Wednesday, November 20, 2019

PERTEMUAN SULIT DI RUMAH AZMIN BINCANG PERTUKARAN KERAJAAN MELAKA?



Menarik juga laporan akhbar Berita Harian hari ini yang berbunyi:
“Isu pembentukan kerajaan menerusi ‘pintu belakang’ di Melaka antara perkara yang dibincangkan pada pertemuan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, dengan wakil rakyat pembangkang dan kerajaan malam kelmarin. Sumber memberitahu, pertemuan sulit yang berlangsung lebih tiga jam itu turut disertai beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri ini. Sekurang-kurangnya dua ADUN Pakatan Harapan (PH) dan empat wakil pembangkang dari Melaka berada di Kediaman Menteri Hal Ehwal Ekonomi di Putrajaya, sekali gus menguatkan lagi spekulasi mengenai kewujudan gerakan pertukaran kepemimpinan kerajaan negeri.”

Waktu sama, portal Malaysia Gazette memetik akhbar China Press sebagai melaporkan:
“Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Melaka telah bertemu dengan wakil rakyat UMNO di luar negara bagi mengukuhkan rancangan menjatuhkan Adly Zahari daripada jawatan ketua menteri pada Khamis akan datang. Sumber berkata, undi tidak percaya akan dilakukan dengan menafikan bajet negeri yang akan dibentangkan dalam mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Dikhabarkan, seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH termasuk seorang keturunan Cina akan bekerjasama dengan ADUN UMNO untuk memberi laluan kepada “kerajaan pintu belakang”.”

Banyak sungguh spekulasi yang bertiup sekarang, kita tunggu dan lihat sahaja perkembangannya.

No comments:

Post a Comment