Sunday, April 6, 2014

UMNO/BN : KAMI BUKAN LUPA, KAMI TAK INGAT ....


SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membidas tindakan BN yang gemar menjadikan isu kemudahan asas sebagai modal memancing undi setiap kali pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, kemudahan asas seperti pembinaan hospital seharusnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk membina bangunan baru Hospital Kajang yang sudah berusia 125 tahun.

"Banyak tempat dijanjikan untuk bangun hospital tetapi cuma pecah tanah, tidak buat apa dan ditambah dengan Hospital Shah Alam yang tidak selesai lagi. Saya rasa apa yang dicadang di Kajang hanya janji manis pilihan raya yang tidak akan ditepati.

"Kemudahan hospital tidak boleh dijadikan bahan kempen pilihan raya kerana pembinaannya sudah dirancang dalam rancangan Malaysia ke berapa dan bila sepatutnya dibina.

"Ia tidak boleh dijadikan ole-ole atau rasuah untuk menang Pilihan Raya Kecil (PRK) tetapi itu kaedah yang digunakan BN dan kalau menang juga tidak dikotakan," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, semalam.

MP UMNO : APA KO MEREPEK NIH KU LI ???


  • Tengku Razaleigh HamzahTengku Razaleigh Hamzah
 1 / 2 
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini menyatakan bahawa beliau dan Umno Kelantan menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Menurut Ku Li yang juga bekas menteri Kabinet, disebabkan itulah Umno Kelantan menyokong penuh pembentangan Rang Undang-Undang tersebut sebelum ini.

"Laksanalah kita sokong, saya tidak tentang.

"Masa Rang Undang-Undang itu dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, kita tidak tentang, tidak ada masalah, mana mungkin kita hendak tentang hukum ALLAH," katanya ketika ditemui Sinar Harian Online di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu,  Kerajaan Kelantan menetapkan sasaran untuk menguatkuasakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) yang membawa kepada perlaksanaan hukum hudud pada 2015.

Ia berikutan kesediaan kerajaan pusat untuk memberi laluan kepada penguatkuasaan enakmen tersebut, sebagaimana jawapan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

Wednesday, April 2, 2014

MENTERI "BERTAHAN" : SATELIT BARU AKAN DI LANCAR ...

Gambar..Inilah Satelit Baru Malaysia Yang Menakutkan Dunia Masa kini..


Inilah Satelit terkini yang dapat merakam gambar objek MH370 dengan tepat dan mampu mengalahkan kecanggihan Inmarsat..dengan nama terkininya Bubusat!!

PM UMNO/BN : AKU PUN DAH TAK TAU NAK PUSING APA DAH ....

MH370 dari awal beluk akhir pun bengkok juga

Mohd Sayuti Omar
 
Persoalan di mana dan ke manakah pergi ghaibnya pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk 12 anak kapal tidak lagi menjadi fokus utama dan isu hangat, sebaliknya yang diperkatakan kini ialah berhubung maklumat-maklumat berhubung tragedi itu yang saling bercanggahan di antara satu sama lain. Bervariasi.

Kehilangan tidak menjadi polemik lagi, tetapi kenyataan yang tidak sekata dan berbelit-belit menyebabkan orang jadi 'bingung kelu' dan geram dibuatnya. Ketidaklurusan dan ketidaktelusan dan keberkacumakan berhubung kehilangan pesawat itu bermula sejak awal-awal lagi. Dalam tempoh 24 jam pertama semasa mengumumkan kehilangan itu 8 Mac sudah berlaku percanggahan fakta di antara Jabatan Pernerbangan Awam, (DCA) Malaysia Aairline Syestem (Mas) dan juga pemangaku Menteri Pengakutan, Hishamuddin Hussein.

Turut juga berkadas dan fakta 'berbolak balik' ialah dari pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) yang diberikan oleh menterinya, Zahid Hamidi. Pihak TUDM juga menyorong tarik analisa dan dapatan awal dari radarnya tentang pesawat itu berpatah balik, kemudian dinafikan, kemudian diiyakan tanpa dititik nokhtahkan.

Bermula dari pecanggahan itulah ia membawa kepada percanggahan demi percanggahan sampai ke hari ini. Iya mungkin menjadi betul apabila di mahsyar besok apabila mulut dan lidah tidak lagi menjadi saksi? Percangahan fakta dalam kes sebesar ini menjatuhkan imej negara ini di muka dunia. Semua kehebatan yang kita rasa dan senandungkan selama ini, lenyap dalam sekelip mata. Kemudahan first class telah jadi longkang class.

Begitu juga mengenai ketahanan dan keselamatan negara. Gara-gara tidak ada sistemetik, penyelarasan konkrit ataupun sikap acuh tidak acuh dan juga ingin menunjukkan akulah... akulah, menjadikan semua malumat dan kerahsiaan pertahanan negara sirna dan hancur sama sekali. Hari ini mana-mana kuasa luar, sama ada kecil atau bessr yang ingin menyerang negara ini, mereka boleh lakukan sambil pejam saja kerana semua pintu masuk sudah dibuka atau mengetahui di mana letaknya kunci dan ruang mana yang boleh diterobosi. Musuh bukan saja dapat menyuluh apa yang ada dalam kamar tidur kita tetapi juga apa yang ada dalam kain sarung kita laki bini.

Percanggahan paling besar, ini menyukarkan dan meletakan Perdana Menteri, Najib Razak dalam situasi genting dan seperti orang gila, ialah berhubung pengumuman kononnya pesawat itu telah BERAKHIR di lautan Hindu. Terma atau istilah yang digunakan itu menimbulkan keraguan kerana ia disifatkan sebagai sudah tamat segala-galanya. Tamat segala-galanya bererti pesawat itu terhempas dan semua penumpang mati.

Kesimpulan nasib pesawat MH370, B700-200 itu dibuat berdasarkan kesimpulan dengan penemuan objek dari data-data setalit Australia dan lain-lain. Yang menghairankan dan gila babinya, Najib sendiri tidak melihat apakah menantang objek berkenaan, apakah ia serpihan pesawat MH370 atau sirip ikan pauh atau belakang jerung, tetapi beliau sudah membuat kenyataan menamatkan segala penantian orang ramai dengan menyebut pesawat BERAKHIR di lautan Hindi.

Macam mana sesuatu yang belum pasti kita sudah memastikannya? Kubur tidak boleh disiapkan tanpa ada mayat dikafankan. Apakah Najib sudah tidak tahan dengan tekanan demi tekanan ke atasnya yang datang dari seluruh dunia yang mahu kepastian mengenai pesawat itu, maka beliau memberi jawaban berlapik dengan BERAKHIR dengan harapan tekanan mereda?

Awal-awal lagi orang konfius dengan kenyataan dan hujah Najib. Untuk menampakkan kebenaran disebalik hipotesis itu, mengatakan pesawat itu berakhir beranologi terhempas, pihak media massa sudah diarah menyiarkan promo bacaan ayat-ayat Quran di televisyen dan ucapan takzirah dimedia cetak. Lebih gila dan tolol lagi, sudah ada institusi ulamak yang menganjurkan sembahyang ghaib? Bukankah tindakan belasungkawa itu menunjukkan persawat itu menjadi arwah bersama 239 penumpangnya?

Semua tindakan dan keputusan (kenyataan) ini menunjukkan kebingungan semua orang termasuk perdana menteri yang dinasihati oleh orang yang juga bingung. Ia juga menyerlahkan seorang perdana menteri yang jahil dalam bidang agama, manakala yang cerdik pula tidak berani menyatakan kebenaran berdasarkan agama kerana bimbang elaun dan kemudahan kenderaan dan rumah hilang. Apakah jenis para penasihat agama seperti ini? Yang nyata mereka lebih busuk dari bangkai biawak dilanggar lori selama 24 hari.

Apabila setelah lebih 10 hari, objek yang disangka serpihan pesawat MH 370 seperti dicerapi data setalit yang membolehkan Najib mengatakan pesawat itu BERAKHIR di lautan Hindu tidak ditemui, kini sepupunya Hismuddin cuba membetulkan dan membela kenyataan Najib. Setelah Najib ditekan berhubung kenyataan itu Hshamuddin tampil menjadi Wak Yek, untuk membela Najib dengan mempertahankan kenyataan Najib, yang Najib tidak sebut terhempas atau semua mati, tetapi menyebut ia BERAKHIR di lautan Hindu.

Memang Najib tidak sebut terhempas atau semua penumpang mati. Tetapi apakah maksud dan pengertian BERAKHIR terma yang digunakan Najib itu?

Apakah perkataan BERAKHIR digunakan itu adalah perkataan kaum bangsawan seperti mereka berdua menunjukkan ia belum berakhir? Orang tidak faham bahasa bangsawan, kalau perkataan BERAKHIR itu adalah bahasa digunakan Najib, Hihsmuddin dan kaum kerabatnya. Najib harus sedar yang mendengar pengumuman beliau bukan kaum bangsawan tetapi orang awam diseluruh dunia yang memaksudkan BERAKHIR itu sebagai tamat. Tamat bererti semua mati. Ini dikejapi lagi dengan ucapan takzirah daripada orang ramai.

Adalah elok kalau Najib sendiri tampil untuk kali kemepat dalam tempoh 24 hari kehilangan pesawat itu membetulkan terma yang digunakan atau perkataan BERAKHIR itu. Jelasnya dengan berani dan bertanggungjawab dan jangan sesekali bermain wayang di sebaliknya. Kebenaran itu tidak boleh ditusuk selindung di sebalik sepata kata-kata. Jangan mengharukan pemikiran umum dengan kata-kata menerminkan kita lemah dan pengecut.

Sekiranya Najib tidak berani tampil membetulkan kepala orang yang semua bingung dan gila gara-gara ketidakselarasaan dan ketelusan dalam memberi penjelasan, nescaya ramai orang akan jadi gila dan sasau apabila mengenang kehilangan pesawat berkenaan. Najib jangan jadi perdana menteri yang berdosa. Sekiranya beliau tidak berani maka dengan hormatnya lepaslah jawatan Perdana Menteri, sesungguhnya anda tidak layak. Tempoh untuk Najib sebenarnya sudah BERAKHIR.
http://msomelayu.blogspot.com/

TPM : UMNO DAN ISLAM TAK DAPAT DIPISAHKAN ...

Kah,kah,kah....Selari dengan tuntutan Islam!

Sedapnya mulut bersuara mengeluarkan kenyataan, seolah-olah semua orang melayu bodoh dan bangang macam melayu spesis umno..



 
Cerdik terbilang Muhyiddin, siapa pun tak perasan, Najib duk sibuk keluar negara, Muhyiddin sentiasa dalam negara buat kerja,, ha ha ha,, Tunggu dan lihat sahajalah kita,, siapa yang akan kena..

US : ADA SIAPA BERANI SANGAT NAK TANYA BENDA NI KAT KAMI ????

Adakah penumpang Phillip Wood dan lain-lain masih hidup ? - Oleh Shepard Ambellas

Wartawan Bebas: Penumpang MH370 hantar gambar dari iPhone memberi pertanda kesan jejak ke pengkalan rahsia military U.S. di Diego Garcia’

Adakah penumpang Phillip Wood dan lain-lain masih hidup selepas penerbangan MH370 dirampas kemudiannya dibawa ke pangkalan tentera AS rahsia yang terletak di sebuah pulau terpencil di Lautan Hindi?
 Oleh Shepard Ambellas

 LAUTAN HINDI ( INTELLIHUB ) - Menurut wartawan bebas Jim Stone, salah seorang penumpang Amerika, Phillip Wood , seorang technical storage executive di IBM, yang berada di atas pesawat penerbangan Malaysia Airlines yang kini hilang , menyumbat iPhone 5-nya di duburnya selepas Boeing 777 membawa 239 orang telah dirampas oleh anggota tentera semasa dalam perjalanan ke China.

 Peliknya, Stone mendakwa metadata bahawa dalam bukti hasil foto mengesahkan "100 peratus" yang Phillip Wood telah menghantar foto, bersama-sama dengan  suara teks ringkas diaktifkan, dari Koordinat GPS yang meletakkan Wood hanya beberapa batu dari Diego Garcia, pangkalan tentera dikawal Amerika Syarikat yang terletak di sebuah pulau di selatan Maldives di Lautan Hindi. 


Dalam posnya Stones mendakwa bahawa koordinat mungkin mati dengan beberapa batu (lihat update di bawah pos), membuktikan bahawa iPhone sebenarnya menghantar gambar hitam yang  kosong tanpa mendedahkan apa-apa lagi. 

Stones  mengandaikan gambar itu diambil di dalam bilik gelap atau dalam kedudukan di mana tangan Wood telah terikat.

 Seperti yang dilaporkan oleh Stone , gambar itu disiarkan bersama-sama dengan teks berikut kononnya daripada Wood:

 "Saya telah diculik oleh  sekumpulan tentera yang tidak diketahui selepas penerbangan saya dirampas (ditutup mata). Saya bekerja untuk IBM dan saya telah berjaya menyembunyikan telefon bimbit saya ke dalam 'jubor' saya semasa rampasan. 


Saya telah dipisahkan dari seluruh penumpang dan saya di dalam sel. Nama saya Philip Wood. Saya rasa saya telah  dikhayalkan dengan dadah dan  tidak boleh berfikir dengan jelas. "

 Anehnya imej hitam kosong dilabel "1395192158752.jpg" mengandungi metadata yang berikut:


1395192158752 Dimensi: 240 x 3209

Alat Make: Apple

Peranti Model: iPhone 5

 Ruang Warna: RGB

Profil Warna: sRGB IEC61966-2.1

 Length Focal: 4.12

Alpha Channel: Tiada

Mata Merah: Tiada

Nombor F: 2.4

 Program Pendedahan: 2
 Masa Pendedahan: 1/15

Stone juga menunjukkan dengan terperinci bagaimana Exchangeable Image Format di atas (EXIF) data imej adalah “pembuktian”, menulis:

 Exif itu adalah utuh. Data Exif tertanam dalam setiap imej oleh setiap kamera dan termasuk keadaan di mana gambar itu diambil. Ia boleh dilihat dengan menyimpan imej untuk desktop anda, dan kemudian mengklik kanan dan memilih ciri-ciri imej. 


Hit tekan butiran. Anda boleh melihat bahawa imej itu diambil pada 18 Mac dengan iPhone 5, dengan ISO pada 3200 dan shutter 1/15. Koordinat dimasukkan dalam data exif kerana iPhone tahu di mana ia berada, dan koordinat adalah untuk Diego Garcia. Kali PERTAMA SATU PHOTO KOSONG MENDEDAHKAN SEMUANYA.

Exif tidak boleh ditulis semula dengan perisian yang biasa, ia hanya boleh ditambah ke dalam bidang seperti kredit imej dengan beberapa aplikasi maju. Ia boleh juga dipadamkan  tetapi tetapi TIDAK BERUBAH. Foto dengan exif utuh akan diterima di mahkamah. 


Jika Exif digodam dan ini tidak benar, CIA atau penggodam yang benar-benar baik dapat lakukan ini, yang meragukan saya, saya rasa ia mungkin benar.

 Satu lagi pembuktian adalah bahawa perisian pengecaman suara meletakkan perkataan peribadi dan bukan kakitangan. Ini benar-benar konsisten dengan perisian buta membantu dail keluar.

 Sekitar cerita ini adalah hakikat bahawa orang yang berjaya mendapatkan maklumat ini untuk Farganne (ahli forum Glitch) telah diganggu dan menerima banyak mel suara mengancam ke atasnya, iaitu satu lagi bukti menunjuk kepada ini sebagai yang sebenar. Satu perkara yang pasti, sebaik sahaja ia disiarkan di sini di laman web ini adalah jin yang keluar dari botol. 


Saya tidak boleh menekankan betapa pentingnya ialah Koordinat GPS di dalam gambar tidak sempurna sepadan dengan apa yang Google berkata dan tidak mencatatkan mana-mana sahaja di web, kerana ia membuktikan bahawa sumber mereka koordinat tidak datang dari google atau Wikipedia, mereka benar-benar melakukan datang dari peranti pengimejan dan ia TERPAKSA berada di Diego Garcia ketika mengambil gambar.

 Yang menariknya, 7-hari yang lalu, pada 24 Mac, 2014 pada 2:30 AM EDT, ia telah dilaporkan oleh Intellihub News bahawa penerbangan 370 mendarat di Diego Garcia,  pangkalan rahsia tentera Amerika Syarikat yang dipajak daripada EU, semasa waktu awal pagi bulan Mac 8, 2014 selepas seorang YouTuber dengan nama Montagraph meletakkan dua dan dua bersama-sama berikutan laporan lain.

 Petikan dari artikel itu berbunyi:

 "[...] MH370 kemungkinan besar mendarat di Diego Garcia dan pesawat itu mungkin telah diarahkan ke besar-besaran"  sangkar Faraday " besar , hangar untuk mengelakkan penumpang dari berkomunikasi dengan dunia luar."
 Yang menghairankan, ini semua sesuai sekali dengan laporan Malaysian Insider dikeluarkan pada 18 Mac bertajuk " US military base, South Asian airports in MH370 pilot’s simulator, says paper ", seperti yang didapati, juruterbang MH370  mempunyai simulasi skala Diego Garcia di dalam buku simulator penerbangan di rumahnya.
 Satu suntingan dari Malaysian Insider berbunyi:
 Siasatan ke dalam simulator penerbangan yang diambil dari rumah jurutrbang yang hilang ini menunjukkan perisian selama lima landasan latihan, termasuk satu yang dimiliki oleh Amerika Syarikat, Berita Harian hari ini melaporkan.
 "Di antara perisian kami diperiksa setakat ini adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, tiga lapangan terbang di India dan Sri Lanka, dan satu yang dimiliki oleh pangkalan tentera AS di Diego Garcia. Semua mempunyai panjang landasan 1,000 meter, "kata satu sumber kepada akhbar harian tersebut.

 Polis merampas simulator penerbangan dari rumah juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah Sabtu lalu sebelum ia mencantumkan semula di ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman, di mana pakar-pakar telah menjalankan pemeriksaan.

 Jika sesiapa yang mempunyai lagi maklumat mengenai perkara ini kami menggesa anda hubungi kami di Intellihub News serta  merta.
 Kemaskini 02:49 EST
 Maklumat berikut telah diposkan sebagai tip di laman web Steve Quayle :
 Hi Steve,
 Re: gambar hitam / kosong dari teknologi IBM jet Malaysia yang hilang. Gambar itu diambil di dalam bangunan tidak jauh dari landasan di Diego Garcia. Saya meletakkan gambar ke dalam perisian penyuntingan saya, meraih titik GPS dan di sini ia adalah.

Cuba ini: pergi ke: itouchmap.com, pilih # 6, pergi ke kotak kanan bawah dan input maklumat yang:
 -7 18 58.3 LATITUDE
 72 25 35.6 Longitud

 Klik pada: SHOW POINT9 Zum masuk dan anda akan melihat di mana foto berasal. Wow. Anda mungkin akan mengiktiraf pesawat berat diletakkan berhampiran. Imej Via itouchmap.com:
(Featured photo at top of page: www.panoramio.com) SUMBER

Tuesday, April 1, 2014

PRESIDEN BN : SARAWAK MAJU! PASAI TU DEPA SOKONG KITA !!!

Rahsia Mengapa BN Menang Besar Di PRK Balingian Sudah Terbongkar...

Rahsia mengapa BN menang besar di PRK Balingian sudah terbongkar... Sekolah disana talian talipon dan fax pun tidak ada!!!!

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, dengan majoriti 6,911 undi.
Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.

Begitulah ayat yang dipapar dan disiarkan merata negara oleh media arus perdana dan blog pro UMNO/BN.. Berasa megah dan sombong sebab berjaya menang dengan majoriti lebih besar dari dulu.

Omak Kau bila selidik selain dari Ketua Menterinya menggunakan Imigresen sekat para pemimpin tertinggi KEADILAN dari di benarkan masuk kenegeri Sarawak untuk berkempen, alasan besar lain ialah sekolah di Balingian talian talipon dan fax pun tidak ada.

Ertinya akses kepada internet sifar .. mendapatkan maklumat yang benar lagi sahih dari sumber alam maya adalah sifar ... menunjukkan bahawa penduduk dan pengundi Balingian jenis menerima maklumat dari saluran yang dibekalkan oleh media milik UMNO/BN sahaja.

Peliknya kalau sampai sekolah pun tiada talian talipon menunjukkan betapa terpinggirnya kedudukan Balingian ini .. terpinggir dari segala-galanya .. bukan sahaja terpinggir maklumat... pembangunan dan keperluan asas pun di pinggirkan.

Jadi tidak perlulah pemimpin BN mau berlagak sombong dan angkuh sambil dabik dada. Sepatutnya berasa malu yang BN kini hanya ada sokongan dikawasan yang cukup daif dan terputus perhubungan dunia luar.

PM MALAYSIA : KITA SEBUAH NEGARA PENUH MISTERI ...

Ini ada beberapa kejadian misteri yang berlaku di Malaysia yang patut kita ketahui

JUFRI SALLEH
 
Sejak beberapa tahun yang lalu, Malaysia dilanda pelbagai tragedi yang misteri atau dengan maksud lainnya sehingga kini tiada jawapan yang diperoleh. Jika Amerika Syarikat terkenal dengan misteri UFO, maka Malaysia juga tidak ketinggalan – mungkin dengan cara yang berbeza.

Yang berikut merupakan antara perkara misteri mengikut pandangan saya.

1.Kes Teoh Beng Hock. Pada 16 Julai 2009, jam 1.30 tengah hari Khamis, Teo Beng Hock ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor. kematiannya dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, bangunan itu. Kes ini masih belum ada penghujung yang jelas. Beng Hock tidak membunuh diri dan tidak dibunuh. Sehingga kini kematiannya masih menjadi misteri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

2.Kes Ahmad Sarbani Mohamed. Beliau ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011. Ahmad Sarbani pada ketika itu berumur 56 tahun, dan bertugas sebagai Penolong Pengarah Kastam daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Selangor. Kes ini juga masih menjadi misteri kerana tiada tanda-tanda beliau dibunuh atau membunuh diri. Juga tiada sesiapa yang didakwa atau dijatuhkan hukuman kerana membunuhnya.

3. Kes Altantuya Shaariibuu. Kes yang membabitkan warganegara Mongolia ini pernah menggegarkan Malaysia beberapa tahun yang lalu apabila Altantuyaa disahkan mati pada tahun 2006. Siasatan dan perbicaraan telah pun berakhir dan dua anggota polis yang dituduh telah dibebaskan oleh mahkamah. Kes ini juga berakhir dengan tiada yang membunuh walaupun ada yang terbunuh.

4. Kes Zon Bebas Perlabuhan Klang (Port Klang Free Zone – PKFZ). Akibat PKFZ, kerajaan rugi RM12.5 bilion. Mahkamah telah membebaskan tertuduh, bekas menteri Kabinet Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy daripada tuduhan menipu bagi projek PKFZ. Sehingga kini isu PKFZ senyap begitu sahaja tanpa ada yang dijatuhkan hukuman dan duit rakyat RM12.5 bilion hangus begitu sahaja.

Mungkin banyak lagi dan saya tidak mampu menyenaraikan semuanya. Saya juga berpendapat kes NFC yang membabitkan RM250 juta masih belum ada penghujungnya. Saya bimbang, sekali lagi duit rakyat hilang dengan cara yang sungguh misteri.

Terkini, kita kehilangan pesawat MH370 dalam keadaan yang membingungkan pakar-pakar penerbangan antarabangsa. Saya berharap, kehilangan MH370 tidak menjadi misteri seperti hilangnya kapal terbang di perairan segi tiga Bermuda.

Saya percaya, rakyat Malaysia tidak putus harap dan terus berdoa agar segalanya selamat.

MP UMNO/BN : PENDAKWAH "ITU" KERAP "BELA" KITA ...

Ahli Parlimen PAS Bidas Ridhuan Tee

 Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin
Selawat “berlebihan” ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad tidak akan menenggelamkan keagungan Allah, malah satu perkara yang sangat dituntut dalam Islam, kata Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin.

Manurut Ahli Jawatankuasa PAS itu, selawat ke atas Nabi Muhammad bukan sahaja satu perbuatan yang dianjurkan kepada umat Islam, malah Allah dan para malaikat turut berselawat kepada penghulu segala nabi itu.

“Allah sendiri berselawat pada nabi. Semasa solat Jumaat dibacakan ayat Al-Quran, ‘sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas nabi’

“Itu bermakna selawat, bukan sahaja manusia, tetapi Allah dan malaikat sendiri (juga berselawat),” katanya kepada The Malaysian Insider di lobi Parlimen semalam.

Pensyarah kontroversi, Dr Ridhuan Tee Abdullah menerusi kolumnya di Sinar Harian semalam tidak bersetuju dengan majlis selawat perdana yang terlalu “berlebihan” memuji Nabi Muhammad sehingga membawa kepada tahap pemujaan.

Pendakwah bebas itu berkata, penonjolan berlebihan ke atas Rasulullah semasa majlis Malam Cinta Allah dan Cinta Rasul baru-baru ini di Putrajaya menenggelamkan penonjolan kepada Allah.

Katanya, lagu cinta Rasul seperti qasidah dan sebagainya terlalu berlebihan sehingga membawa kepada tahap “pemujaan” terhadap Nabi Muhammad."Adakah Rasulullah mahukan kita memuja baginda? Sudah tentu tidak.

"Kita memang dituntut mencontohi Nabi Muhammad dalam apa jua keadaan dan cara hidup baginda, tetapi janganlah terlalu berlebihan sehingga mengidolakan baginda," katanya.

Hanipa yang juga merupakan seorang peguam menyifatkan selawat ke atas Nabi Muhammad tidak perlu dipersoalkan sama ada ia melebihi daripada memuji Tuhan.“Tak timbul apabila orang memuji Nabi Muhammad lebih daripada memuji Tuhan,” katanya.
Menerusi artikel sama, Ridhuan menggesa umat Islam memperkukuhkan akidah dan mengenali Allah terlebih dahulu sebagai tunjang kepada agama Islam.
"Bersolat dan berselawatlah beribu kali sekalipun, jika akidah tidak betul, semuanya menjadi sia-sia.
"Sebab itulah akidah perlu dimantapkan sebelum yang lain. Kenalkan manusia kepada Allah sebelum kenalkan kepada pesuruh-Nya iaitu baginda Rasulullah," katanya.
Baru-baru ini, program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul 1435 diadakan di Dataran Masjid Putra, Presint 1, Putrajaya.Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta tetamu VIP lain.
Program itu bermula dengan solat Isyak berjemaah di Masjid Putra dengan diimamkan Abdul Manaf Mat, disusuli solat hajat bagi memohon supaya dipermudah operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Selepas itu, majlis selawat dan qasidah dimulakan pada 9 malam diikuti pengisian lain seperti zikir terapi, bacaan Al-Quran serta tazkirah.TMI