Wednesday, November 20, 2019

PKR, DAP, Amanah vs Bersatu?



Alhamdulillah Syukur ke hadrat Allah S.W.T keatas kemenangan Muafakat Nasional di PRK Tg. Piai dengan pertambahan undi hampir 2 ribu berbanding keputusan pada PRU 14 jika undi BN dan PAS digabungkan.

Walaupun Pakatan Harapan cuba memancing undi dengan meletakkan calon berlatar belakang Agama, tidak juga berjaya menipu pengundi Melayu di Tanjung Piai khususnya dan juga sebahagian pengundi Cina.

Isu BMF juga dimainkan Pakatan Harapan kononnya calon mereka mewakili produk Islam. Mereka lupa bahawa dalam BMF (Buy Muslim First) bermaksud utamakan produk Islam dahulu sebelum utamakan kedai Islam.

Walaupun calon MCA ialah bukan Islam tetapi mewakili produk Islam dari Muafakat Nasional dimana bilangan Ahli Parlimen Islam jauh lebih besar dari bukan Islam.

Calon Bersatu walaupun Islam tetapi mewakili produk bukan Islam Pakatan Harapan yang mempunyai Ahli Parlimen jauh lebih ramai dari bukan Islam semasa keputusan PRU 14 diumumkan.

Dalam kaedah BMF, produk Muslim harus yang paling utama sebelum memilih penjual Muslim, jika tiada produk Muslim, barulah memilih penjual Muslim.

Di PRK Tg. Piai ini jelas Pakatan Harapan menawarkan penjual Muslim tetapi mewakili produk bukan Islam, manakala Muafakat Nasional menawarkan penjual bukan Islam tetapi mewakili produk Muslim.

Produk Muslim harus yang paling diutamakan dahulu sebelum produk bukan Islam walaupun ianya disahkan halal kerana pengeluar produk Muslim membayar zakat dan lebih menjaga kesucian produk mereka.

Menjaga kitaran ekonomi Muslim lebih utama dari status produk tersebut kerana ianya membabitkan kepentingan Ummah dalam mengekalkan kuasa dan pemerintahan.

BN sebenarnya mengambil risiko yang besar dengan mengekalkan calon MCA kerana Penyatuan Ummah melalui Muafakat Nasional baru sahaja dimeterai dan akar umbi mahukan calon Melayu.

Berdasarkan kiraan undi PRK Tg Piai, undi Pakatan Harapan telah merosot sehingga hampir 11 ribu undi berbanding pada PRU 14 yang mencatatkan sebanyak 21,255 undi kepada calon Bersatu.

Adakah benar pengundi PKR, DAP dan Amanah telah memboikot calon Bersatu kerana ingin menzahirkan sokongan kepada DSAI sekaligus memprotes Tun M yang dilihat semakin pro Muafakat Nasional.

Pakatan Harapan telah memainkan isu agama dan bangsa dengan mengatakan pengundi Melayu di Tg. Piai harus memilih calon beragama Islam berbanding calon bukan Islam walaupun mewakili Muafakat Nasional.

Mereka lupa bahawa ketika PRU 14 pun, Pakatan Harapan akan tewas dengan majoriti hampir 3 ribu jika undi BN dan PAS digabungkan, sedangkan majoriti pengundi di Tg. Piai adalah kaum Melayu.

Ini jelas menunjukkan Muafakat Nasional bukanlah rasis apatah lagi ekstremis agama seperti yang sering dimainkan Pakatan Harapan.

Dengan kemenangan pertama Muafakat Nasional ini, maka peluang untuk memenangi 29 lagi Kerusi Parlimen yang sepatutnya bukan milik Pakatan Harapan semasa PRU 14 lepas semakin cerah untuk PRU 15.

Dengan hanya berbekalkan 113 Kerusi Parlimen asal yang mula-mula dimenangi Pakatan Harapan sebelum acara lompat parti bermula, mampukah Pakatan Harapan memberi saingan kepada Muafakat Nasional pada PRU 15 kelak.

Walaupun kedudukan Kerusi Parlimen terkini Pakatan Harapan bertambah menjadi 139 kerusi selepas 17 Ahli Parlimen UMNO keluar parti menjadi Ahli Bebas dan menyertai Bersatu serta 9 Ahli Parlimen Warisan Sabah yang menyokong Pakatan Harapan, tidaklah bermakna pengundi di Parlimen tersebut juga melompat parti.

Jika diambil angka PRU 14 lepas, BN telah pun memenangi sejumlah 79 kerusi, Gagasan Sejahtera (GS) 18 kerusi dan pertambahan 30 kerusi Muafakat Nasional telah pun memberi sejumlah 127 kerusi Parlimen iaitu mewakili 51% dari keseluruhan pengundi atau hampir 6.14 juta pengundi BN dan GS pada PRU 14 berbanding hanya 49% atau 5.78 juta pengundi yang mengundi Pakatan Harapan.

Jika berdasarkan keputusan pada PRK DUN Semenyih, PRK Parlimen Cameron Highland dan PRK Parlimen Tg, Piai ini, tidak mustahil Muafakat Nasional juga bakal merampas sehingga 17 lagi kerusi Parlimen yang telah dimenangi Pakatan Harapan dengan majoriti undi yang tipis selepas undi BN dan GS digabungkan.

Antara kerusi Parlimen yang dilihat berpotensi besar kepada Muafakat Nasional pada PRU 15 nanti ialah di Parlimen Lembah Pantai (321), Simpang Renggam (492), Permatang Pauh (1,100), Balik Pulau (1,167), Alor Setar (1,019), Alor Gajah (845), Sungai Siput (413), Tawau (47) dan Labis (1,388). Angka ini ialah jumlah majoriti undi tipis Pakatan Harapan jika undi BN dan PAS digabungkan pada PRU 14 lepas.

Jika semua pengundi Muafakat Nasional masih mengekalkan undi mereka ketika PRU 14 dibawa kepada PRU 15, ditambah pula dengan 17 kerusi Parlimen yang berpotensi besar berdasarkan trend di PRK Tg. Piai ini, kemenangan majoriti dua pertiga untuk Muafakat Nasional bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal walaupun telah tewas pada PRU 14.

Dengan 127 kerusi Parlimen dicampurkan dengan 17 kerusi Parlimen berjumlah 144 kerusi Parlimen, hanya 4 kerusi Parlimen lagi yang diperlukan Muafakat Nasional untuk memerintah dengan majoriti dua pertiga iaitu minimum 148 kerusi Parlimen yang harus dimenangi pada PRU 15 nanti.

4 kerusi Parlimen tersebut boleh datang dari 23 kerusi Parlimen majoriti pengundi Melayu iaitu kepunyaan parti Bersatu 13 kerusi dan Amanah 11 kerusi yang "dirampas" dari UMNO dan PAS.

PKR juga mempunyai lebih separuh iaitu 27 kerusi Parlimen mereka dari 50 keseluruhan kerusi yang dimenangi PKR yang mempunyai majoriti pengundi Melayu di negeri Selangor sahaja.

Manakala Sabah dan Sarawak juga dilihat lebih berminat menyelebelahi blok pembangkang daripada berpihak kepada kerajaan dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah menyertai Gagasan Sejahtera bersama PAS dengan membawa sejumlah majoriti 19 kerusi Parlimen mereka.

Gabungan Bersatu Sabah (GBS) juga dilihat semakin berminat dengan Muafakat Nasional apabila 3 dari Ahli Parlimen mereka menyokong blok pembangkang tanpa menyertai.

Usul MA63 yang dibawa Pakatan Harapan dalam Parlimen jelas tidak dapat menipu rakyat setelah gagal meraih undi sokongan majoriti walaupun blok pembangkang mempunyai Ahli Parlimen kurang dari Pakatan Harapan.

Negeri Selangor seharusnya menjadi sasaran medan tempur jika Muafakat Nasional mahu memenangi PRU 15 dengan majoriti dua pertiga. Dengan keputusan PRK Semenyih di Selangor yang telah berjaya dirampas BN walaupun sebenarnya gabungan undi BN dan PAS pada PRU 14 tidak mencukupi untuk mengatasi jumlah undi Pakatan Harapan, ianya tidaklah mustahil.

Kedudukan terkini Kerusi Parlimen Dewan Rakyat dan DUN adalah seperti berikut:

Blok Kerajaan :

1. Pakatan Harapan 138 / 284
    A. PKR 50 / 74
    B. DAP 42 / 105
    C. PPBM 25 / 38
    D. PAN 11 / 33
    E. PWS 9 / 30
    F. UPKO 1 / 4

Blok Pembangkang :

2. Muafakat Nasional 84 / 221

Barisan Nasional 41 / 130
    A. UMNO 38 / 125
    B. MCA 2 / 2
    C. MIC 1 / 3

Gagasan Sejahtera 18 / 90
    A. PAS 18 / 30

Gabungan Parti Sarawak 18 / 67
    A. PBB 13 / 46
    B. PRS 2 / 11
    C. SPDP 2 / 3
    D. SUPP 1 / 7

3. Gabungan Bersatu Sabah 3 / 8
    A. PBS 1 / 5
    B. STAR 1 / 2
    C. PBRS 1 / 1

4. Bebas 3 / 3

5. Parti Sarawak Bersatu 1 / 5

Jumlah 222 / 505

Nota : 82 kerusi DUN Sarawak akan di pertandingan dalam PRN Sarawak pada 2023.

84 kerusi Parlimen blok pembangkang ketika ini jika dicampurkan 29 kerusi Parlimen Muafakat Nasional berjumlah 113, dicampur pula 17 kerusi Parlimen majoriti tipis Pakatan Harapan menang semasa PRU 14, dan 13 lagi kerusi Parlimen kepunyaan UMNO yang diambil Bersatu berjumlah 143 kerusi Parlimen.

Belum lagi diambil kira 9 kerusi Parlimen Warisan di Sabah yang menukar sokongan dari BN ke PH dan beberapa kerusi Parlimen di Sarawak selain dari GPS yang berpotensi memihak kepada blok pembangkang.

Angka 148 kerusi Parlimen minimum untuk membentuk kerajaan dua pertiga Muafakat Nasional bukanlah sukar selagi pengundi pada PRU 14 masih mengekalkan sokongan mereka kepada BN dan GS.

Hanya 5 lagi kerusi Parlimen diperlukan dari negeri Sabah, Sarawak dan beberapa kerusi majoriti Cina di semenanjung yang kembali menyokong MCA. In Sha Allah.

@MalayanCyberForces

No comments:

Post a Comment