Tuesday, June 3, 2014

UMNO KEDAH : DI GODAM ???, YER KER NIEE ????

Akibat Takut Disaman Ibu Dyana, MP Langkawi Dakwa Akaun FB Diceroboh



ALOR SETAR - Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad mendakwa akaun Facebook (FB) miliknya diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab sekali gus memuat naik status yang dikatakan berbaur fitnah terhadap ibu calon DAP PRK Teluk Intan, Yammy Abd Samat, 59.

Nawawi ketika dihubungi berkata, sepanjang minggu lalu beliau berada di China dan tidak mengakses akaun Facebook kerana ia disekat di negara itu.

“Sepanjang 26 Mei hingga 2 Jun saya berada di China, jadi sepanjang tempoh itu juga saya tak buka Facebook. Bila balik semalam (kelmarin)... saya terkejut jugalah sebab gambar profil Facebook saya pun ditukar.

“Sebelum ini saya hanya letak gambar sendiri sebagai gambar profil, tiba-tiba ditukar dengan gambar kerbau.

“Saya tak pasti ini kerja siapa... sebelum itu saya sudah tukar password dan tiada siapa pun tahu password Facebook saya,” katanya.

Dalam pada itu ditanya mengenai tindakan undang-undang yang akan diambil oleh Yammy, beliau enggan memberi sebarang komen kerana akan berbincang perkara itu dengan peguam terlebih dahulu.

Bagaimanapun katanya, nama individu yang tercatat pada status Facebooknya itu dengan nama Yammy adalah dua individu berbeza.

“Nama yang ditulis pada Facebook saya itu Yammy Samat, manakala nama ibu Dyana Yammy Abd Samat,” katanya yang mengikuti rombongan Perdana Menteri ke China baru-baru ini.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, Yammy bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang memfitnahnya.

Beliau menyuarakan hasrat itu selepas tersebar  pelbagai maklumat di laman sosial berhubung kontrak, aset dan kekayaan yang didakwa dimilikinya.

Sudah-sudah lah mat nawi.. Toksah dok auta sangat la.. Takut la tu.. Ni kat bawah ni apa? Bukan ka fitnah yang hang lemparkan kepada ibu Dyana ka??







Aku saja letak link fb MP Langkawi nih, dia ingat dia cerdik dengan memadam status fitnah tersebut boleh selamat. Orang dah copy belambaklah status fitnah kau tu. Masuk mahkamah pun boleh pakailah. - tikaqbuluh

MENTERI UMNO : SAH, ADA ANTARA KAMI BAKAL DITENDANG ...

Tiga Menteri dari UMNO akan digugurkan dari kabinet Najib?


Rombakan Kabinet yang dinanti-nantikan, akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, dijangka akan melihat dua menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini.

Sumber Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet.

Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet.

Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan timbalan menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu.

Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri.

Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu. 

Menteri-menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet.

"Ia amat sukar untuk meramalkan PM. Beliau begitu membisu tetapi beliau mungkin ada untuk bertindak balas terhadap rasa tidak puas hati di kalangan ahli Umno mengenai beberapa menteri ini," kata sumber itu.

Najib tidak mungkin akan mengembangkan lagi jumlah kerusi Kabinet untuk menampung permintaan bagi jawatan-jawatan itu.

Kabinet sekarang ini sudah mencukupi dengan 32 menteri dan 26 timbalan menteri.

Sementara itu, media akan memantau rapi apabila Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan Baginda sebelum beliau meneruskan dengan rombakan Kabinet.

Sumber Putrajaya percaya bahawa rombakan itu akan dibuat pada bulan ini untuk memberi masa kepada menteri-menteri baharu masa untuk mempelajari dan memahami tugasnya, yang biasanya selama enam bulan sebagai tempoh dijadikan penanda aras.

"Pada masa mereka memahami perkara dan perjalanan kementerian, ia sudah akan menjelang akhir tahun ini.

"Adalah lebih baik pelantikan dibuat tidak lama lagi supaya Kabinet boleh diwakili kaum Cina dan semua orang boleh bergerak ke hadapan," kata seorang pemerhati.

Beberapa menteri berkata, di sebalik spekulasi satu rombakan akan berlaku, Perdana Menteri tidak bercakap mengenainya semasa mesyuarat mingguan diadakan.

"Kami juga ingin tahu sama ada kita akan berada di dalam kementerian kami atau sekiranya kami akan diberikan portfolio baharu atau digugurkan," kata seorang menteri yang tidak mahu dikenali lapor mStar

JAKIM : ITU BUKAN "MIRING", TAPI "MERENG" ...

JAKIM Mana?.. Tak nak tegur ke apa yang Najib buat ni?


Gambar di atas ialah gambar Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mencuba alat sumpit di rumah panjang masyarakat Kayan di Long Silat, Bekenu, Sarawak.. pandangan dari pihak JAKIM tidak diperlukan dalam hal ini..

Begitu juga dengan gambar di bawah ini dimana Perdana Menteri telah diberi penghormatan dengan menaiki perahu di rumah panjang masyarakat Kayan.


Walaupun nampak macam kerja gila sebab naik perahu atas darat, atas nama menghargai penghormatan yang diberikan kepadanya itu, Najib perlu meraikannya..

Oleh itu sekali lagi pandangan dari pihak JAKIM tidak diperlukan dalam hal ini..

Cuma pandangan JAKIM dan juga Menteri Agama amat perlu dalam perkara yang terpapar dalam gambar di bawah ini..

Dimana Perdana Menteri Datuk diberi penghormatan memulakan adat miring ketika melawat rumah panjang Sg Ukong, Lambir sempena perayaan Hari Gawai baru-baru ini..


Apa yang dilakukan oleh Najib iaitu turut serta dalam amalan Miring yang diamalkan oleh Masyarakat Iban dalam pandangan Islam adalah haram kerana ianya amalan keagamaan dan berunsur syirik menurut portal e-Fatwa di SINI

Menurut laman web e-fatwa hukum tentang Miring ini diperlukan kerana ianya telah menjadi acara sambutan oleh masyarakat Iban bila tetamu melawat ke tempat mereka.

Kadang-kadang acara ini melibat tetamu Islam sama ada mereka dijemput melakukan Miring atau berada dalam majlis tersebut.

Setelah mengkaji secara mendalam dan membincangkan secara terperinci amalan tersebut, maka ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sarawak dengan sebulat suara berpendapat ianya adalah haram dan berunsur syirik..


Dalam hal ini adalah tidak wajar kita meletakkan kesalahan tersebut diatas bahu Najib sepenuhnya kerana walaupun beliau adalah seorang Perdana Menteri, beliau juga manusia yang tak lepas dari melakukan kesilapan.

Yang sepatutnya dipersalahkan dalam hal ini ialah individu yang dilantik untuk menasihati Najib berkenaan isu-isu yang melibatkan agama Islam..

Kemana dia agaknya?.. Makan gaji buta saja ke atau masih sibuk mempertahankan Cadbury lagi?

JAKIM mana?.. sibuk dengan isu cadbury jugak ke?

CADBABI : KENAPA SAMPAI BEGINI ???

Orang Islam Wajib hindari Cadbury dan Jangan Terpengaruh Dengan JAKIM


JAKIM sudah menghalalkan coklat cadbury yang didakwanya tiada mengandungi DNA babi. Sebagai umat islam saya rasa terpanggil untuk menyeru seluruh orang Islam (kecuali orang melayu) agar menjauhi cadbury.

Cadbury yang didakwa halal adalah cadbury yang sebelum ini disahkan mengandugi babi.  Berdasarkan maklumat dari sozcyili seperti di bawah...

1. Babi dikesan pada 27 feb 2014

2. Sehingga 22 mei ia didiamkan tanpa apa2 perkhabaran dari JAKIM dan KKM.

3. Sehinggalah ia leak di public barulah terhegeh2 KKM dan JAKIM bertindak.

Sebelum itu. Dari 27 feb sampailah ke 22 mei. Apa yang dorang semua buat? Siapa tahu jawapannya? Aku pun tatau.
Berdasarkan maklumat itu seolah-olah JAKIM cuba menyembunyikan kewujudan DNA babi sejak awal lagi. JAKIM tidak pernah membuat sebarang kenyataan tentang kewujudan DNA babi tersebut kepada umum sehingga maklumat itu dibocorkan.


Seorang individu yang tidak dikenali mendedahkan bahawa Jakim akan mengubah maklumat siasatan asal untuk memastikan Cadbury tidak terjejas. Berita ini telahpun saya siarkan kepada umum pada 31. 5.2014


Berdasarkan sikap awal JAKIM terhadap isu ini, ternyata mereka gagal menyempurnakan tanggungjawab terhadap umat islam. Sepatutnya mereka mendedahkan perkara itu sebaik sahaja keputusan ujian diperoleh.

Kini JAKIM mengisytiharkan bahawa cadbury tiada DNA babi. Bolehkah kita mempercayai JAKIM??? setelah apa yang mereka lakukan sebelum ini?

Rasanya tidak boleh... Langsung tidak boleh. 

Kita kena ingat bahawa negara ini bernama Malaysia atau negara melayu. Demi melayu mereka sanggup buat apa sahaja. 

Oleh itu kita biarkan sahajalah orang melayu yang makan coklat cadbury itu. Orang Islam jangan makan. Banyak lagi coklat yang boleh kita makan.



ADAKAH ANDA FIKIR KKM BERBOHONG?
SILA BACA

Monday, June 2, 2014

MENTERI AGAMA UMNO : KES NEH MEMANG PELIK ...


saya setuju dengan keputusan menteri di jabatan perdana menteri bahawa tiada DNA babi pada coklat yang di keluarkan Cabdury.

Mengapa? kerana simpelnya dibekal oleh syarikat tersebut. Simpel yang dibekalkan pasti tiada DNA babi, tetapi yang ada dalam pasaran yang mana telah disah oleh makmal kementerian kesihatan itu harus diberi perhatian.lebih lebih lagi makmal tersebut tiada kepentingan.

Mungkin simpel diambil dikedai bukan yang diberi atau dibekalkan.Mustahil makmal kementerian kesihatan buat keputusan salah tiada DNA babi kata ada DNA babi.

Bagaimana makmal jabatan kamia dan JAKIM tidak dapat mengesannya. Sudah pasti simpel tersebut dibekal oleh syarikat tersebut.Jika simple dibeli dikedai pasti keputusan sama satu sama lain.

Seperkara lagi keputusan makmal tidak pernah berbohong, kecuali manusia yang punya kepentingan peribadi mendahului kepentingan rakyat jelata.

Kalau tidak, mengapa keputusan yang dibuat oleh makmal kamia Malaysia bercanggah dengan keputusan makmal kementerian kesihatan Malaysia.

Hal ini kena rujuk CAP Pulau Pinang.kerana ianya ada pengalaman berkaitan dengan "simpel yang di bekal oleh syarikat pengeluaran barangan dan simple yang dibeli di kedai.

Cap pernah buat uji kaji dalam kes ini ( penulis diberi beritahu sepanjang mengikuti kursus selama dua minggu) bahawa simple yang dibekalkan memang tiada DNA Babi untuk tujuan mendapat sijil halal.Manakala simple yang dibeli dikedai ada DNA babi dari produk yang sama.

Setelah lulus dan dapat sijil halal lain jadinya sepertiman yang dilakukan CAP bahawa banyak barang makanan di Malaysia yang dikeluarkan orang bukan Islam yang bertanda halal dan  ada dipasaran ada mengandungi DNA Babi. 

Boleh baca buku terbitan CAP bersama senarai yang mana halal dan yang mana haram.

Penulis tidak tahu mengapa pihak kerajaan menerusi menteri di Jabatan perdana begitu terburu buru mengumumkan keputusan yang di buat oleh makmal kamia Malaysia.

Septutnya sahkanlah dahulu simple tersebut. Jika simple itu diambil dalam kedai kita boleh setuju, tetapi jika simple itu dibekalkan pasti meragukan, kerana hal ini suatu yang reality sepertimana dinyatakan oleh CAP menerusi buku senarai barangan halal haram terbitannya.

Sunday, June 1, 2014

GERAKAN : KITA YANG MENANG, APESAL DIORANG PLAK YANG MENINGKAT ???

UMNO Tertekan - Sokongan Melayu Untuk DAP Di Teluk Intan Meningkat 28%

 
Sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Kecil Teluk Intan meningkat 3 peratus daripada 25 peratus kepada 28 peratus disebalik isu perkauman yang ditimbulkan Barisan Nasional (BN).

Walaupun DAP gagal untuk mempertahankan kerusi itu, parti itu mendapat sedikit suntikan motivasi daripada pencapaian itu dalam mempertingkatkan sokongan Melayu yang berguna dalam PRU-14 kelak.


Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming berkata, enam pusat pengundian majoriti Melayu, DAP mengalami kenaikan kecil dalam menyokong keseluruhan yang terdiri daripada 0.7 peratus kepada 3.4 peratus.


“Ia suatu tanda yang menggalakkan memandangkan kami tidak menjangkakan sokongan Melayu meningkat,” kata beliau dalam kenyataan medianya.

Kian Ming berkata beliau yakin lebih banyak kaum muda Melayu akan melihat DAP sebagai ruang untuk aktivisme politik dan lebih ramai belia akan menyokong Pakatan Rakyat dengan alasan gagasm ini bergerak jauh daripada politik berasaskan kaum.

“Kami melihat kelibat ini dalam kempen Dyana di Teluk Intan. Jumlah kegembiraan dan suasana baik yang beliau hasilkan di peringkat kebangsaan terutama di kalangan anak muda Melayu ialah, berani saya katakan, tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Oleh kerana pencalonan Dyana Sofya, pelajar UiTM yang bercakap tentang DAP tidak semestinya dalam nada yang negatif lagi!” katanya.

Katanya, di peringkat tempatan, Dyana mendapat sambutan menggalakkan daripada kanak-kanak dan juga anak-anak muda ke mana saja dia pergi.

“Walaupun kebanyakan daripada mereka bukan pengundi, mereka akan pengundi pada masa akan datang dan pemimpin muda seperti Dyana mempunyai kedudukan yang lebih baik untuk memenangi mereka akhirnya,” katanya.

SUA UMNO : WEH PERKASA! KAU APEHAL ???

BN menang di Teluk Intan hanya kerana 'nasib baik' kata Perkasa


Perkasa mengatakan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanyalah bernasib baik kerana peratusan keluar mengundi yang rendah. 

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali turut berkata, calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seharusnya lebih banyak "memaki hamun" Perkasa untuk menang di kerusi tersebut.

"Kemenangan BN lebih bernasib baik kerana masyarakat Teluk Intan belum boleh terima calon muda yang jelas masih mentah dalam politik dan belum cukup matang untuk perjuangkan nasib rakyat.

"Apa pun, jika jumlah keluar mengundi lebih tinggi, pasti DAP menang. Jelas penyokong DAP terlalu yakin akan menang jadi ramai berfikiran begitu, akhirnya mereka tidak keluar mengundi," kata Syed Hasan.

Beliau turut berkata, Dyana Sofya dan ibunya, Yammy Samat seharusnya membuktikan mereka berada sangat jauh daripada Perkasa dengan membakar bendera pertubuhan tersebut untuk memenangi sebarang pilihan raya sekiranya kembali dicalonkan.

"Dyana Sofya masih boleh ke hadapan dan berjaya atas tiket DAP masa hadapan. Dia perlu lebih kuat maki hamun Perkasa. Kena lebih kuat pertikai hak Melayu dan kena sebut semua rakyat negara ini kena terima kesamarataan dengan lebih tegas, perlu bersuara tegas peruntukan pembangunan Islam dengan agama-agama lain mesti sama banyak, tidak boleh hanya tumpu Islam sahaja.

"Dyana Sofya terlupa perjuangkan golongan LGBT masa kempen tempoh hari. Lain kali kalau ada peluang bertanding lagi dia perlu mengajak pejuang-pejuang LGBT bersama dalam kempen. Jika semua di atas dilakukan, Dyana Sofya boleh lebih tegas pasti akan menang dengan mudah, bukan Islam dan bukan Melayu akan sokong 100%," kata Syed Hasan merujuk kepada golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

PRK Teluk Intan hujung minggu lalu menyaksikan penurunan jumlah pengundi yang keluar mengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan 66.5% keluar mengundi daripada 60,438 pengundi berdaftar apabila tamat tempoh mengundi. Ketika pengundian awal pada 27 Mei, 95.61% atau 392 daripada 410 pengundi keluar mengundi.

Mah berjaya memperoleh 20,157 undi menewaskan Dyana Sofya yang hanya meraih 19,919 undi. Kemenangan Mah menyaksikan Pakatan Rakyat (PR) kehilangan satu kerusi Parlimen, menjadikan BN memiliki 134 kerusi Parlimen dengan PR memiliki 88 kerusi Parlimen.

Kerusi Parlimen Teluk Intan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dimenangi calon DAP, Seah Leong Peng.

Kerusi itu bagaimanapun kembali kosong apabila beliau meninggal dunia akibat kanser. Mah, 53, yang juga anak jati Teluk Intan pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004, namun tewas pada 2008.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN sebelum ini berkata, BN bersedia melantik Mah menganggotai Kabinet sekiranya beliau memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan beliau ke China, Khamis lalu.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan untuk menganggotai Kabinet.

Syed Hasan juga berkata, Perkasa ingin memberikan peringatan kepada Mah yang menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi di Teluk Intan untuk tidak meminggirkan komuniti Melayu dan India yang turut membantu kemenangan beliau.

"Gerakan masih terus bergantung kepada undi Melayu dan kaum India, maka apabila menjadi menteri nanti jangan lupa ada orang Melayu dan kaum India di Teluk Intan," katanya lapor The Malaysian Insider 

MH 370 RETURN : MACAM MANA NAK JUMPA KALAU DISEMBUNYI ???

HOT!! Penumpang MH370 Akan Dibebaskan Sebelum Ramadan Ini..?

Ini ada berita terbaru dan amat memeranjatkan kita tentang pesawat MH370:


Baru tadi penyiasat melaporkan bahawa terdapat kemungkinan besar kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 akan dibebaskan sebelum kedatangan Ramadhan ini jika negara x berjaya memujuk negara China dlm beberapa isu yang menyentuh negara Amerika dan dunia. Setakat laporan ini ditulis terdapat media-media alternatif luar negara sudah mula memaparkan keadaan sebenar kesemua penumpang yg berada di dlm pesawat MH370 yg dikatakan masih hidup. Malah terdapat satu laporan jelas yg sumbernya dirahsiakan oleh penyiasat bahawa terdapat satu laporan komunikasi antara Kapten Zaharie dgn wakil negara ???? bagi mengesahkan mereka masih hidup sebelum sebarang perjanjian " sulit " dipersetujui. Sambungan cerita MH370 ini anda semua boleh baca di bawah wall ini.



Terdapat laporan yg banyak telah berlaku sekarang ini di negara China oleh waris-waris penumpang MH370 agar berita yang mengatakan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 masih hidup yg mana mereka mendesak agar kerajaan mereka (CHINA) tunduk dan akur dgr syarat yg dibuat oleh Amerika susulan maklumat bocor di alam maya tentang telah berlaku " Hijacked " ke atas pesawat MH370 pada pagi kejadian agar keluarga mereka selamat...

Maklmuat tambahan yg tercicir ialah pada waktu pesawat MH370 hilang dari radar, Amerika laknatullah telah menghantar pesawat AWAC untuk memintas pesawat MH370 dan menerbangkannya dgn alat kawalan jauh ke Maldivies utk mengisi minyak dan seterusnya selamat mendarat di Diego Garcia sebuah pangkalan ketenteraan Amerika lakknatullah !!!!

Okey ini ada maklumat terbaru yg diperolehi dari penyiasat iaitu sebelum pesawat MH370 diterbangkan ke Beijing, kapten Zaharie telah membuat panggilan tel. menggunakan hp peribadinya kepada seseorang yg tidak dinamakan siapa dia. Dia dlm kandungan perbualan tersebut beliau ada mengatakan ada menerima maklumat yg pesawat MH370 akan " dihijacked " dan menyuruh org itu agar menjaga alat simulator peribadinya di rumah kerana simulator itu satu-satunya alat yg dia reka sendiri bagi mengesan pesawat yg diterbangkan berada di mana jika benar pesawat akan dihijacked.... Utk makluman landasan Diego Garcia sebuah landasan ketenteraan Amerika Laknatullah berada di dlm kategori landasan simulator yg berada di rumah Kapten Zaharie. Tapi syg 1000 kali sayang kita mendapat maklumat kononnya Kapten Zaharie telah mendelete beberapa log di simulator tersebut bagi memadakan rekod sebelumnya padahal agen CIA telah menghapuskan log tersebut. Itu yg dapat disimpulkan oleh beberapa penyiasat. Harap Maklum... !!!!

Ni berita baru diterima, laporan lengkap data satelit MH370 daripada firma United Kingdom inmarsat telah diterima tetapi tidak boleh didedahkan kerana gara-gara berita penummpang MH370 akan dibebaskan. Sekali lagi mereka gagal menipu kerana perancangan Allah itu lagi tepat ... sama-sama kita teruskan berdoa agar perancangan mereka gagal dan kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH370 berada di dlm keadaan selamat dan segera dibebaskan... Penyiasat menjangkakan satu persatu maklumat akan terbocor dgn sendirinya susulan pendedahan dari egen risikan yg mungkin berpaling tadah atau hatinya digerakkan oleh Allah s.w.t utk berkata perkara yg benar... Susulan pendedahan percakapan Kapten Zaharie dgn wakil negara ??? satu lagi tamparan hebat dan mungkin selepas ini kita akan melihat sejauh mana perjalanan MH370 ini boleh ditutup oleh media-media.... wait and see..... teruskan berdoa..........Allahuakbar !!!!!

SPR : KORANG JANGAN RISAU, KAMI PASTIKAN KES AKAN DITUTUP ...

" Jom Kita Belajar Mengira Di PRK Teluk Intan. Macam Ada Sesuatu Yang Tidak Kena "

Posted by pengembala usang  |  1 comment
Sebanyak 35 pusat pengundi menerusi 120 saluran di Teluk Intan dibuka seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang bagi proses pengundian biasa.

Seramai 39,850 pengundi atau 66.5% keluar mengundi pada (PRK) Teluk Intan, Sabtu selepas proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang.

Sementara itu, seramai 392 daripada 410 pengundi awal atau 95.61% telah mengundi pada 27 Mei lalu.

Kawasan Parlimen Teluk Intan mempunyai 41.94% pengundi Cina, 38.61% (Melayu), India (19%), Orang Asli (0.18%) dan lain-lain (0.27%).

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) Mei tahun lalu, Seah mengalahkan calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi. http://www.mstar.com.my/


Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi kedua terendah selepas lima kali PRK diadakan sejak Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lepas.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau juga tidak gembira dengan pengurangan lebih 8,000 pengundi berbanding jumlah pengundi yang keluar pada PRU-13. 

"Kita tidak tahu mengapa peratusan keluar mengundi rendah. Kami perlu kaji. Bagaimanapun, ia adalah proses demokrasi," katanya dalam sidang media di pusat penjumlahan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Teluk Intan, hari ini.

PRK Teluk Intan mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 66.67 atau 40,236 pengundi termasuk pengundi biasa, pengundi awal dan pengundi tidak hadir.