Wednesday, November 20, 2019
PRK Tanjung Piai: PH Kalah, Kian Gelabah
Rakyat Tanjung Piai sudah menyampaikan mesej yang teramat jelas kepada Kerajaan PH.
Ianya ibarat pukulan maut KO kepada PH.
15 086 majoriti undi bukanlah angka yang kecil.
Tidak ada mana-mana penganalisis dan badan penyelidik pun yang mampu meramal mahupun menyangka kemenangan sebesar itu diperolehi BN.
Terima kasih sebanyaknya kita wajar ucapkan kepada rakyat Tanjung Piai kerana mereka berani menghukum Kerajaan PH sedemikian rupa.
PH yang angkuh berkuasa ini hanya mengenal bahasa di peti undi rupanya.
Rakyat pasti tidak lupa dengan keangkuhan sekalian pemimpin PH yang sewenangnya menyalahgunakan kuasa sebagai Menteri ketika berkempen.
Apabila pemimpin PAS dan UMNO menegur, Salahuddin Timbalan Presiden PAN dengan angkuh berkata "kami Menteri, kami boleh beri bila-bila masa yang kami suka".
Rakyat pasti tidak lupa dengan gelagat si badut Presiden PAN yang mengajuk suara Presiden PAS ketika berkempen.
Mat Sabu tidak layak langsung bergelar Menteri Pertahanan Negara, dia lebih sesuai menyertai program Maharaja Lawak Astro.
Rakyat pasti tidak lupa dengan propaganda rasis dan fitnah jahat yang dikepalai oleh 2 beranak, Lim Guan Eng dan ayahnya Lim Kit Siang.
PAN yang menjadi anak didik kesayangan DAP pun ikut serta berkempen sedemikian rupa.
1001 fitnah mereka lemparkan terhadap PAS dan UMNO bagi menakut-nakutkan orang bukan Melayu dan bukan Islam terhadap Muafakat Nasional.
Hakikatnya, sentimen gelombang kemarahan rakyat ini sedang bergelora bukan sahaja di Tanjung Piai bahkan seluruh negara.
Rakyat yang berbilang kaum dan agama sudah serik, perit tertipu dengan slogan Malaysia Baru tajaan PH yang hanya pandai menyalahkan Pembangkang BN dan PAS sedangkan mereka yang menjadi Kerajaan sekarang.
Apabila PH kalah ini, mereka jadi serba salah,terus berbalah, enggan bermuhasabah dan pastinya kian menggelabah kerana takut PH menjadi 'Arwah' pada PRU 15 kelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment