Sunday, March 2, 2014
PM ROSMAH : WEH TOK DET! INI SUDAH LEBIHHH ........
.
.
Mahathir juga seolah-olah bersilih-ganti dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin dalam melancarkan serangan terhadap Najib. Daim sudah dua kali secara terbuka mengkritik kepimpinan Najib sebagai rapuh dan tidak tegas serta membayangkan jika pilihanraya diadakan dalam keadaan sekarang, ia lebih memungkinkan BN menerima kekalahan.Dengan kekerapan Mahathir dan Daim memuntahkan peluru serangannya secara silih berganti dan semakin pedas terhadap Najib kebelakangan ini, mereka tidak ubah seperti pasukan pelari pecut yang saling bekerjasama, saling membuka ruang dan kemudian melakukan pecutan kemenangan di ketika yang sesuai.
.
Semua kelemahan yang bukan saja berterusan, malah juga bertambah, lebih memungkinkan BN ditimpa kekalahan dan kehilangan kuasa dalam PRU 14 nanti. Tambahan pula dengan langkah PR yang semakin agresif melalui gerakan KajangMove yang seterusnya menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebagai tangga ke arah cita-cita menawan Putrajaya, BN dilihat semakin terhimpit dan kehilangan upaya.Meskipun Najib segera mempertahankan dasar pemberian tunai ini dengan jawapan pantasnya hari ini yang mengatakan BR1M merupakan dasar yang bersasar serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi dalaman dan membuatkan orangramai segera ke Sogo dan pasar minggu untuk membelanjakan wang pemberian itu, hakikatnya jawapan Najib ini akan membuatkan bermulanya "episod jawab-menjawab" antara beliau dengan Mahathir.Kecuali jika Mahathir tidak sihat atau dimasukkan ke hospital, beliau pasti akan memberikan jawapan balas terhadap reaksi Najib itu.
TUN. DR. M : MENTERI RAJA LAWAK - RAKYAT TOLAK BR1M ....
Mahathir geli hati dengar alasan menteri
SHAH ALAM: Kenyataan seorang menteri berhubung 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang enggan menerima bantuan tersebut dianggap melucukan, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Saya berasa geli hati apabila seorang menteri menyifatkan keengganan 17,000 golongan individu menerima BR1M sebagai bukti kematangan rakyat di negeri ini.
“Ini menunjukkan bahawa kerajaan gagal memahami sentimen rakyat. Kegagalan parti politik untuk memahami permasalahan dan keperluan masyarakat merupakan satu kerugian besar dalam bidang politik,” katanya yang dipetik dari blognya, Chedet.com, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, penolakan itu membuktikan rakyat Malaysia semakin ‘matang’ dan tidak memerlukan bantuan dari kerajaan.
"BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya yang turut memaklumkan nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.

Tambah Mahathir lagi, kerajaan telah memperuntukkan RM3.5 bilion kepada 7 juta rakyat Malaysia dan ianya disifatkan satu pembaziran dengan jumlah yang besar.
“Masih terdapat golongan individu atau keluarga yang miskin di negara ini, kita sepatutnya menggunakan peruntukan tersebut untuk membantu mereka,” jelasnya.
TUN. DR. M : BR1M SOGOKAN @ POLITIK WANG ???
![]() |
| "BR1M Sogokan Pada Pengundi" |

Katanya, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion demi menyalurkan BR1M, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.
Dalam tulisannya di blog chedet.cc, beliau menegur pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memahami sentimen rakyat dengan lebih baik.
"Kegagalan untuk memahami sentimen awam akan memberi akibat buruk kepada ahli politik. Menipu diri sendiri adalah lebih buruk," tulisnya.

Jelasnya, kerajaan masih mendapat sokongan baik walau tanpa memberi "sogokan" seperti itu, katanya.
"Sebenarnya, ramai juga yang memberitahu saya bahawa BR1M adalah sogokan, terutama apabila diberi sebelum pilihan raya.
"Ini samalah seperti memberi plakad untuk dipamerkan apabila anda lalu. Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen sebenar.
"Perasaan itu lebih baik dinyatakan melalui undi mereka. Undian mereka menunjukkan kematangan masing-masing," katanya.
INDIA PR : ADA INDIA YANG TERTINGGAL BAS ...
Kenyataan Akhbar: Cukuplah Waythamoorthy, Masyarakat India Telah Lama Tolak UMNO BARISAN NASIONAL
Cabaran Saudara Waythamoorthy

Malah, Waythamoorthy sendiri
Oleh yang demikian, tidak ada
Jelas, Waythamoorthy hanya
Pakatan Rakyat Komited Usaha

Pakatan Rakyat selama ini
Pakatan Rakyat berdiri teguh
politik murahan, yang hanya
Fokus untuk pembangunan modal

Justeru, jelas samada
Bersama Pakatan Rakyat, tidak
Cukuplah Waythamoorthy,Masyara
SALAM REFORMASI.
YB Manivanan Gowin
Ahli Parlimen Kapar (P109)
UMNO KEDAH : JOM...KONSERT SPENDA DI SG. PETANI ....
Konsert K-Pop EXCO kata penuhi syarat..!!
Konsert festival muzik patuhi syarat
MOHAMAD FAKHRI MOHD ALI
Persembahan penyanyi elektro-pop dari Taiwan, Jeannie Hsieh
mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.
Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan Hip Hop
International pada konsert festival muzik, semalam.
SUNGAI PETANI – Penganjuran Konsert Festival Muzik Planet Eupe dekat Taman Tema Air Carnivall di sini, malam semalam mematuhi syarat yang ditetapkan kerajaan negeri Kedah
Tinjauan Sinar Harian mendapati, konsert itu bermula seawal jam 5 petang sebelum berhenti seketika pada jam 7.24 malam untuk memberi laluan kepada azan Maghrib.
Konsert itu kemudian diteruskan semula pada jam 7.42 malam dengan acara dan persembahan nyanyian oleh artis jemputan dari dalam dan luar negara.
Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tengku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta isteri, Toh Puan Nor Suzana Abdullah, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, konsert itu bermula seawal jam 5 petang sebelum berhenti seketika pada jam 7.24 malam untuk memberi laluan kepada azan Maghrib.
Konsert itu kemudian diteruskan semula pada jam 7.42 malam dengan acara dan persembahan nyanyian oleh artis jemputan dari dalam dan luar negara.
Turut hadir ialah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tengku Bendahara, Datuk Seri Tunku Annuar Sultan Badlishah serta isteri, Toh Puan Nor Suzana Abdullah, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Adun Gurun, Dr Leong Yong Kong.
Selepas hampir 45 minit berhibur dengan persembahan nyanyian dan pertandingan Hip Hop International, program itu sekali dihentikan seketika pada jam 8.30 malam untuk memberi laluan kepada azan Isyak, sebelum diteruskan semula pada jam 8.45 malam.
Tajul Urus bersyukur kerana konsert itu berlangsung dalam keadaan terkawal tanpa bantahan daripada mana-mana pihak.
“Saya berbangga penganjur mematuhi syarat kerajaan negeri, khususnya dari segi pemakaian artis dan menghormati waktu azan.
“Pada saya, sebagai sebuah negara majmuk, kita tidak boleh menafikan hak masyarakat bukan Islam untuk mendapatkan hiburan. Yang lebih penting ialah konsert ini dibuat di kawasan yang tertutup dan bukan di kawasan terbuka,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak menghalang penganjuran konsert itu sekiranya pihak penganjur bersetuju untuk menghormati azan dan syarat lain yang ditentukan.
Pemerhatian mendapati, lebih 15,000 pengunjung dari pelbagai kaum hadir menyaksikan konsert yang julung kali diadakan itu.
Rata-rata artis dari dalam dan luar negara juga mengenakan pakaian yang tidak menjolok mata.
Antara artis yang membuat persembahan pada konsert itu ialah Yuna, Najwa Latif, penyanyi mando-pop, Wang Lee Hom, penyanyi elektro-pop dari Taiwan, Jeannie Hsieh dan kumpulan K-Pop dari Korea Selatan, U-kiss.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa (Ikiam) membantah penganjuran konsert tersebut kerana bimbang ia akan memudaratkan akidah umat Islam melalui pelbagai aspek.
Menurut laporan itu, Timbalan Pengerusi 2 Ikiam, Datuk Mustaffa Idrus berkata, konsert itu jelas bertentangan dengan syariat Islam kerana melibatkan persembahan artis berpakaian mendedahkan aurat, pergaulan bebas, hiburan melampau yang terdedah kepada salah laku akidah.
PM ROSMAH : PROJEK INI DARI DUIT TABUNG SAYA SEJAK KECIL ...
Jambatan tu duitnya dari mana?? Dari poket BN atau cukai2 dari rakyat???Suara RakyatHebat tak permainan Barisan Nasional kali ini... Bila tragedi buruk berlaku tak mengaku nak bertanggungjwb, TAPI dah siap mengaku hadiah dari BN...
FACEBOOKER UMNO : DATA KENCING YANG TERKANTOI ....
Bila 'PENGAMPU' Barisan Nasional hanya berhujah satu FAKTA sahaja...Suara Rakyat
HAKIKATNYA jumlah penganggur lebih ramai mengatasi peluang pekerjaan di bawah pentadbiran NAJIB RAZAK...Hebat lah KERAjaan Najib... Jumlah pengangguran melampaui peluang pekerjaan.. tu pun nak TABUR JANJI PADA RAKYAT sekali lagi KONONNYA KERAjaan BN akan bagi 3.3 JUTA peluang pekerjaan pada tahun 2020.. Mengapa terjadi begini....Kerana negara M'sia ditadbir urus oleh puok juok PENYAMUN, PENYANGAK & PEROMPAK HARTA RAKYAT!!!!Dan juga 'jemputan' PENDATANG2 ASING YG DIBERI TARAF KERAKYATAN DGN BEGITU 'MEWAH' & MUDAH!!!
MALAYSIA MODEL NEGARA ISLAM DI DUNIA ....
FUYOOO!!!! MALAYSIA LAGI JUARA DUNIA PERASUAH!!!!!Suara Rakyat
Asyik2 negara 'Islam' M'sia ajer yg bolot bab2 RASUAH ni... Dah xder negara lain ker nak 'BEAT' MALAYSIA.Yg peliknya negara2 BUKAN ISLAM JAUH LEBIH BAIK...Walau bagaimanapun 'penjilat2' UMNO tetap akan kata negara M'sia bebas dari rasuah...
PM NAJIB : WEH PAK DET ! KALAU TAK DAK BR1M, MCM MANA NAK MENANG ???
Mahatir Bantah BR1M Najib Tun Razak
Ingatkan lepah pencen dia neh akan diam dan bersara terus dari arena politik , rupanya lagi ligan menyebuk dalam politik negara.
Berbeza dengan seorang lagi mantan PM iaitu Pak Lah terus sepi cuma sekali sekali je terdengar beliau muncul dalam politik negara.
Berbeza dengan seorang lagi mantan PM iaitu Pak Lah terus sepi cuma sekali sekali je terdengar beliau muncul dalam politik negara.
Inilah dia Mahathir Muhamad lagi di penghujung usia ingatkan dia neh tutup terus atau tak mau ambik tau hal ehwal politik tapi lagi ligat...
Minggu lalu kesah dia dengan Kasim Ahmad dan hari ini pula duk sebuk pasai BRIM pula..
Chet Det menyaran agar BR1M di hapuskan berliau berkata adakah dengan BR1M BN mendapat sokongan ..
Sedangkan semasa tiada BR1M dulu pun BN mendapat sokongan kata nya..
Bagi pendapat aku Br1m x dapat pun tak ape..bukan pasai aku sokong Chet Det ini...
Tetapi yang penting harga barang ,minyak , cukai itu dan ini tolong la di turunkan...
Rakyat rasa terbeban betul dengan bende bende ini semua.
Lagi pun BR1M dapat pun cuma setahun sekali je...Dan aku pun dan sesetengah rakyat tak dapat pun BR1m itu .
Kalau turun harga barang lagi baek dari bagi Brim kerana semua orang akan dapat tempiasnya juga.
Harga barang tinggi akan dihadapi sepanjang tahun oleh semua rakyat tapi Brim hanya dapat sekali setahun itu pun segelintir , maka mana yang lebih beguih...
Dah tentu menurunkan harga barang lebih baik dari dari bagi BR1M....
Tapi apa yang aku lihat BR1M ini lebih kepada populis untuk kepentingan politik bagi parti BN...
Tu pasainya BR1m di beri..
Aku dapat BR1m atau tak dapat BR1M atau ke turun harga barang ka atau tidak BN tetap aku tolak....
Ngarut je BN neh...
Meluat...
Tu pasainya BR1m di beri..
Aku dapat BR1m atau tak dapat BR1M atau ke turun harga barang ka atau tidak BN tetap aku tolak....
Ngarut je BN neh...
Meluat...
Subscribe to:
Posts (Atom)










