Friday, September 21, 2018

Ahli PKR meningkat mendadak cetus kebimbangan


PEMILIHAN PKR | Sejak bulan Jun, keanggotaan PKR meningkat secara mendadak. Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution pada Julai lalu mengumumkan seramai 788, 534 ahli parti layak mengundi.

Beliau juga memaklumkan terdapat 221,019 orang menyertai parti itu di antara 6 ke 25 Jun tahun ini.

Ini bermakna, sepanjang hampir 20 hari itu, PKR menerima permohonan ahli baru sebanyak 62,837 orang sehari.

Dalam tempoh itu, PKR Selangor mendapat bilangan anggota baru yang terbesar, iaitu 62,837, mewakili kenaikan 35.33 peratus. Ini diikuti oleh PKR Sabah, yang merekrut 39,319 ahli baru atau peningkatan sebanyak 40.74 peratus.

PKR Negeri Sembilan dan Melaka menggandakan keahlian mereka dalam masa 20 hari itu. Keahlian PKR Johor meningkat 81.5 peratus dalam tempoh itu manakala keahlian PKR Terengganu meningkat sebanyak 62 peratus pada jangka waktu sama.

PKR adalah satu-satunya parti politik di Malaysia yang telah menggunakan sistem satu ahli layak dapat satu undi untuk pemilihan kepimpinan pusatnya. Ia dimulakan pada 2010 sebagai tawaran pendemokrasian.

Tetapi peningkatan keahlian sebanyak 40 peratus secara mendadak telah menarik perhatian calon-calon bertanding yang menyuarakan kebimbangan mengenai hal itu.

Beberapa pemimpin cabang PKR memberitahu Malaysiakini bahawa walaupun mereka menjangkakan akan berlaku pertambahan anggota parti, mereka tidak menjangkakan ahli-ahli baru ini yang tidak terbiasa dengan amalan dan sejarah parti, dibenarkan untuk mengundi.

"Mereka mungkin tidak memahami sumbangan para pemimpin parti yang lebih tua dan kurang terlihat yang menawarkan dirinya sebagai calon, atau perjuangan yang mereka lalui," kata satu sumber.

Beberapa pemimpin bahagian memberitahu Malaysiakini bahawa tarikh akhir untuk pengundi yang layak sepatutnya ditetapkan sebelum kemasukan ahli-ahli baru secara tiba-tiba untuk mengelakkan usaha mengganggu atau membatalkan proses pemilihan, contohnya, bekas ahli saingan PKR mengambil alih parti itu.

Semasa dihubungi, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR Adzman Hedra memberi jaminan bahawa ahli-ahli tertakluk kepada proses saringan yang ketat, yang dimuktamadkan pada 15 September tahun lalu.

Adzman menjelaskan parti itu dapat menampung bilangan anggota baru dalam tempoh yang singkat kerana PKR telah menyediakan sistem pendaftaran dalam talian.

"Biro politik telah membincangkan ini dan mereka mahu anggota baru mengundi untuk menyuburkan (mengamalkan) amalan demokrasi di PKR.

"Kami telah mempromosikan parti kami selama 20 tahun yang lalu dan kini kami jadi parti pemerintah, orang berbondong-bondong menyertai kami. Kami tidak boleh menghentikannya.

"Kami masih perlu meneliti siapa yang menyertai parti kami. Mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin atau calon pilihan raya untuk parti lain, seperti Umno, akan dikenakan saringan yang lebih ketat berbanding anggota parti biasa, " katanya.

Apa salahnya Umno-Pas berpakat?


AHMAD LUTFI OTHMAN
Ahmad Lutfi OthmanTidak pasti bagaimana ia bermula, tetapi Muktamar Pas baru-baru ini mengesahkan hubungan intim parti berkenaan dengan Umno bukan rahsia lagi, apabila Presiden parti yag pernah menerajui kerajaan lebih enam dekad itu, Ahmad Zahid Hamidi bersama pimpinan tertingginya hadir memenuhi jemputan.

Sudah pasti bibitnya bukan baru mula bertunas dalam pilihan raya kecil Sungai Kandis atau Seri Setia, malah ia diintai lebih awal lagi, mungkin sejak pasca pilihan raya umum 2008, yang merakamkan tsunami politik tidak terduga.

Segalanya menjadi lebih mudah dan agak teratur, apabila sebahagian daripada barisan kepimpinan tertinggi Pas, yang dipandu senarai “chai” gugur setandan pada 2015. Suara-suara kritis yang menolak sebarang usaha untuk mendekatkan Pas-Umno dapat diredakan.

Agenda Melayu- Islam

Agenda Melayu-Islam tiba-tiba sahaja menjadi popular dan dipersoalkan terutama apabila kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat di negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Perak dalam PRU12. Timbul rungutan dan keresahan dalam Pas, termasuk tentang survival politik Melayu.

Peluang untuk menggantikan regim Umno-BN terhampar luas, apatah lagi majoriti dua pertiga pemerintah di Parlimen dapat dinafikan, namun di saat-saat strategik itu jugalah kesepakatan sesama pembangkang mulai terongkai.

Selepas bertungkus-lumus begitu lama, meredah belantara rimba kesakitan dan keperitan sebagai oposisi yang dinafikan hak, juga melalui rantaian eksperimen politik yang mendebarkan, sayangnya apabila rakyat mempamerkan mood perubahan yang menjanjikan, pakatan pembangkang pula diancam sikap curiga-mencurigai. Nampak sikap saling percaya di antara tiga parti yang dipupuk dengan cermat dan hati-hati, diselinap syak wasangka.

Lebih menakjubkan, sewaktu Umno-BN dilanda kecamuk paling dahsyat, terburainya skandal kewangan super mega, perdana menteri (dan isteri) mengalami defisit kepercayaan terburuk, Pas sebagai parti pembangkang terkanan dan sarat pengalaman, mengambil pendekatan dan strategi siyasah yang dilihat mengelirukan.

Presiden Umno Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pimpinan kanan parti menerima jemputan Pas dalam muktamar Pas yang diadakan di Terengganu, baru-baru ini.

Pas kelihatan bertukar menjadi parti politik mesra Umno dan nampak cukup kritikal dan cerewet apabila berdepan rakan-rakan oposisi, khususnya DAP. Sahabat lama, PKR, pun tidak terlepas daripada kritikan sehingga ada percubaan secara rasmi untuk mengkaji semula hubungan baik sejak 1999 itu.

Bersikap kritis dan amalan tegur-menegur sesama komponen Pakatan Rakyat adalah lumrah, tetapi apabila mulai ditafsirkan Pas sebagai cenderung dengan Umno, maka kecurigaan dan syak wasangka itu hanya membawa padah.

Namun begitu kepimpinan tertinggi Pas secara konsisten menafikan mereka berhasrat membentuk kerjasama politik dengan Umno, sebaliknya menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah karut dan berniat jahat.

Bagi saya, Pas sendiri terbahagi dua. Memang ada yang condong untuk mengadakan persefahaman politik dengan Umno, tetapi takut mengemukakan cadangan itu secara terbuka.

Dibimbangi pemimpin lapis pertengahan dan khususnya penyokong akar umbi akan menolak, malah menentang. Apatah lagi sudah tersedia wadah alternatif, sebagai pilihan, yang juga berjenama Islam, iaitu Parti Amanah Negara.

Malah, semasa mengambil ketetapan untuk memutuskan hubungan dengan DAP di muktamar Kuala Selangor 2015, usul Dewan Ulama itu diarahkan untuk diterima tanpa bahas. Mungkin dikhuatiri ia boleh mencetuskan kontroversi berpanjangan, atau boleh sahaja dibantah para perwakilan.

Apatah lagi menjelang PRU14, imej Najib Razak semakin memburuk dan membusuk dengan skandal 1MDB sehingga Dr Mahathir Mohamad dalam jelajahnya ke seluruh pelosok tanahair menggelarnya pencuri-penyangak-penyamun dan Perdana Menteri langsung tidak berupaya menyanggahnya. Rakyat terpengaruh dengan kempen agresif Pakatan Harapan apabila segala pendedahan mengenai kleptokrasi lebih RM50 ribu juta itu tidak dapat dijawab.

Blok ketiga tidak ke mana

Penubuhan blok ketiga, Gagasan Sejahtera, yang diterajui Pas pula tidak membawa sebarang makna kepada suatu gabungan yang berkesan untuk menggantikan BN. Pas dilihat seolah-olah bertanding secara solo.

Parti Ikatan, Berjasa, Parti Cinta Malaysia ibarat melukut di tepi gantang. Dan sasaran kempen Pas, jika dilihat ucapan presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, bukan lagi menyerang Umno-BN, tetapi lebih kritikal terhadap personaliti Dr
Mahathir dan Pakatan Harapan.

Ramai penganalisis keliru apabila Pas nekad meletakkan begitu ramai calon di kerusi Parlimen, hampir 160 orang. Ketika itu, dijangkakan pertandingan tiga penjuru hanya menguntungjkan penyandang, Umno-BN. Pas dianggap pemecah undi pembangkang.

Tiga empat orang doktor pakar yang merawat saya juga meluahkan rasa kecewa dengan langkah Pas itu. Bagi mereka peluang terbaik untuk melihat kerajaan baharu tertegak menjadi semakin sukar.


Pas dan Ikatan bekerjasama untuk membentuk blok ketiga namun dilihat gagal menjadi gabungan yang berkesan dalam landskap politik semasa.

Saya sendiri, dalam buku nipis semasa kempen PRU14, Mengapa Mahathir?, mengupas hasrat Pas menjadi king maker, dan menyifatkan undi kepada parti berkenaan sebagai membazir kerana mensia-siakan peluang terbaik untuk menubuhkan kerajaan baharu. Saya menjangka, masih ramai penyokong Pas yang keliru dan kebengongan,
berada di persimpangan, antara ketaatan tanpa soal atau walak, dengan tekad membara untuk menjatuhkan regim usang.

Walaupun pemimpin Pas tampil menghuraikan, jika jumlah kerusi dimenangi Pas memungkinkannya menjadi penentu, maka mereka akan berunding dahulu dengan PH dan BN, kemudiannya menilai tawaran terbaik, namun hati kecil saya lebih percaya, Pas akan berlari untuk membentuk kerajaan dengan BN!

Saya secara peribadi lebih mengharapkan Pas dapat membuat ketetapan jelas sebelum hari penamaan calon, sama ada bersama BN atau PH, agar penyokong tradisinya tidak keliru. Lagipun undi rakyat bukanlah komoditi atau barang dagangan untuk dipertaruhkan bagi merebut kuasa. Tidak perlu menunggu keputusan PRU14 diumumkan.

Saya yakin — dan itulah juga menjadi kerisauan pemimpinnya — jika Pas memilih untuk bersama BN, ia akan kehilangan sebahagian besar sokongan pengikut tegarnya, terutama di Kedah, Terengganu dan Kelantan. Sikap politik penyokongnya di negeri berkenaan menolak keras sebarang muafakat dengan Umno.

Pas di wilayah tertentu itu sebenarnya berjaya mengekal atau menarik sokongan simpati pengundi yang menolak regim korup Umno-BN, apatah lagi dengan kes kleptokrasi paling besar di dunia.

Sebalik kemenangan di Kelantan,Terengganu

Kemenangan besarnya di Pantai Timur juga impak limpahan kesedaran merata di seluruh negara yang mahukan perubahan mendasar dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.

Tambahan pula pengundi di Kelantan dan Terengganu kurang mengenali atau mempunyai tanggapan agak negatif terhadap parti-parti dalam PH. PKR sejak lama tidak berpengaruh di sana. DAP pula asing-pelik buat pengundi Melayu yang membentuk lebih 95 peratus pengundi.

AMANAH dilabel persepsi pengkhianat jamaah Islam dan alat DAP. Bersatu pula cukup muda, serta berdepan banyak sekatan birokrasi dan imej Dr Mahathir tidak banyak membantu, sebaliknya menimbulkan kecelaruan.

Serangan liar Pengerusi Bersatu itu di hari-hari akhir kempen terhadap tragedi Memali sehingga menyifatkan Ustaz Ibrahim Libya dan anak-anak muridnya sebagai “mati katak” membuatkan penyokong Pas yang mahu mengundi PH membatalkan hasrat mereka. Mahathir dilihat masih berperwatakan seperti era 1981-2003.

Di Pantai Timur, mereka juga beranggapan sokongan kepada PH hanya membazirkan undi kerana dikira tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan dan hanya menguntungkan BN. Justeru, demi mengalahkan Umno, tiada pilihan efektif selain mengundi Pas. Mengundi PH dikira memecahkan sokongan kepada lawan BN.

Maknanya, di kala Pas berjaya memastikan penyokongnya tetap setia, PH pula hanya dapat menarik sokongan pengundi BN. Justeru Pas kekal bertahan status quo dan mendapat kelebihan besar apabila peratusan undi BN merosot dengan teruk, manakala majoriti calon PH hilang deposit.

Rata-rata masyarakat Pantai Timur juga masih pada tahap pemahaman Islam yang konservatif, manakala AMANAH pula kurang mampu mengetengahkan pemimpim berwibawa di peringkat lokal.Wawasan Islam Rahmatan Lil Alamin dengan pendekatan progresif dan inklusifnya perlu diperjelaskan secara proaktif lagi.

Namun begitu saya yakin potensi parti Islam baharu ini cukup menyerlah terutama selepas diberi kepercayaan besar dalam pentadbiran kerajaan pusat dan sememangnya AMANAH dipilih menerajui PH Kelantan dan Terengganu pada PRU14.

Apabila ada pemerhati, malah sarjana politik, yang membayangkan, seandainya Pas dan BN bergabung atau membentuk persefahaman politik semasa menyertai PRU14, maka PH dapat dihalang daripada berkuasa, saya tidak bersetuju dengan tanggapan sebegitu.

Benar, bagi hampir 30 kerusi Parlimen yang dimenangi PH, jika dicampur undi Pas dan BN, maka ia melebihi jumlah undi calon yang bertanding atas logo PKR itu.

Bagaimanapun, siapa dapat memberi jaminan bahawa undi yang diperolehi Pas itu, tidak beralih kepada PH jika ada pengundi melihat ada kerjasama erat di antara Pas-BN?

Sentimen menolak Najib-BN begitu kuat di waktu itu. Mana-mana calon yang dikaitkan dengan regim korup itu, walaupun berpersonaliti baik, sudah pasti ditolak pencalonan, seperti Parlimen Batu, calon Bebasx yang mesra PH menang besar. Ada beberapa kerusi Dun di Pulau Pinang dan Johor, calon Pas hanya dipilih pengundi selepas calon PH tidak layak bertanding.

Justeru, saya kira kumpulan pemimpin Pas yang condong dan berminat kepada kerjasama dengan Umno pun khuatir sokongan kepada parti itu akan merosot teruk jika mereka berpakat.

Secara personal, saya pernah meletakkan syarat, boleh sahaja Pas memulakan rundingan dengan Umno, asalkan ketika itu ia bukan lagi dalam posisi menerajui kerajaan, serta tidak menanggung beban bagasi inkumben yang begitu buruk.

Jika Umno sudah hilang kuasa dan takhta dengan segala keistimewaan yang luar biasa, sudah hilang keangkuhannya, sudah hilang ego dan kesombongan, maka berundinglah atas padang yang sama rata, di kala tiada kelebihan ketara yang memisahkan Pas dan Umno.

Sekarang Umno tiada lagi di posisi tinggi itu. Gabungan yang diterajuinya, BN, lingkup terbarai. Ahli-ahli Parlimen Umno bersusun mahu mencari pintu keluar, melompat parti.Ia hanya tinggal negeri Perlis dan Pahang.

Apakah kini, selepas Umno menggelongsor dari tangga Putrajaya, maka saya boleh bersetuju jika Pas mahu membentuk apa-apa permuafakatan politik dengan Umno?

Tuesday, September 11, 2018

tahun ini banyak rasuah


Saya dah bangkitkan ramalan tentang awal muharram dan terjadinya banyak rasuah pada tahun 1440H di negara kita

Rujuk link artikel tersebut di bawah muharram

Belum pon masuk tahun1440H sudah berlaku acquittal ke atas tertuduh rasuah

Kes discharge with acquittal ini sangat besar impak ke atas perkhidmatan awam Malaysia dan pentadbiran negara

Rujuk huraian peguam ini

DUA PERKARA PELIK PEMBEBASAN LIM GUAN ENG DARIPADA KES RASUAH
1. Saya telah mendapat maklum bahawa Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Ariff Hadhariah Syed Ismail telah membuat keputusan untuk melepaskan YB Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah yang melibatkan pembelian banglonya.

2. Menurut hakim, pelepasan ini adalah “discharge amounting to acquittal” iaitu pelepasan yang juga merupakan pembebasan. Ini bermaksud tertuduh iaitu YB Lim Guan Eng seolah-olah tidak bersalah ke atas tuduhan rasuah ini lantas dibebaskan. Ini juga bermakna YB Lim Guan Eng dibebaskan secara mutlak daripada pertuduhan rasuah ini dan kes ini tidak boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah lagi pada masa akan datang.
3. Terdapat sekurang-kurangnya dua perkara yang pelik di sini: Perkara pertama, pihak pendakwaraya hanya memohon “discharge not amounting to acquittal” atau “pelepasan yang tidak bermaksud tertuduh dibebaskan” iaitu permohonan supaya YB Lim Guan Eng dilepaskan namun bukan dibebaskan. Jika ini berlaku kes ini boleh dibuka semula dan dibawa ke mahkamah pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, pihak pendakwaraya daripada Pejabat Peguam Negara juga telah menyarankan untuk pertuduhan digugurkan terus, dan berdasarkan saranan pendakwaraya ini hakim mahkamah telah membuat keputusan untuk membebaskan Lim Guan Eng dan kes ini ditutup justeru tidak akan dibawa ke mahkamah semula.
4. Perkara kedua, penghakiman hakim dan saranan Pejabat Peguam Negara dan pembebaskan Lim Guan Eng seperti di atas berlaku pada peringkat proses perbicaraan yang terlalu awal di mahkamah. Ini seolah-olah saranan pendakwaraya di atas dan keputusan mahkamah untuk membebaskan Lim Guan Eng dilakukan dengan tergesa-gesa tanpa perbicaraan lanjut yang mana sekurang-kurangnya 20 orang saksi lagi belum dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah. Ini berbanding dengan kes 1MDB bekas Perdana Menteri dan kes banglo bekas Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo yang mana proses pertuduhan dan perbicaraan di mahkamah berlaku dengan panjang lebar.
5. Jika sesiapapun yang bertaraf Menteri melakukan rasuah namun terlepas dan bebas daripada kesalahan tersebut oleh kerana beliau kenal Peguam Negara dan adalah bekas anak guam kepada Peguam Negara dalam kesnya, maka suatu kesongsangan undang-undang telah berlaku. Ini bukanlah “Rule of Law” namun adalah suatu ketidakadilan dan masalah etika dan moral yang amat membimbangkan. Ia juga akan menyebabkan krisis kepercayaan kepada institusi Undang-undang Negara.
6. Dan lebih buruk lagi ia akan menggalakkan lebih ramai lagi perasuah dan ahli politik berjawatan tinggi dalam Kerajaan untuk terus mengamalkan rasuah kerana mereka tahu mereka boleh terlepas dengan mudah.
ISHAM JALIL
3 September 2018

1 MUHARRAM 1440H: KEPADA PIIMPINAN UMNO & PAS...








Hari ini 1 Muharram 1440 Hijrah. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua umat Islam di negara ini. Tahun baharu yang didoakan bakal menyinarkan kembali syiar Islam yang dilihat semakin suram sejak 10 Mei lalu...


PRK Seri Setia dan Balakong berakhir sudah. Ya, PAS tewas di Seri Setia dan MCA tewas di Balakong. Memang sudah dijangka, namun bertanding sebagai "underdog" di dua kubu kuat PKR dan DAP itu. Namun begitu, jumlah undi yang diperolehi PAS di Seri Setia telah memberi satu gambaran yang cukup positif.


UMNO tidak bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Namun begitu, para pemimpin UMNO dari seluruh negara tidak putus-putus membantu PAS berkempen di Seri Setia. Mereka berceramah, berdialog, menyantuni dan turut bertugas bagaikan jentera PAS. Sampai ada pemimpin UMNO yang masuk hospital!


Saya melihat, kerjasama di antara UMNO dan PAS ini berputik sejak PRK Sg Kandis. Namun begitu, ianya semakin rancak dan erat pada PRK Seri Setia. Malah sejak berakhir PRK Seri Setia, pimpinan daripada kedua-dua parti begitu lantang berbicara tentang kerjasama kedua buah parti.





Dalam pengamatan saya, perkembangan ini telah mencetus pelbagai reaksi dari kedua pihak. Ada yang menyokong penuh dan ada yang membantah. Ada yang ragu-ragu dan ada pula yang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat".


Saya fikir, tidak perlu saya sebut siapa yang menyokong atau membantah kerjasama UMNO dan PAS ini kerana kita pun dapat baca kenyataan-kenyataan mereka di media sosial rasmi mereka. Yang "ragu-ragu" dan menggunakan pendekatan "tunggu dan lihat" itu pun boleh dilihat secara tidak langsung dari kedua belah parti.


Ya, saya faham. Ada yang berfikir dua kali. Setelah lebih 60 tahun menjadi musuh politik tradisi UMNO antara satu sama lain, bukan mudah untuk kedua parti bekerjasama. Apatah lagi pendekatan PM ke-4 dulu yang memaksa PAS membenci UMNO secara keseluruhan, mana mungkin ia dapat diterima dengan mudah, bukan?


Mungkin kerana itulah ada yang membantah, ragu-ragu dan mengambil pendekatan "tunggu dan lihat". Dan mungkin ada juga yang pemimpin yang menyokong kerjasama ini hanya berpaksikan kepada status kedua parti yang berada dalam blok pembangkang dalam sistem demokrasi kita.





Namun begitu, saya melihat sendiri bagaimana sebahagian daripada pemimpin di kedua buah parti Melayu Islam terbesar negara ini begitu ikhlas dan mahu menjayakan kerjasama demi penyatuan ummah yang sejak sekian lama terpisah disebabkan perkataan yang bernama "POLITIK"...


Sejujurnya dari hati yang ikhlas, saya menyokong penuh kerjasama di antara UMNO dan PAS.


Namun begitu, saya menyarankan agar kerjasama ini bukan hanya semata-mata kerana kedua parti ini adalah pembangkang dan tewas pilihan raya, sebaliknya kerana perintah Allah SWT & Rasulullah SAW. Pada saya, niat kerjasama itu lebih utama berbanding alasan politik.


Saya lahir dalam keluarga PAS. Arwah bapa saya dulunya seorang aktivis PAS. Saya tahu bagaimana perjuangannya. Sejak kecil, ayah bawa saya ke ceramah, program tamrin, tasykil, tazkirah PAS dan sebagainya. Ceramah Mat Sabu dan Mahfuz pun arwah bawa saya jugak...





Beberapa kali arwah kecewa tidak dapat menderma untuk tabung PAS kerana poketnya kosong. Mujurlah minyak kereta "lepas" untuk pulang ke rumah. Tapi walaupun dalam kesempitan hidup, dia banyak menyumbang tenaganya dalam perjuangan PAS. Katanya, jika tak mampu beri duit, ayah harap keringatnya itu dapat membantu perjuangan partinya.


Arwah ayah memang tak suka kat PM ke-4. Jika kelibat PM ke-4 terpapar di kaca TV, dia akan tukar saluran. Jika muka PM ke-4 juga, dia tutup terus. Saya fikir, tutup TV itu lebih baik berbanding ayah terus letak tapak kaki di muka PM ke-4 di kaca tv. Selalu juga ayah buat begitu..marah sungguh ayah!


Kenapa saya pilih UMNO dan tidak bersama PAS? Banyak kali juga saya jelaskan dalam entry-entry terdahulu saya. Namun antara salah satu sebab utama ialah pendekatan dan cara pemimpin PAS ketika itu, khususnya Mat Sabu, Mahfuz dan konco-konconya yang langsung saya tak dapat terima.


Selain itu, kegagalan PAS sendiri mendidik sebilangan pemimpin dan ahlinya menyebabkan saya tidak berminat pada parti itu. Maksud saya, jika PAS gagal jaga lidah Mat Sabu dan Mahfuz, bagaimana dia mahu mendidik rakyat dan membina negara?





Namun begitu, saya sering bertanya pada diri sendiri pada waktu itu tentang UMNO yang diketuai PM ke-4 yang tidak pernah mendengar desakan PAS. PAS vokal hampir setiap masa, tapi langsung UMNO tidak endahkan. Tiga kali hantar draft hudud, semuanya PM ke-4 reject mentah-mentah!


Sepanjang pengamatan saya di zaman PM ke-4, pendekatan Islamnya agak liberal. Hanya selepas Anwar "naik pangkat", dia yang mengubah banyak pendekatan UMNO ke arah Islam. Tapi yang musykilnya, beberapa info "gelap" tentang Anwar agak mengecewakan saya dan ramai rakan...


Saya melihat, PAS memiliki kekuatan dari sudut ilmu dan fahaman agama. Walaupun agak ekstrim dan ortodoks ketika di zaman itu, mungkin ia terdorong hasil daripada pendekatan PM ke-4 yang begitu melampau memusuhi dan memberi tekanan pada PAS.


Hasil daripada pemerintahan ala "drakonian", maka tidak mustahil untuk muncul tindakan ekstrim penyokong PAS hingga ada yang sanggup selak kain pada Puteri UMNO di Pendang dulu. Tu kira dah melampau sangat la tu. Mat Sabu punya anak didik kottt...?


Namun pendekatan PAS terhadap UMNO dan Kerajaan mula reda selepas PM ke-4 turun takhta. Di era Pak Lah, mereka mula kendur dan makin mesra di zaman DS Najib. Kenapa? Mungkin kerana pendekatan DS Najib yang menerima baik draf hudud PAS dan terus reject macam PM ke-4 dulu...





Najib sediakan platform untuk PAS kaji semula draft kanun jenayah syari'ah tu dengan Jakim di bawah DS Jamil Khir dan Dato' Asyraf Wajdi. Selepas dikaji beberapa lama dan diperhalusi, maka sebab tu la perlunya pindaan perlembagaan dan RUU355 diusul PAS. Jika zaman PM ke-4, jangan harap la nak hidu bawa masuk parlimen... kan?


Jadi, jelas sangat bahawa perbezaan pendekatan politik pucuk pimpinan UMNO akan menentukan pendekatan PAS terhadap UMNO, kan? Time PM ke-4, PAS benci sangat kat UMNO. Tapi time PM ke-6, boleh solat berjemaah sekali dan kerap pula hadir ke program bersama...


Kelebihan UMNO ialah memiliki struktur parti yang kukuh. Tradisinya, UMNO mengetuai BN. UMNO juga kaya dengan pengalaman mentadbir dan menguruskan kerajaan sama ada berkenaan dasar ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan sebagainya.


Cuma dalam UMNO ni, dah lama dah wujud virus-virus negatif. Ini bukan virus baru. Dah lama diperkenalkan selepas PM ke-4 ambil alih tampuk pemerintahan negara. Pernah kita dengar masalah rasuah, salah guna kuasa, main projek sana-sini masa PM ke-3 mentadbir? Projek Bakun di era siapa?





Sebenarnya virus-virus tu dah lama jugak cuba dimatikan dalam UMNO di era Pak Lah dan Najib. Macam-macam vaksin dah dicuba, tapi kurang berkesan. Susah sungguh nak mati. Degil betul! Tapi sekarang ni makin pulih... insyaAllah...


Pada hemat saya, kelemahan PAS pula ialah kurang cekap mengendalikan pentadbiran dan pengurusan. Maaf cakap, kawan saya sendiri yang ada jawatan dalam PAS cakap begitu. Fail dan rekod di PAS Kawasannya "hancur". Ahli sikit, tapi penyokong ramai. Ahli ramai, tapi bila nak buat mesyuarat agong, tiba-tiba ahli hilang entah ke mana.. dalam rekod ada!


Jika pentadbiran dan pengurusan kawasan pun gagal, maka susah la nak diharap untuk tadbir kerajaan, kan? Saya jugak la kena bantu kawan saya susun balik & struktur semula pentabdiran PAS di kawasannya.. Kesian kat kawan... heheheee...


Jadi, saya melihat bahawa kelebihan yang ada pada UMNO akan membantu PAS jika membentuk kerajaan. Manakala kelebihan yang ada pada PAS pula dilihat mampu membantu memperkasakan nilai-nilai Islam yang bakal mengimbas kembali zaman kegemilangan pentadbiran Islam ala Khulafa' Ar-Rashidin...





Orang bukan Islam jangan takut... Tiada seorang pun golongan bukan Islam yang teraniaya di zaman Khulafa' Ar-Rashidin dulu. Malah Madinah merupakan sebuah negara Islam tulen yang begitu hebat integriti, akauntabiliti dan ketelusannya. Keadilannya adalah sejagat kerana Islam itu membawa rahmat kepada sekelian alam, bukan hanya kepada orang Islam saja...


Cuma antara faktor penghalang kepada penyatuan ummah ini dijangka hanyalah atas beberapa faktor sahaja seperti ego, ragu-ragu, dendam dan kelemahan-kelemahan yang berpunca daripada dalam diri sendiri. Namun apakah itu semua mampu mengatasi kepentingan perintah Allah SWT dan RasulNya?


Cubalah berlapang dada. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan dengan keikhlasan. Usah biarkan syaitan menghembus perasaan ragu. Amalkanlah surah An-Nas. Kita umat Islam wajib taat pada perintah Allah. Bagaimana hendak direalisasikan, terpulanglah pada kebijaksanaan kita...


Buang saja kepentingan diri. Letakkan perpaduan umat Islam sebagai mana yang diperintahkan Allah sebagai matlamat utama. Buanglah ego kerana Allah tidak suka pada mereka yang ujub, "jabbaaran anieed". Buanglah dendam di jiwa kerana ia adalah permainan syaitan yang dilaknat Allah!





Saya sedar bahawa usaha ini bukanlah semudah yang disangka. Kita terpisah puluhan tahun gara-gara perbedaan ideologi. Namun usahakanlah ke arah hubungan yang lebih positif dari masa ke masa. Usah dipeduli tanggapan nakal, sesungguhnya mereka golongan yang "tidak tahu"....


Demi umat Islam dan rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan adat resam, kita bertanggungjawab untuk memastikan bumi bertuah ini selamat terpelihara daripada tangan-tangan kotor pengkhianat agama dan bangsa, penipu dunia, unsur "gila kuasa", hipokrit pelakon pentas politik dan perosak negara yang memalukan tanah air di persada dunia.


Wahai umara' dan ulama' di dalam UMNO dan PAS, bersempena 1 Muharram 1440 Hijrah ini, saya amanahkan kamu supaya selamatkanlah Islam dan bumi Malaysia ini dari tangan-tangan "gila" itu. Selamatkan kami umat Islam, selamatkanlah kami rakyat Malaysia..! Allahu Akbar..!!!

Tarikh kemerdekaan ilham daripada ulama


Written By zabidi morad 

Oleh 

SETIAP kali menjelang hari kemerdekaan negara pada 31 Ogos, hanya beberapa nama popular yang sering kedengaran. Nama-nama itu ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman termasuk Kolonel H.S Lee. Mereka cukup dikenali lantaran bertanggungjawab menuntut kemerdekaan negara.

Namun ramai tidak menyedari kemerdekaan Malaysia saling berkait rapat dengan peranan ulama. Berdasarkan catatan sejarah, untuk mendapatkan tarikh ‘kebebasan’ itu, Tunku Abdul Rahman telah mendapatkan pandangan seorang ulama bernama Sheikh Abdullah Fahim Sheikh Ibrahim, datuk kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Siapakah Sheikh Abdullah Fahim? Beliau yang berdarah campuran Arab-Pattani dilahirkan di Kota Suci Mekah pada tahun 1869. Namun, ada pendapat mengatakan beliau dilahirkan di Kampung Kubur Panjang, Padang Terap, Kedah. Ayahnya, Sheikh Ibrahim Tahir adalah guru di Masjidil Haram. Sheikh Ibrahim telah berhijrah dari Pattani ke Kedah dan kemudian ke Seberang Perai sebelum ke Mekah ketika berlakunya Perang Pattani-Siam (1830-an).

Ramalan

Ketika Sheikh Abdullah Fahim di Mekah, beliau telah mempelajari pelbagai ilmu agama termasuk falak sebelum pulang Tanah Melayu pada tahun 1921. Mufti Pulau Pinang itu kemudian telah kembali ke tanah air atas semangatnya untuk memperjuangkan tanah air daripada terus ditakluk penjajah British.

Tokoh hebat itu juga dikatakan memiliki keistimewaan yang sangat mengagumkan iaitu bijak meramalkan sesuatu. Berdasarkan satu penulisan, kehebatan Sheikh Abdullah Fahim dalam ilmu falak telah membuatkan Tunku Abdul Rahman mengguna pakai dua buah fikirannya iaitu:

* Rombongan ke London digalakkan tidak menggunakan kapal terbang sebaliknya kapal laut. Rasionalnya, para delegasi mempunyai masa yang panjang dan cukup untuk mengadakan perbincangan lanjut.

* Tokoh agama itu juga telah menetapkan 31 Ogos 1957 sebagai hari paling sesuai diumumkan tarikh kemerdekaan negara.

Sheikh Abdullah Fahim pada asalnya telah mencadangkan dua tarikh iaitu pada 31 Ogos 1957 dan 31 Ogos 1962.

Mengapa 31 Ogos 1957 tarikh yang dipilih? Kata pendakwah tersohor itu, ia memandangkan segala usaha dan perjuangan penduduk sudah tiba di kemuncaknya. Beliau menyebut dalam bahasa Arab, am khir atana yang bermaksud tahun baik telah datang kepada kita iaitu pada hari Sabtu, 31 Ogos 1957.

Sheikh Abdullah Fahim turut berpesan, jika pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak dipersetujui British pada tarikh berkenaan, maka pada tahun-tahun berikutnya (sebelum tahun 1962), adalah tidak baik untuk orang Melayu mengisytiharkan kemerdekaan.

Apabila pemuda UMNO berhasrat mahu melakukan huru-hara jika British menghalang Tanah Melayu merdeka pada tarikh tersebut, beliau secara tegas telah melarang kumpulan itu berbuat demikian sebaliknya meminta mereka bersabar sehingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. Nasihat Sheikh Abdullah Fahim ditaati dan akhirnya, Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957.

Berdasarkan penyelidikan bertajuk Peranan Tokoh Islam Dalam Menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu, seorang guru dari Sekolah Agama Daeratul Ma’rif Al Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang mendedahkan, Sheikh Abdullah Fahim telah menggunakan alat astrolabe bagi menghitung pergerakan cakerawala dan buruj-buruj bintang untuk mendapatkan tarikh sesuai negara bebas daripada penjajah.

Berdasarkan pengiraan ulama itu, pada malam kemerdekaan, empat buruj sedang berada di ufuk barat sejurus terbenam matahari pada pukul 7.19 malam, 30 Ogos 1957. Ia terdiri daripada Buruj Scorpius (kala jengking), Buruj Libra (dacing), Buruj Virgo (anak dara) dan Buruj Kapal Layar.

Terdapat juga dua buah planet yang sangat terang pada ketika itu iaitu musytari (kecerahan 100 peratus) dan Zuhrah dengan kecerahan 79 peratus berhampiran Buruj Kapal Layar. Bulan pula tepat berada di dalam buruj Libra.

Nasihat ulama

Sheikh Abdullah Fahim juga pernah memberitahu Tunku Abdul Rahman bahawa selepas lima tahun Tanah Melayu merdeka, negara akan bertukar nama. Barangkali benar atau secara kebetulan, ramalan berdasarkan ilmu firasat ulama itu, nama Tanah Melayu telah ditukar kepada Malaysia, lima tahun selepas merdeka.

Ketokohan Sheikh Abdullah Fahim tidak terhenti setakat di situ sahaja. Sebagai seorang yang sangat cintakan bangsanya, beliau mahu melihat perpaduan dalam kalangan orang Melayu tidak hanya dipupuk di Tanah Melayu sahaja malah meliputi Indonesia.

Beliau pernah melontarkan slogan berbunyi: ‘Hidup Melayu dan Malaya, Merdeka Indonesia dan Malaya sebagai saudara kembar.’ Meskipun, hasratnya tidak tercapai, sekurang-kurangnya kata-katanya telah menaikkan semangat mereka hidup sezaman dengannya.

Sesungguhnya, Sheikh Abdullah Fahim telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Pun demikian, segala idea dan nasihatnya sebagai pendakwah yang dihormati masih digunakan untuk menangani masalah yang dihadapi rakyat dan negara.

Sebagai ulama, segala kata-kata dan buah fikirannya diyakini bebas daripada sebarang kepentingan diri serta mendapat petunjuk dari Yang Maha Esa.

Diharap, para pemimpin zaman kini akan terus mengambil kira pandangan pendakwah agama dalam memimpin negara.

Menteri Belia Dan Sukaneka, @SyedSaddiq Perlu Berhenti Komen Bodoh Mengenai 1MDB



Syed Saddiq kini bergelar Menteri Belia Dan Sukaneka di dalam Kerajaan Pakatan Harapan. Beliau bukan lagi cytro Kerajaan yang boleh mengeluarkan kenyataan sesuka hati. Tambahan pula, beliau pernah memberitahu wartawan apa sahaja yang dikeluarkan dari sosial media beliau adalah kenyataan rasmi dari beliau.

Semalam, beliau telah membuat komen di sosial media Twitter yang berbunyi, "Rakyat Malaysia dapat balik RM45 juta yang dicuri oleh 1MDB yang disimpan di Singapura".

Kenyataan beliau merujuk kepada laporan wartawan Awani seperti di bawah. Tuduhan "dicuri dari 1MDB" adalah berat kerana laporan wartawan Awani berkenaan melaporkan, wang RM45juta berkenaan dicuri dari 1MDB dan bukan sebaliknya.




Kedua, adakah ini satu kebetulan?
  • RM45 juta diarahkan oleh Mahkamah Singapura untuk dipulangkan ke Malaysia berkaitan kes SRC - 10/09/2018.
  • RM45 juta Malaysia terpaksa bayar kepada Singapura sebab tangguhkan projek HSR - 05/09/2018.


Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/09/menteri-belia-dan-sukaneka-syedsaddiq.html#reBq6QxmsDuBbgzi.99

Saturday, September 8, 2018

TERUK KERAJAAN TERENGGANU DIKEJI KERANA ISU SEBATAN TERHADAP LESBIAN (SCREENSHOT



























Panas!! Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan


Kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar minggu depan
iklan penaja : PUSAT JUALAN TONE EXCEL www.tonenilai3.com
Satu kerusi parlimen bakal dikosongkan minggu depan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi merealisasikan matlamat Penasihat PKR itu diangkat menjadi Perdana Menteri kelapan.
Perkara tersebut dinyatakan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam Ceramah Reformasi 2.0 yang diadakan di Tunjong, malam tadi.
Rafizi bagaimanapun tidak menjelaskan selanjutnya berhubung usaha itu sebaliknya meminta semua pihak bersabar untuk mengetahui kerusi mana yang dimaksudkan itu.
“Langkah pertama untuk menjadikan Anwar sebagai Presiden parti sudah selesai dan langkah kedua pula adalah untuk menjadikan Anwar sebagai ahli Parlimen.
“Saya nak beritahu, minggu depan akan ada satu kerusi parlimen dikosongkan untuk Anwar bertanding.
“Minggu depan Insya-ALLAH satu kerusi dikosongkan dan insya-ALLAH Anwar Ibrahim akan kembali ke Parlimen,” katanya.
Sehingga kini, hanya tiga kerusi sahaja iaitu Sungai Petani, Selayang dan Sungai Siput yang bersedia menawarkan diri memberi laluan bagi pengosongan kerusi parlimen tersebut.
Beliau berkata, pihaknya mempunyai dua kepentingan yang perlu diutamakan dalam agenda PKR iaitu menjadikan Anwar sebagai presiden parti dan ahli parlimen serta perdana menteri kelapan.
“Kami duduk berbincang dengan Anwar, datuk seri jangan ambil mudah. Ingat orang luar dan dalam akan bagi ruang. Tidak cukup jadi ketua umum,”katanya dipetik Sinar Harian.
mdl

'Kenapa KJ, kenapa jadi macam ni?' - Papa Gomo






Haider Yutim, Astro Awani |


WAN MUHAMMAD: Kenyataan KJ beberapa minggu ni agak pelik. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kecewa dengan ‘perubahan’ yang melanda Khairy Jamaluddin, Exco Pemuda UMNO Wan Muhammad Azri Wan Deris malam tadi telah membuat sesi Facebook Live bertajuk, ‘Why, KJ’ (Kenapa, KJ?).

Video berdurasi 52:06 minit itu memaparkan Wan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Papa Gomo mempersoalkan tindakan bekas Ketua Pemua UMNO itu yang dilihatnya telah menyimpang.

“Kenyataan KJ beberapa minggu ni agak pelik… tak tahu kenapa. Saya pun terfikir juga kenapa macam ni,” katanya dalam sesi tersebut.



Selain itu, Wan Muhammad turut mengingatkan Khairy supaya sedar dan kembali ke pangkal jalan.


–– ADVERTISEMENT ––



Terdahulu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau telah meminta, Wan Muhammad supaya diam sahaja dan tidak bercakap mengenai isu hukuman sebat.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menerusi akaun Twitternya semalam membalas kenyataan Wan Muhammad yang juga dibuat di Twitter berhubung isu berkenaan.

“Gomo, anda patut diam sahaja. Perkara seperti ini di luar jangkauan anda untuk memahaminya,” tulis Khairy.

BACA: Isu sebat: KJ 'sound' Papa Gomo suruh diam

BACA: Khairy bidas tindakan sebat di khalayak ramai
Isnin lalu, dua wanita itu telah dihukum sebat enam kali kerana cuba melakukan hubungan seks dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, pada 1.50 tengah hari 8 April lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Isu tersebut mendapat perhatian orang ramai serta menimbulkan perdebatan pelbagai pihak.