Monday, February 1, 2010

PAKATAN RAKYAT : Rakyat sedang menilai PAS !!!

Pilihan raya Umum mungkin akan berlaku dalam masa setahun atau lebih. Pilihan raya kecil di Perak juga tidak mustahil akan berlaku dalam masa terdekat. Adakah gelombang perubahan rakyat akan berlaku lagi jika pilihan raya diadakan? Adakah rakyat di sesetengah tempat masih setia menyokong PAS dan PR?Kepimpinan dan penyokong PAS serta PR perlu tahu dan faham bahawa rakyat sedang menilai kemampuan parti dokongan mereka. Parti yang mahu menggantikan Umno mestilah lebih mantap dan kuat.
Begitu jugalah jika Pakatan Rakyat (PR) mahu menggantikan Barisan Nasional.Kekalutan beberapa pemimpin PR yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin Parti menunjukkan PR sendiri tidak mantap dan mudah goyah. Pemimpin pusat dilihat tidak mampu mentarbiah pemimpin dan ahli bawahannya. Dengan kata lain, beberapa ahli parti gagal memahami konsep serta gagasan parti dan Pakatan Rakyat itu sendiri.Tuduh-menuduh, menyaman serta mengeluarkan kenyataan media di kalangan ahli parti dan Pakatan sepatutnya tidak berlaku. Media arus perdana memang telah berjaya memainkan isu bagi kepentingan Umno.
Begitu juga kenyataan umum seperti penggunaan kalimah Allah, keagamaan serta isu-isu nasional perlu dikeluarkan melalui saluran pusat. Komen yang didedahkan kepada media tanpa melalui saluran pusat boleh menjejaskan imej parti.Untuk semua ahli dan penyokong PAS serta PR, kembalilah kepada konsep berparti. Apa hebatnya jika niat yang disangka baik boleh merosakkan parti itu sendiri? Parti yang mantap sudah tentu mempunyai saluran tertentu bagi meluahkan ketidakpuasan hati ahlinya. Persoalannya, mengapa saluran berkenaan tidak digunakan?
Adakah kita mahu tujuan murni Pakatan Rakyat menggantikan Kerajaan Barisan Nasional berkubur begitu sahaja disebabkan kerenah beberapa pemimpinnya. Justeru itu tindakan Lembaga Disiplin dilihat sangat wajar.Ketahuilah, kelemahan Umno tiada memberikan apa-apa makna jika PAS dan Pakatan semakin lemah. Jangan kerana kepentingan peribadi, kepercayaan dan harapan rakyat dilupakan begitu sahaja. Semoga apa yang terjadi akan lebih mematangkan PAS dan PR.
-HARAKAH DAILY.
P/S - merujuk kepada masalah kini yang berlaku dalam pakatan rakyat, sememangnya perlu di lakukan perubahan drastik. walaupun dalam umno parah, teguran patut di lakukan oleh pihak PR. tetapi kalau PR sendiri jalan tak betul, macam mana? apa masalah kita sebenarnya?apa sudah jadi? bukankah kita kini kita semakin menuju ke arah memerintah malaysia? 2/3 ahli parlimen BN telah berjaya di pertikaikan, perlukan sedikit sahaja lagi untuk ambil alih malaysia. tiba-tiba kita ada masalah dalaman. paling mengecewakan ia juga menjerut PAS ke arah kekusutan tersebut? mengapa?
yang jelas kini, PKR telah mencalarkan imej PR. parti tesebut dahulunya menjadi titik pertemuan PAS dan DAP. tapi kita ianya menjadi pencetus krisis perpecahan kepercayaan. bermula di perak, kedah dan kini ke pulau pinang. apa ni? wakil rakyatnya seolah-olah tiada tanggungjawab langsung. semuanya gara-gara pentingkan diri sendiri yang mencalarkan parti dan PR. jadi, dari terus meneruskan mengeluarkan kenyataan mengarut, lebih baik letak jawatan. begitu juga pimpinan tertinggi PAS, kalau ada agenda tersembunyi, baik letak jawatan. meluat kami tengok. keputusan yang buat ikut suka sedap mulut. nak jadi umno juga. bukan suara majoriti. termasuk lah pimpinan PAS kawasan dan cawangan. jangan dok cakap benda mengarut lah. cukup-cukup lah. rakyat dok meluat tengok. depa dok nilai.....

No comments:

Post a Comment