Monday, September 15, 2014

BLOGGER UMNO : TERIMA KASIH NAJIB ....

Putrajaya sahkan petrol dan diesel akan dikenakan GST?


Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kastam dan Eksais Ishak Daud mengesahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dikenakan kepada petrol dan diesel walaupun kerajaan masih belum membuat pengumuman demikian, kata Rafizi Ramli.

Naib presiden PKR itu berkata, Ishak mendedahkan perkara berkenaan dalam satu taklimat GST anjuran Universiti Tuanku Abdul Rahman minggu lalu yang juga dilaporkan akhbar bahasa Cina, Sin Chew Daily.

“Laporan akhbar Sin Chew Daily turut dipetik oleh laman kereta paultan.org, mengesahkan Umno Barisan Nasional (BN) akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel.

“Ini mengesahkan sangkaan saya selama ini bahawa Umno – BN akan mengenakan GST ke atas petrol dan diesel yang secara langsung bermakna harga minyak akan dinaikkan apabila GST dilaksanakan dalam April 2015 kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebelum ini berkata kerajaan akan mempertimbangkan tidak mengenakan GST ke atas petrol dan diesel apabila sistem percukaian baru itu dilaksanakan pada April 2015.

Katanya, kerajaan bakal kehilangan hasil jika GST tidak dikenakan ke atas petrol dan diesel, tetapi ia dapat ditampung melalui pelan rasionalisasi subsidi.

Rafizi berkata dengan GST pada kadar 6%, harga seliter petrol selepas ini adalah RM2.27 sen dan jika seorang pengguna biasa dianggarkan menggunakan 320 liter petrol sebulan, kenaikan harga minyak akibat GST akan meningkat RM50 sebulan.

Katanya, petrol dan diesel yang dikenakan GST akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan apabila cukai kepenggunaan itu dilaksanakan kelak.

“Akhirnya, bebanan bulanan setiap isi rumah akan bertambah. Saya anggarkan sekurang-kurangnya meningkat RM100 sebulan dengan kenaikan terus harga minyak, harga barang dan perkhidmatan bagi setiap isi rumah di kawasan bandar dan separa bandar.

“Pada ketika pegawai Jabatan Kastam dan Eksais mula mengesahkan kenaikan harga minyak akibat pelaksanaan GST, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih diam seribu bahasa dan mahu berahsia,” katanya.

Ahli Parlimen Pandan itu juga dimaklumkan kerajaan akan melaksanakan penarikan balik subsidi minyak dengan mengehadkan kepada golongan tertentu dan sebahagian pengguna terpaksa membayar harga penuh tanpa subsidi.

"Saya dimaklumkan keputusan itu sudah dibuat tetapi belum dilaksanakan sementara memuktamadkan syarikat yang dianugerahkan kontrak untuk menaiktaraf semua pam minyak bagi tujuan ini," katanya.

Katanya, jika dasar begitu dilaksanakan, bebanan kenaikan harga minyak akan menjadi lebih tinggi, begitu juga dengan harga barang dan perkhidmatan.

“Saya menggesa supaya Najib mengesahkan segera harga minyak akan naik dengan pelaksanaan GST dan berterus terang dengan rakyat.

“Pada masa yang sama, saya seru rakyat Malaysia menzahirkan bangkangan mereka kepada kenaikan harga minyak ini melalui laman sosial terlebih dahulu sebelum disusuli dengan protes yang lebih besar,” katanya lapor The Malaysian Insider

P/S : MAKA SYIOKLAH blogger-blogger umno atas bakal kenaikan harga minyak...
maklumlah..bila minyak naik... elaun fitnah kat blog pun naiklah jugak...
tak zabar rasanya tunggu minyak naik.... rakyat bleh naik beskal...
jutawan macam ahli umno jer bleh naik kereta... xder la jem sgt ...

Sunday, September 14, 2014

1 MALAYSIA : KITA SAMBUT MERDEKA BERSAMA USA ... TAHNIAH .....

Kerajaan BN Sambut Hari Malaysia tahun ini dengan pendaratan Askar Amerika

Kenyataan Media GAMIS
20 Zulkaedah 1435 bersamaan 15 September 2014

HARI MALAYSIA DISAMBUT DENGAN PENDARATAN TENTERA AMERIKA SYARIKAT

 

1. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) mengutuk tindakan kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana telah membenarkan tentera Amerika Syarikat mengadakan latihan eksesais bilateral di negara ini.

2. GAMIS meluahkan rasa kebimbangan dan kerisauan disebalik apa yang terjadi. Walaupun dimaklumkan oleh Angkatan Tentera Darat Malaysia bahawa tujuan pendaratan mereka adalah untuk latihan dalam bidang pengurusan bencana alam dan perlaksanaan Operasi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), namun ia sungguh mencurigakan.

3. Pendaratan tentera Amerika ini juga sebagai satu simbolik pengiktirafan kerajaan Malaysia terhadap keganasan Amerika dan sekutunya Israel terhadap umat Islam di seluruh dunia, khususnya di bumi Gaza melalui Operasi Perlindungan Sempadan (Operation Protective Edge) selama tujuh minggu.

4. Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya. Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia. Seribu satu kemungkinan bakal berlaku.

5. Justeru itu, GAMIS begitu kecewa dengan tindakan kerajaan dalam menyambut Hari Malaysia, 16 September dengan mencetuskan kebimbangan dilubuk hati rakyat akan keselamatan tanah air tercinta. Negara dalam keadaan bahaya selepas menjadi mangsa pertembungan kuasa besar dunia dengan tragedi pesawat MH370 dan MH17 serta disebalik kedatangan Barack Obama yang mempunyai seribu satu persoalan.

6. GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.

7. GAMIS sebagai sebuah gerakan mahasiswa dengan tegas mahu kerajaan Malaysia bertindak segera dengan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat.

Abdul Malik Ab Razak
Presiden GAMIS

P/S : Dulu kata kita hanya hubungan dagangan saja..... lepas tuh ada hubungan ekonomi...
la neh sampai tentera pun boleh kerjasama....lagi cantik lerrr..
bila pulak kerajaan BN yang pemurah nak bagi kem tentera kat USA plak neh...
bagi jer la..kita kan baik...nak jaga hubungan dengan obama nun..
gaji depa kita bayaq. kalau boleh bawak tentera kita sekali pi perang kat syiria, iraq, palestine...
alang-alang dah bekerjasama tuh...apa salahnyeer... 

MASUKLAH UMNO.....ANDA PASTI SELAMAT ....

UMNO BUAT: BOLEH BELAKA .......

Royalti: Muhyiddin, Mustapa hina mahkamah

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan hak Kelantan ke atas royalti petroleum dianggap sebagai subjudis dan menghina mahkamah.

Timbalan Presiden Pertubuhan Royalti, Abdul Shakur Sharrie berkata, penafian dibuat pemimpin Umno terbabit berdasar kepada pentafsiran Kelantan tidak layak mendapat royalti.

“Menafsirkan berdasar kepada 3 batu nautika dan undang-undang berkaitannya adalah subjudis kerana isu itu dalam perbicaraan di mahkamah.

“Dan ia juga termaktub sebagai pre-emptive decision dan penghinaan kepada mahkamah. Ini kerana Petronas adalah milik kerajaan,” katanya di sini.

Sehubungan itu beliau sebagai mewakili R membuat laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Umno Kelantan di Balai Polis Tumpat jam 12.30 pagi tadi.

Muhyiddin dalam kenyataan media di sini kelmarin mencabaran kerajaan PAS menyiasat jumlah royalti yang belum dijelaskan kerajaan pusat.

Manakala Mustapa ketika berceramah di Kampung Tebing malam semalam turut mencabar kerajaan Kelantan mengemukakan bukti berhubung tuntutan royalti petroleum.

Menurut anggota parlimen Jeli itu fakta yang dikemukakan PAS adalah fitnah semata-mata dan tuntutan yang dibuat tidak berlandaskan undang-undang.

Pada Ogos 2010 kerajaan Kelantan memfailkan saman terhadap Petronas) di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur berhubung dakwaan melanggar kontrak.

Dalam tuntutan itu kerajaan negeri menjelaskan Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975, secara jelas menyatakan bahawa Petronas hendaklah membayar secara tunai sebanyak lima peratus bagi segala hasil minyak sama ada di pantai ataupun di luar pantai negeri berkenaan.

Sementara itu Presiden R, Nazri Deraman berkata, kenyataan dibuat kedua-dua pemimpin Umno terbabit bertentangan sama sekali dengan amanat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 November 1974:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijadual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".

Tun Abdul Razak merupakan antara individu merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani kesemua negeri di Malaysia.

Nazri berkata, tuntutan royalti berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Surat Cara yang ditandatangani Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.

“Perjanjian itu melampirkan surat penyerahan hak (vesting deeds) kuasa petroleum negeri Kelantan, kerajaan Persekutuan dan Petronas yang jelas menyebut pembayaran tunai 5 peratus daripada pengeluaran.

“Semua negeri di Malaysia menandatangani perjanjian yang sama kerana semuanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974,” katanya.

Beliau berkata, mengapa pemimpin Umno terbabit yang melaungkan 1Malaysia tetapi memberi layanan yang berbeza terhadap negeri. Ia jelas amalan pecah amanah. - HD
P/S : untung gile masuk umno..kata apa pun tak per... pasti selamat...
hina mahkamah pun x paaa...kata kat hakim pun bolehhh...
lain la kalau korang pembangkang...akta hasutan menanti, ternanti-nanti anda ....

MB KEDAH : KAU JENIS "BLUR", JKKK PULAK MAKAN GAJI BUTA. CANTEEKK !!!

Nak kena boh surat habaq baru pakat nak tolong, JKKK, Tok Penghulu & YB makan gaji buta ka?

Pondok buruk tempat berteduh

Milah tinggal di perkampungan Teluk Yu hampir 42 tahun.  
Milah tinggal di perkampungan Teluk Yu hampir 42 tahun.

Pondok usang yang beratap dan berdindingkan zink.  
Pondok usang yang beratap dan berdindingkan zink.

Keadaan tandas yang berada di luar rumah menyukarkan Milah, lebih-lebih lagi pada waktu malam.  
Keadaan tandas yang berada di luar rumah menyukarkan Milah, 
lebih-lebih lagi pada waktu malam.

TELUK YU - Dalam kerancakan pembangunan pelancongan dan penjanaan sumber ekonomi kepada negara yang mencecah berbilion ringgit di Langkawi, masih terdapat warga emas tinggal di rumah kecil dan usang di kawasan pantai Teluk Yu.

Milah Kasim, 80, tinggal bersendirian dalam sebuah pondok tanpa kemudahan asas seperti air dan elektrik.

"Nenek ada terima zakat RM420 setiap bulan, tapi tak berapa cukup, hari-hari Nenek belanja dalam RM10, kadang-kadang lebih, barang makin mahal,” katanya kepada Sinar Harian.
“Nenek sangat berharap ada orang bantu sediakan elektrik dan air. Sekarang terpaksa tumpang rumah jiran, payah nak jalan kalau waktu malam, lagipun usia dah tua,” katanya.

Menurutnya, dia berasal dari Perlis dan berkahwin dengan Mad Sen Lah yang merupakan anak jati Kampung Teluk Yu.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan lapan anak, namun lima daripadanya telah meninggal dunia.

Milah berkata, dia telah menetap di kawasan pantai tersebut lebih 42 tahun lalu hingga sekarang.


"Dulu masa mula-mula sampai di sini, jalan raya, pokok getah pun belum ada, yang banyak pun binatang buas di kawasan ni,” katanya.

Mengimbau masa lampau, Milah menceritakan kehidupan yang dilaluinya agak sukar, lebih-lebih lagi selepas kematian suaminya sejak 15 tahun lalu akibat sesak nafas.

“Nenek tak mahu kacau anak-anak, mereka pun hidup susah dan ada juga orang yang bantu.

"Macam rumah ni, ada orang sedekah atap dan kayu, yang tolong buat rumah ni cucu Nenek lah,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, keadaan di sekeliling pondok Milah sangat menyedihkan.

Atapnya bocor di merata sudut manakala tempat masak pula hanya berlapikkan papan di lantai.

Adun Ayer Hangat yang juga Exco Pelancongan, Agama, Sumber Manusia, Masyarakat Siam dan India, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, tiga rumah jenis transit akan dibina dalam masa terdekat di kawasan Kampung Teluk Yu bagi menempatkan beberapa keluarga miskin di kawasan sekitar termasuk Milah.

“Rumah transit itu akan dibina di kawasan padang bola kilang simen.

"Sebenarnya ramai lagi yang mahukan rumah ini, namun pelaksanaannya akan dibuat atas arahan Menteri Besar,” katanya.
P/S : bn menang, kedah senang....
bn menang..senang kedarah projek...rakyat nganga.....
MB dok mahligai..rakyat dok dalam lau kambing yang nk runtuh esok lusa ...

DASAR FLIP-FLOP 1 MALAYSIA ...


Lim Guan Eng
Lim Guan Eng
 
 
 
SHAH ALAM – Tindakan pusingan U oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menangguhkan pemansuhan Akta Hasutan 1948 merupakan langkah ke belakang daripada komitmen asalnya dan ia adalah pemberian yang menyedihkan ketika negara di ambang sambutan Hari Malaysia ke-51.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa kegagalan Najib memansuhkan Akta Hasutan seperti mana yang dijanjikan sejak dua tahun lalu itu juga membuktikan beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak menepati janji dan mengancam kelangsungan slogan 1Malaysianya.

"Najib telah membuat janji ini buat kali pertama dua tahun lalu dalam sebuah ucapan di majlis makan malam Jabatan Peguam Negara, ia kemudian diulang dalam sebuah wawancara bersama rancangan BBC World News pada 2 Julai 2013 dan kemudian diulang lagi pada 6 September 2014.

"Jelas sekali sikap 'flip-flop' Najib ini menunjukkan bahawa beliau tidak mampu bersemuka dengan para ekstremis yang mahu supaya terlantiknya sebuah kepimpinan diktator dengan kuasa autoritarian demi mencabul hak asasi manusia.

"Najib mesti mengakui bahawa gerakan moderatnya dan gagasan 1Malaysia adalah suatu kegagalan," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Semalam, Presiden Umno itu berkata kerajaan tidak akan bertindak tergesa-gesa dalam usaha menggantikan Akta Hasutan.

Katanya, kerajaan juga masih belum memutuskan sama ada akan memansuhkan atau meminda akta tersebut.

Tambahnya, akta baru itu perlu "lebih baik" berbanding Akta Hasutan dan bertindak mengawal fahaman serta pergerakan radikal, ekstrem atau fanatik selain mengekang pelampau kaum dan agama dalam masyarakat.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata lagi keputusan Najib baru-baru ini yang mewujudkan satu lagi laman web peribadi didakwa untuk menjauhkan diri daripada laman web sebelum ini (www.1Malaysia.com.my) yang telah tercemar dengan pelbagai janji yang telah dimungkiri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bagan itu juga mengecam keras terhadap siri pendakwaan menghasut terhadap pemimpin PR termasuk seorang pensyarah undang-undang kerana ia didakwa bermotifkan politik.

"DAP mengecam keras tindakan sedemikian yang bermotifkan politik kerana tiada pula tindakan tegas diambil terhadap Perkasa atau pemimpin Umno yang membuat kenyataan yang berbaur hasutan terhadap orang bukan Melayu dan bukan Islam, termasuk Perkasa yang pernah mengugut untuk membakar Bible berbahasa Melayu.

"Jika Azmi Shahrom, seorang pensyarah undang-undang yang pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, fakulti undang-undang utama dalam negara, boleh dituduh menghasut kerana memberikan pendapat ilmiahnya, tidak ada harapan lagi terhadap kedaulatan undang-undang di Malaysia," katanya lagi.
P/S : dasar 1 malaysia neh tak saling tumpah dengan dasar takut bini...
esok cakap lain..lusa cakap lain..minggu lepas kata nak buat lain...minggu neh lain yang dibuatnya....
tapi memang patut pun... bini besaq...kang terpenyek pulak ...

EX MP MERBOK : DAH MARAH DEKAT NAJIB ???

MALAYSIAKINI






Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin hari ini dengan sinis meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mendengar pandangan Umno mengenai Akta Hasutan.

Sebaliknya dalam tulisan blognya hari ini beliau meminta Najib mendengar cakap Datuk Seri Idris Jala (bawah) yang secara sinis dikatakan sebagai menteri kabinet yang "berpengaruh".

"Pergi jahanam dengan suara semua orang Melayu, orang Umno, PERKASA, ISMA dan suara-suara  NGO Melayu lainnya.

"Ini semua suara ekstremis, bigot, bodoh, sempit dan tidak setaraf dengan pemikiran Western Liberalisme Datuk," kata beliau yang nampaknya kecewa dengan pentadbiran Najib yang telah menarik Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kini menilai pemansuhan Akta Hasutan pula.

Zainuddin yang juga bekas ketua pengarang akhbar milik Umno, Utusan Malaysia turut mencadangkan Najib 'membuka seluasnya' negara ini ke arah lebih liberal.

"Sekarang semua polisi termasuk politik mesti disesuaikan dengan semangat globalisasi dan bukan lagi glokal.

"Jika ISA pun ditarik balik dengan cara persendirian maka apalah perlu dicadangkan dulu pindaan sehingga timbul perbahasan dan berbagai tekanan terhadap Akta Hasutan 48.

"Bukalah lagi apa nak buka. kita mesti bebas sebebasnya," kata beliau.

Zainuddin juga meminta agar suara akar umbi Umno dan orang Melayu tidak lagi diendahkan Najib kerana Idris "adalah menteri kabinet yang berpengaruh di dunia kewangan, telah disenaraikan oleh Bloomberg antara 50 tokoh the most influential di bidang Koporat Bank dan sebagainya di dunia."

"Jangan pedulikan suara orang Melayu, jangan pedulikan suara orang Umno, jangan pedulikan suara orang Islam kerana jika tekanan membantah tindakan di bawah Akta Hasutan 48 telah semakin hebat terutama dari (Lim) Guan Eng yang maki hamun KPN, (Datuk S) Ambiga, siswa bukan Melayu dan ramai lagi tidak didengar, maka populariti Datuk (Najib) akan merudum," kata penyokong kuat bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad itu.

Beberapa menteri kabinet sebelum ini mempertahankan tindakan mengekalkan Akta Hasutan dan penggunaan dalam siri pendakwaan ke atas pemimpin pembangkang, NGO, wartawan dan aktivis kebelakangan ini.

p/s : tu dia... datuk zam pejuang asli melayu dah tak pueh hati dah....
pejuang melayu tulen dari melayu tulen macam neh memang cepat tak puas hati...

MACAM MANA RAKYAT NAK PAKAT? KALAU PEMIMPIN PAKATAN TAK PAKAT ?

 WARTA UTARA


GEORGETOWN: Para pemimpin Pakatan Rakyat disaran selalu duduk semeja bagi menyelesaikan masalah yang timbul sekali gus merangka strategi untuk menghadapi BN, kata Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang, Rosidi Husein

"Saya harap semua pemimpin Pakatan Rakyat kembali duduk semeja berbincang untuk kita terus mara.

Usaha sayap pemuda dan wanita parti-parti Pakatan Rakyat untuk menjernihkan keadaan perlu didukung semua," tegasnya ketika diminta mengulas perkembangan berhubung krisis pertukaran Menteri Besar Selangor.

Menurut beliau, rakyat pastinya gembira melihat kesepaduan Pakatan Rakyat  khususnya untuk berhadapan dengan pilihan raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor, Kelantan penghujung September ini.

Rosidi mahu lanskap politik baru yang diterokai Pakatan Rakyat diteruskan.

"Halakan laras senapang kita kepada Umno dan BN supaya rakyat tidak muak. Kumpulkan kekuatan kita kembali untuk berhadapan dengan BN yang meneruskan dasar-dasar tidak menguntungkan rakyat.

Beliau turut menasihati pemimpin PAS, DAP dan KeADILan di semua peringkat supaya berlapang dada ketika menghadapi karenah rakan politik.

Pakatan Rakyat, ujarnya sudah berjaya menampilkan kerajaan negeri yang baik, tidak melakukan rasuah, tidak menyeleweng wang rakyat dan seumpamanya.

"Menjadi tanggung jawab bagi pemimpin Pakatan Rakyat di semua peringkat bersatu tenaga dan mencambahkan buah fikiran bagi menghadapi BN dalam PRU14 nanti," ujarnya.
p/s :dulu kalut nak tawan malaysia... sib baek tak dapat...
dapat selangor pun berkecamuk.... ingat PM jer sayang kat bini... rupenyer sorang lagi tuh sama jugak....

Friday, September 12, 2014

BILA MASA UMNO MEMBELA MELAYU???

Tu Dia... Dunia Sudah Terbalik beb... Kah Kah Kah !


Cubalah lu orang bayangkan beb, jika yang Mengatakan Orang Melayu adalah PEMALAS serta TIDAK JUJUR dari Ucapan Orang Bukan Melayu atau setidak-tidak nya dari kalangan Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mahu pun Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang Condong kepada PR. Rasa-Rasa lu orang lah siapa yang akan MEMBANTAH Ucapan tersebut selama 7 Hari 7 Malam... kah kah kah !.

Dimasa tersebut akan adalah DEMONSTRASI diseluruh Negara Membantah kenyataan tersebut dengan Mengatakan yang Ucapan dari Pemimpin PR itu sebagai MENGHINA Orang Melayu, yang lebih DASYAT lagi bila ianya dikatakan sebagai Menghina Orang Islam kerana konon nya Orang Melayu dan Agama Islam BERPISAH TIADA iaitu Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam... kah kah kah !.

Tetapi atas sebab yang Mengatakan Orang Melayu sebagai Pemalas dan Tidak Jujur tersebut adalah Bekas Ulul Amri Umno iaitu Tun Mahathir Muhamad Iskandar Kutty yang TERSOHOR, maka Segala yang bernama ISI PERUT UMNO terpaksa lah BERTAFAKUR dengan MENELAN apa saja yang dikatakan oleh Bekas Ulul Amri Umno walaupun jauh Disudut Hati tidak bersetuju... kah kah kah !.

Oleh dari itu maka terjadi apa yang dikatakan seperti DUNIA SUDAH TERBALIK bila mana Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia Saudara Manivannan Rethinam MENYANGGAH kenyataan dari Bekas Ulul Amri Umno tersebut. Dimana menurut beliau "Kenyataan daripada Dr Mahathir itu TIDAK BENAR kerana ia seperti MENUDUH semua Orang Melayu Malas dan Tidak Amanah".

"Sedangkan hanya Segelintir yang begitu, secara Peribadi, saya mempunyai ramai Kenalan dan Rakan dari kalangan Orang Melayu yang Jujur dan mempunyai Nilai ETIKA yang boleh Dipandang Tinggi. Kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan Kegagalannya untuk Mengubah Orang Melayu daripada bersikap Malas dan Tidak Amanah setelah 22 tahun memerintah adalah Salahnya Sendiri".

"Jangan menuduh Orang Melayu Pemalas dan Tidak Jujur, kenyataan MANTAN Perdana Menteriini tidak sesuai buat masa ini kerana boleh MELEMAHKAN Bangsa Melayu". Cuma yang gua risau jangan pulak ada dari kalangan Isi Perut Umno Membantah dan Mengadakan Demontstrasi terhadap kenyataan dari Pengerusi Majlis Gagasan Malaysia kerana Menuduh Mahathir MELULU... kah kah kah !.

Lu orang sendiri tahu lah kan beb, yang mana Pra-Syarat menjadi Ahli serta Penyokong Umno mestilah ada DNA Bebal Melantun-lantun Macam Getah Skrub, kalau yang tak ada DNA tersebut pun terpaksa mengatakan ada DNA tersebut demi untuk memenuhi Pra-Syarat menjadi Ahli serta Penyokong Umno. Jika tidak permohonan untuk menjadi Ahli serta Penyokong Umno akan ditolak... kah kah kah !. sumber


hemmmmm..... mana agaknya pergi isi-isi perut umno iaitu pemuda umno... perkasam... jati dan sebagainya... apa dia tak dengar ke yang bekas ulul amri dia orang telah menghina orang melayu dan ketuanan melayu... kah kah kah !.

p/s : mana perkasa....mana jati...mana pekida....mana NGO melayu haprak ???
orang india yang defend melayu.... UMNO dah konpem tak dak teloq dah...
UMNO nak bela melayu? nak jaga melayu? kenyataan Tun DR. M mamak kutty pun depa tak berani nak komen...ada hati nak membela melayu..... poodaahhh.....

BILA DEPA KENCING DEPAN MATA KITA ....


P/S : bila depa pakat-pakat kensing depan mata kita..kita nak percaya lagi...
jenis makan benda tak tentu hala saja akan percaya atau orang gila...
sudah-sudahlah tuh pengundi umno/BN...tengok la pemimpin hangpa dok merapu apa....