Wednesday, March 31, 2010

DOKUMEN APCO TERDEDAH- 1 ISRAEL = 1 MALAYSIA : APA KATA UMNO/BN ???

 Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya.


Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

 Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

 Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.



Wednesday, March 24, 2010

FORMULA ONE @ ONE IN A MILLIONE BLEH TAPIS LAGI, TAPI KALAU ONE MALAYSIA = ONE ISRAEL ???, KAMI TAK BLEH TERIMA ...



Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.-PERISIK RAKYAT.

P/S : Rakyat malaysia ramai dah pandai dah la ni. yang ada upsr dan pmr. majoriti spm dah semua. depa tau pikiaq hal-hal benda ni. depa tak mau israel. buat pi la lagu mana pun. tambah yang belajaq sampai degree, master tak pun phd lagi la tak bleh trima benda ni. ni nak buat lagu mana ni akalu benda ni betoi. jangan diam wahai umno/BN. orang tua-tua kata, anak dara ni kalau diam time orang minang..maknanya DIA SETUJU....

KALAU CINA DAN INDIA TAK TAKUT DENGAN ISLAM. SAPA YANG TAKUT SEBENARNYA ???




Apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut?

Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut?

Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut?

Sudah tentu jawapannya UMNO!!!

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Badrulamin Badron berkata Umno dan Barisan Nasional yang merencana dan melaksanakan konspirasi kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini digolongkan dikalangan kaum munafik dan fasik menurut fatwa terbaru ulama tersohor Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Bercakap pada ceramah anjuran KEADILAN Cabang Tambun di Kampung Manjoi Baru minggi lepas, beliau menegaskan akibat daripada konspirasi pertama terhadap Anwar terjadinya perpecahan paling dikalangan rakyat semua lapisan di Malaysia.

"Ada yang tanya apa kena mengena fitnah ini dengan kita, ini soal Anwar dengan Dr Mahathir masa itu. Kalau begitu mengapa yang kita bergaduh dengan jiran tetangga, bukankah yang kita berpecah itu bukan sifat munafik namanya.

"Kesan fitnah yang paling hebat ialah perpecahan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, bandar dan bukan bandar semuanya tanpa pengecualian. Perpecahan yang paling dahsyat ialah akibat fitnah pada tahun 1998. Sudah 12 tahun adakah sudah damai ke belum, dah taubat ke, siapa nak tanggung dosa permusuhan ini?

"Rasulullah bersabda tidak halal bagi seorang Muslim bermusuh dengan saudaranya lebih dari tiga hari, sekarang sudah berapa tahun?" Dr Badrulamin melontarkan persoalan kepada lebih 500 penyokong yang hadir.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menambah isu fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu bukan sahaja berkisar kepada hujah laporan perubatan dan dikaji dari segi saintifik tetapi juga mempunyai dimensi agama dan akhlak.

Berhubung Konspirasi II terhadap Anwar, fatwa Pengerusi Majlis Ulama Sedunia itu menyata bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah munafik.

Dr Yusuf juga menyebut bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

"Saya berpesan dalam kes fitnah terhadap Anwar kalau kita tidak mampu membela beliau lebih baik kita diam, jangan tambah dosa. Kalau nak komen dalam blog, facebook dan laman web, komenlah kerana Allah bukan hanya suka-suka komen, nak komen kena faham isu baru nak komen kalau tak faham bertanya, sebab setiap komen kita akan dipertanggungjawabkan, setiap huruf dan setiap ayat yang kita susun dalam facebook, blog dalam alam maya ini kita akan jawab didepan Allah SWT.

"Kalau kita guna akal fikiran, Anwar pada 1998 sudah diaibkan, dimalukan, diseksa, dizalimi sekarang mereka (Umno-BN) buat lagi.

"Dalam Al-Quran di nyatakan dengan jelas kalau orang fasik datang kepada kamu dengan satu berita, 'check' dan 'double check', jangan sampai kita menghukum dan buat satu kenyataan yang mengaibkan orang lain. Dalam hal fatwa ini wajib kita sampai dan sebarkan," kata Dr Badrulamin lagi.

Menyentuh mengenai Pakatan Rakyat Dr Badrulamin berkata Umno-BN kini cukup takut dengan kekuatan gagasan itu menyebabkan musuh sentiasa mahu mengugat dan memecahbelahkannya.

"Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Mereka tidak pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya amat luar biasa.

"Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah," jelasnya.

Oleh kerana itu kata beliau Umno-BN mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.

"Dalam isu kalimah Allah apakah Umno bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Allah di Semenanjung? Status Allah pun berbeza ikut zon?

"Ini kerana mereka melihat sokongan orang Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.

"Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini tidak ada Sultan. Bagaimana pula dengan Melaka, sebab itu saya kata pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan politik," kata Dr Badrulamin lagi.

Walau bagaimanapun segala perancangan jahat Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.

"Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak pecah belahkan kita, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan kita tapi makin kuat kita diasak makin kuat kita berteguh, berpakat.

"Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".

"Mereka nak pecah belahkan kita sebab apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut? Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut? Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut? Sudah tentu jawapannya Umno!" tegas Dr Badrulamin.

MAI TENGOK : Beza antara Umno, PKR dan PAS


POLITIC is the art of possible kata ahli politik Jerman, Otto Von Bismarck. Mungkinkah kerana berpegang kepada falsafah itu tiga anggota parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti.

Terakhir anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, 65 mencuba falsafah itu. Sebelumnya Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).Manakala anggota parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula dipecat sebagai ahli parti. Sekarang jumlah anggota parlimen PKR tinggal 27 orang.

Rakan-rakan sekutu lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP kekal 28 kerusi dan PAS juga bertahan 23 kerusi. Pada awalnya jumlah anggota parlimen yang menang atas tiket PAS ada 24 kerusi, namun Datuk Ibrahim Ali enggan mengakui hakikat itu.

Jadi PAS terus kekal dengan 23 kerusi biar pun ada pertambahan dengan satu kerusi di Kuala Terengganu pada Januari 2009.

Politik ikut cuaca juga melanda wakil rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun). Mereka lebih ramai yang sudah beralih angin.

Segala cerita bermula di Perak pada awal tahun lepas. Dua Adun PKR iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Osman Jailu (Changkat Jering) dilaporkan hilang, tiba-tiba mereka muncul bersama Datuk Seri Najib Razak.

Turut hilang Adun DAP, Hee Yit Fong (Jelapang). Amalan politik mereka menepati ramalan Otto Von Bismarck, segala kemungkinan boleh berlaku. Benarlah dikatakan ia seumpama cuaca.

Jamaluddin, 53, sebelum itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan.

Manakala Osman, 58, ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak.

Mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. Perbicaraan kes mereka didengar di Mahkamah Sesyen bermula 10 Februari 2009.

Ekoran agenda turn about itu kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Maka kedudukan PAS, DAP dan PKR di Dun Perak merosot kepada 27 kerusi iaitu sama dengan jumlah dimenangi Barisan Nasional. Masing-masing ada 27 kerusi.

BN cuma bernasib baik apabila Jamaluddin, Osman dan Hee menyatakan secara lisan kepada Sultan Perak untuk menyokong BN dan tidak lagi Pakatan.

Isu tersebut terheret sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Akhirnya hakim memutuskan Sultan berhak melantik Menteri Besar baru biar pun di luar prosedur persidangan Dun.

Keputusan itu biar pun dipertikaikan banyak pihak, namun mengesahkan Pakatan Rakyat hilang segala kuasa di Perak.

Kemudian sindrom menari ikut cuaca menjangkiti Selangor apabila seorang lagi Adun PKR hilang. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dikatakan hilang selama lima hari.

Kemudian muncul dengan menyatakan pendirian keluar dari parti yang memenangkannya untuk bergelar wakil rakyat.

Adun Pelabuhan Klang itu membuat pengumuman di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Sejak menang pada Mac 2008 beliau dikatakan menimbulkan masalah kepada parti. Dia didakwa tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Sindrom serupa menjangkiti pula Kedah apabila Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh juga membuat keputusan nekad keluar PKR.

Semua wakil rakyat yang keluar parti hanya menyatakan menjadi wakil bebas dan bukan menyertai Umno.

Berlainan dengan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin apabila mengumumkan menyertai Umno.

Tindakannya tidak mampu membantu Umno kerana dia datang sebatang kara dan tiada title YB bagi membolehkan harga dirinya melonjak tinggi.

Fairus meninggalkan kerusi Penanti kepada Dr Mansor Osman. Akhirnya Fairus pergi dengan harga yang tidak mahal. Sekadar selendang silat yang mampu diberi kepada Najib.

Mungkin apa yang menyebabkan Fairus berundur kerana desakan pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum itu sudah bertiup kencang bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang terbabit dikatakan sukar ditemui rakyat.

Berita sedemikian seperti sukar dinafikan. Tanyalah sesiapa pun di Pulau Pinang, mereka mengeluh apabila disebut nama Fairus.

Beberapa penduduk di Nibung Tebal mengakui sukar untuk menemui Fairus ketika menduduki jawatan nombor dua di negeri berpulau itu.

“Janji banyak tidak ditepati. Janji hendak datang, akhirnya batang hidung tak nampak,” kata seorang penduduk ketika ditemui di sebuah masjid di Nibung Tebal dua tahun lalu.

Politik yang dianggap seni serba kemungkinan tersebut juga menghempap mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Ketika dia datang ke Kota Bharu akhir tahun lepas, tidak ramai yang kenal.

Jauh berbanding tokoh politik PKR yang lain.

Beliau nampak sunggul biar pun berada di atas pentas pada konvensyen PKR Kelantan ketika itu. Wajahnya tidak nampak ceria.

Mungkin kecamuk jiwanya untuk meninggalkan parti sudah berombak ketika itu. Cuma mungkin Anwar dan pimpinan lain PKR belum dapat meneka.

Dan hari ini dengan wajah kusam dia hadir pada sidang media Zahrain dan Tan ketika mengumumkan keluar daripada PKR.

Bukan sekadar itu beliau pula mendakwa lebih 10 wakil rakyat akan keluar parti.

Ekoran episod tersebut 12 wakil rakyat PKR mengadakan sidang media menyatakan mereka akan terus kekal bersama parti.

Salehuddin membiarkan dirinya menjadi mangsa cemuhan apabila sanggup tampil pada sidang media dua bekas anggota parlimen PKR terbabit.

Situasi itu mengundangkan pelbagai andaian yang tidak mampu ditolak Salehuddin. Maka ada orang mendakwa dia menjadi segala dalang dalam episod politic is the art of possible.

Telahan berkenaan biar pun mampu dijawab dengan 1001 alasan, namun persepsi untuk menggambarkan siapa sebenar Salehuddin sudah terjawab.

Ketika art of possible sedang menggoncang teratak PKR, PAS nampaknya lebih kukuh kerana bertunjang akar agama.

Pengalaman kerajaan PAS di Kelantan yang dipisahkan dengan satu kerusi, namun mampu bertahan sepenggal tiada tolak bandingnya. Cuba bayangkan PAS - 23 dan BN – 22, PAS hanya seperti telor di hujung tanduk sebelum Mac 2008.

Namun telor PAS tidak retak dan apa lagi bergolek jatuh. Bukan tiada umpan berjuta ringgit seperti berlaku sekarang, sebaliknya berguni wang tunai cuba disogok kepada Adun PAS ketika itu.

Dalam situasi politik baru sekarang, nampaknya politik ikut cuaca seperti disebut Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berlaku kepada parti berteras agama.

Menari ikut cuaca boleh berlaku kepada parti berteras nasionalis dan ideologi. Ideologi dan nasionalisme ciptaan manusia, bukan agama yang diturunkan dari langit.

Inilah sebenarnya yang membezakan di antara PAS, Umno, PKR dan DAP. Jelaslah agama tidak merubah seseorang menjadi seperti cuaca. -Oleh M Faqih

Saturday, March 20, 2010

BERITA TERKINI : UNTA UMNO/BN NAK BUAT KACAU LAGI ???


Petang tadi ada kawan foward sms mengajak orang ramai berdemontrasi depan wisma pagi esok atas isu air, kata mereka, Kedah ada 4 empangan besar, tapi air sering tak ada, kotor dan keruh. Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang baru diwujudkan sebagai badan pelaksana/operator di negeri Kedah di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) diterjemahkan sebagai "Syarikat Air Dato' Azizan". Maka diseru orang ramai bawa baldi dan timba untuk diserahkan kepada YAB MB esok.
.
Seingat saya, sejak awal mengambil alih kerajaan ini YAB telah mengutarakan isu yang sangat besar untuk diangkat oleh kerajaan dan rakyat Kedah iaitu: Kedah harus dibayar RM100 juta setahun atas pengorbanan kerajaan dan rakyat menyediakan bekalan air bagi kegunaan pertanian di utara semenanjung. Ia disebut Carbon Money atau Payment Of Environment Sevices (PES). Dengan air yang ditakung dalam empangan di Kedah, yang ditadah oleh hutan-hutan yang tidak diusik di negeri ini, maka sektor pertanian khususnya padi dapat ditanam 2 kali setahun di kawasan MADA Kedah dan Perlis hingga Pulau Pinang. Air Kedah juga menjadi sumber kegunaan domestik dan industri di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Hasil dari pertanian dan industri ini kebanyakannya mengalir kepada Kerajaan Pusat dalam bentuk cukai dan penyumbang kepada KDNK.
.
Kedah menjadi jelapang padi kerana tadahan air ini, Pulau Pinang berjaya mengangkat Syarikat Pengurusan Bekalan Airnya ke papan Utama Bursa Malaysia kerana sumber Air Kedah. 63% beras untuk rakyat Malaysia datang dari jelapang padi yang disalirkan oleh air Kedah. Maka, pengorbanan rakyat Kedah untuk negara harus dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan peruntukan RM100 juta setahun. Tapi tak ramai rakyat Kedah bangkit menyokong tuntutan ini. Masa BN memerintah dulupun, tuntutan ini tidak diperjuangkan sepenuhnya, walaupun dari satu bakul politik yang sama.
.
Timbalan Menteri Pertanian & Asas yani dari Jitra yang kurang cermat itu tiba-tiba membuat kenyataan menghentam Kerajaan Negeri akibat isu air dengan berkata walaupun kemarau bertahun-tahun, bekalan air di Kedah tak akan terjejas kerana Kedah banyak empangan. Dia terlupa empangan itu untuk pengairan pertanian yang dibawah kementeriannya. Alangkah malangnya kementerian itu!
.
Minggu sudah, SADA memohon JPS melepaskan takungan dalam Empangan Beris ke Sungai Muda kerana banyak( inlet) rumah pam sudah tergantung kerana air sungai surut kerana kemarau. Akibat kepanasan yang melampau, berlaku banyak kehilangan air proses pemeluapan dan NRW (Non Reveniew Water). Rumah pam dan tangki SADA sudah beroperasi pada tahap maksimum, kalau ditambah lagi pressure ke atas kelengkapan ini, ia boleh rosak sepenuhnya.
.
Ini musim kemarau! Negeri-negeri lain seperti Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan sudah melaksanakan catuan air. Syabas di Selangor adalah antara operator air terbaik negara waktu ini juga menghadapi masalah hingga terpaksa mencatu bekalan air. 20 liter padu pertama air di Selangor adalah percuma.
.
Masalah air di Kedah sekarang tidak ada sangkut paut dengan kelemahan pengurusan kerajaan sekarang ataupun kelemahan 'Syarikat Air Dato' Azizan'. Ia bersangkut dengan musim kemarau panjang di seluruh negara.
.
Johor adalah negeri kelahiran UMNO, kalau parti itu cekap, mengapa Johor juga menghadapi krisis, sedangkan operatornya juga antara yang terbaik waktu ini, dan Johor adalah pembekal air kepada Singapura? Negeri 9 tidak diperintah oleh selain dari BN, tetapi kena mencatu air sekarang. Maka, tak perlulah menyalahkan siapa jadi parti pemerintah sekarang kerana parti tak boleh mengawal cuaca. Kemarau dicipta oleh Yang Maha Pencipta, Pemilik Dunia ini.
.
Kalau nak juga menyalahkan parti juga, saya ingin katakan semua prasarana dan infra air di Kedah sekarang dibuat di zaman BN, dengan jumlah hutang RM1.6 bilion kepada kerajaan pusat. Banyak paip sudah berkarat dan sering pecah. Malah, prasarana dan infrastruktur air yang sepatutnya berada 5 tahun dihadapan unjuran keperluan air domestik, kini sedang berada di belakang! Bijakkah parti dulu itu?
.
Demontrasi Isu Air... Nak Jadi Hero atau Buka Pekung Di Dada?

Bekalan dan pengurusan air di Langkawi yang diswastakan kepada sebuah syarikat kroni MCA mendatangkan kerugian kepada kerajaan negeri hampir 20 sen bagi setiap liter. Hingga 2020, unjuran kutipan hasil tahunan ialah RM35 juta, tetapi kerajaan kena bayar kepada syarikat itu lebih RM70 juta setahun. Cerdik kah parti yang memerintah dulu itu?
.
Silalah datang berdemontrasi esok dan jeritlah kelemahan kerajaan sekarang kalau mahu didedahkan lagi kelemahan dan kepincangan orang dulu-dulu. Dan berharap lah dengan bersungguh-sungguh timba dan baldi yang dijinjing itu dapat menamatkan musim kemarau sekarang. Jangan dipecahkan pula, nanti baldi itu boleg diguna untuk menimba air yang melimpah ke dalam bilik tidur kerana banjir! Orang Jitra yang jadi Timbalan Menteri tu suruh lepaslah air di semua empangan untuk minum, memasak dan membasuh, sawah bendang tak akan kering kontang, kerana Dato' adalah Timbalan Menteri yang bijaksana! Kerajaan Pusat, bayarlah RM100 juta atas pengorbanan rakyat Kedah, prasarana akan lebih baik, Kedah akan Sejahtera.....
-BLOG SETPOL MB/SANUSI

KEDAH SEJAHTERA : EXCO BARU KITA ...


NAMA EXCO & PORTFOLIO

1. YAB. DATO’ SERI USTAZ AZIZAN BIN ABDUL RAZAK
Menteri Besar Kedah Darul Aman
Pengerusi J/K Perancang Ekonomi Negeri, Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi & Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Keselamatan Negeri, Kewangan, syarikat Milik Kerajaan
2. YB. DATO’ IR HAJI PHAHROLRAZI BIN HAJI ZAWAWI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan.
3. YB. DATO’ HAJI MOHAMED TAULAN BIN MAT RASUL
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Agama, Pelajaran dan Koperasi
4. YB. DATO’ IR AMIRUDDIN BIN HAJI HAMZAH
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Industri & Pelaburan, Pertanian & Industri Asas Tani, Bioteknologi. Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga
5. YB. DR. HAJI HAMDAN BIN MOHAMED KHALIB
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Belia & Sukan, Kesenian & Warisan, Kebudayaan
6. YB. USTAZAH HJH SITI ASHAH BT HAJI GHAZALI
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat
7. YB. DR. ISMAIL BIN SALLEH
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Kesihatan, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan. Sains & Inovasi, Teknologi Maklumat & Komunikasi
8. YB. ENCIK MANIKUMAR SUBRAMANIAN
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam.
9. YB. ENCIK LIM SOO NEE
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Perdagangan dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia.
10. YB. USTAZ HAJI ABD GHANI BIN AHMAD,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Penerangan, Pembangunan Usahawan.
11. YB. TAN JOON LONG @ TAN CHOW KANG
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
Pengerusi J/K Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

Tuesday, March 16, 2010

PEMUDA KUANTAN DAH BUAT DAH...PEMUDA PAS MERBOK BILA LAGI .....




KUANTAN, 16 Mac [3.10 pm] - Dewan pemuda PAS kawasan kuantan baru-baru ini telah menganjurkan program "Orang Muda Geng Kite". Program itu telah dilangsungkan di Taman Esplanade berhadapan dengan Hospital Tg.Ampuan Afzan dekat sini. Program yang bermula dari jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 malam itu telah mengejutkan anak-anak muda yang melepak di sekitar taman itu. Semasa program dijalankan, makanan dan minuman juga telah disediakan sebanyak 200 bungkus untuk diagihkan kepada anak-anak muda pada malam itu. Sementara itu Ustaz Riduan Mohd Nor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat pula telah melancarkan risalah "Anti Zina" untuk diedarkan kepada orang ramai. Program turut disertai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kuantan, Ustaz Fadli Ibrahim. Menurut beliau, antara lain objektif program tersebut ialah bagi mendekati golongan muda dengan parti PAS. "Kita juga menyebarkan risalah larangan zina dan melatih petugas-petugas yang terlibat memberi penerangan secara berkhemah serta menyantuni golongan ini" katanya.
pahangdaily : -[Taman Espalanade adalah satu lokasi yang menjadi tumpuan anak-anak muda setiap malam terutamanya hari minggu di bandar Kuantan. Selain daripada aktiviti maksiat, golongan ini juga menjadikan lokasi itu sebagai medan lumba haram yang cukup popular. Sudah puas dan banyak tindakan dilakukan oleh pihak polis untuk menghindarinya, namun ternyata golongan ini sudah tidak ambil peduli dengan mana-mana undang-undang. Kegiatan mereka ini amatlah dikesali dan mencemari situasi tenang di hospital yang berhampiran. Program anjuran Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuantan ini amatlah baik sekali untuk mendidik jiwa-jiwa mereka agar kembali mencintai Islam dan menjauhkan daripada melakukan perbuatan terkutuk terutamanya Zina. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa hadapan. Kami tertunggu juga, bilakan agaknya Pemuda UMNO Pahang akan anjurkan program yang sama seperti ini. Berilah kesedaran kepada golongan muda agar kembali kepada Islam].
-P/S : pemuda kawasan kuantan, pahang dah buat dah. kawasan kita bleh tahan gak ni. pada asasnya walaupun program ini dilaksanakan, sememangnya tak dapat hapuskan 100%. sebab geng muda kita ni memang loqlaq dan tak dengar cakap. tapi sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu. makna nya turun padang untuk jumpa geng muda, jangan belasah depa atau tarbiyah lebih-lebih. buat baik, sembang-sembang, pastu belanja makan. lama-lama malu sendiri la depa. kalau kat pahang pemuda pas buat program ni sebab banyak port maksiat. kat merbok pun banyak jugak. sampai dalam mastika dan surat khabar pun ada. kalau pemuda pas nak buat program "orang muda geng kite" macam pemuda kuantan buat, rasanya banyak tempat leh buat kot. port orang muda kita merendek banyak nie. tanjung dawai, tupah, taman bujang, bukit batu pahat, kalau malam area jalan hutan getah ke pengkalan bilis batu besi, highway lencongan ke aimst university, pantai sungai pial, lencongan sungai deraka, lencongan dalam segantang garam, jalan ke sidam bukit selambau, jeti feri merbok. hui..banyak tempat tu..... bila deh nak start...

Wednesday, March 3, 2010

PERTAHAN KEMENANGAN DUN TJG DAWAI : PAS MERBOK BELUM BERSEDIA ...

bersediakah PAS kawasan merbok mengadapi pilihanraya, jika atau hanya jika ianya terpaksa dan di paksa berlaku pada ketika ini. kalau tak masa ni, mungkin juga tahun 2012 nanti atau 2013. rasanya kalau berlaku pada hari ini, sah bleh jamin kalah. kalau dari segi kertas kerja konpem kalah. kalau kelebihan pengundi, sahih kalah. kalau dari segi kemudahan jentara, kalah juga. kalau nak harapkan kemenangan macam mac 2008, jangan harap la. tsunami dah sejuk dah. tambah-tambah pulak kawan rapat dalam pakatan (PKR) yang di cop "Pemimpin Kencing Rakyat" yang kian giat melompat. menambah lagi keburukan dalam PR. mana ada tsunami nak mai dah... tanda gempa pun takdak ni...
apa yang nak di katakan disini tentang persediaan PAS kawasan merbok. pakat dok melangut ja. yang dok kempen kat kedai kopi pun ada lagi. tak habis-habis. teringat pulak kata-kata dato` husam musa, exco pas kelantan waktu mai putim hari tu.perjumpaan khas dato` paduka husam musa bersama jawatankuasa kerja pas merbok pada minggu lalu. dengar kata banyak jugak nasihat dan pandangan beliau menyentuh perkembangan semasa politik tanah air. pas merbok juga turut di sentuh beliau. penulis mendapat maklumat dari kawan rapat jugak la yang pi hari tu. naka kata spy..tak spy sangat la...
nasihat yang beliau bagi dan perangkaan masa depan pas yang padat dan lengkap. baguih jugak kalau pemimpin pas yang pemikir macam ni. cerah masa depan pas. bersemangat betoi tengok ada pemimpin lagu tu. tapi lepaih dia balik... orang kita kat sini sama ja. masuk telinga kanan... keluaq telinga kiri. kalau tengok DUN tjg dawai ni, majoriti menang hari tu cuma 79 undi ja. la ni dah nak masuk 2 tahun dah. berapa ramai penyokong atau pengundi pas yang berjaya di daftarkan di DUN ni. untuk makluman kalau rujuk di daftar pemilih yang di keluarkan setiap 3 bulan (boleh rujuk di pejabat pos) kabanyakan pendaftar baru adalah umno/BN. tak percaya, pi la tengok. kalau ada 5 orang pengundi baru, pas 1 umno 4. kalau macam tu bagi setiap peti undi, sah pas bungkuih. orang pas yang lain dok syok menang lagi. apa ceqita ni? tapi setiap cawangan umno giat mencari ahli baru dan kutip pendaftar baru SPR. kalau tengok rekod daftar baru... masuk umor ja 21, teruih depa daftar. kalau sebulan boleh sorang ( 1 pengundi) bagi satu cawangan, satu peti undi dah bleh berapa. belum lagi kira setiap saluran. kalau 10 peti undi dah berapa? tu kalau sebulan. la ni dah dua (2) tahun. dok ada 24 bulan. bulan puluh2 depa dapat, dah ratus-ratus. kalau kira cawangan umno seluruh parlimen merbok, berlambak ada. bukan setakat DUN tanjung dawai tumbang, satu negeri bleh jatuh. dah ada bukti kat terengganu dulu. dok syok sangat. sampai lupa dah cari ahli/pengundi baru suh daftar. last-last umno daftar lebih 70,000 orang dalam 4 tahun ja. la ni PAS nganga.
kat merbok/kedah kalau dok pakat syok sendiri lagu ni...pakat tergolek la. kalau setiap cawangan umno dok pulun macam la ni, bukan setakat DUN tjg dawai, parlimen pun tergolek. kalau cawangan umno seluruh negeri buat, kedah pun tergolek. mudah jek... tak percaya? tunggu laaa... bukan apa... dulu dengar cerita ada la geng-geng pas cawangan berebut jawatan, bertanding la, apa la. melobi habih sampai nak pegang jawatan dalam kawasan. nak jawatan tu sebab nak buat keja kan? la ni tunggu apa. buat la. takkan harap yang ceroi buat keja kot.... dulu nak sangat pas menang, dah menang depa tak mau jaga pulak. takkan Y.B nak jaga sorang-sorang....
ADA LAGI : dok rasa lepaih ni sama jadinya. tak dak sapa pun dok ambik tau. pakat dok syoq sendiri juag. no improvement. dok harap doa ja, bila nak berubah. bila ada ceramah..pakat menuru pi. pas tu balik pakat ulas sorang sikit. pas tu buang tepi jalan. kalau ceramah macam mat sabu tak pa la. tapi kalau datang dari pemikir pejuang PAs yang rasional..kena terima. kita berjuang dalam jemaah, tapi takde pape pun. kempen "orang mude geng kiter "ntah kemane. ni nak cari daftar pemilih baru camne pulak? tak nak jadi ahli pas takpe. tapi jadi pengundi pas dah ler. ni mengundi pun tak aper citer. sape punyer kejer ni. memperolehi kemenangan lebih mudah daripada mempertahan kemenangan ...

Umno/BN beli AP maruah rendah - untuk persempadan semula kawasan pilihan raya




Blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin mendakwa, Umno sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk membeli wakil rakyat Pakatan bagi membolehkan mereka kembali dengan kuasa dua pertiga.Kuasa dua pertiga ini diperlukan untuk meluluskan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang bakal digunakan untuk menumpaskan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Persempadanan semula kawasan pilihan raya ini pula dibuat dengan cara gerrymandering.(Gerrymandering adalah kaedah persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat sedemikian rupa untuk menyusun para pengundi untuk kepentingan pihak tertentu yang menghasilkan bentuk yang luar dari biasa)Menurut perlembagaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhak membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya pada setiap lapan tahun sekali.Kali terakhir ia dibuat adalah pada tahun 2003 iaitu sebelum pilihan raya 2004 berlangsung.
Hasilnya, BN menang besar dalam pilihan raya itu.Pencapaian Barisan Nasional (BN) akan sentiasa bertambah baik dalam pilihan raya yang diadakan selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya melalui gerrymandering ini.Ia berlaku menjelang pilihan raya 1986, 1995 dan 2004. Dalam kesemua pilihan raya tersebut, pencapaian BN sentiasa lebih baik dari pilihan raya sebelumnya.Menurut Raja Petra dalam tulisannya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor untuk memecahkan kuasa politik Cina di Selangor dengan mengumpulkan mereka di Kuala Lumpur sahaja.Ia dibuat ekoran kejatuhan Selangor ke tangan pembangkang pada pilihan raya 1969.
p/s : lepas ni ada lagi kot geng PKR kianat yang nak pi bebas tue. pi la hangpa. dok jadi bewak hidup nak buat apa. sib baik parlimen merbok tak lari kalau dak... lu pikir la sendiri. tahniah dato` Rashid masih kekal dalam PKR/ PR.