar dalam masa perbicaraan nanti.Pendeknya Umno boleh riba tangan untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Mengenai dakwaan Pas terbabit dengan wang RM90 juta seperit mana dakwaan Sabah Reportitu, Abdul Hadi tidak perlu pun menerima wang jutaan ringgit, tetapi cukup menerima ratusan ringgit sahaja ia sudah menjadi bukti atas apa yang dituduh itu. Yang pentingnya Husam tidak menyebut berapa jumlah tetapi menyebut pembabitan Pas. Soal siapa terlibat juga tidak spesifik, jadi kalau ia membabitkan sesiapa individu menjadi ahli Pas walaupun seorang sudah cukup apa yang dinyatakan itu.
Apa yang berlaku dan natijah dari itu nanti menyebabkan Abdul Hadi kena ambil tanggungjawab melepaskan jawatan. Itulah yang Tuan Ibrahim inginkan dan tindakan ini dilihat untuk menyelamatkan Pas dengan menjadikan Husam sebagai kambing hitam.
Sebab itu bagi saya cadangan Tuan Ibrahim itu bagus dan perlu disegerakan. Jangan pula selepas ini cadangan itu dihayutkan begitu sahaja. Hadi tidak perlu mencari alasan atau muslihat untuk tidak membawa Husam ke mahkamah. Bukti bahawa Pas tidak terima RM90 juta seperti disebut oleh Mursyidul Am Pas itu tertolak sama sekali sebab alasan itu sama cerdik dengan alasan diberikan Hadi, konon Husam buat kenyataan itu mengharap dia disaman untuk mengelakkan tidak boleh bertanding dalam pilihan raya.
Pagi tadi saya minum dengan seorang lawyerdia menyentuh kenyataan Hadi itu terhadap Husam. Katanya macam mana Hadi hendak jadi Perdana Menteri, beza antara tindakan kes jenayah dengan sivil pun tidak tahu. Kalau dia jadi PM nanti tentu kelam kabut negara ini dibuatnya. 
Jadi untuk selamatkan Pas dari terus "dikelautkan" oleh Hadi Awang, cadangan saman Husam itu perlu disegerakan. Mudah-mudahan Tuan Ibrahim dapat membaiki Pas serta selamatkan Pas dari ditelan naga bernama Najib. Tindakan Tuan Ibrahim kali ini saya fikir ada sedikit kecerdikan walaupun dia menggunakan pihak kedua dalam mencapai matlamat politiknya. Pandai juga bekas panel forum perdana ini berpolitik.

PRU14: Pas hilang peluang jadi parti paling berpengaruh


14 Februari 2017 | AHMAD LUTFI OTHMAN

Berdera Pas koyak apabila berpecah selepas Muktamar 2015.
Tidak mudah untuk membaca gerak politik pasca PRU13. Menggariskan unjuran berdasarkan keputusan pilihan raya empat tahun lalu mungkin agak mengelirukan. Banyak faktor, termasuk pemain utamanya sudah berubah.
Anwar Ibrahim dipenjarakan semula sejak dua tahun lalu. Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sudah tiada lagi. Pas turut tidak menjadi komponen penting gabungan baru pembangkang, Pakatan Harapan. Namun, ia diimbangi dengan pembabitan proaktif Dr Mahathir Mohamad dan kemunculan parti Bersatu, pecahan daripada Umno. AMANAH, satu lagi parti Islam, cuba mengisi kekosongan Pas, dengan pendekatan inklusif dan progresif.
Begitulah selalu yang terjadi. Situasi selepas sesuatu pilihan raya seringkali sukar untuk diramal. BN mencatatkan kejayaan gemilang pada 1995. Siapa sangka pilihan raya berikutnya, pada 1999, isu mata lebam Anwar melonjakkan prestasi pembangkang Melayu walaupun Semangat 46 sudah berkubur. Pembangkang buat kali pertama, termasuk Pas dan DAP -- parti berbeda kutub -- dapat bersemuka dan menjalin kerjasama formal dalam PRU10.
Tahun 2004, Barisan Alternatif goyah tanpa DAP dan Abdullah Ahmad Badawi membawa BN ke puncak. Lebih 90 peratus kerusi Parlimen dikuasai. Terengganu diambil balik daripada Pas. Kelantan yang dikuasai parti Islam itu sejak 1990 hampir tumbang, hanya dibedakan satu kerusi. Tiada petunjuk pilihan raya 2008 akan berlaku kejutan. Kempen PRU12 nampak hambar dan sukar. Siapa sangka, realitinya, majoriti dua pertiga BN dinafikan. Lima negeri tumbang. Tsunami politik menggemparkan.
Pemerhati dan penganalisis mula menjangkakan kerajaan bertukar dalam PRU13. Bagaimanapun ada kalangan yang lebih berhati-hati. Kata mereka, "momentum mungkin ada, tapi perubahan sebenar akan berlaku dalam PRU14." Ya, peratusan undi Pakatan Rakyat bertambah, melebihi 50 peratus tapi bilangan kerusi belum mencukupi untuk membentuk kerajaan. Tambah mengecewakan, Kedah kembali ditawan BN dan Perak hilang terus.
Pakatan Rakyat bubar. Pas terbelah. Namun Umno tidak juga tambah kuat, malah berada dalam posisi paling teruk dalam sejarahnya. Wibawa perdana menteri tidak pernah seburuk itu. Isterinya menjadi ejekan dan bahan cemuh. Muncul pelbagai istilah yang menjengkelkan. Tambah jelik, reputasi negara di pentas antarabangsa jatuh menjunam.
Rasuah bukan lagi pada skala dulu. Ribuan juta ringgit tidak mengejutkan lagi. Wang hasil tumbuk rusuk dijumpai di mana-mana, di bawah katil, dalam almari, di belakang dinding. Bukan sahaja rumah agam, kondominium lumayan, kereta mewah, kapal pesiar, pesawat mahal, barang kemas berguni. malah jongkong emas bersepah. Perdana menteri menunjuk teladan!
Ia berlaku dalam suasana rakyat terpaksa mengikat perut. Ringgit menjunam. Harga barangan mencanak naik. Kos perkhidmatan meningkat. GST tambah membebankan. Gelisah dan resah rakyat memuncak. Bagai ada cahaya di hujung terowong. Agenda perubahan yang sekian lama tertangguh seperti bakal terlaksana.
Benteng terakhir BN-Najib, yakni pengundi Melayu kampung tradisi dan penempatan Felda, mula robek. Terdedah ada pengkhianatan besar -- atau sekurang-kurangnya urustadbir yang begitu lemah -- dalam pengurusan strategik institusi yang menjadi kebanggaan orang Melayu seperti Mara, Tabung Haji dan Felda.
Ceramah dan rapat politik pembangkang kembali mendapat sambutan memberangsangkan. Rata-rata program penerangan dan pendedahan Pakatan Harapan bersama Bersatu disiarkan secara langsung melalui internet. Dr Mahathir Mohamad, dalam usia 92 tahun, bagai tokoh muda bertenaga luar biasa, masuk keluar kampung, berceramah hingga larut malam, ditemani isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali.
Saya jarang sekali dapat hadir disebabkan sekatan kesihatan dan rutin rawatan. Cukup dengan mengikuti dari jauh, dengan mengikuti live streaming yang sering terganggu tetapi sudah dapat merasai gelora kebangkitan rakyat yang mahu menamatkan era kegelapan ini. Rata-rata khalayak yang terpapar wajah mereka menunjukkan sebahagiannya adalah audien baru pembangkang.
Mereka cuma mengharapkan kebijaksanaan pemimpin untuk mengemudi dan memandu arah, serta mengelak daripada perangkap samar yang mengelirukan. Terbatas dengan khalayak seperti di hospital dan tempat-tempat awam misalnya sewaktu menguruskan bil bulanan serta kaunter perkhidmatan, saya terkesan dengan rasa kecewa yang menular. Tidak dapat lari daripada masalah pendirian semasa Pas, juga kesepaduan semua parti pembangkang merealisasikan impian murni rakyat..
Seorang petugas DBKL bertanya ketika saya melangsaikan denda parkir kereta, November 2016: "Bang, betulkah Pas nak berbaik-baik dengan Najib? Pelik sangat kalau betul macam tu." Saya tanya balik: "Tahu dari mana?" Jawabnya, "Tak susah nak baca bang, tonton berita tv dan baca akhbar pun sudah dapat teka."
Malah seorang sarjana politik terkemuka tidak dapat menyembunyikan rasa marahnya bila bertemu saya, selepas begitu lama kami tidak berjumpa. "Paling kecewa saya dengan sikap Pas, seolah-olah beri tongkat kepada Najib, dan mengendurkan marah orang Islam kepada perasuah besar itu," pantas sekali dia berbicara sebaik bertanya khabar.
"Cuba Lutfi bayangkan, kalau Pas seperti dulu, apa nasib Najib sekarang? Walaupun Umno pecah, tapi dia ada sikit rasa selesa sebab Pas seperti berada bersamanya."
"Tapi prof, Pas sentiasa menafikan dakwaan itu. Fitnah semuanya. Tak ada kerjasama, tak ada persefahaman dengan Umno, cuma pendekatan sahaja berbeda ... politik matang dan sejahtera," saya cuba mengumpannya agar lebih selesa bersembang.
"Memang tak perlu buat secara rasmi. Politik ini, orang dapat baca dan tafsir. Dan saya rasa tak semua pimpinan Pas selesa dengan gaya sekarang. Mereka dalam dilema dan tidak cukup kuat untuk bantah. Nanti kena label pula seperti geng Erdogan dulu. Jebonlah. Parasitlah.
"Saya sendiri duduk dalam beberapa jawatankuasa, ada yang dipengerusikan TPM dan menteri, rimas melihat gelagat wakil Pas yang ada bersama," kata sarjana politik itu lagi. "Saya cukup sesak nafas bila Pas juga terpengaruh dengan mainan sentimen Melayu-Cina ini, cukuplah ..."
"Lagi satu, memang benar Pas bawa prinsip Islam. tapi nampak sangat dia mahu parti pembangkang lain ikut dia saja. Pas mahu jadi ketua. Betul, dia paling tua, paling lama, paling diuji, tapi bukan itu caranya untuk berpakat," sambungnya sambil berceloteh panjang. Saya tahu rakan saya ini dalam mood marah, jadi saya biarkan saja dia mengomel, sekurang-kurangnya dapat meredakan keresahannya.
Malah bagi saya, Pas kehilangan peluang untuk menempati kedudukan parti pembangkang paling berpengaruh dan terkuat kerana kesilapan sendiri walaupun segala ramuan dan rencah sudah ada padanya. Hal ini akan saya jelaskan kemudian, dalam tulisan berikutnya.

PAS TAK PERLU TUNGGU MUKTAMAR UNTUK PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR


Kenyataan Media
*HUBUNGAN PKR DENGAN DAP DAN AMANAH SEDIA TERJALIN: PAS TAK PERLU TUNGGU MUKTAMAR UNTUK PUTUSKAN HUBUNGAN DENGAN PKR*.
1. PAS telah membuat kepututusan dasarnya untuk tidak menjalinkan apa-apa kerjasama politik dengan parti AMANAH dan DAP serta parti yang mempunyai hubungan kerjasama dengan AMANAH dan DAP.
Ini bermakna PAS secara tegas dan jelas *menolak hasrat parti PPBM untuk menjalinkan kerjasama dengan PAS dan akan memutuskan hubungan kerjasama dengan parti PKR*.
2. Sayu dan sedih dengan keputusan PAS tatkala *mengenang nasib rakyat yang tertindas dan terbeban* akibat salah guna kuasa UmnoBn 'merompak wang rakyat'.Rakyat sangat mengharapkan masa depan Malaysia tanpa UmnoBn berkuasa selepas PRU ke-14 nanti.
3. Rakyat mengharapkan satu pakatan (grand coalition) *gabungan kekuatan parti pembangkang untuk meranapkan dan menamatkan kuasa politik UmnoBn*.
Berbondong-bondong rakyat dari *Melayu Umno meninggalkan parti Umno yang kononnya keramat menerajui pemerintahan negara sejak lebih 60 tahun,* semata-mata mahu melihat kepimpinan Melayu Islam yang baru dan bukan atas nama Umno untuk menerajui negara.
*KERJASAMA PAS-PKR TERBATAL*
4. Alasan yang diberikan ialah PAS tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang menjalinkan hubungan kerjasama denga parti DAP dan AMANAH,manakala hubungan dengan PKR akan diputuskan semasa muktamar parti.
Alasan ini sudah tentu *mengecewakan rakyat dan menjarakkan PAS dari rakyat terbanyak*.Tempoh sebulan yang diberikan PPBM kepada PAS sudah tidak diperlukan lagi kerana PAS sudah pun ada keputusan dasar kerjasamanya dan polisi yang diputuskan.
Berdasarkan kenyataan sebegitu,adalah wajar untuk *PAS tidak perlu menunggu hingga muktamar PAS pada April nanti untuk menentukan kedudukan PAS dalam hubungan kerjasama dengan PKR*.
*Sudah terang lagi bersuluh, PKR sepertimana PPBM sudah mempunyai hubungan kerjasama politik dengan DAP dan AMANAH*,malah telah menanda tangani *'perjanjian kerjasama politik'* untuk meranapkan kuasa politik UmnoBn pada PRU ke-14 nanti.
5. Oleh itu secara perinsipnya hubungan *kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Tuan Guru Datuk Seri Presiden PAS*.
Adakah ini bermakna PAS perlu *menarik diri dari kedudukkannya dalam kerajaan negeri Selangor* dan melepaskan semua jawatan Exco,Ahli Majlis Kerajaan Tempatan,JKKK,ketua kampung,syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan apa-apa jawatan lantikan politik dengan segera secara berprinsip.
Adalah lebih baik untuk PAS  *mengelakkan dari apa-apa persepsi atau tanggapan serong yang menampakkan PAS masih sayang pada kebendaan dan ketamakan kuasa yang diperolehi* hasil dari kedudukkan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Sudah sampai masanya *Yb Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga Naib Presiden PAS dan rakan-rakan Exco kerajaan negeri dari PAS melepaskan jawatan Exco dan apa-apa jawatan lantikan politik yang berkaitan*.
6. Berdasarkan keputusan yang dinyatakan PAS,semua parti pembangkang sudah boleh merumuskan *PRU ke-14 akan menyaksikan pertandingan 3 penjuru *termasuk PAS juga sudah boleh *merancang 'sterategi 3 penjuru' untuk memastikan UmnoBn dikalahkan pada PRU ke-14*.
Usah lagi menghabiskan masa dengan agenda pujuk rayu untuk PAS menyertai gabungan pakatan pembangkang,sebaliknya semua parti termasuk PAS perlu tumpu kepada usaha *'pujuk rayu rakyat'* untuk menolak UmnoBn pada PRU 14 nanti.
#TakNakUmnoBn
#3PenjuruPru14
#Pru14RanapkanUmnoBn
#InsyaallahKemenaganRakyat
*DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
11am Taman Malewar K.Lumpur
14 Feb 2017/17 Jamadilawal 1438H.

Monday, February 13, 2017

DR ASRI PUNYA TEGUR PAS KALI NI MEMANG MAKAN DALAM...







Pemimpin parti politik tertentu sensitif apabila saya menyebut bahawa jangan fikir keindahan Islam itu hanyalah apabila dipotong tangan pencuri, direjam dengan batu penzina, dipancung orang yang dituduh murtad. Semua hukuman itu memerlukan suasana, syarat dan ijtihad yang lebih luas.


Nabi s.a.w dalam sirah baginda mendahului kebaikan rakyat sebelum hukuman. Jangan hanya nanti sibuk hendak memotong tangan pencuri basikal tetapi membisu pabila orang yang mencuri berjuta-juta harta awam.


Keindahan Islam itu lahir dari keindahan akhlak, kebajikan rakyat, urus tadbir yang baik, menjaga kebersihan, menjaga alam sekitar, menjaga hak rakyat, hak kanak-kanak, hak wanita dan segala macam lagi.


Nas-nas agama dalam hal-hal itu jauh lebih banyak dan diutamakan dibandingkan sebahagian hukum yang cuba dibawa oleh mereka.

Dunia Islam hari ini dipandang hina bukan kerana pencuri tidak dipotong tangan, penzina tidak direjam atau tidak dipancung orang murtad.


Dunia maju yang bermatian pelarian muslim lari kepada mereka bukan kerana mereka menjalankan undang-undang tersebut. Sebaliknya kerana mereka menjalankan urus tadbir yang baik. Negara mereka indah sebab mereka tidak 'menebang balak' sesuka hati.


Amanah harta pemimpin mereka jauh lebih baik dari kebanyakan negara umat Islam. Rakyat mereka hidup dengan banyak hak dan kebajikan dijaga.


Sejak bertahun lamanya saya telah memberikan pandangan yang sama. Bukan baru.


Dukacitanya, dalam dunia umat Islam ada golongan yang tidak dapat melihat Islam melainkan asyik tertumpu kepada isu hudud. Seakan itulah yang hendak ditonjolkan oleh Nabi s.a.w. Mereka ini sebenarnya menjadikan dunia membenarkan dakwaan Donald Trump.


Kata pemimpin tertentu parti berkenaan pandangan saya itu mengelirukan dan ada unsur liberal.


Saya ingin beritahu beliau, sebenarnya yang mengelirukan itu ialah apabila agama dipolitikkan. Ataupun akidah umat dijadikan taruhan politik.


Tahukah kamu apakah yang mengelirukan itu?


Yang mengelirukan itu ialah apabila dahulu parti anda mengkafirkan orang yang berbeza parti sehingga ada yang bercerai berai, tidak makanan sembelihan, solat dua imam, bahkan sehingga ada yang mati terkorban kononnya syahid menentang berbeza parti.


Kemudian, hari ini semuanya sudah berbeza. Padahal parti yang dikafirkan itu tetap sama, bahkan sebahagian besar pemimpin juga tetap sama.


Yang mengelirukan ialah apabila parti anda menyebut 'perlembagaan kita adalah perlembagaan penjajah, kafir dan jahiliah. Kemudian hari ini anda menyebut kita menjunjung dan menghormati perlembagaan.


Betapa ramai yang telah menjadi korban oleh fatwa dan amanat parti anda itu?!


Yang mengelirukan ialah ketika anda berbaik dengan parti tertentu anda memberi seribu dalil kelebihan parti-parti tersebut. Kemudian apabila anda bertelagah anda menjadikan mereka munafik, keluar jamaah Islam mati jahiliah, musuh Islam dan sebagainya.


Yang mengelirukan itu ialah apabila ketika anda memenangi beberapa negeri dahulu anda menyatakan hudud bukan keutamaan. Bahkan anda menyatakan 'selesai masalah pengangguran dulu baru hudud'. Kemudian anda menyatakan sesat, liberal ataupun anti-Islam sesiapa yang mengungkapkan hal yang sama.


Anda yang menuduh orang itu dan ini murtad, kemudian anda ingin buat undang-undang murtad?!! Berkepentingan!!!


Jika hendak disenaraikan yang mengelirukan memanglah banyak. Maka, janganlah mempolitikkan agama yang luhur ini. Ia akan benar-benar mengelirukan.


Hari ini anda sesatkan orang yang enggan menyokong usul anda, esok mungkin anda jadikan dia jadi wali Allah pula apabila 'angin politik' anda berubah?!


Itu belum lagi kita bincang ceramah parti anda yang penuh maki hamun, mengkafirkan, menuduh sesat, kufur, tanam di kubur kafir, keluar parti keluar jamaah Islam maka tercabut Islam dan lain-lain.


Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
Mufti Negeri Perlis
13 Februari 2017.


(Tulisan yang dipetik daripada laman Facebook DrMaza.com ini adalah jawapan kepada kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang menggesa Mufti Perlis itu agar tidak mengelirukan masyarakat Islam berhubung Akta 355 -

Wakil Rakyat DAP kantoi jumpa KM Melaka sebelum keluar parti



SEMALAM empat orang wakil rakyat daripada DAP Melaka dilapor meninggalkan parti itu dengan alasan kerana sudah hilang kepercayaan kepada pimpinan parti.

Mereka adalah Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him, Goh Leong San (ADUN Duyong), Lim Jak Wong (ADUN Bachang) dan Chin Choong Seong (ADUN Kesidang).
Seakan dapat mengagak apa sebenarnya terjadi, Naib Presiden KEADILAN, yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil Melaka, YB Shamsul Iskandar semalam dilaporkan oleh NST sebagai berkata, wakil-wakil rakyat DAP itu keluar parti mungkin kerana sudah berpakat secara rahsia dengan Barisan Nasional, BN.

Benar seperti apa yang dijangka, sejak pagi tadi tersebar beberapa keping gambar wakil-wakil rakyat DAP itu rupa-rupanya telah bertemu dengan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron sebelum bertindak keluar parti.

Di bawah ini gambar-gambar yang dimaksudkan.


Berbaju merah jambu, ADUN Duyong, Goh Leong San, sementara yang memakai baju kemeja berwarna merah hati, ADUN Bachang, Lim Jak Wong.


Wakil-wakil rakyat DAP ini sudah lama ada masaalah dengan parti, malah sedang digantung keahlian sejak 7 Februari tahun lalu kerana masaalah disiplin.

Kalau mereka nak keluar parti patutnya dari dulu dah boleh keluar, tapi kenapa sekarang baru nak keluar?

Rupa-rupanya barangkali sudah ada persepakatan sulit dengan Ketua Menteri Barisan Nasional, Idris Haron maka tiada apa nak dihairankan.

Adly: Tindakan Berbaik Dengan Pemerintah Yang Zalim Kelirukan Rakyat





Tindakan sebuah parti pembangkang yang mengambil tindakan untuk berbaik-baik dengan parti pemerintah yang terkenal dengan isu rasuah, salahguna kuasa, ketidak-adilan dan kezaliman kepada rakyat boleh mengelirukan rakyat di dalam negara ini, demikian dinyatakan oleh Tuan Hj. Adly Zahari, Pengerusi Parti Amanah Negeri negeri Melaka.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Ustaz Siddiq Fadzil di dalam pembentangan kertas kerjanya di NUNJI '17 di Shah Alam baru-baru ini yang menyatakan bahawa beliau tidak terbayang dosa para ulamak yang melahirkan fiqh yang menyokong penguasa yang zalim sehingga rakyat terus-terusan menjadi mangsa kezaliman.


Menurut Adly, yang menjadikan asas perjuangan politik Islam ialah ajaran Islam sendiri yang menghalang kita untuk cenderung kepada kezaliman merujuk kepada Surah Hud: 113 "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan".

Keduanya, kata-kata dari Syed Jaafar As-Sadiq (cicit Rasulullah saw) yang mengungkapkan "Ulamak itu kepercayaan para Rasul, dan apabila kau temukan mereka telah cenderung kepada pemerintah, maka curigailah ketakwaan mereka."

Walaupun kita melihat mereka mendakwa mereka itu golongan ulamak tetapi dengan sokongannya kepada pemerintah, ia mengelirukan rakyat. Kita lihat di pagi hari mereka boleh mengkritik pemerintah tetapi di petang hari mereka sekapal dengannya, tambahnya lagi.

Adly menyatakan demikian di dalam satu wawancara di program Menuju Ke Puncak TV Amanah Melaka yang disiarkan secara lansung dari studio Media Oren Melaka malam kelmarin yang dihoskan oleh Pengarah Komunikasi Amanah Melaka, Zulkiply Harun.

Di dalam wawancara berkenaan Adly turut memberi pencerahan mee\ngenai Maqasid Syariah Sebagai Teras Negara Bangsa yang menjadi tema Nadwah Ulamah Nahdatul-Jadidah (NUNJI) 2017 yang telah diadakan pada 5 Februari lalu di Auditorium Kompleks Belia Nasional Shah Alam yang telah dihadiri oleh 870 orang peserta.

Adly turut menjelaskan mengenai tujuan Parti Amanah Negara ditubuhkan ialah untuk mendapatkan kuasa yang dengan kuasa itu kita dapat wewujudkan kepimpinan negara yang beramanah yang kelak akan memberikan rahmat untuk semua.

"Prinsip amanah kita perjuangan, walaupun di dalam Perlembagaan kita kita telah tulis Islam itu sebagai dasar perjuangan kita tetapi bukan semata-mata kita boleh berbangga dengan apa yang kita tuliskan. Sekadar menyatakan dasar kita Islam tidak membawa makna sekiranya kita gagal mengimplementasikan samada di peringkat dalaman parti kita apatah lagi jika kita sendiri menjadi pemerintah," ujarnya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan dan kemajuan Parti Amanah Negara negeri Melaka, beliau menyatakan bahawa kelebihan Amanah ialah ia telah dapat mengejar masa. Walaupun usianya baharu setahun tetapi seolah-olah ia sebuah parti politik yang telah lama.

Menurut beliau, diantara momentum besar sokongan kepada Amanah di peringkat negeri adalah komitmen ahlinya terhadap program=program parti. Di dalam konteks Melaka, dalam usianya baharu setahun, ia telah dapat mengejar masa, dalam tempoh setahun orang lain masih bertatih, Amanah Melaka sudah berlari.

Sewaktu ditanya apakah membolehkan Amanah Melaka mencapai status quo yang ada, beliau menyatakan prinsip AMANAH sendiri yang bersifat inklusif membolehkan ia diterima oleh bukan sahaja mereka yang sudah terlibat dengan politik kepartian tetapi oleh NGO-NGO Islam yang lain seperti ABIM, IKRAM, HALUAN dan lain-lain serta oleh individu yang belum berparti.

Fikrah-fikrah yang berbeza-beza ini telah dapat di satukan di dalam satu wadah bernama AMANAH.

Adly juga mengulas mengenai isu semasa berkenaan misi bantuan kemanusiaan Flotilla yang telah menyerahkan bantuan kepada kerajaan Myanmar tetapi tidak terus kepada Rohingya. Beliau mempersoalkan jika keadaan itu berlaku mengapa tidak disalurkan kepada Kedutaan Myanmar di Malaysia sahaja dan ia boleh menjimatkan jutaan ringgit kerana untuk menyewa kapal untuk membawa misi sahaja kosnya sudah menelan belanja berjuta ringgit.

"Wang (untuk menghantar misi) itu sahaja sudah dapat membantu Rohingya, bukan sahaja (di Myanmar) tetapi masyarakat Rohingya yang ada di Malaysia," jelasnya.

Siaran live wawancara dengan Adly tersebut telah mencecah hampir 1,000 penonton.

Setakat ini rancangan Menuju Ke Puncak TV Amanah Melaka yang disiarkan pada setiap hari Jumaat jam 9.00 malam sebelum ini sudah mengadakan wawancara dengan Naib-naib Pengerui Amanah Melaka, Sdra Zairi Suboh dan Ustaz Julasapiyah Kassim

BOLEH MENANGIS PERTUGAS ZAKAT BILA BACA LUAHAN BRO NI...




Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara, aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik.

Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.
Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya.

Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye!

Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah. Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama?

Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama.

Nampak tak kesan dia?

Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.
Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa.

Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;

“Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”

Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam.

Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke?

Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya.

– Dari Fb Saff Rainz

Sunday, February 12, 2017

NGO Turki tarik diri tidak setuju flotila di 'rampas'



Logo NGO dari Turki yang sepantutnya menjadi penganjur utama dipadamkan dai baner besar 'Food Flotila for Myanmar'.





Persoalan yang menjadi teka teki kepada peserta yang berada di atas kapal "Food flotilla for Myanmar" kenapa nama sebuah NGO dipadamkan dari banner besar di kapal itu akhirnya terjawab.


Ia adalah logo NGO dari Turki, Turkiye Diyanet Vakfi yang menarik diri dari misi ini kerana tidak berpuashati dengan tindakan Umno yang 'merampas' program ini.


Sehubungan dengan itu, NGO yang sepatutnya menjadi penganjur utama projek ini kini menuntut balik wang sebanyak hampir USD500,000 (kira-kira RM2.2 juta) yang mereka sumbangkan.


Menurut sumber dari atas kapal, semua NGO dan peserta yang ada di atas kapal ini hairan kenapa tiba-tiba sebuah logo NGO yang menjadi penganjur utama misi ini tiba-tiba dipadamkan gambar mereka.


"Selepas siasat punya siasat rupanya mereka tarik diri kerana tidak puashati dan tuntut balik wang mereka," kata salah seorang peserta yang ada di atas kapal ini.


Nautical Aliya yang disewa oleh mereka mempunyai 185 peserta yang mewakili 30 juta rakyat Malaysia dan 13 buah negara peserta.


Pada awalnya kapal ini hanya akan disertai oleh NGO namun kemudiannya disertai oleh kerajaan dan akhirnya dirasmikan perlepasannya oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pengerusi FELDA tak tahu mana pergi duit peneroka RM4.3 bilion



PENGERUSI Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Tan Sri Sharir Abdul Samad mempersoalkan ke mana perginya baki wang hasil penyenaraian Felda Global Venture, FGV berjumlah RM4.3 bilion.

Menurut Shahrir, FELDA menerima sejumlah wang RM6 bilion hasil penyenaraian FGV yang menjadi harta perniagaan FELDA. Daripada jumlah itu, sebanyak RM1.7 bilion telah dibelanjakan untuk memberi durian runtuh kepada setiap peneroka sebanyak RM15,000.

"FELDA mendapat RM6 billion hasil penyenaraian FGV iaitu harta bisnes FELDA. Daripada jumlah itu, RM1.7 billion kita belanjakan sebagai durian runtuh. Kita sampaikan kepada peneroka dan keluarga mereka iaitu RM15,000 satu keluarga ada bakinya RM4.3 billion lagi," katanya.

"Jadi RM4.3 billion ini mana pergi? Ini agaknya saya rasa mengecewakan peneroka yang dah begitu rapat dengan FELDA, begitu sanjung peranan FELDA, saya rasa mereka pun kecewa," kata beliau kepada pemberita pada Program Gotong-royong Cegah Wabak Denggi di Pangsapuri Taman Larkin Idaman. — Sinar Harian

Lihat baik-baik, Pengerusi FELDA sendiri tak tahu mana pergi RM4.3 billion, peneroka hanya diberikan RM15,000 dalam kata lainnya peneroka hanya dapat 28.3% daripada jumlah keseluruhan wang hasil penyenaraian FGV.

Duit RM6 billion itu adalah milik peneroka, tapi peneroka hanya dapat RM15,000. Jika kesemua duit itu diberikan kepada peneroka, setiap keluarga peneroka akan dapat durian runtuh sebanyak:

(Durian Runtuh) = RM15,000 x (RM6 billion/RM1.7 billion)
(Durian Runtuh) = RM52,941.18

Teringat kenyataan Rafizi Ramli pada 9 Mei 2012 yang disiarkan di portal Keadilandaily. Peneroka FELDA patut dapat duit sebanyak RM50,000 bukannya RM15,000.


Tapi pada masa itu peneroka tak mahu percaya apa yang dikatakan oleh Rafizi. Mereka kata Rafizi buat fitnah, mereka lebih percaya dengan Najib Razak dan Isa Samad. Siapa lawan Najib digelarkan peneroka haram jadah.

Akhirnya masa telah menentukan kebenaran, RM4.3 billion duit milik peneroka FELDA sudah lesap entah ke mana, Saham FGV juga merudum teruk, sudahlah rugi RM35,000 (RM50,000 - RM15,000) kini peneroka terpaksa berhutang pula untuk membayar saham FGV yang merudum.

Seperti salah seorang sahabat kita, anak peneroka sebelum ini, dia sampai mengamuk di Pejabat FELDA apabila wang khairat kematian ayahnya dipotong sebanyak RM3,200 untuk membayar saham FGV yang melingkup.


Jika para peneroka Felda masih tak mahu buka mata, tak tahulah nak kata apa.