Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini. Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan.
Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan bahawa UMNO "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini. Sama-samalah kita ambil ikhtibar atas apa yang berlaku ini sebenarnya. -malaysiakini
P/S : malas nak layan geng umno/BN keparat ni.kecil-kecil tak nak sekolah pandai-pandai, bila besar menyusahkan orang. Apa yang pasti, puak-puak UMNO sebenarnya yang kini gigih memainkan isu perkauman ini sebenarnya. blogger umno terus berusaha siang malam dan suratkhabar keparat yang tak berhenti berusaha memesongkan rakyat. Mereka sengaja mahu mengaburi mata rakyat kononnya golongan ini adalah "Juara Rakyat" dalam mendepani isu-isu perkauman seperti ini. Walhal sebaliknya mereka yang bertindak mereka cipta skrip-skrip terbabit bagi mengalih pandangan rakyat terhadap isu utama seperti kenaikan harga gula, isu kehilangan enjin pesawat pejuang F-5E, isu rompakan wang PKFZ di Selangor, isu video pengakuan Balasubramaniam tentang penglibatan Najib, Rosmah serta yang lainnya dalam kes pembunuhan Altantunya, isu laporan bedah siasat kedua Teoh Beng Hock yang membuktikan beliau mati dibunuh oleh pakar patalogi Thailand serta lain-lain isu panas yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Semua ini kini seolah-olah dilupakan, apabila media arus perdana asyik memainkan isu "perkauman" susulan tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh akhbar mingguan Herald itu baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment