Sunday, September 18, 2016
Tukar Najib bukan tukar empat MB, tegas netizen
Pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukarRata-rata pengguna di media sosial mendesak supaya Perdana Menteri ditukar.
Demikian reaksi mereka terhadap kemungkinan Najib Razak akan menukar empat Menteri Besar menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Menurut Iqbal Nasir, Najib yang sepatutnya ditukar kerana membawa banyak masalah kepada rakyat manakala Shafiek Abdat menganggap rakyat lebih seronok jika Najib turut ditukar.
Sementara itu, Johari Shamsuddin menyifatkan jangkaan pertukaran menteri besar di Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan itu tidak banyak beza.
"Hanya untuk BN. Kaki balun dengan kaki bedal. Dua kali lima. Harap nak tengok BN tersingkir satu penggal saja.
"Bagi pada PH (Pakatan Harapan). Tengok macam mana punya sembang selama ni," ujar Johari lagi sambil memberitahu sudah jenuh dan meluat dengan BN hingga ke tahap maksimum.
Bagi Abd Rahim Kamarudin pula, kerajaan sedia ada juga sewajarnya ditukar tidak cukup menukar Menteri Besar sahaja.
"Tukar semua. Hapuskan rasuah, salah guna kuasa. Reformasi," tegasnya lagi.
Jangkaan Najib akan menukar empat Menteri Besar terbabit dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Star, Ahad.
Persempadanan semula 2016 "paling teruk"
Garrymandaring yang asal... susun sempadan untuk kepentingan diri.Cadangan persempadanan semula yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang disifatkan sebagai garrymandaring paling teruk dalam sejarah.Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.
Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR perlu memberikan penjelasan penuh kenapa cadangan ini sangat tidak wajar dan adil kepada prinsip 'satu pengundi, satu undi, satu nilai' berbanding dengan persempadanan sebelum ini.
Dengan Damansara di Selangor dicadangkan sebagai kawasan paling besar pengundi iaitu 150,439, ia 218% lebih esar dari kota setiap parlimen iaitu 68,814 pengundi.
Selain Damansara, Kit Siang menamakan 13 super parlimen di negara ini apabila setiap satu mempunyai lebih dari 100,000 pengundi, terlalu jauh berbanding kota 68,814 pengundi secara purata setiap parlimen.

Kawasan dengan jumlah pengundi paling ramai.
Damansara 150,439
Bangi 146,168
Klang 141,275
Petaling Jaya 129,363
Subang 128,330
Gelang Patah 112,081
Kota Raja 121,126
Pasir Gudang 108,156
Kota Melaka 105,067
Kuala Terengganu 101,875
Sungai Petani 101,829
Tumpat 101,318
Kapar 100,456
Taman Tugu yang dikatakan taman bukan sekadar taman!
1. RM650 juta untuk mewujudkan Taman Tugu. Pendek kata ia Taman bukan sekadar taman. Rakyat sekarang sedang berfikir ia hanya sebuah taman. Cabaran Khazanah ialah menjelaskan secara mudah kepada rakyat Taman berkos RM650 juta sebagai sesuatu yang logik dan rasional. Apakah ia hanya sekadar beli pokok, tanam pokok, dan landskap. Persepsi rakya taman adalah taman!
2. Taman ini dipakejkan Meliputi 4 komponen
i. memelihara dan mengaktifkan taman
ii. menghubungkan kawasan-kawasan sekitarnya
iii. pusat pembelajaran dan inovasi, dan
iv. operasi, penyelenggaraan, perkongsian dan pembangunan masyarakat di taman ini sehingga 12 tahun.
3. Taman Tugu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat ( CSR) Khazanah dalam mentransformasikan kawasan hutan sekunder di belakang Tugu Negara 66 ekar menjadi taman rimba kota (taman dalam bandar)
4. Kira-kira 15 peratus daripada kos adalah untuk komponen keempat, manakala kos selebihnya akan berpecah kira-kira satu pertiga untuk tiga komponen lain. Kos pokok sahaja adalah kurang daripada 5 peratus. merujuk kepada anggaran kos bagi pemuliharaan daripada 1,000 pokok yang sedia ada di kawasan itu serta pemindahan 5,000 pokok lain.
5. Bagi menghubungkan kawasan sekitar Taman Tugu juga melibatkan usaha meningkatkan hubungan laluan pejalan kaki antara Taman Tugu dan kawasan sekitarnya termasuk dek utama yang menghubungkan KL Sentral ke Taman Botani Perdana melalui Muzium Negara.
6. Apakah jenis pokok baru atau diselenggara itu tidaklah dinyatakan. Begitu juga pecahan kos projek setiap 4 komponen itu. Dan rasanya adalah tidak wajar Tan Sri Azman berkata spesifik kontrak secara terperinci tidak boleh didedahkan. RM650 juta bagi taman, landskap, penyelenggaraan sehingga lebih 10 tahun, komponen ‘connector' dan pembangunan lain disekitar taman sehingga Muzium Negara bukanlah sesuatu yang tidak logik. cuma rakyat mahu tahu apa yang khazanah bina. Rakyat hendak tahun berapa kos selenggara hingga 12 tahun itu... anggaran sebulan malah setahun.
7. Atau Khazanah hanya "lock" kawasan tanah di situ melalui projek CSR mereka bagi satu perancangan lain yang kita tidak ketahui dimasa depan.
HOT ~ Kerajaan Ingkar Perintah Raja Raja..!

Layan...
Kerajaan Ingkar Perintah Raja-raja
TUN Dr Mahathir Mohamad hari ini melaporkan kepada pelopor Deklarasi Rakyat di rumahnya di Seri Kembangan hasil menghadap Yang di-Pertuan Agong 15 September lepas.
Dr Mahathir menghadap Seri Paduka Baginda di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah bagi menyerahkan petisyen Deklarasi Rakyat kepada Seri Paduka Baginda.
Hadir dalam mesyuarat hari ini adalah penandatangan dari parti-parti politik, badan bukan Kerajaan, bloggers dan penggiat media sosial.
Mesyuarat memperbaharui keputusan untuk menyembahkan petisyen yang sama kepada Majlis Raja-raja melalui Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu.
Selain itu, usaha juga akan dibuat untuk menghadap mana-mana Raja Melayu yang sanggup berjumpa dengan wakil Deklarasi Rakyat.
Mesyuarat diperingatkan semula mengenai titah Raja-Raja Melayu pada 6 Oktober tahun lalu yang mahukan kerajaan menyelesaikan siasatan berkaitan 1MDB secepat mungkin dan mengambil tindakan tegas yang bersesuaian ke atas semua yang didapati terlibat dan arahan Persidangan Raja-raja kepada Peguam Negara, (Tan Sri) Mohamed Apandi Ali, pada 17 Februari supaya membuat beberapa pindaan ke atas Akta Majlis Keselamatan Negara.
Sebaliknya, Apandi menutup siasatan ke atas 1MDB dan membebaskan Perdana Menteri (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Tun Abdul Razak daripada segala tanggungjawab.
Akta Majlis Keselamatan Negara pula dikuatkuasakan menjadi undang-undang pada 4 Ogos tanpa mendapat persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Dr Mahathir mengulangi hujah beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapat perintah mengenai status undang-undang akta tersebut di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh meminta mahkamah agung memberi pendapat mengenai kesan mana-mana peruntukan perlembagaan. (Baca lanjut di sini)
Mesyuarat berpendapat kerajaan telah mengingkari dan tidak mempedulikan titah Raja-raja mengenai 1MDB dan Akta MKN.
Wallahuaklam.
kadirjasin
Usaha menyelamatkan agama, bangsa dan negara perlu diteruskan walau apa jua rintangan..!
Berani kerana benar..!
Lu Fikir La Sendiri!!!
Posted by PUTRA MERDEKA
"Mahathir mengadap Agong, serah Deklarasi Rakyat"
"Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tun Dr Mahathir Mohamad mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam untuk menyerahkan memorandum 'Selamatkan Malaysia'.
Salah seorang orang kanannya, Datuk Khairuddin Abu Hassan memberitahuMalaysiakini bahawa pertemuan itu berlangsung di Istana Anak Bukit, Kedah petang semalam.
"Ia adalah satu pertemuan empat mata antara kedua-duanya. Mahathir tiba kira-kira pukul 4.30 petang dan mesyuarat itu berlangsung kira-kira satu jam lima belas minit," kata Khairuddin.
Bekas naib ketua Umno Batu Kawan itu berkata Mahathir membawa Deklarasi Selamatkan Malaysia dan dokumen yang didakwa ditandatangani 1.3 juta rakyat Malaysia.
Deklarasi itu merupakan usaha oleh bekas pemimpin Umno, pembangkang dan NGO untuk menggesa pembaharuan institusi dan menyingkirkan Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan perdana menteri.
Antara lain, deklarasi itu mendakwa Najib terbabit dalam skandal kewangan melibatkan syarikat pelaburan negara 1MDB.
Najib menafikan dakwaan rasuah terhadapnya, sebaliknya mendakwa ia merupakan komplot untuk menjatuhkannya.
Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali juga membersihkan perdana menteri daripada sebarang tuduhan salah laku dalam skandal berkenaan.
Mahathir sebelum ini mengadu beliau tidak dibenarkan mengadap Agong untuk menyerahkan deklarasi tersebut.
Sumber yang rapat dengan Mahathir itu berkata mereka dimaklumkan bahawa Agong membenarkan Mahathir mengadap baginda pada hari Rabu.
Katanya, Mahathir tidak mengulas mengenai pertemuan tersebut selepas meninggalkan istana."
-MalaysiaKini-
Gaji Minimum: Dianggar 60,000 Pekerja Akan Diberhentikan Tahun Ini

Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berharap kerajaan menangguhkan pelaksanaan jadual gaji minimum meskipun Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) akan berkuatkuasa mulai 1 Julai tahun ini.
Pengarah eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.
"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.
"Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan "retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada Bernama di sini semalam.
Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.
"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.
Beliau berkata situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.
Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.
Pengarah eksekutifnya Datuk Shamsuddin Bardan berkata jika dasar ini terus dilaksanakan, dianggarkan 30,000 pekerja terutama di peringkat bawahan berdepan tindakan pemberhentian kerja oleh majikan sebelum Julai ini.
"Majikan terpaksa menanggung kos yang tinggi jika PGM 2016 berkuatkuasa ekoran cabaran ekonomi semasa.
"Bagi mengurangkan kos operasi, kemungkinan besar mereka akan melakukan "retrenchment" sebelum Julai kerana jika mereka melakukan selepas Julai, sudah tentu mereka terpaksa menanggung kos lebih tinggi dari segi pembayaran faedah berhenti kerja dan sebagainya," kata beliau kepada Bernama di sini semalam.
Beliau turut menganggarkan 60,000 pekerja akan diberhentikan kerja sepanjang tahun ini ekoran keputusan kerajaan menguatkuasakan PGM 2016 mulai 1 Julai dengan gaji minimum dinaikkan kepada RM1,000 bagi pekerja di Semenanjung manakala RM920 untuk pekerja di Sabah, Sarawak dan Labuan.
Shamsuddin berkata pekerja yang berisiko diberhentikan kerja ialah dari pelbagai sektor terutama sektor minyak dan gas, perbankan dan kewangan, insurans serta peruncitan.
"Kita tahu sekarang dari segi perolehan sektor peruncitan terutama pasar raya besar, banyak mengalami penurunan dan sesetengah mereka telah menjalankan pemberhentian pekerja walaupun dari segi amalannya mereka masih mengamalkan "voluntary retrenchment," katanya.
Beliau berkata situasi ini amat membimbangkan dan kerajaan sepatutnya mengambil pendekatan membantu syarikat-syarikat tempatan bertahan dalam masa yang sukar supaya dapat mengekalkan pekerja.
Katanya, sepanjang tahun lepas, banyak syarikat besar merekodkan penurunan perolehan iaitu 30 hingga 40 peratus dan menyebabkan 38,000 pekerja terpaksa diberhentikan.
Belasungkawa Datuk Dr Haron Din (1940 - 2016) [TONTON VIDEO]
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi merupakan seorang tokoh politik yang disegani ramai pihak, termasuk pesaingnya.
Haron menghembus nafas terakhirnya di Hospital Stanford University, Amerika Syarikat disamping isteri dan anak-anaknya.
Allahyarham dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Simpang Empat, Perlis. Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah di Bohor Mali, dan Madrasah al-Alawiyah al-Diniah dan al-Kuliah al-Islamiah.
Bukan itu sahaja Allahyarham turut mendapat pendidikan di Kolej Islam Malaya kemudian melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar di Mesir dalam bidang Syariah dan Pendidikan sebelum menerima Ijazah Kedoktoran (Ph.D) dalam bidang yang sama di Universiti Darul-Ulum Qahirah.
Allahyarham memulakan kerjaya profesionalnya sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kemudian dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah di beberapa institusi bank seperti CIMB, RHB dan Public Bank, selain Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM).
Kerjaya dakwahnya pula bermula selepas menjadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Ulamak Malaysia; Ahli Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam; Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Penasihat Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Malaysia (Darussyifa') dan Pengerusi Kluster Dakwah, Majlis Perundingan Islam Malaysia.
Penyertaan dalam Politik
Langkah politiknya dalam PAS mula aktif sejak 1974 dan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada tahun 1975 hingga 1983.
Allahyarham juga pernah mewakili PAS dalam dua Pilihan Raya Umum pada 2004 dan 2008 untuk Parlimen Arau. Beliau bagaimanapun tewas terhadap calon Umno-Barisan Nasional (BN) dalam dua pilihan raya berkenaan.
Pendakwah terkemuka ini amat disegani bukan sahaja di kalangan pemimpin dan ahli PAS, bahkan pesaing-pesaing politiknya yang lain, termasuk Umno.
Pemergian tokoh politik ini disifatkan satu kehilangan yang besar buat PAS selepas parti itu kehilangan Nik Aziz, yang juga pemimpin kanan PAS yang amat dihormati oleh parti dan pesaing politik.
Ini kerana Haron antara pemimpin parti yang menyokong kerjasama antara PAS dan Umno yang pernah menjadi polemik politik di kalangan ahli-ahli parti yang menganggap 'ia mustahil untuk dilakukan'.
Hujah Haron, sebagai parti yang mendokong Islam, PAS tidak boleh menolak perkara yang boleh mencapai dan memerlukan pertolongan kerana ia merupakan suruhan Allah SWT asalkan ia membawa kebaikan dan bertunjangkan kebajikan.
Keadaan Kesihatan
Pendakwah terkemuka ini mula menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2 April 2012 di Hospital Stanford San Francisco, California.
Haron, pada beberapa hari lalu berlepas ke AS di hospital yang sama untuk mendapatkan rawatan jantung berhubung masalah jantung yang dihadapinya.
Beliau dikhabarkan dalam keadaan koma pada malam tadi dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan selepas mengalami pendarahan yang teruk.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.
LIHAT VIDEO DI SINI
https://www.youtube.com/watch?v=laoQLGCaJTA
Belasungkawa: Haron Din tokoh agama berjasa besar kepada negara

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Setelah sekian lama menghidapi penyakit jantung, Musyidul Am PAS Datuk Dr. Haron Din menghembuskan nafas terakhirnya hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco.
Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di sisi anggota keluarganya.
Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din serta dua lelaki dan tiga perempuan.
Allahyarham dilahirkan pada 18 Ogos 1940, di Bohor Mali, Kangar, Perlis kepada pasangan guru Al-Quran dan merupakan anak ketiga daripada 10 beradik yang mendalami ajaran Islam.
Selain dikenali sebagai pemimpin PAS, Haron juga terkenal sebagai tokoh pendidik kekeluargaan Islam dan pengamal perubatan Islam.
Allahyarham menyandang jawatan Mursyidul Am PAS pada Mac tahun lepas bagi menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yan meninggal dunia pada Februari akibat kanser prostat.
Haron bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 ketika berusia 34 tahun sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).
Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.
Beliau mendapat pendidikan awal di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-'Alawiyah al-Diniah, Al-Kuliah al-Islamiah sebelum menyambung pelajaran di Kolej al-Islamiah Klang, Selangor dan Kolej Islam Malaya.
Allahyarham kemudian melanjutkan pengajian dalam jurusan Pendidikan di Universiti Kaherah sebelum menyambungnya di peringkat doktor falsafah dalam jurusan Syariah di Universiti Darul Ulum, Kaherah.
Selepas kembali ke tanah air, beliau kemudian bertugas sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan meneruskan khidmatnya dalam perubatan Islam.
Allahyarham Haron merupakan pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') iaitu sebuah klinik rawatan Islam alternatif yang terkenal dalam kalangan umat Islam.
Darussyifa', yang ditubuhkan pada 17 April 1988 di Bangi, kini memiliki lebih daripada lima cawangan di Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Haron juga pernah dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Syariah di beberapa institusi perbankan termasuk Bank Negara Malaysia, CIMB dan Muamalah Financial Consulting.
Pada 2010, Allahyarham dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1432 Selangor.
Mempunyai bakat dalam bidang penulisan, Allahyarham telah menulis beberapa buku ilmiah termasuk Manusia dan Islam, Falsafah Pendidikan Islam, Obor Islam, Tasawur Islam dan Hudud dalam Perudangan Islam.-BERNAMA
Subscribe to:
Posts (Atom)
