Tuesday, February 2, 2010

Y.B Ir. Khalid Samad (MP Shah Alam) - Penjelasan Terhadap Pertuduhan JK Disiplin

Saya telah dimaklumkan bahawa ramai yang tidak mengetahui pertuduhan yang telah dikenakan ke atas diri saya oleh Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dimajukan kepada JK Disiplin. Oleh itu macam-macam andaian telah diutarakan melalui beberapa blog, e-mail dan SMS yang diterima. Oleh yang demikian, demi mengelak berlakunya kekeliruan dan fitnah yang lebih besar, maka saya ketengahkan tuduhan-tuduhan tersebut sepertimana ianya dikemukakan kepada saya.
Saya sebutkan juga jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan, secara ringkas, bukan sebagai kritikan, bantahan atau mempersoalkan keputusan yang telah dibuat oleh JK Disiplin, tetapi demi menjelaskan keadaan sebenar. Ianya juga akan menjadikan proses ‘perbicaraan’ diri saya lebih telus, supaya semua yang mengikuti persoalan ini dapat menilai proses berkenaan dan keadilan keputusannya.Sebagai parti arus perdana, PAS mesti mampu menzahirkan keadilan dalam setiap tindakannya dan juga mempertahankannya sekiranya dipertikai. Bukan sekadar oleh ahli tetapi oleh anggota masyarakat keseluruhannya. Mad’u yang ramainya di luar sana tidak boleh diyakinkan hanya dengan menyebut kalimah wala’. Perkara inilah yang kadang kala terlupa oleh PAS sendiri. PAS bukan lagi parti pinggiran yang tidak dihiraukan oleh semua kelompok masyarakat. PAS merupakan parti arus perdana yang menawarkan diri sebagai alternatif kepada UMNO.
Rakyat dan bukan hanya ahli, ingin melihat bagaimana kita bertindak dalam semua hal, termasuk cara PAS menegakkan keadilan di kalangan ahlinya.Oleh itu ketelusan adalah amat penting dan perlu diamalkan. Keadilan bukan sekadar perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat terlaksana.Sebenarnya, Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor telah mengemukakan tidak kurang dari 8 tuduhan terhadap diri saya tetapi hanya dua sahaja telah diterima sebagai ‘berasas’ oleh JK Disiplin. Aduan ini telah dilakukan oleh Dewan Harian tanpa membincangnya dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor itu sendiri. Dato PJ dengan mereka yang beliau sendiri lantik mengambil tindakan ini tanpa merujukkannya kepada BPPNS. Oleh itu, kalau ditanya YDP Kawasan, saya pasti semua tidak tahu apa tuduhan-tuduhan tersebut.Dua tuduhan yang dianggap berasas dan jawapan balas saya terhadap tuduhan-tuduhan berkenaan adalah seperti berikut:

1. PERTUDUHAN PERTAMA
“BAHAWA kamu Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 126504 telah dengan secara salah, dengan sengaja dan dengan pengetahuan dan tanpa hak, mempertikaikan kekuasaan dan kedudukan Pesuruhjaya (PJ) PAS Negeri Selangor dalam membuat kenyataan berkait dengan tatacara pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) Negeri Selangor dengan membuat desakan perletakan jawatan olehnya sedangkan sebagai PJ beliau memiliki hak istimewa (privilege) untuk berbuat demikian dan PJ adalah dilantik oleh Presiden Parti dan perbuatan itu kamu telah mencampuri urusan Presiden Parti dan hak bidangkuasa PJ dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan satu kesalahan di bawah Fasal 34 (4) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum dibawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Pertama ialah:
a) Saya menyatakan bahawa pertuduhan tersebut tidak tepat kerana saya tidak mendesak beliau meletak jawatan sebagai PJ. Saya sekadar menyatakan bahawa beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai exco dan menjadi seorang ‘back-bencher’ sekiranya beliau ingin mengkritik kerajaan PR Selangor. Ini adalah lebih wajar, lebih-lebih lagi apabila beliau sendiri menyatakan teguran beliau dibuat dalam kapasitinya sebagai seorang exco dan bukan sebagai PJ PAS Selangor.
b) Saya juga menyatakan bahawa saya meminta pimpinan PAS untuk menilai prestasi beliau sebagai PJ dan saya tidak mendesak beliau letak jawatan sebagai PJ. Saya faham bahawa PJ dilantik oleh Presiden namun sebagai seorang ahli BPPNS saya merasakan diri saya berhak untuk meminta prestasi PJ dinilai. Lebih lebih lagi apabila mandat yang diberikan kepada beliau melalui Muktamar adalah untuk mengukuhkan PR di Selangor dan beliau jelas tidak melaksanakan amanah tersebut.
c) Saya turut menjelaskan bahawa saya telah keluarkan kenyataan membantah kenyataan PJ yang menyalahi semangat kerjasama PR. Ianya adalah demi membela dan menegakkan prinsip setiakawan PAS bersama PR. Ini merupakan tanggung jawab saya sebagai ahli PAS yang menerima keputusan Muktamar supaya PR dikukuhkan.
d) Saya turut bertanya samada mengkritik PJ dalam tindakannya yang bercanggah dengan keputusan muktamar adalah satu kesalahan. Soalan ini dijawab oleh salah seorang JK Disiplin dengan mengatakan bahawa itu adalah untuk JK Disiplin menentukan.

2. PERTUDUHAN KEDUA
“Bahawa kamu, Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, sebagai seorang ahli Parti Islam SeMalaysia (PAS) No. 0126504 telah dengan secara salah, dengan sedar dan pengetahuan mendedahkan rahsia Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang bertarikh 27hb September 2009 jam 3.30 petang melalui Blog peribadi dan dengan itu kamu dianggap telah melakukan kesalahan di bawah Fasal 75 (1)(e) Perlembagaan PAS dan jika didapati bersalah boleh dihukum di bawah Fasal 75 (5) Perlembagaan PAS”.

Jawapan Saya Kepada JK Disiplin Berhubung Pertuduhan Kedua ialah:
a) Saya bertanya apakah definasi ‘rahsia’. Saya turut menyebut bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah, saya tidak beranggapan begitu. Apa yang ditulis dalam blog saya adalah pandangan saya berhubung isu berkenaan dan oleh itu saya tidak menganggapnya sebagai ‘rahsia’ parti dan semenjak bila pula pandangan seseorang ahli dianggap rahsia parti?
b) Saya minta diberitahu apakah ‘rahsia mesyuarat BPPNS’ yang telah saya dedahkan tetapi saya tidak mendapat jawapan hingga ke hari ini. Sekiranya ianya berhubung tarikh, waktu dan tempat mesyuarat tersebut diadakan, ianya telah lama diketahui umum kerana wartawan telah hadir untuk Dewan Harian mengadakan PC sebaik sahaja mesyuarat tersebut selesai.Mungkin kenyataan saya “bahawa sekiranya semua yang disebut dalam mesyuarat adalah rahsia, maka jelas saya bersalah” dianggap sebagai pengakuan kesalahan oleh Dato Tuan Ibrahim.
Maka inilah yang menyebabkan beliau memaklumkan Malaysiakini bahawa saya sendiri mengaku bersalah, tetapi hakikat sebenarnya ia bukan satu pengakuan, tetapi sebaliknya merupakan satu soalan. Ini kerana, sekiranya semua perkara di dalam mesyuarat dianggap rahsia, maka saya kira sebahagian besar yang terlibat dalam mesyuarat PAS peringkat Pusat ataupun Negeri akan mendapati diri mereka telah melanggar displin parti.Begitu juga dengan kenyataan beliau kepada Malaysiakini bahawa saluran dalaman perlu digunakan sekiranya ada yang tidak puas hati. Hakikatnya saya telah menggunakan saluran dalaman sejak dari awal 2008. Hasil menggunakan saluran dalaman adalah pemecatan diri saya sebagai TPJ Negeri Selangor. Selepas itu saya membuat beberapa aduan kepada pimpinan Pusat termasuk surat kepada DS Presiden tetapi malangnya tiada apa-apa tindakan ataupun maklum balas. Akhirnya berlaku peristiwa SelCAT dan EGM dicadangkan oleh TGNA untuk menapis keluar golongan anti-PR.
Cadangan EGM ini ditukar kepada JK Disiplin dan inilah kesudahannya. Terpulang pada semua untuk menilai samada keputusan ini memenuhi hasrat EGM yang dicadangkan oleh TGNA. Sekiranya ‘ya’ maka Alhamdulillah. Sekiranya tidak, maka apakah persoalan EGM perlu dihidupkan kembali? Itu, fikirkan sendiri. Saya hanyalah sekadar ahli biasa.Dalam mendengar jawapan saya kepada kedua-dua pertuduhan seperti di atas, pihak JK Disiplin tidak memberi indikasi samada jawapan tersebut dipersetujui atau sebaliknya.

Mereka hanya mencatit tanpa sebarang respon dan soalan yang diajukan oleh mereka adalah sekadar untuk mendapat penjelasan berhubung sikap serta tindakan saya tanpa menyatakan persetujuan mereka atau sebaliknya.Saya kemukakan pertuduhan dan jawapan saya untuk makluman umum kerana isu ini telahpun menjadi isu yang dibincang oleh ramai. Dengan maklumat ini semoga perbincangan ini akan lebih tepat kerana berasaskan maklumat dan bukan andaian. Ianya bukan soal SYABAS atau Puncak Niaga seperti yang disebut oleh beberapa bloggers, walaupun itu tetap merupakan persoalan yang masih belum dijawab.Saya sama sekali tidak bertujuan membantah keputusan JK Disiplin dan saya harap tulisan ini tidak pula dianggap sebagai bantahan atau pendedahan ‘rahsia’ parti.
Keputusan diterima dan saya akur dengannya. Saya yakin semua yang terlibat menyedari tanggung jawab mereka terhadap Allah dan tiada niat untuk menzalimi diri saya. Keadilan mesti dilakukan walaupun terhadap seorang musuh, apatah lagi terhadap seorang rakan perjuangan. Saya sendiri telah berpesan kepada Dato Tuan Ibrahim sebelum ini, “kalau saya bersalah, hukumilah saya dan jangan benarkan persahabatan kita menyebabkan Dato terpesong dari melakukan keadilan dan begitu jugalah hendaknya terhadap Dato PJ”. Maka, saya amat berharap itulah yang telah diusahakan beliau.Berhubung soal rayuan, saya rasa semakin tidak berminat. Biarlah saya merayu kepada yang Maha Mendengar akan segala rayuan dan yang Maha Mengetahui akan kebenaran setiap satu rayuan. Memadailah saya merayu hanya kepada Allah, di depan rumahNya, insyaAllah. “HasbiyaAllah”. Semoga Dia selamatkan PAS dari golongan yang beragenda dan berkepentingan, sekiranya golongan seperti itu ada di dalam parti ini. Semoga Dia gagalkan agenda mereka ini serta melenyapkan pengaruh mereka selama-lamanya. Amin yaa Rabbul ‘aalamiin.WaLlahu 'Alam
drp: blog - Y.B Ir. KHALID SAMAD
P/S : terima kasih atas penerangan Y.B Khalid dengan penerangan penuh berkaitan perkara berkenaan. ramai tertanya-tanya hasil siasatan sebenar. di harapkan JK Disiplin tak ambil tindakan atas pendedahan "rahsia" ini. tapi tak tau la kot S/U Agong yang bertaraf professor serba tau yang cakap ikut sedap mulut dia ja. besaq kuasa dia. taraf "tauke".
bukan niat untuk menyokong atas apa yang di katakan Y.B khalid, tetapi di mana keadilannya? sorang kena sorang lagi terlepas. macam UMNO ja. ingat pengundi dengan penyokong PAs kat luaq tak tau ka? kami nampak weiii... tu la. Tuan Guru suruh buat EGM dulu tak mau. la ni buat keputusan ikut suka. tunggu hangpa. kami tak biaq aihh...

Monday, February 1, 2010

UMNO/BN @ JUARA RAKYAT + JUARA KELENTONG = RASUAH ...

Cukup rancak Umno kini menyerang Pakatan Rakyat dengan memberi gambaran bahawa PR sedang mengalami krisis keyakinan dan umpama retak menanti belah.
Tidak dinafikan wujud sedikit masalah seperti 'pendarahan dalaman' menurut Lim Kit Siang tetapi tidak sampai mengalami komplikasi.Isu melibatkan YB Khalid Samad, Dato Dr, Hassan Ali, Zuklifli Nordin dan beberapa ahli parlimen daripada PKR lebih kepada proses 'pendidikan' kepada PR. Tetapi apa yang berlaku kepada Umno-BN menyebabkan mereka sebenarnya dalam kepanasan.
Tengku Razaleigh secara terbuka berada di pentas rakyat bersama kerajaan Pas Kelantan, Khairy didesak secara terbuka melepaskan jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menyebabkan parti 'juara rakyat' cukup tertekan.Oleh itu tidak ada cara lain kecuali mengalih isu dan cuba menyogok wakil rakyat PR sama ada di parlimen dan Dun untuk berpaling tadah untuk 'memulih semangat' Umno-BN. Mereka tahu kalau mempelawa sekadar guna 'air liur basi' tak berkesan maka ratusan juta ringgit ditawarkan untuk wakil rakyat PR melompat parti. Dato Seri Anwar mendedahkan bahawa Dato Dr. Jamaludin Jarjis mengetuai komplot untuk menumbangkan PR. Siapa tak kenal JJ, bagi penduduk Rompin cukup mengenali beliau bahawa rasuah sudah sinonim dengannya untuk memastikan beliau kekal sebagai ahli parlimen Rompin.
Maka saya tak pelik tugas untuk 'membeli' wakil rakyat PR diketua oleh JJ. JJ cukup dekat dan rapat dengan Presiden parti juara rakyat. sudah pasti beliau bukan bertindak bersendirian kalau tak buat apa susah-susah perabis bil telefon untuk menghubungi wakil rakyat PR dari Amerika!Apa yang berlaku mendedahkan tembelang sebenar Umno yang bukan parti juara rakyat tetapi parti juara rasuah!
-angkasanuri.
p/s - PR kata kat BN, PKR kata kat DAP, UMNO kata kat PAS. la ni pakat dok lawan kata, lawan balas. lepaih tu pi repot kat balai polis. apekebende la politik kita. nak mintak rakyat bertenang, bertenang apa pakat dok bertumbuk kat atas. la ni pakat jaga periuk nasik masing-masing dulu la. buat PR rapatkan jemaah. buat PAS teruskanlah prinsip dan kepimpinan seperti dahulu. jangan keluar garisan. UMNO/BN tak pa depa banyak duit. mana-mana pun boleh dapat. nak beli orang pun boleh. dengan duit semua jadi. PR nak ambik duit mana? larat ahli dengan penyokong nak derma? cakap jangan sebarang cakap ...
ikutlah rentak tuan guru nik abdul aziz kita. cool jer anytime anywhere. tak kalut keluar kenyataan. tak kelam kabut jawab soalan. setiap kenyataan telah siap dengan jawapan balas. begitu matapnya jawapan mantik tuan guru. biarlah umno dengan caranya, bangsanya dan assabiyyahnya...jangan kita turut gedik dengan irama tarinya. tabik tok guru...

PAKATAN RAKYAT : Rakyat sedang menilai PAS !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat.
Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.
Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?
Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.
-HARAKAH DAILY.
P/S - merujuk kepada masalah kini yang berlaku dalam pakatan rakyat, sememangnya perlu di lakukan perubahan drastik. walaupun dalam umno parah, teguran patut di lakukan oleh pihak PR. tetapi kalau PR sendiri jalan tak betul, macam mana? apa masalah kita sebenarnya?apa sudah jadi? bukankah kita kini kita semakin menuju ke arah memerintah malaysia? 2/3 ahli parlimen BN telah berjaya di pertikaikan, perlukan sedikit sahaja lagi untuk ambil alih malaysia. tiba-tiba kita ada masalah dalaman. paling mengecewakan ia juga menjerut PAS ke arah kekusutan tersebut? mengapa?
yang jelas kini, PKR telah mencalarkan imej PR. parti tesebut dahulunya menjadi titik pertemuan PAS dan DAP. tapi kita ianya menjadi pencetus krisis perpecahan kepercayaan. bermula di perak, kedah dan kini ke pulau pinang. apa ni? wakil rakyatnya seolah-olah tiada tanggungjawab langsung. semuanya gara-gara pentingkan diri sendiri yang mencalarkan parti dan PR. jadi, dari terus meneruskan mengeluarkan kenyataan mengarut, lebih baik letak jawatan. begitu juga pimpinan tertinggi PAS, kalau ada agenda tersembunyi, baik letak jawatan. meluat kami tengok. keputusan yang buat ikut suka sedap mulut. nak jadi umno juga. bukan suara majoriti. termasuk lah pimpinan PAS kawasan dan cawangan. jangan dok cakap benda mengarut lah. cukup-cukup lah. rakyat dok meluat tengok. depa dok nilai.....

Saturday, January 23, 2010

KEJAYAAN TERKINI KERAJAAN NEGERI KEDAH, UMNO/BN MULA BUAT PERANGAI .....

Parti Islam Se-Malaysia memperingatkan Pengerusi Majlis Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) negeri Kedah, Datuk Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail agar tidak cuba menimbulkan kesangsian dan spekulasi yang tidak berasas terhadap keadaan ekonomi Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Gabem yang juga merupakan sayap kepada Biro Ekonomi Umno dilihat cuba menimbulkan keraguan rakyat terhadap kejayaan yang telah dilakukan oleh Pakatan di negeri berkenaan.Kedah diambil alih oleh Kerajaan Pakatan dalam keadaan negeri itu menangung hutang melebihi RM 2 Bilion setelah ditadbir BN selama 11 penggal. Selepas Pakatan memerintah, dari Januari sehingga Ogos tahun 2009, negeri kedah berjaya menarik pelaburan bernilai RM837,345,329 untuk menduduki tempat kelima dalam senarai negeri yang mencatat jumlah pelaburan tertinggi selepas Sarawak, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
Sehingga Oktober 2009, Kedah berjaya mengutip hasil RM211.6 juta. Peningkatan juga berlaku melibatkan kenaikan kutipan royalti bahan batuan sebanyak RM19 juta dan hasil balak daripada RM8 juta setahun kepada RM35 juta.11 buah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berjaya menyalurkan dividen kepada kerajaan negeri sebanyak RM30 juta.Fakta yang paling jelas menunjukan kejayaan Pakatan di Kedah adalah laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri yang memperjelaskan bahawa perbandingan kadar kemiskinan di Kedah 2004 (zaman BN) dan 2009 (zaman Pakatan), berubah secara drastik daripada tujuh peratus kepada tiga peratus.
Kadar kemiskinan tegar berkurangan daripada 1.3 peratus kepada 0.3 peratus, pendapatan kasar bulanan isi rumah meningkat daripada RM2,126 kepada RM2,408, kadar pengangguran berkurangan daripada 3.8 peratus kepada 3.3 peratus.Ini adalah fakta-fakta awal yang dinafikan oleh Gabem demi untuk mempertahan kegagalan BN di Kedah selama ini. Gabem harus bersikap realitistik bahawa Kedah kini ditadbir oleh Pakatan dan sepatutnya membantu Kerajaan negeri untuk memajukan ekonomi rakyat bukannya menimbulkan spekulasi yang boleh merugikan ekonomi negeri.
Gabem sebagai proksi Umno juga pada tahun lepas telah gagal memainkan peranannya untuk mempertahankan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang dibubarkan dalam penyusunan semula Kabinet.Gabem turut bertanggungjawab membiarkan Presiden Umno memansuhkan syarat 30 peratus ekuiti bumiputra untuk pelaburan asing yang masuk ke negara ini. Sebagai badan yang kononnya mempertahankan ekonomi Melayu Gabem bersama Umno jelas telah mengkhianati orang Melayu dan bumiputra dinegara ini.PAS yakin rakyat sedar bahawa Gabem merupakan satu organisasi yang ditubuhkan demi untuk memberikan ruang kepada kroni-kroni Umno menguasai ekonomi dan GLC milik Kerajaan yang mana mereka juga bertanggungjawab untuk membantu ekonomi Umno.
Kebanyakan syarikat yang bukan ahli Gabem sering dinafikan hak untuk menerima tender Kerajaan Persekutuan selama ini. Jelas Umno dalam semua aspek cuba untuk menjahanamkan rakyat dan cuba sedaya upaya mensabotaj Kerajaan Pakatan.Diharap rakyat dapat membuka mata dengan segala fakta dan perbandingan yang diberikan. Walaupun baru dua tahun menguasai Kedah, Pakatan berjaya membuktikan bahawa pilihan rakyat dalam Pilihanraya Umum Mac 2008 adalah tepat. - Ust. Idris Ahmad -Ketua Penerangan PAS Pusat / pinkturtke blogspot.
P/S- walaupun baru setahun jagung kerajaan PAS/PR kedah telah banyak melakukan perubahan dalam pemerintahan negeri. pelbagai perkara dan perubahan di laksanakan termasuk penjimatan kewangan. maka, tidak senang duduklah wakil umno/BN dan kerabat dengannya. manakan tidak, baru jek lancar BN menang-kedah senang dan kempen ntah hapa-hapa ntah anjuran umno itu. tak dak nampak perubahan apa-apa pun. rakyat buat tak tau ja. buat majlis, rakyat pi makan free pastu balik. kertas edaran depa buang tepi jalan. la ni wakil umno/BN buat tabur fitnah jer la apa lagi. guna media buat apa-apa kenyataan tanpa berpijak bumi yang nyata. dah nyata dah...BN Menang-Senang Lingkup...

Sunday, January 17, 2010

MANA Y.B PARLIMEN MERBOK ??? ADA WAKIL RAKYAT TAK NI ???

catatan: luahan rasa hati seorang pengundi Merbok. apabila rasa kecewa menguasai diri, apabila perubahan tidak di rasai dan apabila pena di jari........
Telah tercatat dalam lembaran baru sejarah di Merbok, apabila PKR (parti keadilan RAKYAT) dari pakatan rakyat telah berjaya menumbangkan UMNO/BN yang telah sekian lama menguasai parlimen ini. tsunami politik pilihanraya 12 telah turut sama mengubah parlimen merbok.
tapi itu dah jadi sejarah. pokoknya sekarang apa yang ada sekarang di sini?. apa yang Y.B PKR kita buat kat kerusi empuk di parlimen tu? kawasan tak turun melawat pun. tak pernah tengok muka pun. kalau ada hanya majlis tumpangan saja. sekadar hadir. tapi berani jamin 95% rakyat merbok tak kenal siapa Y.B Parlimen merbok. teruk sungguh. dah 2 tahun lebih, tak turun kawasan pun. jangan kata nak melawat orang sakit, lalu pun tak. Mungkin Y.B Parlimen kita tak tau sempadan merbok setakat mana. tak pun tak tau jalan masuk kampung. naya rakyat lagu ni.

kalau jalan pun tak berapa tau... nama kampung lagi tak tau. macam mana nak melawat kawasan. kalau tak melawat kawasan tak sempat, boleh hantar wakil. wakil pun tak nampak muka. isk..... rakyat marhean kat merbok macam mana ni? kalau Y.B parlimen kita sibuk sangat, kita faham. sebab selalu pergi k.l ada hal parlimen. tapi tak pernah tengok berucap pun dalam sidang parlimen. tak nampak muka pun. pergi k.l hal rakyat atau bisnes ni. ni ada rakyat dok kata dah pasai PKR. "parti kencing rakyat, parti kelentong rakyat, pemimpin kelepet rakyat". depa marah dah tu. kaalu tak buat apa-apa jugak, betoi la kot kata depa...
mungkin boleh di katakan Y.B pakatan rakyat termasuk PKR baru jadi Y.B dan menang mengejut. takkan tak bersedia? atau syok-syok masuk bertanding? tau tau tengok menang? jadi ikut suka tak buat keja? takkan macam tu kot? kami rakyat macam mana?. kalau Y.B kita tak bersedia jadi Y.B waktu bertanding... masuk buat apa. kalau jadi Y.B bidan terjun boleh di sesuaikan kot. Y.B Adun Tjg Dawai tengok baru jadi Y.B kali pertama. sempat tengok jugak muka dia sekali sekala kat DUN. kalut juga Y.B AdUN tu. jawatan macam-macam orang bagi peringkat negeri..tapi kerap juga tengok muka kat kawasan. boleh kata ramai gak kenai dia. kat paper pun kadang-kadang timbul. Y.B bukit selambau pun baru jugak. tengok pi program merata. sibuk jugak tu. ni Y.B parlimen tak dak tang mana pun.

dah 2 tahun lebih nii. takkan tak dan turun kawasan kot. kalut sungguh. bisnes apa ni. rakyat kampung macam kami ni bukan harap tolong sangat. makan minum kami cukup. bukan minta buat program apa-apa pun. mai turun sekali sekala pun tak pa. mai la kenduri kahwin kat sini ka, tengok orang mati ka, orang sakit ka. ni apa pun dak ni. dengar kata hari tu turun pi pasar malam sungai pial. lalu dengan keta. turun pun dak. lalu tengah orang ramai buat tak tau ja. kat nombot plat ada jata "ahli parlimen malaysia". tu dia....kemas sungguh Y.B kita. lalu tengah orang ramai nun..... "hon" pulak rakyat yang dok lalu tengah jalan.....juiwa rakyat sungguh..

bukan niat nak maki hamun ka, nak komplen ka. tak elok. tapi tengok la jadi lagu mana. kita sayang kat dia, sayang kat PR. dia selamba ja buat lagu tu. kalau ada pilihanraya kecik kat merbok ni...rasanya SAH Y.B Dato Parlimen kita ni bungkuih. kalu bungkuih dia sorang tak pa la. ni nak jadi kacau daun kat PR la pulak. dia sedar ke tak yang UMNO/BN merbok la ni dok bangkit dari tidoq? orang bangkit... dia pi sambung tidoq.... lu pikir la sendiri.... . kami bukan nak duit. kami tau Dato` kaya, duit banyak. kami ada duit nak makan minum kami. cuma nak berkawan dengan Y.B ja. takkan rakyat nak kawan dengan Y.B pun tak boleh. dah la Y.B tak turun kawasan, wakil dan orang kuat dia pun tak nampak muka. tak lama dah la lagu ni. kami rakyat yang tensen ......
p/s : waktu pilihanraya dulu tengok profile Dato" Y.B parlimen kita ni sakan. dedikasi dan intelek. walaupun bakal saingain dato dalam pilihanraya kan datang pun dato jugak. tapi mungkin ada banyak perbezaan. dato` merupakan orang melayu yang berjaya dengan usaha dato berbanding dato` yang satu lagi. pada asasnya dato berkait rapat dengan umno pada suatu ketika dulu. tapi kami respek dato. sayangilah rakyat disini, sayangilah kerusi ini, kasihanilah kawan-kawan dalam pakatan rakyat.... kalau dato` buat ikut suka dato`..kami pun buat ikut suka kami la .... macam mana ni dato`???

Monday, January 11, 2010

KALIMAH ALLAH : POLIS GUNA DARI DULU TAKPE PUN ...

Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam.
Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan.
Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan bahawa UMNO "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini. Sama-samalah kita ambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini sebenarnya. -malaysiakini
P/S : malas nak layan geng umno/BN keparat ni.kecil-kecil tak nak sekolah pandai-pandai, bila besar menyusahkan orang. Apa yang pasti, puak-puak UMNO sebenarnya yang kini gigih memainkan isu perkauman ini sebenarnya. blogger umno terus berusaha siang malam dan suratkhabar keparat yang tak berhenti berusaha memesongkan rakyat. Mereka sengaja mahu mengaburi mata rakyat kononnya golongan ini adalah "Juara Rakyat" dalam mendepani isu-isu perkauman seperti ini. Walhal sebaliknya mereka yang bertindak mereka cipta skrip-skrip terbabit bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama seperti kenaikan harga gula, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, isu rompakan wang PKFZ di Selangor, isu video pengakuan Balasubramaniam tentang penglibatan Najib, Rosmah serta yang lainnya dalam kes pembunuhan Altantunya, isu laporan bedah siasat kedua Teoh Beng Hock yang membuktikan beliau mati dibunuh oleh pakar patalogi Thailand serta lain-lain isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semua ini kini seolah-olah dilupakan, apabila media arus perdana asyik memainkan isu "perkauman" susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald itu baru-baru ini.

Sunday, January 3, 2010

THE HERALD : PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" UNTUK APA? KEPENTINGAN @ KEBENARAN .....

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja. Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:
Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya. Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut.
Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka. Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.
Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.
Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.
Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.
Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.
Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima? Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini.
Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu. Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?peguamkita
P/S: ???. dalam masyarakat majmuk begini, sebarang keputusan atau tindakan yang bakal diambil harus diteliti dari pelbagai aspek. jangan yang di kejar tak dapat...yang di gendong berciciran. apa yang pasti, jangan jadi hero macam pihak sebelah sana.....

PENGGUNAAN NAMA "ALLAH" : AWAS PERANGKAP UMNO-BN ...

Ada orang Umno yang marah kalau saya kata Umno memang seronok dengan keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah.Macam mana pula, bukankah ada gambar orang Umno mengangkat tangan membantah penggunaan nama itu oleh akhbar berkenaan?Dan, jangan lupa, gambar yang mengangkat tangan itu adalah orang Umno Pulau Pinang. Mengapa Pulau Pinang?Agaknya begini…
SATU - Umno berharap sangat supaya PAS bangun menentang keputusan mahkamah itu, kalau boleh bermati-matian, berdemontrasi besar-besaran.Harapan mereka bila PAS bertindak sebegitu, sedikit sebanyak akan menyumbang kepada rasa tidak puas hati di kalangan pendokong PKR yang beragama Kristian.Rasa tidak puas hati itu mungkin akan diluahkan. Pada waktu itu Umno berjaya memasukkan jarumnya untuk memecahkan kesepaduan Pakatan Rakyat.Kalau ini berlaku, perangkap Umno memang mengena. Hasrat Umno untuk memburukkan PAS pada mata orang-orang bukan Islam dikira berjaya.

DUA - Katakan pula PAS menyokong keputusan mahkamah iaitu membenarkan penerbitan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, Umno memasukkan pula jarumnya di kalangan orang Islam.PAS tidak lagi berjuang Islam kerana menyokong keputusan mahkamah itu. Pada masa itu, imej PAS di kalangan orang Islam sendiri diburukkan oleh Umno.Umno boleh mencanang kemana-mana, PAS bukan berjuang Islam sebab menyokong keputusan tersebut. Perangkap Umno mengena lagi kalau PAS mengambil sikap begini.

TIGA - Katakan PAS diam sahaja, ini pun akan dicanangkan juga oleh Umno. Tengok, PAS sudah jadi kuda tunggangan DAP, tidak berani membela agama sendiri kerana menjaga hati DAP.Kalau PAS berani mengapa diam? Belalah agama…! Kesitu pulak perginya Umno.PAS ada keutamaannya, membela agama. Mana satukah makna membela agama yang sebenar? Berkelahi dengan orang bukan Islam atas isu penggunaan nama Allah? Atau, tampilkan Allah sebagai Tuhan yang menurunkan rahmat untuk semua termasuk kepada orang bukan Islam?Mana lebih besar mudaratnya? Orang Kristian guna nama Allah dalam penerbitan mereka? Atau, membiarkan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, perampasan hak berleluasa? -kedah la ni
p/s : kita harapkan agar pemimpin kita yang diatas sana yang dua tiga kerat tu jangan cepat sangat melatah. jangan cepat sanat menyokong. kalau kes judi, kes minum arak dan kes pecah amanah tak pulak cepat keluarkan pendapat. tiba-tiba kes agama bab nama "Allah" cepat pulak menyokong. bukan apa.....jangan ceoat sangat..nanti terbabas...

Wednesday, December 30, 2009

PERMATA MERBOK YANG HILANG : KENANGAN PERJUANGAN ALLAHYARHAM TUAN GURU HJ MANSOR HJ IBRAHIM .....

Telah lebih setahun pemergian allhyarham Tuan Guru Hj Mansor Hj. Ibrahim. tidak dapat dinafikan lagi sumbangan dan perjuangan beliau di Merbok khasnya dan di Kampung Pasir Amnya. Tok Guru Hj. Mansor atau nama penuh beliau Hj Mansor Bin Hj Ibrahim Bin Yahya Bin Abdul Rahman Ar-Rawa telah memberi impak yang amat positif bagi penduduk di sini. seorang tuan guru yang amat di segani di semua lapisan masyarakat. kini kita kehilangan beliau buat selama-lamanya.... permata yang bersinar itu, kini bukan lagi pudar tapi telah hilang ...
Beliau adalah insan yang dihormati oleh semua pihak samada PAS dan Umno. Beliau juga merupakan tonggak perpaduan disini atas ketokohan beliau. pada pandangan peribadi penulis, beliau juga setaraf dengan ulama atas ilmu yang dimilikinya. kini, masih ramai lagi anak didik dan bekas anak murid beliau di sekitar merbok ini. adalah wajar kalau dikatakan majoriti pak-pak lebai di merbok kebanyakkannya adalah anak murid beliau. begitu besarnya impak tuan guru Hj. Mansor sehingga kini...

Tuan Guru Hj. Mansor adalah merupakan seorang yang bijak berpolitik dan amat arif dalam bidang agama. Pemergiannya merupakan kehilangan yang mat besar bagi masyarakat disini. beliau secara tidak langsung merupakan pemimpin dan juga menjadi rujukan pada masyarat di sini temasuk ustaz-ustaz dan guru-guru agama yang lain...
(gambar lama-diambil dari blog Y.B Adun tjg Dawai)
Sumbangan beliau dalam PAS sememangnya amt besar dan tiada nilainya.Terutamya bagi cawangan kampung pasir, padang jernih dan simpang tiga. Beliau merupakan ketua cawangan merangkap Yang Dipertua PAS kampung pasir pada akhir hayatnya. Perjuangan yang sekian lama, pahit getir yang dilalui beliau sehingga beliau akhirnya dapat melihat sendiri kemenangan PAS di DUN tanjung dawai dan Merbok (Pakatan Rakyat). Dan belum sempat genap setahun kemenangan dan pentadbiran PAS di Tanjung Dawai dan Negeri Kedah, beliau menghembuskan nafas terkhirnya menghadap Allah s.w.t, tuhan yang Esa. Jika hendak dibukukan perjuangan beliau didalam PAS, mungkin sehingga beberapa siri.

Bukan niat penulis untuk sama-sama meratapi pemergian Allahyarham Tuan guru tercinta ini, tetapi sejauh mana kesan perjuangan dan sumbangan beliau kini pada masyarat di sini. perlukah dengan ayat begini: yang pergi biarkan berlalu, yang hidup mesti diteruskan ???. sehingga kini, tiada langsung artikel,laporan, novel, posting atau buku (kecuali sedikit maklumat dari harakah) berkaitan sejarah hidup dan perjuangan beliau. bukan niat untuk mengagungkan, tetapi sekadar renungan perjuangan dan sumbangan besar beliau pada masyarakat dan agama. Ia merupakan satu sejarah riwayat hidup yang boleh di jadikan contoh teladan, terutamanya bagi jemaah PAS merbok sendiri. bukan itu sahaj, beliau juga secara tidak langsung terlibat dalam perlaksanaan PASTI - Pusat Asuhan Tunas Islam di Merbok...

p/s : kenangan yang ada kini hanya surau/madrasah disebelah rumah beliau yang dikenali sebagai madrasah Hj. Mansor (Madrasah Sa`aadah Al Islamiyah). Jika PAS Pusat menamakan dewannya di Taman Melewar sebagai Dewan Fadhil Noor. Jika PAS negeri menamakan dean di kompleks PAS Kedah dengan nama yang sama, apa salahnya PAS Merbok menamakan dewan di PUTIM dengan nama Tuan Guru Hj. Mansor Ibrahim. telah banyak nama tok guru merbok hilang di telan zaman, termasuk allahyarham tuan guru Abdur Rahman,allahyarham tuan guru Hj Ghazali dan lain-lainnya. mungkin nama ini juga bakal tenggelam di telan zaman. Golongan muda Merbok tidak tahu langsung berkaitan ulama-ulama besar uyang asalnya adalah dari MErbok sendiri...

Apakah kita sedar atau tidak, bahawa tiada lagi Tuan Guru atau Ulama besar di kalangan kita di Merbok kini? maka hormatilah kita kepada saki-baki golongan guru yang ada kini...