Monday, February 4, 2013

UMNO: INI DEBAT BODOH ...

[Gambar Lawak] Debat Laki-Bini, BN Buang Tabiat???



Mahu gelak? Gelaklah! Memang lawak!!!

Belum lagi tengok berapa kerat orang menonton debat lawak ini!

Aduhai, kasihan!!!!

Sunday, February 3, 2013

UMNO KEDAH: ANWAR RAMAI, NAJIB CIPUT ... MAMPUIH LAGU NIE ...

MIMPI indah Umno Kedah... [Bergambar...]

Yup...!!
Umno Kedah kini sudah boleh bermimpi INDAH untuk merampas kembali Kedah dari kerajaan Pakatan Rakyat... Lihatlah, Kedah kian jauh dari jangkauan Pakatan Rakyat. Hanya 500 orang ja yang menghadiri ceramah Anwar Ibrahim yang diadakan dalam kawasan Parlimen Mahfuz (Pokok Sena) @02hb Feb 2013.
Inilah gambar yang menunjukkan Umno Kedah kini boleh bermimpi INDAH... Hambar sungguh sambutan rakyat Kedah pada majlis ceramah Anwar neh... Kompleks Pas Pokok Sena hampir lengang akibat dari hambarnya sambutan rakyat Kedah. Nasib baik jugak ada sekitar 500 orang yang datang, itu pun setelah di suap dengan baju T free, bas percuma dan nasik bungkus sorang satu...
 
 
 
najib mai stadium suka memanti, aloq staq...
depan ada orang, belakang kosong..
 
 
atas padang ramai dengan semut, patut x nampak. kamera x bleh fokus
 
 Syukur... T-shirt sorang sehelai, topi satu, nasi bungkus,, duit entah berpa RM,, yang pasti... bab duit,  ketua bahagian, bendahari, setiausaha, ajk turn ke tukang agih,, ehem... ehem...,, sampai ke tangan bebudak ni, lepas la buat modal masuk cyber cafe...

Sekian, sumber berita ~ Anak Yatim bakar JAMBAN...
 

UMNO/BN: BERILAH KAMI PELUANG 50 TAHUN LAGI, PLEASE ...

Bukti bergambar Rais Yatim dah PANAS punggung...

Ini rupanya bila Rais Yatim dah panas punggung...
Ini bahasanya bila Rais Yatim sudah NAZAK...

Habis segala kebaikan lalu pun diungkit kembali...!!
"rakyat Selangor perlu kenang segala jasa dan budi kjn BN bangunkan negeri itu."

Apa...??
9 Sep tahun lepas...?? Rupanya dah lama anak Yatim neh rasa gelombang penolakan rakyat Selangor terhadap BN rupanya... Woiittt..!! Kat amah Indon tak nak ungkit sama ka...??

Kahkahkah...

Tangan kanan yang memberi seeloknya biarlah tangan kiri pun tidak mengetahuinya. Bukankah Islam mengajar kita bahawa kebaikan yang diberikan akan hilang pahalanya jika diungkit atau diceritakan pada orang lain...???

Tapi...!! Ada anak Yatim kisah...!!

UMNO KEDAH: KALAU LAGU NIE, MACAM MANA NAK MENANG WEI ???

Batang Bendera Sambut Kedatangan Najib.. Saksikanlah!!

Ini gambar sebelum PM hadir..kosong je 

Kesian tengok makcik2 yang pi sambut najib ni. depa di kerah julang bendera bn tinggi2. tgk ja la umoq depa mcm mana...nak berdiri pon x larat...time pagi tu 'org muda' mana ada. semua tua2 yg main jauh2 dari kola ketil, kulim, baling, sik....makan nasik bungkus atas bas masa program petang tu.
Makcik tu kata depa tak bagi turun makan kat luaq kena makan dlm bas. kesian betoi.... puak2 negrito baling pon ada depa bawak....puak2 ni bukan penah kluaq pekan. dipergunakan la.
Saya nak share gambaq sebab nak tunjuk kat org gambaq yg tak kluaq media....suasana sebenaq yg tak guna kamera trick. org ramai boleh tengok penerimaan masyarakat golong yang mana yang sokong najib. tu masej dia..


Bas dok angkut orang mai


                                                           
Depan saja Ramai belakang tak ada orang pun 


PM Mai..Baru ada orang..tu pun gambar depan je

Program Umno BN ni diadakan di  Std Suka Menanti 31.01.2013

~kedahlanie

UMNO MERBOK: MASUK ANGIN, KELUAQ ASAP LA KAMI ...

Panas ! Punca Mahathir Pulun Kempen Terbongkar...Dia Nak Selit Anak la woi...!!!


Elak soal isu calon, pastikan BN menang pilihanraya umum, kata Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengingatkan penyokong-penyokong Barisan Nasional (BN) agar tidak menjadikan soal calon sebagai isu sebaliknya memastikan BN memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Bekas Perdana Menteri itu berkata tidak ada gunanya calon menang tetapi parti kalah dan tidak dapat menguasai negeri atau negara.

"Saya berpendapat yang penting bukan calon tetapi parti. Kalau calon menang tetapi parti kalah, tidak ada guna. Kali ini kita tak tumpu kepada calon, dapat calon kita tak kira, kita undi sahaja.

"Kita sokong sebab nak kerajaan yang boleh bagi kebaikan kepada kita. Jangan kira siapa jadi calon asalkan dia orang parti, kita sokong," kata Dr Mahathir yang diminta mengulas pemilihan calon BN untuk menghadapi pilihan raya umum.

Calon BN Parlimen dan DUN Merbok Bocoq...!!!
dari blog :  AnakKedah007

Ketua UMNO Merbok taja 10,000 naskhah Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia

Tajul Urus Md. Zain (dua, dari kiri) bersama ahli jawatankuasanya menerima replika tajaan  kempen 1Rumah 1Utusan daripada Mohd. Firdaus Ahmad Sabli (kanan) sambil diperhatikan oleh Opat Rattanachot (tengah) di Sungai Petani, semalam.

Apa habaq hangpa semua...lama kami tak update blog nie.... bukan apa dok pikiaq jugak nak update natang pa...nak belasah MB rasanya sehari dua nie kerja buat dia OK tak ada yang nampak lari dari landasan dia.... nak belasah NASA..rasanya biaq la dia meroyan seorang diri macam tu ja kot.... nak belasah UMNO BN..yang tu tak payah habaq laa...kami tak belasah pon hangpa dah tentu laksanakan tugas tersebut....


Psssssssssttttttttttttt... hari nie kami nak cerita bab pertarungaan tenaga batin di Parlimen Merbok...nampak nya sudah ada jurus santau menyantau antara orang-orang kuat merbok... semuanya ini bermula dengan senarai nama calon2 bagi parlimen dan dun di Merbok...


Hangpa nak tau sapa calon merbok..nie dia...depa dah mai lunggok adik tokey arak san miguel mai kat Merbok....nah hangpa tengok la senarai calon-calon depa...


parlimen:- y.bhg.dato' mokhzani tun dr mahathir

dun tg.dawai:- ir romli ishak
dun bkt.selambau:- dgr kata subra...



Jadi kepada  kawang-kawan kat MERBOK rasanya hangpa tau la kot nak cari peluru lagu mana....

MCA: LU KENA BEB ...

ini nak jolok-jolok buat apa?.. Mai aku nak jawab..

Malam tadi... dalam kaca tv,, berita... dia lah hero, dia lah pejuang bangsa, dialah no 1Malaysia... wakaka... hero dihadapan penyokong yang mendapat upahan nasi bungkus, tambang bas percuma dan juga duit poket...


Kemudian dengan muka bangga ia menimbulkan persoalan jolok-jolok..eeiii... 

 KEMASKINI: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ambil pot terhadap acah Tan Sri Khalid Ibrahim hendak membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor selepas Chap Goh Meh pada 25 Februari ini.
Beliau menilai kenyataan Menteri Besar Selangor itu Rabu lalu tidak lebih dari cubaan untuk ' jolok' beliau.
Kalau Khalid merasa Najib akan menari ikut paluan gendangnya...minta maaf.
"Tak payah kata nak bubar lepas Chap Goh Meh,ini nak jolok-jolok saja buat apa...saya tahulah bila masanya nak mengadap Yang Dipertuan Agong minta parlimen dibubar.Masanya akan tiba tak lama lagi,"katanya.
Berucap melancarkan agihan BR1M 2.0 peringkat nasional di Ampang,Selangor pagi Sabtu beliau menegaskan tumpuan kerajaan sekarang nak tunaikan janji-janji dalam Bajet 2013.
Woi... aku rasa nak gelak sambil golek-golek la.... dia tanya jolok-jolok saja buat apa.... bingai punya soalan... jolok-jolok nak sedap la wei...

Apa pun lu dah lunyai...Mahathir jolok lu dengan guna Musa hasan dan deepak dan zahid hamidi.. 

Chua Soi Lek pula jolok lu perlengkap kan suruh pakai baju mayat cina...

.
Final..... baru Tan Sri Khalid Ibrahim jolok lu nak bagi lu jatuh (luruh) gedepapbunyi macam nangka busuk luruh....

Itulah Umno.. mereka sesama mereka saling berlawanan nak menuju kehancuran.. tunggulah... 

Hari ini 3 Februari 2013 Beautiful day buat mu Najib... buatlah sesuka hati mu,, arahlah kakitangan kerajaan seolah-olah mereka itu hamba abdimu.......tunggu...
Selepas Pru 13,, dah kena jolok-jolok... maka Bad day buat mu Najib.. Bad day buat Umno dan Bad day buat BN.. Ins Sya Allah....

Ahlan Wah Sahlan Hizbusy Islam..


UMNO BN: TAK SANGKA NASHA TU CHEROI ...

PAS CAIR KEPADA PKR DAN DAP, US NASHA CAIR KEPADA UMNO?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SINAR semalam memetik kenyataan Us Nasha, seorang bekas Timbalan Presiden PAS merangkap bekas Ahli Majlis Syura PAS Pusat yang menyebut bahawa beliau tetap bersama PAS walaupun dipecat dari menjadi ahli Majlis Syura PAS.
Aku tidak peduli samada dia sanggup bersama PAS atau PAS masih sanggup bersama Us Nasha, kerana jika ikutkan Dr Hassan Jati pun masih mengaku ahli PAS biarpun sudah lama dipecat.  Jenis muka tidak malu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, begitulah.  Mungkin wujudnya Us Nasha di dalam PAS tidak menambah, dan jika tiada beliau di dalam PAS pun tidak mengurang, cuma boleh mengurangkan beban PAS, itu sahaja.
Bila dia sebut bahawa dia masih mahu bersama PAS kerana ingin membetulkan PAS atau mengawasi PAS dari di'cair'kan oleh PKR dan DAP, itu yang membuat aku merasa jijik dengan politik pencacai seperti ini.  Benarkah beliau ingin membetulkan atau mengawasi PAS?  Cuba Us Nasha jawab persoalan ini:-
1.  Semenjak bila PAS bersama PKR dan DAP dan semenjak bila beliau memegang jawatan Timbalan Presiden PAS?  Waktu beliau memegang jawatan tinggi di dalam PAS, ertinya PKR dan DAP tidak pernah men'cairkan' PAS?  Apabila beliau tidak pegang jawatan, ketika itu PKR dan DAP mula men'cairkan' PAS?
2.  Berapa kali dia hadir Mesyuarat Ahli Majlis Syura PAS Pusat?  Jika benar beliau mahu membetulkan atau mengawal PAS selama ini, sewaktu beliau berada di dalam Majlis Syura, apa yang beliau telah lakukan?  Mengapa selalu ponteng mesyuarat yang penting itu sedangkan mendakwa mahu membetulkan PAS?  Membetulkan PAS setelah hilang jawatan?  Membetulkan PAS menggunakan media bangsat TV3 suku dan Utusan Meloya?  Mahu membetulkan PAS dengan cara mengikut bontot Najib dan Bik Mama?
3.  Cuba fikir dengan otak yang berilmu.  Mana lebih baik dan telus, MCA, Gerakan atau DAP?  Jika MCA atau Gerakan menentang Hudud, dan DAP tidak bersetuju dengan Hudud, apa bezanya?  Bezanya adalah DAP tidak bersetuju dengan Hudud tetapi pemimpin mereka bersih dari skandal rasuah dan DAP menyokong perjuangan menentang rasuah dan keadilan.  MCA dan Gerakan?  Sudah lah mereka menentang Hudud, rasuah pun mereka terlibat.  Isu PKFZ boleh dijadikan contoh.  Itu belum isu moral Chua Soi Lek yang beliau sendiri mengaku.  MCA dan Gerakan sekutu Umno, wajarkah Us Nasha menghentam PAS, PKR dan DAP sebaliknya menjilat Umno?
4.  Isu Kerajaan Perpaduan terutamanya di Selangor sejurus PRU ke 12 dulu, Us Nasha dan Hassan Jati memainkan peranan penting untuk mengajak PAS belot dan khianat kepada rakan-rakan dari PKR dan DAP, hanya kerana jawatan MB Selangor.  Beginikah Islam ajar apabila berkawan?  Awal-awal lagi akhlak Us Nasha dan Hassan Jati busuk.  Apa yang berlaku terhadap kedua-dua ekor ini mungkin balasan Allah kepada sikap dan perangainya yang busuk dan keji itu.
5.  Isu Kalimah Allah digunakan oleh Non Muslim.  Us Nasha dan Hassan Jati berlagak untuk menjadi hero.  Hakikatnya, isu ini bukan baru malah bertahun dahulu lagi sewaktu Us Nasha dan Hassan Jati memegang jawatan di dalam PAS.  Namun, waktu itu, kedua-dua ekor ini membisu seribu bahasa, tetapi kini mula bersuara untuk menunjukkan mereka hero.  Hero sebenar adalah PAS itu sendiri kerana konsisten mempertahankan keputusan Majlis Syura Ulamak mereka.  Us Nasha dan Hassan Jati tidak sedar siapa yang berkuasa membenarkan percetakan Bible ke dalam Bahasa Melayu?  Siapa Menteri KDN?  Menteri dari PAS, PKR atau DAP?  Ini semua membutakan hati Us Nasha dan Hassan Jati akibat 'berkat' berkawan dengan Najib Altantuya.
PAS bukan dicairkan oleh PKR atau DAP, buktinya PAS tetap konsisten mempertahankan dasar dan keputusan Majlis Syura.  Apa yang pasti, yang 'cair' kepada Umno dan menjadi 'pelacur murahan' adalah Us Nasha sendiri.  Terlalu banyak mahu dihujahkan tentang kebodohan kedua-dua ekor manusia ini setelah mereka hilang kuasa.  Rupa-rupanya kuasa boleh mengubah sikap dan perangai seseorang.

PM NAJIB : SAYA MAHU TEMBIKAI ...

Najib Merayu-Rayu Minta 'Tembikai'


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji tidak akan mengecewakan harapan dan aspirasi masyarakat India di negara ini terhadap kerajaan BN.
Sambil menegaskan tidak mahu kaum India merasa terpinggir daripada arus pembangunan negara, Najib berkata beliau mahu mereka menjadi masyarakat yang semakin maju dan berjaya.

"Saya akan pastikan hari esok lebih baik untuk kaum India sama seperti kaum-kaum lain," katanya ketika berucap pada sambutan Pesta Ponggal Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan dan Duta Khas (Infrastruktur) Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu.

 
Najib mengakui banyak lagi cabaran dan masalah kaum India yang perlu diambil perhatian oleh kerajaan BN.

Berucap di hadapan sekitar 100,000 pengunjung, Najib berkata beliau akan berbincang dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran, untuk mempertimbang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang tidak mendapat bantuan penuh kerajaan, supaya ditukar kepada sekolah bantuan penuh kerajaan secara berperingkat.

"Kita juga akan sediakan peruntukan sewajarnya supaya prasekolah ditubuhkan di SJKT kerana pendidikan awal amat penting," katanya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar Kolej Tafe dinaik taraf menjadi kolej universiti teknikal kerana institusi itu mampu menyediakan peluang pendidikan teknikal yang amat diperlukan negara.

 
 Najib turut mencadangkan supaya peruntukan tertentu disediakan untuk menaik taraf pusat komuniti dan krematorium di kawasan yang padat dengan penduduk kaum India yang memerlukan perkhidmatan itu.

Beliau berkata Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Masyarakat India juga menumpukan antara lain kepada usaha meningkatkan jumlah ekuiti kaum India.

"Kita juga akan menambah bilangan kaum India yang mendapat akses kepada pendidikan tinggi dan akan mencari jalan untuk kurangkan kadar jenayah dan penglibatan orang muda kaum India dalam masalah sosial," katanya.

 
 Najib berkata beliau dan rakan komponen BN yang lain akan berganding bahu untuk memastikan masa depan kaum India dan kaum lain di negara ini terus terbela sekiranya sokongan terus diberi kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

"Tolong beri saya 'Nambikei' (kepercayaan), tolong beri saya kepercayaan dan keyakinan, kalau tuan-tuan dan puan-puan beri 'Nambikei' kepada saya dan kerajaan BN, pasti kita lakukan lebih banyak lagi perubahan dan kejayaan untuk kaum India di negara ini," tambahnya.

TUN DR M: SAYA TAKUT DENGAN ANWAR ...

Takut benar Mahathir dan kuncunya kalau UMNO tumbang

Sejak akhir-akhir ini bertambah risau benar Tun Mahathir akan kemungkinan Barisan Nasional tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13

Malah dalam entry yang dulu, aku ada tulis mengenai kerisauan Mahathir hingga menganggap pakatan akan cuba menghidupkan kembali Akta ISA untuk menghumban pemimpin BN yang tidak diskai oleh pakatan.

 "Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas."

Aku tak tau sama ada cerita ini relevan atau tidak, tapi bila aku tengok drama atau filem aku teringat pada kisah politik seperti yang aku cerita kat atas.

Kalau ada seorang manusia yang buat salah seperti membunuh ke, mencuri ke, dia pasti akan dihambaat rasa bersalah dan rasa takut yang amat sangat. Malah dia akan rasa seperti "diburu" siang dan malam. Tidur malam pun termimpi-mimpi.

Itu seperti yang diterjemah dalam siri drama atau filem. Dalam realiti politik, orang kata kenapa beriya-iya benar nak mempertahankan sesuatu dan cepat benar untuk menuding pakatan akan menyumbat mereka ke dalam penjara?

Macam ada sesuatu yang terselindung hehehehhee hanya mereka sahaja yang tahu.

Agak-agak kenapa UMNO beriya-iya sangat ingin mempertahankan putrajaya?