Wednesday, September 14, 2016

Siapa yang fir’aun sekarang?


Dalam mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Pekan, Najib telah mengistiharkan dia tidak takut kepada sesiapa kecuali Allah. Bergema tepukan perwakilan bila Najib sebut demikian. Gegak gempita, goga dewan UMNO Pekan. Macam halilintar membelah bumi.
Semua orang Islam pun berkata demikian seperti juga penganut2 agama lain. Mereka tidak takut kepada sesiapa melainkan Tuhan2 mereka.
Najib bukanlah pemimpin yang pertama menyebut demikian. Fir'aun tidak takut kepada sesiapa melainkan, akhirnya kepada Allah jua. Ketika mahu ditelan laut , Fir'aun mengakui hanya takut dan tunduk kepada Allah.
Tapi Allah berfirman bahawa sudah terlewat. Sebab bila ada kuasa, Fir'aun angkuh dan sombong. Dia menindas dan menzalimi rakyat nya. Hukuman nya ialah hukuman mutlak. Undang2 Fir'aun menindas rakyat.
Suatu ketika dahulu orang menyebut Mahathir sebagai orang zalim. sebutan keatas Dr Mahathir ialah maha Fir'aun.
Jelas disini, Fir'aun adalah lambang pemimpin yang zalim, menindas dan menzalimi rakyat.
Bukan gelaran Idi Amin, bukan papa doc Duvalier, bukan Pinochet atau Kim Il Jong. Atau Stalin dan lain2 lagi. Gelaran Fir'aun lebih tepat.
Zaman Najib kita ada POTA, POCA, SOSMA dan akta MKN. Akta hasutan masih terpakai. Tujuan Najib ialah menggunakan akta2 ini keatas sesiapa yang mengancam dan dianggap ancaman kepada kedudukan PM yang bersifat kefir'aunan itu.

Bajet 2017: Kerajaan jangan korban sektor pendidikan dan kesihatan



Dr Dzulkefly Ahmad Dr Dzulkefly AhmadKerajaan tidak boleh mengabaikan atau berkompromi terhadap sektor yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat dan generasi akan datang dalam penyediaan Bajet 2017 yang akan dibentang pada Oktober depan, kata Pengarah Strategi Amanah Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata, amat penting sektor seperti pendidikan, kesihatan dan kemudahan infrastruktur diberi keutamaan dalam pelaksanaan bajet tahun hadapan.
Kerajaan katanya juga, tidak boleh selesa dengan pengumuman tentang pendapatan isi rumah yang meningkat sebanyak RM1, 141 kepada RM6, 141 sebulan, kajian Keadaan Isi Rumah ll  sepertimana Laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI).
Kerajaan  tidak perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan RM3000 ke bawah meminjam tujuh kali nisbah pendapatan mereka untuk menyara keluarga mereka, mengikut kata penganalisis ekonomi Tan Sri Ramon Navaratnam, katanya.
Lebih penting adalah ketidakserataan (jurang) pendapatan dan kekayaan. Sebagai contoh, Dr Dzulkefly memetik kenyataan Pengarah Urusan KRI, Datuk Charon Mokhtar yang menekankan ketidakseimbangan di segi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan simpanan (Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Ternyata ketara ramai rakyat tidak menyimpan secukupnya untuk tempoh persaraan selama 20 tahun kerana terlalu banyak berhutang. Mereka ini terdedah kepada episod kejutan ekonomi (economic shocks) seperti krisis ekonomi dan kemelesetan.
Walaupun KRI mengiktiraf jangka hayat bertambah, namun kenaikan harga makanan khususnya, adalah lebih ketara dan membimbangkan berbanding inflasi secara menyeluruh mengikut Pengarah Urusannya.
Justeru Dr Zulkefly yang juga mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor itu mengesa peruntukan belanjawan 2017 itu mestilah memastikan keutamaan dan keseimbangan bagi menangani keperluan utama rakyat.
Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017.Kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan biasiswa dalam sektor pendidikan diharap tidak membuat pemotongan sama dalam Bajet 2017."Strategi perdana menteri adalah untuk mengalakkan rakyat berbelanja sebagai memacu pertumbuhan melalui perbelanjaan domestik dan isi rumah.
"Namun jangan korbankan masa depan rakyat dengan bebanan hutang. Lebih mustahak adalah untuk pastikan keutamaan rakyat dan kepentingan generasi akan datang seperti dalam bidang pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.
"Persoalan biasiswa terkorban kerana dana tidak cukup sementara projek mewah diteruskan. Peruntukan asas sekolah pun tidak diperuntukkan secukupnya sehingga ada menteri tuntut PIBG untuk peruntukan dana kegiatan sekolah," ujarnya kepada Malaysia Dateline ketika diminta pandangan mengenai cadangan penyediaan Bajet 2017 kepada kerajaan.
Perbelanjaan keterlaluan Kerajaan
Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu adalah keterlaluan disaat ketidak tentuan ekonomi global dan domestik.Terkini, ujarnya lagi, perbelanjaan kerajaan untuk 'refurbish' Tugu Peringatan kepada Taman Tugu, yang dikatakan kerajaan akan berbelanja sebanyak RM650juta adalah 'keterlaluan'.
"Sedangkan kerajaan sebelum ini sudah pun membuat pemotongan dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

Hanya satu cara bebaskan Anwar


Semakan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan terhadap keputusannya sendiri merupakan tugas yang besar tetapi bukan mustahil, kata peguam jenayah.
Datuk-N.-Sivananthan
KUALA LUMPUR: Satu-satunya cara Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh dibebaskan dari penjara ialah dengan dakwaan liwat terhadapnya dibatalkan panel baharu Mahkamah Persekutuan, menurut seorang peguam jenayah.
Bagaimanapun, Datuk N. Sivananthan berkata peguam bekas ketua pembangkang itu perlu terlebih dulu meyakinkan mahkamah yang sabitan terhadap dakwaan itu tahun lalu adalah tidak adil.
"Peguamnya perlu membuktikan keputusan itu tidak sah, berat sebelah atau prejudis," kata Sivananthan yang merupakan peguam di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Katanya, mahkamah hanya akan mengetepikan keputusan sebelum ini jika ia berpuas hati syarat ketat dipenuhi di bawah Peraturan 137 Peraturan-peraturan Mahkamah Persekutuan 1995.
Susulan itu, katanya mahkamah akan mendengar rayuan dan pada peringkat inilah peguam Anwar dapat memberikan hujah mereka berdasarkan fakta dan undang-undang.
Anwar memfailkan semakan kehakiman tahun lalu dan Mahkamah Persekutuan dijangka mendengarnya pada 12 Oktober.
"Beliau boleh dibebaskan hanya jika panel hakim baharu membenarkan rayuannya dan membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan," kata Sivananthan yang bagaimanapun berkata setahunya, perkara seumpama itu belum pernah berlaku dalam sesuatu kes jenayah.
"Ia tugas yang berat tetapi tidak ada apa-apa yang mustahil," katanya.
Semalam, peguam hak asasi dari Amerika Syarikat Kimberley Motley dilaporkan berkata Anwar tidak melakukan sebarang jenayah
Motley, yang mendakwa beliau dipilih mewakili Anwar tanpa apa-apa bayaran guaman, turut berkata akan bercakap di seluruh dunia tentang layanan yang diberikan terhadap Anwar di bawah sistem perundangan Malaysia.
Motley sebelum ini dilarang bertemu pemimpin PKR itu, yang kini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh selepas disabitkan bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Peguam, K. Ramu mengingatkan Motley yang Anwar didapati bersalah oleh mahkamah tertinggi di Malaysia dan ia bukan rayuan terhadap keputusan yang dijatuhkan mahkamah lebih rendah.
"Perjuangan terakhir Anwar ialah di dalam Mahkamah Persekutuan. Sia-sia membuat kenyataan dia tidak bersalah atau mahu melancarkan kempen antarabangsa," katanya kepada FMT.
Ramu berkata Motley bukan peguam berdaftar di Malaysia dan bukan juga sebahagian barisan peguam Anwar.

WSJ Dedah Rosmah Shopping Sakan US$6 Juta


WSJ dakwa Rosmah belanja AS$6 juta beli baju, kasut, barang kemas

Akhbar Wall Street Journal (WSJ) mendakwa isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor membelanjakan AS$ 6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas.

Menurut laporan itu, perbelanjaan dibuat antara 2008 dan 2015 dan adalah berdasar kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ.

"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya.


"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu.

Lapor WSJ, perbelanjaan dibuat di gedung membeli-belah Harrods di London, Saks Fifth Avenue di New York dan di beberapa tempat lain.

Menurut akhbar itu, perbelanjaan terbaru AS$ 6 juta itu termasuk perbelanjaan AS$ 1 juta oleh Rosmah yang dilaporkan sebelum ini.

Pada Mac lalu, WSJ melaporkan Rosmah membelanjakan € 750,000 di gedung barangan kemas De Grisogono milik Swiss di cawangan Itali dan AS$ 130,635 di Chanel di Honolulu, Hawaii.

Dalam laporan itu, WSJ mendakwa perbelanjaan berkenaan juga dicaj kepada kad kredit suami Rosmah, Najib.

Ia mendakwa kad kredit itu berkaitan dengan dana 1MDB.

SPRM perlu siasat

Laporan terbaru itu juga memaparkan biografi Rosmah mengenai sumber dananya untuk membeli-belah.

"Saya membeli barangan kemas dan pakaian dengan wang sendiri. Apa yang salah?" petik Rosmah dalam biografi itu.

Menurut WSJ, Najib tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasannya.

Malaysiakini telah menghubungi pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor bagi mendapatkan ulasannya mengenai laporan itu dan sedang menunggu jawapannya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil berkata Rosmah perlu tampil membersihkan namanya - sama ada dengan menyaman WSJ, atau melalui siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata ketua pesuruhjaya SPRM yang baru, Datuk Dzulkifli Ahmad mesti menunaikan ikrarnya untuk menyiasat setiap kes rasuah secara amanah, tegas dan adil.

"Wang 1MDB adalah harta rakyat dan SPRM hendaklah menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara mengatasi kepentingan mana-mana individu yang berkuasa.

"Peguam Negara perlu mengarahkan skandal 1MDB ini disiasat semula secara bebas dan menyeluruh," katanya dalam satu kenyataan hari ini. -mk

VIDEO BERKAITAN

Muktamad. Utusan Diperintah Bayar RM250K Kepada Nizar


Selepas TV3, Nizar bakal terima RM200,000 lagi dari Utusan

Genap 2 bulan selepas berjaya menerima ganti rugi RM200,000 dari TV3,Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Utusan Malaysia menangguhkan pembayaran ganti rugi RM250,000 kepada bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang menyaman akhbar itu pada 2012.

Mahkamah dipengerusikan Tan Sri Richard Malanjum menolak permohonan itu tanpa mengarahkan peguam Nizar, Asmuni Awi dan Mohd Fitri Asmuni menjawab persoalan perundangan peguam Utusan Melayu (M) Berhad, Mohd Hafarizam Harun.


Pada Disember 2013, Mahkamah Rayuan memerintahkan ganti rugi RM250,000 dibayar kepada Nizar selepas menolak permohonan Utusan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati laporannya berbaur fitnah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaharah Ibrahim berkata hujah Utusan yang laporan itu merupakan komen adil dan hak kewartawanan tidak boleh diterima.

Nizar memfailkan saman fitnah berjumlah RM100 juta terhadap Utusan dan TV3 atas laporan berunsur fitnah memetik komen di Twitter berhubung pembelian nombor plat kenderaan "WWW 1" yang dibida pada harga RM520,000 dan dianugerahkan kepada Sultan Johor.

Bekas pemimpin PAS yang kini menganggotai Amanah mendakwa laporan kedua-dua media yang dikaitkan dengan Umno itu antara lain membawa maksud beliau seorang penderhaka kepada sultan, anti-sultan dan seorang ahli politik yang cuba menghasut rakyat membenci Sultan Johor.

Nizar dalam komen Twitter pada 28 Mei, 2012 berkata jumlah RM520,000 boleh digunakan membina 20 buah rumah untuk rakyat miskin. -FMT

ULASAN GB

Tahniah Datuk Seri Nizar.

Sebelum ini DS Nizar memperolehi ganti rugi RM200,000 dari TV3, kini RM250,000 dari Utusan, dah hampir 1/2 juta.

"Fitnah" tetap tidak mempunyai kekuatan - orang yang memfitnah akan terus berdosa dan orang yang diftnah akan sentiasa mendapat pahala selagi ada yang menyebar dan mempercayai fitnah itu.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat nanti seorang akan terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: "Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya? Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat (memfitnah) engkau tanpa engkau ketahui."

Serangan WSJ Terhadap Rosmah Seperti Serangan Terhadap Kedaulatan Negara?



Ini kenyataan paling 'Kurang Cerdik' yang aku jumpa setakat ini.. boleh pulak Bendahari Agung MIC ni sifatkan dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) mengenai Rosmah sebagai serangan terhadap kedaulatan Malaysia.

Kalau ikut kenyataan dia tu, maka Malaysia seharusnya menggerakkan seluruh angkatan tentera kita untuk mempertahankan Rosmah dari serangan itu..

Tapi.. soalnya apa kena mengena Rosmah dengan kedaulatan negara?.. nak kata dia keturunan Raja-raja.. bukan.. sebab dia hanya isteri seorang Perdana Menteri.

Apa itu kedaulatan?.. Kedaulatan ialah hak eksklusif untuk menguasai sepenuhnya sesebuah kawasan pentadbiran, rakyat, atau diri sendiri.

Seseorang yang berdaulat contohnya ialah Raja ialah pihak penggubalan undang-undang yang agung, dan tidak menurut perintah sesiapa yang lain.

Itu makna kedaulatan..

Datuk Seri S Vell Paari menyamakan dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ) mengenai isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagai serangan terhadap kedaulatan Malaysia. 
Bendahari Agung MIC itu berpendapat dakwaan WSJ ke atas Rosmah adalah satu bentuk serangan pengganas ke atas Malaysia bertujuan memusnahkan negara dari segi politik dan ekonomi. 
"Saya tertanya-tanya berapa banyak WSJ dibayar untuk menyerang negara ini. Dalam anggaran kasar, WSJ dibayar sekurang-kurangnya AS$20 hingga 30 juta untuk menyerang Malaysia dan membawa ekonomi ke bawah ke ambang keruntuhan. 
"Mereka yang membayar ini pastinya tidak lain daripada jutawan kroni yang menikmati peluang daripada perdana menteri sebelum ini yang kini hilang layanan istimewa daripada perdana menteri sekarang," kata beliau dalam kenyataan. 
Dua hari yang lalu, WSJ mendakwa Rosmah membelanjakan AS$6 juta membeli pakaian, kasut dan barangan kemas antara tahun 2008 dan 2015 berdasarkan kepada dokumen-dokumen baru yang diteliti oleh WSJ. 
"Dokumen-dokumen baru mendedahkan (Rosmah) membelanjakan sekurang-kurangnya AS$ 6 juta melalui caj kad kredit pada tahun-tahun kebelakangan ini - walaupun tidak mempunyai sumber pendapatan kecuali gaji suaminya. 
"Beliau adalah satu-satunya anak guru sekolah, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan suaminya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, adalah seorang birokrat dengan gaji tahunan sebanyak AS$ 100,000," kata laporan itu. 
Laporan penuh silalah baca di SINI

Selain dari membodek kenapa tidak Bendahari Agung MIC ini meminta Rosmah atau Najib untuk saman WSJ untuk membuktikan apa yang disiar WSJ itu adalah fitnah?

Thursday, September 8, 2016

Siapa Malaysian Official 1



Adalah menarik pengakuan yang dibuat oleh menteri Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa 'Malaysian Official 1' (MO1) yang disebut dalam tuntutan mahkamah oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, jelas adalah Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Sekarang, apa kata DOJ tentang MO1, iaitu Najib, perdana menteri Malaysia.

Pada halaman 13 perenggan 39 laporan itu berkata, "Setelah ditubuhkan, MO1 iaitu Najib mengambil alih kedudukan kuasa dalam 1MDB. MO1 (Najib) mempunyai kuasa untuk meluluskan semua pelantikan, dan penyingkiran, lembaga pengarah 1MDB pengarah dan pengurusan kanan 1MDB.

Di samping itu, sebarang komitmen kewangan 1MDB, termasuk pelaburan, yang berkemungkinan menjejaskan jaminan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia untuk manfaat 1MDB atau mana-mana dasar kerajaan Malaysia memerlukan kelulusan MO1 iaitu Najib."

Halaman 17 perenggan 50. "Satu mesyuarat khas lembaga pengarah 1MDB telah diadakan pada 26 September, 2009. Low (bukan ahli lembaga) turut menghadiri mesyuarat ini."

Halaman 11 perenggan 29. "Aziz mempunyai pertalian kekeluargaan dengan MO1 (Najib) dan rakan Low."

Halaman 55 perenggan 178. "Sebaik dana telah dipindahkan dari Aabar-BVI kepada Blackstone, ia digunakan untuk membuat pembayaran kepada Qubaisi dan Husseiny, yang berkhidmat sebagai pegawai untuk kedua-dua Aabar dan Aabar-BVI kepada MO1 (Najib) dan kepada 1MDB Officer 3. "

Halaman 59 perenggan 192. "Akaun perunding MB menerima satu lagi pemindahan $1,500,000 dari akaun Blackstone pada atau sekitar 22 Januari 2013.

"Blackstone memindahkan sekurang-kurangnya $30 juta kepada akaun milik MO1 (Najib)."

Halaman 59 perenggan 193. "Blackstone juga memindahkan sekurang-kurangnya $ 30,000,000 kepada akaun milik MO1 (Najib) tidak lama selepas menerima dana daripada Aabar-BVI."

Halaman 59 perenggan 194. "Pada atau sekitar 30 Oktober 2012 - kira-kira tujuh hari selepas Blackstone menerima $ 75,000,000 secara langsung dari Aabar-BVI dan kira-kira enam hari selepas ia menerima $ 360,000,000 secara tidak langsung daripada Aabar-BVI melalui Enterprise dan Cistenique - Blackstone memindahkan $5,000,000 ke dalam akaun Ambank di Malaysia yang dipegang atas nama 'AmPrivate Banking MR'."

Halaman 59 perenggan 195. "Akaun bank 'AmPrivate Banking MR' milik MO1 (Najib) dan adalah akaun sama yang menerima $20,000,000 dari pengasas bersama, Petrosaudi pada tahun 2011, dalam masa beberapa hari penerimaan dana daripada pengasas bersama Petrosaudi daripada Good Star, seperti dinyatakan dalam Seksyen II.G."

Monday, September 5, 2016

[VIDEO & GAMBAR] Mahathir - Anwar Bersalaman Selepas 18 Tahun





Mahathir-Anwar bersalaman semula lepas 18 tahun

Jarang-jarang berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan terhadap permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2016.

Bekas perdana menteri pernah memecat Anwar pada 1998, ketika itu timbalannya, diiringi oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Langkah itu dilihat sebagai sokongan moral terhadap Anwar kerana kedua-dua pemimpin itu kini senada menentang akta itu dan menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.


Anwar, yang juga bekas ketua pembangkang, memohon pengisytiharan bahawa Akta MKN bertentangan dengan perlembagaan.

Mahathir setakat ini enggan mengulas kehadirannya di mahkamah itu hari ini.

Mereka malah bertegur sapa dan bersalaman dalam mahkamah ketika tiada sidang, sambil diperhatikan oleh anggota polis dan hadirin yang hadir.

Tangan kiri Anwar juga kelihatan menggenggam tangan kiri Mahathir. Sementara Mahathir pula kelihatan menepuk bahu Anwar.

Kedua-dua mereka tiba di mahkamah hampir jam 3 petang ini.

Pertemuan hari ini dipercayai yang pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.

Mahathir memecat Anwar pada September 1998 atas dakwaan penglibatan dalam kes liwat, yang kemudian membawa kepada kes mahkamah.

Ia menyebabkan perpecahan besar Umno yang membawa kepada gerakan reformasi dan penubuhan Parti Keadilan Nasional (kemudian bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia, membentuk Parti Keadilan Rakyat atau PKR).

Selepas Anwar dimasukkan dalam penjara selepas disabitkan kes Liwat II, Mahathir memainkan peranan penting sebagai pengkritik utama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mahathir, kini penasihat serpihan Umno Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), malah mengimpikan pembentukan sebuah gabungan pembangkang besar.



Saya datang untuk sokong Anwar kes saman akta MKN, kata Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau datang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini untuk memberikan sokongan kepada tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencabar kesahihan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari segi perlembagaan.

"Saya datang bagi sokongan moral kepada beliau karana lawan akta ini. Sebagaimana saya tulis dalam blog saya, saya juga menentang akta ini," kata Tun Dr Mahathir kepada media selepas bertemu Anwar di mankamah.

Tun Mahathir berjumpa dengan Anwar di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini dan bersalam erat antara satu sama lain.

Ketika bercakap kepada media selepas itu, Mahathir tidak menjawab persoalan wartawan apakah perseteruan antara beliau dengan Anwar sudah selesai.

"Saya tak tahu tentang kerjasama, tetapi saya bercakap dengan dia," kata Mahathir.

Dr Mahathir juga berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas apakah beliau menyokong Anwar sebagai bakal perdana menteri.

Perseteruan selama 18 tahun antara Mahathir dengan Anwar hari ini disifatkan sebagai selesai apabila kedua-duanya bersalam erat di mahkamah hari ini.

Ia berlaku di depan penyokong kedua-dua belah pihak termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dan Datuk Kamarudin Jaffar, bekas setiausaha agung Pas dan juga bekas setiausaha agung Abim ketika Anwar adalah pemimpinnya.

"Hari ini negara mencatatkan satu kejutan baru yang ditunggu oleh rakyat selama 18 tahun.

"Ia bukan satu keinsafahan tetapi satu tindakan politik yang bijak dari Tun Dr Mahathir dan Anwar juga bijak menerima kedatangan Tun Mahathir itu yang mengorbankan segala emosi dan segalanya," kata penganalisis politik, Mohd Sayuti Omar.

Bagi beliau, apa yang dibuat oleh bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebelum ini dan diikuti dengan pertemuan antara Mahathir dengan Anwar ini, "Ia satu permulaan politik baru untuk negara." -MD















ULASAN GB

GB ingin memetik kata-kata Zainuddin Maidin dan Ibrahim Ali tatkala mengulas kejutan terbaharu Mahathir-Anwar seperti yang dilaporkan oleh FreeMlaysiaToday hari ini:

“Saya ingat Dr Mahathir sudah memikirkan masalah RM2.6 bilion dan masalah menyekat demokrasi adalah lebih besar daripada masalah moral Anwar.

“Kini Umno tidak menghormati rakyat dengan mengambil kuasa raja. Umno sendiri sudah sampai ke peringkat yang kuasa raja diambil untuk mempertahankan individu,” katanya.

Malah katanya, tindakan Dr Mahathir ini menghidupkan harapan baru buat rakyat walaupun masih terlalu awal untuk membuat ramalan.

“Tindakan Dr Mahathir menghidupkan harapan rakyat yang baru muncul. Soal Anwar untuk kembali menjadi perdana menteri sudah tidak nampak sebagai mustahil lagi,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pula melihat tindakan bekas perdana menteri yang berkhidmat selama 22 tahun itu dituntut dalam Islam.

“Memupuk dan menjalinkan silaturahim ialah ajaran Islam, selebihnya Allah saja yang tahu dalam hati masing-masing.

“Isu undang-undang MKN amat serius pada Dr Mahathir. Mungkin ini mendorongnya datang memberi sokongan kepada Anwar di mahkamah,” katanya.

Wednesday, August 31, 2016

Media antarabangsa sahkan Malaysian Official 1 adalah Najib.


LAPORAN media antarabangsa Reuters yang sebelum ini mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya telah lama menghentikan spekulasi dan pelbagai teka-teki tentang nama itu.

Dalam laporannya, media itu mendakwa, sumber yang berkaitan dengan siasatan kecurian berbilion dana 1MDB mengesahkan bahawa 'Malaysian Official 1' adalah Najib. 

Sila rujuk keratan laporan tersebut di bawah (tulisan berwarna biru) atau rujuk link ini untuk membaca laporan penuh — Reuters


Reuters, satu nama besar dan berpengaruh dalam media antarabangsa juga sering kali menjadi sumber berita utama dan rujukan media-media tempatan. 

Jika laporan Reuters ini tidak benar, kita semua tahu bahawa Najib mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap media berpengaruh ini.

Laporan ini bukan sahaja membusukkan nama Najib dan keluarganya secara individu, malah telah memburukkan nama Malaysia secara keseluruhannya. 

Malaysia dan rakyatnya dipandang serong di mata dunia kerana memiliki Perdana Menteri pencuri akibat laporan berita ini.

Jika Najib ada maruah, dan mahu menjaga nama baik Malaysia, tindakan terdekat paling mudah dilakukan ialah S. A. M. A. N.

"Jika tak boleh saman hari Selasa, samanlah hari Rabu, Khamis atau hari-hari lain..."


Read more: http://milosuam.blogspot.com/2016/09/media-antarabangsa-sahkan-malaysian.html#ixzz4IxibRLuV