Wednesday, November 20, 2019

UMNO akan jadi penyelamat Dr Mahathir Mohamad?



Perjumpaaan berapa orang ahli Parlimen BN dari UMNO di rumah Timbalan Presiden PKR yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato Seri Azmin Ali sudah diketahui umum.

2. Semasa saya di Parlimen petang kemarin. Saya telah dimaklumkan akan perjumpaan itu. Kawan saya ini  seorang veteran. Seangkatan saya  tetapi terlibat dalam politik tahun 90-an. Dia tidak bercerita panjang apa tujuan. Tetapi dia minta nasihat saya... Patut pergi atau tidak? Saya kata pergilah... Sekurang2nya dapat mendengar apa lembu Mahathir dalam UMNO nak bercakap dan ideanya. Maka dalam senarai yang hadir itu ahli Parlimen tersenarai nama Parlimennya.

3. Pergolakan Pakatan Harapan antara dua Harimau yang berebut janji mencapai puncak dari kekalahan PH di Tanjong Piai. Mereka sesama mereka menyalahkan satu sama lain sebab kekalahan.

4. Kekalahan PH itu bukan sebab kerana parti mereka tidak berkerja.  Ia satu fenomena yang akan berlaku di mana-mana kebangkitan rakyat dan fenomena jarang berlaku. Rakyat terkesan dalam soal ekonomi dan hubungan kaum semenjak kerajaan PH memerintah. Tidak ada kaitan dengan referendum rakyat terhadap individu tertentu.

5. Tetapi sesuatu yang melibatkan politik akan dilihat dari sudut pandang politik. Jarang berlaku isu politik akan dilihat dari sudut pandang ilmu yang lain... Seperti ilmu sains sosial dan antropologi sosiologi yang ilmuan bidang ini melihat sesuatu fenomena pergerakan dan perubahan masyarakat di luar pemahaman politik.

6. Para pengundi di Tanjong Piai yang peratus tinggi bekerja sendiri. Sebarang keputusan politik yang tidak memberi impak ekonomi dalam kehidupan mereka menjadi pertimbangan. Dahulu mereka terkesan dengan GST yang dirasakan seperti pukat harimau. Kini mereka terkesan dengan perubahan satelah mereka bersama menolak Barisan Nasional tetapi tidak ada perubahan. Dan itu sebabnya bangkit fenomena menolak PH.

7. Kesan pertama dari kekalahan ini.. ialah soal maruah Pengerusi Parti yang kalah iaitu Parti Pribumi Bumiputra Bersatu. Berucap di persada Antarabangsa maha hebat dan pujian hampir sampai ke langit. Tetapi parti yang pimpinannya ditolak oleh rakyat dengan jumlah yang bukan sedikit.

8. Maka bagaimana sekarang? Saingan Perdana Menteri dalam gabungannya menggunakan isu untuk beliau meletakan jawatan. Asas mendesak itu ada asasnya.. Fenomena menolak PH dalam PRK Tanjong Piau akan menjadi fenomena kebencian yang berpanjangan dan akan mengancam Kerajaan gabungan PH ini. Jika punca tidak meletakan jawatan.

9. Maka jalan keluarnya ialah keluarkan saingannya. Tetapi cukupkah kerusi untuk meneruskan  kerajaaan yang ada. Gabungan DAP dan PKR telah berada hampir 80 kerusi hanya memerlukan dalam 30 kerusi lagi untuk menubuhkan kerajaan campuran yang baru.

10. Jika dapat ditarik penyokong parti Warisan di Sabah masih tidak mencukupi. Maka GPS di Sarawaklah penyelamatnya. Tetapi GPS tidak akan berpihak kpd DAP dan PKR kerana kedua parti itu ada cawangan dan juga ahli Parlimen dan DUN di Sarawak. Dan juga PPBM. Maka GPS tidak akan membuat keputusan yang merugikan Bumiputra dan orang Islam di Sarawak.

11. Akhirnya UMNO juga menjadi sandaran tetapi dengan UMNO belum boleh menyelesaikan masalah Kerajaan PH yang condong nak rebah ini. Keputusannya juga masih kena dirujuk dengan MCA dan MIC.

12. PAS akan bertindak sendirian. Sudah pasti PAS akan berpihak kepada Kerajaan PH tanpa DAP dan PKR. Jika ini dilakukan, Muafakat Nasional akan lebih awal terbubar dan terkubur.

13. Kesimpulannya, saya mahu mengingatkan ahli Parlimen UMNO dan PAS. Jangan terlalu gopoh gapah dalam isu hendak mempertahankan Dr Mahathir Mohamad dan menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri..

14. Kesemua mereka kena membuka kitab cerita rakyat akan perihal seekor harimau tua yang tidak boleh mencari makan.
Bagaimana pun, ada 'barua' yang memanggil binatang-binatang dalam hutan berjumpa harimau tua ini, kononnya nak berwasiat untuk menyerahkan mahkota raja rimba.

15. Cerita ini sangat menarik dibaca oleh ahli Parlimen UMNO dan PAS... Bertindaklah seperti kancil dalam isu berjumpa harimau tua... Iaitu berfikir. Sekian banyak yang dipanggil... Tidak ada seekor pun yang nampak keluar dari gua tempat persemayaman harimau tua tu.

16.  Bagaimana pun kancil pergi juga berjumpa harimau tua itui. Tetapi dijauhkan jarak yang tidak boleh harimau tua itu menerkam kepadanya... Akhirnya dalam kumpulan binatang dalam hutan itu yang selamat ialah kancil dari dimakan oleh harimau tua ini, yang mana binatang lain menyerahkan tengkok semua dimakannya.

Sang Kelembai
November 19, 2019.
Bandar Sri Permaisuri.

No comments:

Post a Comment