Tuesday, April 21, 2015

TUN DR M : DIA NEH BARU TAHU RUPENYER ...

Akhirnya Ridhuan Tee tahu jenis pemimpin yang UMNO ada..


SAYA tidaklah rapat dengan Tun Mahathir. Tetapi dalam Perkim, Tun adalah YDP dan saya adalah antara NYDPnya. Dua atau tiga bulan sekali, pasti kami berjumpa, bermesyuarat.

Selaku seorang negarawan, Tun boleh mengambil pendirian berdiam diri. Apatah lagi apabila sampai usia emas ini. Bermain dengan anak cucu. Tidak perlu pening kepala. Tetapi Tun tidak memilih jalan tersebut.

Negarawan tetap negarawan, hatinya tidak akan tenang, jika ada yang tidak kena. Tun lantang mengkritik dan memberi pandangan. Adakah itu salah dalam sebuah negara demokrasi?

Ada yang menyalahkan Tun kerana tidak menggunakan saluran parti. Persoalannya, adakah saluran parti akan menerima pandangan Tun atau pandangan Tun mungkin disenyapkan?

Memahami politik Malaysia, kadangkala orang sekeliling kita lebih sudu daripada garpu. Mungkin Tun dengan PM tidak ada apa-apa. Pertemuan bagaikan adik-beradik. Tetapi tidak kepada orang keliling. Cucuk sana, cucuk sini. Keadaan semakin buruk. Elok juga kadangkala PM berdiam diri.

Kita selalu mencari siapa benar, siapa salah. Bukannya mencari apa yang benar, apa yang salah. Berilah jawapan yang Tun bangkitkan. Itu sahaja yang Tun pinta.

Sama ada Tun berpuas hati atau tidak, kita lihat, yang penting jawab. Tun seorang yang rasional. Ada perkara yang saya berbeza dengan Tun, terutama isu hudud.

Tidak dinafikan Tun ramai pengikut senyap. Tun tidak keseorangan. Memahami budaya politik Umno, ketika berkuasa, pemimpin disanjung dan dijunjung. Kentutnya pun bau wangi. Berbeza dengan Tun, walaupun sudah tidak berkuasa, taringnya masih ada.

Politik membodek amat ketara ketika berkuasa. Jarang yang berani kata ‘No’ kepada PM. Boleh dikatakan, semuanya ‘Yes’ belaka. Saya tidak yakin PM mahukan jawapan sedemikian. PM mahukan keikhlasan. Tegur dan beri pandangan dengan ikhlas dan jujur. Bukan melaga-lagakan.

Tidak cukup dengan Tun, anak Tun, Mukhriz, MB Kedah, turut dimangsakan oleh segelintir pemimpin Umno. Mereka mahukan anak Tun menyatakan pendirian sama ada sokong Tun atau PM. Tidak salah jika anak Tun mengambil pendirian menyokong mana pun.

Apa yang penting, neraca yang digunakan, Islam. Amar makruf, nahi mungkar. Ditakdirkan anak menyokong bapa, tidak perlu cari jalan menyingkirkannya. Berlapang dada.

Kenapa perlu mangsakan sesama sendiri, sesama saudara? Tidak bolehkah dalam keadaan bermasalah kita berperanan menjernihkan, bukan menambah. Ibarat menarik rambut dalam tepung.

Kalau pemimpin Umno terus mengambil tindakan, saling jatuh-menjatuh, tikam-menikam, fitnah-menfitnah, Umno sedang menanti untuk membusuk, menggali kubur sendiri.

Amat malang, pemimpin yang tidak memikirkan kepentingan Umno secara keseluruhan, tetapi lebih kepada dahan yang mana lebih kuat untuk berpaut. Memang, politik itu sesuatu yang tidak boleh dijangka.

Ini belum termasuk lagi kisah salah seorang pemimpin pemuda Umno yang dikaitkan dengan skandal gadis keliling pinggang. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pemuda ini boleh memimpin Umno suatu masa nanti. Eloklah pimpinan Umno cepat-cepat keluarkan orang sebegini.

Ambil iktibar ultra kiasu yang bijak berpolitik. Licik dan berstrategi. Misalnya, memberi amaran kepada Pas agar tidak terjerat dalam “perangkap” Umno, dengan merujuk kepada insiden ketika Pas menyertai kerajaan campuran BN 1973, selepas itu ‘ditendang’ keluar pada tahun 1977 serta tragedi Memali pada 1985

PM ROSMAH : AKU DAH NAMPAK SIAPA PEMBELOT ...

MALAYSIAKINI



 
 
 
Bekas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Syed Hamid Albar menggesa kerajaan tampil menjawab segala dakwaan dikemukakan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tulisannya di Facebook, Syed Hamid berkata, kerajaan tidak harus berdiam diri dalam perkara itu.

Katanya, perkara itu merupakan antara sembilan cabaran yang perlu dihadapi BN menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

"Apakah cabaran BN untuk pilihan raya umum ke-14? Strategi tidak jelas. Kredibiliti dipertikai. Pendirian berbeza antara pemimpin. Jawapan kepada isu tidak meyakinkan. Pemimpin cenderung menunjukkan kemewahan.

"Soalan-soalan pokok Tun Mahathir tidak terjawab. Penggunaan media sosial yang meluas dan memihak kepada pembangkang.

"BN tidak ke depan dalam menyerang. Kelihatan lemah kerana BN sendiri tidak mantap," tulis Syed Hamid.

Katanya, keadaan politik yang "gawat" pada masa ini akan lebih buruk jika BN tidak mampu menjawab kenyataan Mahathir.

Pihak lawan akan untung

Tegasnya, perkara itu perlu diberi perhatian kerana Dr Mahathir memiliki sokongan meluas di kalangan ahli parti dan pengundi.

Jika tidak, keadaan ini akan memberi keuntungan kepada lawan BN, kata Syed Hamid.

"Dalam hal ini, pembangkang dilihat tidak perlu bekerja keras, sebaliknya cuma menggunakan kembali peluru yang dihasilkan oleh Tun M untuk menembak Umno dan BN.

"Sama ada Dr Mahathir berjaya atau tidak untuk menjatuhkan Najib, perkara itu masih belum dapat dijangka tetapi apa yang jelas BN rosak teruk. Sama ada boleh dipulihkan atau tidak, hanya akan diketahui selepas PRU 14," katanya.

Syed Hamid menjadi menteri dalam kabinet antara 1999 hingga 2009. Beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno.

'Kaji semula GST'

Turut mendapat perhatian Syed Hamid ialah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak diterima baik orang ramai.

Justeru, katanya, GST perlu dikaju semula kerana jika tidak, ia akan memberi kelebihan kepada pembangkang.

"Pada peringkat ini, penting untuk mereka (BN) keluar dari sindrom berasa selamat atau leka dan hanya mempercayai bahawa mereka tidak boleh dikalahkan," katanya lagi. 

PM 1 MDB : MAMPUIH LA AKU LAGU NEH ...


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak termasuk menggariskan beberapa perkara yang didakwa sebagai 'kegagalan' pemimpin nombor satu negara itu.

Menurut Dr Mahathir, meskipun kegagalan pembinaan jambatan bengkok satu episod yang memalukan, namun ia bukan alasan yang cukup untuk beliau menggesa Najib meletakkan jawatan.

"Sesetengah pihak percaya saya sangat marah kerana pembinaan jambatan bengkok gagal sehingga mahukan Najib letak jawatan. Ya, saya kecewa terutama apabila Najib merayu kepada Singapura untuk membina jambatan dan ia ditolak. Ia memalukan kerana kita tidak berani bina jambatan di negara sendiri tanpa kebenaran Singapura.

"Episod memalukan ini tidak cukup untuk saya menggesa Najib letak jawatan. Najib anak kepada (Allahyarham) Tun Abdul Razak, orang yang bertanggungjawab dalam kenaikan saya sebagai Perdana Menteri.

"Itu sebahagian alasan dan alasan lain sebab Najib menunjukkan prestasi yang baik ketika saya menjadi Perdana Menteri, saya mahu Najib menjadi Perdana Menteri dan orang tahu saya bekerja keras menekan Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) untuk mengangkat Najib sebagai Timbalan Perdana Menteri supaya Najib boleh menjadi Perdana Menteri selepas Abdullah," katanya.

Menurut beliau lagi, sejak menjadi Perdana Menteri, Najib gagal dalam projek pembinaan landasan kereta api berkembar elektrik dari Johor ke Padang Besar, Perlis yang telah dipersetujui sebelum ini.

"Tapi Najib gagal dalam banyak perkara selepas menjadi Perdana Menteri. Selain jambatan, dia juga tidak meneruskan landasan kereta api berkembar yang telah dipersetujui namun dibatalkan Abdullah.

"Dengan RM 14 bilion, kita sepatutnya telah siapkan projek ini pada 2010. Sebaliknya atas desakan permintaan, dia benar penyambungan trek kereta api itu untuk RM12 bilion. Kita habis banyak duit.

"Kemudian, dia mula merekrut empat tingkat pegawai ditambah dengan pegawai British untuk menasihatkannya bagaimana untuk mentadbir negara. Mereka juga menggunakan konsultan asing yang menelan kos lebih RM7 bilion. Kita capai kemerdekaan pada 1957 dan hapuskan penasihat British. Kita lakukan lebih baik tanpa mereka. Najib nampaknya tak percaya kebolehan rakyat Malaysia untuk membangunkan negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal pengabaian Najib terhadap khidmat kakitangan awam yang sentiasa setia kepada kerajaan BN namun kini, ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan.

"Mengabaikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan jabatan kerajaan yang lain, dia mewujudkan agensi baru untuk merancang pembangunan negara ini. Agensi itu diketuai oleh bukan kakitangan awam dan gajinya jauh lebih tinggi daripada kakitangan awam.

"Kakitangan awam sangat tidak gembira. Sebelum ini mereka ubah negara ini daripada negara membangun kepada negara berpendapatan pertengahan. Sekarang, khidmat, kepakaran dan pengalaman mereka tidak lagi diperlukan. Dulu mereka setia dengan kerajaan, sekarang ramai yang tidak lagi menyokong kerajaan. Malah ada sebahagian yang menyertai pembangkang selepas bersara dan menjadi calon dalam pilihan raya," katanya.

Malah dalam catatan sama, Dr Mahathir turut menyentuh soal slogan 1Malaysia yang dilaungkan Najib yang didakwanya diambil daripada pembangkang dan keputusan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas desakan pembangkang serta membebaskan tahanan menyebabkan jenayah semakin meningkat.

"Kemudian, dia mula beri duit kepada rakyat bukan setakat kepada individu berpendapatan kurang RM3,000 sebulan tetapi juga kepada pertubuhan dan sektor korporat. Berbilion ringgit dihabiskan di sini. Kemudian himpunan dianjurkan dalam setiap majlis.
"Penganjur diarahkan untuk mengumpul 10,000 orang. Mereka diberi makan dan elaun serta pengangkutan. Mereka diberikan plakad untuk dipegang dengan tulis 'I Love PM' malah lagu 1M4U turut dihasilkan dan dinyanyikan di perarakan hari kebangsaan," tulisnya.

Penolakan sokongan kaum Cina terhadap Najib jelas dizahirkan dalam PRU13 yang menyebabkan keputusan itu lebih buruk daripada zaman Abdullah.

Dr Mahathir turut mendakwa, orang Melayu pun tidak sokong Najib, malahan selepas Najib mengambil alih Umno, keputusan di Selangor lebih buruk daripada 2008.

"Orang Melayu undi BN sebab mereka takut Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan mengangkat Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Selepas semua ini, saya teruskan sokong Najib. Dalam beberapa majlis saya berjumpa beliau dan memberitahu bahawa strateginya silap tapi pandangan saya diabaikan.

"Saya katakan sebelum PRU13 bahawa jika prestasinya lebih buruk daripada Abdullah, dia patut letak jawatan. Saya menaruh harapan tinggi untuk dia buat lebih baik daripada Abdullah. Apabila dia gagal, saya beritahu rakyat bahawa mereka patut terus sokong dia.

"Tapi sekarang, dengan kontroversi yang mengekorinya, saya pasti BN akan kalah jika dia terus memimpin dalam pilihan raya akan datang. Banyak tingkah lakunya yang saya fikir tidak betul tapi saya sudah bersedia untuk mengabaikannya termasuk gaya hidup dia dan isterinya yang mewah.

"Tapi apabila dia gagal menjelaskan ke mana hilangnya berbilion ringgit dan penglibatannya dalam orang-orang yang dipersoalkan dalam pengurusan 1MDB, saya merasakan bahawa dia tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri negara ini. Saya akan jelaskan soal kehilangan berbilion ringgit ini dalam catatan akan datang," katanya

Sunday, April 19, 2015

TUN DR.M : BERSARALAH NAJIB ..........

Tun M Selar Gaya Hidup 'Mewah' PM, Rosmah



Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.

“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.

“Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.

Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.

Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.

Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.

Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.

Tak boleh lagi biarkan Najib

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya.

Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.

PM NAJIB : NASIHAT TUN DR. M SANGAT PEDIH ...

Tun Dr Mahathir Mohamad meneruskan serangan ke atas Datuk Seri Najib Razak hari ini dengan mendakwa sokongan yang diberikan kepada perdana menteri itu adalah tidak benar. Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat tersebut menyindir Najib dengan membandingkan antara sokongan yang diterimanya daripada orang ramai semasa membuat keputusan untuk berundur pada 2003 dengan sokongan yang diterima Najib kini.

"Apabila seseorang merasakan beliau tidak lagi menerima sokongan, lebih baik beliau pergi (lepas jawatan)," kata Dr Mahathir semasa ditemui wartawan selepas forum anti peperangan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pagi ini.

"Saya berundur, walaupun saya memiliki sokongan, tapi itu disebabkan saya menjadi perdana menteri terlalu lama. "Tetapi, apabila rakyat menyatakan mereka tidak gembira, anda perlu respons, jangan hanya fikir diri sendiri, tetapi fikirkan rakyat yang anda pimpin, mereka yang di belakang anda.

"Apabila mereka tiada lagi, anda bukan lagi seorang pemimpin," katanya. Katanya, pendiriannya supaya Najib berundur dikongsi ramai orang kerana ia demi Umno dan kebaikan negara.

SOKONGAN KETUA UMNO BAHAGIAN HANYA PLASTIK ???

oleh Ahmad Mustapha Hassan

Persembahan yang ditunjukkan dalam Umno Baru sekarang dengan perjumpaan daripada pelbagai seksyen parti bukanlah sesuatu yang ikhlas daripada mereka yang mengambil bahagian. Orang-orang Umno tidaklah risaukan mengenai Najib tetapi lebih berminat untuk survival politik mereka sendiri.

Jadi ramai daripada ahli Umno Baru bergantung kepada Najib terhadap segala sifar murah hati yang mereka dapat dan dengan Najib tiada di situ, nasib kewangan mereka turut tergendala. Umno Baru hanyalah berpaksikan wang ringgit. Itu adalah darah daging mereka.

Najib tahu mengenai ini dan inilah sebab utama kenapa beliau tidak peduli tentang kritikan walaupun daripada pendahulu beliau yang bertanggungjawab meletakkan beliau sebagai perdana menteri. Ini menunjukkan solidariti daripada beberapa golongan adalah tidak pernah berlaku sebelum ini kerana tiada sebarang ancaman luar parti dan juga tidak berhadapan dengan pilihan raya umum setakat ini.

Tetapi sokongan yang ditunjukkan yang hampir mencapai lapangan histeria menunjukkan terdesaknya ahli parti tentang nasib mereka sendiri jika berlakunya perubahan kepimpinan. Inilah situasi dalam Umno Baru sekarang.

Masa depan setiap ahli yang berkenaan bergantung kepada pemimpin sekarang. Ianya mengenai kepentingan mereka sendiri dan kepentingan mereka ini bergantung kepada mereka yang membuatkan mereka perlu memastikan pemimpin sekarang terus berkuasa.

Malahan penyokong di luar Umno Baru juga terutamanya parti sekutu tahu yang tanpa Najib, posisi mereka sekarang dalam kerajaan mungkin akan tamat. Inilah apa yang telah berlaku kepada parti kerajaan sekarang. Slogan seperti "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" lebih kepada gimik politik.

PM 1 MALAYSIA : TPM MASUK GENG MANA ?

Dr Mahathir Mohamad tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Muhyiddin berkata berpendiran tegas dan menyatakan kebenaran adalah sikap bekas perdana menteri itu, khususnya apabila beliau bercakap menentang kuasa besar barat dalam memerangi peperangan.

"Menyatakan kebenaran dan berpendirian tegas... ini adalah sikap beliau sejak menjadi doktor dan ahli Umno.

"Kamu tidak keseorangan dalam menyatakan kebenaran," kata Muhyiddin sewaktu memulakan ucapannya dalam satu forum anti peperangan di Kuala Lumpur.

Dr Mahathir turut hadir dalam majlis itu dan duduk bersebelahan dengan timbalan perdana menteri.

Ketika bercakap dalam konteks peperangan, kenyataan Muhyiddin itu boleh dilihat merujuk keluhan Mahathir baru-baru ini bahawa beliau bersendirian dalam mendapatkan jawapan Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak.

Mahathir, yang mahu Najib berundur, juga telah berkata bahawa Muhyiddin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan perdana menteri kini.

TOL : JOM BAYAR SAMPAI KIAMAT ...


Tol lebih rendah dengan lanjutan tempoh konsesi. 

KUALA LUMPUR - Selain Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Persekutuan 2 (FHR2) turut terlibat dalam pemanjangan tempoh konsesi sebagai usaha kerajaan mengurangkan bebanan bayaran tol dan kos sara hidup pengguna lebuh raya, demikian menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

YABEDABEDOOO !!!.. Tol lebih rendah tapi SAMPAI KIAMAT KENA BAYAR TOL.

MACAI UMNO : DAH KENA KAT AKU, BARU AKU SEDAR ...

AKHIRNYA ADA PEMIMPIN UMNO YANG MENGAKU GST MEMBEBANKAN...