Wednesday, November 20, 2019

Tun M vs Anwar


Keputusan PRK Tg. Piai membuktikan bahawa peperangan di antara DSAI dan Tun M adalah benar. Penurunan hampir 11 ribu undi Pakatan Harapan berbanding PRU 14 menjelaskan segalanya.

Blok pro Anwar dilihat gembira dengan kekalahan calon Bersatu walaupun mewakili Pakatan Harapan. Kenyataan LGE menyatakan kekalahan calon Bersatu tiada kena mengena dengan DAP menjelaskan segalanya.

Muafakat Nasional lega kerana sokongan akar umbi masih setia dengan UMNO dan PAS walaupun tewas pada PRU 14 lepas.

Maka Tun M dilihat semakin tertekan dengan sikap blok pro Anwar yang seakan tidak mempercayai janji Tun M untuk menyerahkan kerusi PM dalam beberapa bulan sahaja lagi. Kenyataan DSAA yang menyokong Tun M habiskan penggal dan menafikan janji peralihan kuasa Pakatan Harapan menjelaskan segalanya. Tun M sendiri juga beberapa kali memberi klu bahawa peralihan kuasa kepada DSAI tidak akan dibuat begitu sahaja.

Jadi apakah yang Tun M akan lakukan setelah melihat perang keatas beliau telah dizahirkan dalam keputusan PRK Tg. Piai selain terus mengekalkan kerusi PM yang disandangnya atas tiket Pakatan Harapan.

Samada Tun M akan mengumpulkan sokongan Ahli Parlimen dari blok pembangkang untuk persediaan jika satu usul undi tidak percaya akan dibuat oleh Ahli Parlimen blok pro Anwar atau terus sahaja memohon YDPA untuk membubarkan Parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 15 lebih awal.

Akan tetapi blok pro Anwar juga tidak kurang hebatnya, dengan sokongan padu dari DAP yang memberikan sejumlah 42 kerusi Parlimen, Amanah sejumlah 13 kerusi dan PKR sendiri sekurang-kurangnya 35 kerusi Parlimen dan beberapa kerusi dari Bersatu dan UMNO.

Berikut ialah senarai penuh sejumlah 101 kerusi Parlimen yang dipercayai akan memberi sokongan kepada blok pro Anwar jika usul undi tidak percaya dibuat di Parlimen :

PERLIS (tiada)

KEDAH (8)

Kulim Bandar Baharu – Menteri (PKR)
Kubang Pasu – Timbalan Menteri (PPBM)
Pokok Sena – Timbalan Menteri (AMANAH)
Sungai Petani – Pengerusi BBC (PKR)
Merbok (PKR)
Alor Setar (PKR)
Kuala Kedah (PKR)
Padang Serai (PKR)

PENANG (10)

Bagan – Menteri (DAP)
Tanjong – KM Pulau Pinang (DAP)
Bukit Mertajam (DAP)
Batu Kawan (DAP)
Bukit Bendera (DAP)
Jelutong (DAP)
Bukit Gelugor (DAP)
Bayan Baru (PKR)
Balik Pulau (PKR)
Permatang Pauh (PKR)

PERAK (14)

Parit Buntar – Menteri (AMANAH)
Gopeng – Timbalan Menteri (PKR)
Lumut – Timbalan Menteri (AMANAH)
Teluk Intan – Timbalan Speaker (DAP)
Bagan Datuk – Ketua Pembangkang (PPBM)
Taiping (DAP)
Padang Rengas (UMNO)
Sungai Siput (PKR)
Batu Gajah (DAP)
Ipoh Barat (DAP
Ipoh Timur (DAP
Beruas (DAP)
Kampar (DAP)
Tanjung Malim (PKR)

SELANGOR (17)

Pandan – Timbalan Perdana Menteri (PKR)
Shah Alam – Menteri (AMANAH)
Kuala Selangor – Menteri (AMANAH)
Kota Raja – Menteri (AMANAH)
Puchong – Menteri (DAP)
Subang – Menteri (PKR)
Sungai Buloh – Timbalan Menteri (PKR)
Sepang – Timbalan Menteri (AMANAH)
Damansara (DAP)
Hulu Selangor (PKR)
Selayang (PKR)
Hulu Langat (AMANAH)
Bangi (DAP)
Subang (PKR)
Petaling Jaya (PKR)
Kapar (PKR)
Klang (DAP)

WILAYAH (7)

Seputeh – Menteri (DAP)
Segambut – Timbalan Menteri (DAP)
Cheras (DAP)
Kepong (DAP)
Setiawangsa (PKR)
Bukit Bintang (DAP)
Lembah Pantai (PKR)

MELAKA (2)

Tangga Batu (PKR)
Kota Melaka (DAP)

NEGERI SEMBILAN (5)

Port Dickson – Bakal PM (PKR)
Seremban – Menteri (DAP)
Rasah (DAP)
Rembau (UMNO)
Tampin (AMANAH)

JOHOR (12)

Simpang Renggam – Menteri (PPBM)
Kulai – Timbalan Menteri (DAP)
Iskandar Puteri (DAP)
Segamat (PKR)
Sekijang (PKR)
Labis (DAP)
Ledang (PKR)
Bakri (DAP)
Kluang (DAP)
Tebrau (PKR)
Pasir Gudang (PKR)
Johor Bharu (PKR)

PAHANG (4)

Raub – Timbalan Menteri (DAP)
Kuantan – Timbalan Menteri (PKR)
Temerloh – Timbalan Menteri (AMANAH)
Bentong (DAP)

TERENGGANU (1)

Besut (UMNO)

KELANTAN (1)

Gua Musang (UMNO)

SABAH (8 )

Kota Kinabalu (DAP)
Putatan (PKR)
Keningau (STAR)
Ranau (PKR)
Tenom (DAP)
Sandakan (DAP)
Tawau (PKR)

SARAWAK (12)

Selangau – Menteri (PKR)
Mas Gading (DAP)
Kuching (DAP)
Sibu (DAP)
Stampin (DAP)
Puncak Borneo (PKR)
Lubok antu (PKR)
Saratok (PKR)
Sarikei (DAP)
Julau (PKR)
Lanang (DAP)
Miri (PKR)

Dengan hanya sejumlah 101 kerusi Parlimen ini, masih kekurangan 11 lagi kerusi sekurang-kurangnya untuk membentuk kerajaan majoriti mudah 112 kerusi.

Jika blok pro Anwar berjaya mendapat kerusi Parlimen Warisan Sabah sebanyak 9 kerusi Parlimen pun masih kekurangan 2 lagi kerusi yang mungkin datang dari blok pembangkang.

Jadi blok pro Anwar tidak mungkin akan membuat usul undi tidak percaya kepada Tun M dengan hanya mempunyai sokongan yang tipis dari semua 222 Ahli Parlimen.

Situasi blok pro Tun M dilihat lebih meyakinkan jika pembubaran Parlimen dilakukan Tun M jika blok pro Anwar mempunyai sokongan yang cukup untuk membuat undi tidak percaya kepada Tun M.

Dengan sokongan dari 27 Ahli Parlimen Bersatu sendiri, dari UMNO 40, PAS menyumbang 18 Ahli Parlimen dan PKR pro Azmin sekitar 15 berjumlah 100 Ahli Parlimen.

Kelebihan blok pembangkang ialah sokongan dari GPS Sarawak sebanyak 18 kerusi yang awal lagi telah menyertai Gagasan Sejahtera bersama PAS setelah keluar dari BN selepas PRU 14.

Tambahan pula jika Warisan memilih untuk bersama blok pro Tun M dengan membawa seramai 9 Ahli Parlimen mereka seterusnya menjadikan koleksi Ahli Parlimen blok pro Tun M seramai 127 kerusi lebih meyakinkan untuk membentuk kerajaan jika usul undi tidak percaya dibuat.

Jika Warisan Sabah memilih untuk berpihak kepada blok pro Anwar sekalipun, blok pro Tun M masih mempunyai sokongan 118 kerusi Parlimen.

Jelas usul undi tidak percaya bukan jalan terbaik untuk DSAI memaksa Tun M mengosongkan kerusi PM dalam beberapa bulan akan datang melainkan  dengan izin Allah S.W.T untuk rakyat menilai siapa DSAI sebenarnya apabila menjadi Perdana Menteri.

Bagi UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional, walaupun DSAI berjaya mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, sokongan pengundi semasa PRU 14 dijangka masih kekal untuk mengembalikan kuasa rakyat PRU 14 kepada BN 79 kerusi, PAS 18 dan Muafakat Nasional 30 kerusi termasuk Parlimen Tg. Piai berjumlah 127 kerusi, 15 kerusi lebih untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah tanpa 95 kerusi Pakatan Harapan.

Berikut ialah senarai kerusi Pakatan Harapan yang bakal terlepas jika Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU 15 lebih awal berdasarkan keputusan PRU 14 dan PRK Tg. Piai.

1. Kangar (Perlis) (PKR)
PH 20,909
BN + GS = 23,771

2. Jerlun (Kedah) (Bersatu) Mukhriz
PH 18,695
BN + GS = 25,242

3. Kubang Pasu (Kedah) (Bersatu)
PH 29,984
BN + GS = 30,350

4. Pokok Sena (Kedah) (Amanah) Mahfuz
PH 28,959
BN + GS = 41,791

5. Kuala Kedah (Kedah) (PKR)
PH 36,624
BN + GS = 42,453

6. Merbok (Kedah) (PKR)
PH 30,902
BN + GS = 40,448

7. Sungai Petani (Kedah) (PKR)
PH 45,532
BN + GS = 46,723

8. Padang Serai (Kedah) (PKR)
PH 31,724
BN + GS = 38,360

9. Kulim Bandar Baharu (Kedah) (PKR) (Saifuddin)
PH 23,159
BN + GS = 31,184

10. Parit Buntar (Perak) (Amanah) Mujahid
PH 16,753
BN + GS = 25,967

11. Tambun (Perak) (Bersatu)
PH 38,661
BN + GS = 48,289

12. Lumut (Perak) (Amanah)
PH 21,955
BN + GS = 31,690

13. Tanjung Malim (Perak) (PKR)
PH 24, 672
BN + GS = 29,625

14. Raub (Pahang) (DAP)
PH 20,659
BN + GS = 25,366

15. Indera Mahkota (Pahang) (PKR)
PH 28,578
BN + GS = 35,143

16. Kuantan (Pahang) (PKR)
PH 22,807
BN + GS = 28,363

17. Temerloh (Pahang) (Amanah)❓
PH 23,998
BN + GS = 36,828

18. Bentong (Pahang) (DAP)
PH 25,716
BN + GS = 29,390

19. Sungai Besar (Selangor) (Bersatu)
PH 17,350
BN + GS = 23,856

20. Hulu Selangor (Selangor) (PKR)
PH 40,783
BN + GS = 44,012

21. Kuala Selangor (Selangor) (PKR)
PH 29,842
BN + GS = 29,879

22. Kapar (Selangor) (PKR)
PH 47,731
BN + GS = 57,837

23. Kuala Langat (Selangor) (PKR)
PH 43,239
BN + GS = 44,858

24. Titiwangsa (K.L) (PKR) Rina Harun
PH 23,840
BN + GS = 26,546

25. Kuala Pilah (N.Sembilan) (Bersatu) ❓
PH 18,045
BN + GS = 22,192

26. Tampin (Johor) (Amanah)
PH 22,435
BN + GS = 26,031

27. Tangga Batu (Melaka) (PKR)
PH 32,420
BN + GS = 36,722

28. Sri Gading (Johor) (Bersatu)
PH 21,511
BN + GS = 22,771

29. Tanjung Piai ✅ (Johor) (Bersatu)
PH 21,255
BN + GS = 23,693
PRK 2019 :
Muafakat Nasional = 25,466

30. Putatan (Sabah) (PKR)
PH 14,106
BN + GS = 14,201

Hanya 2 kerusi DAP di Parlimen Raub dan Bentong yang akan berkurang jika Pakatan Harapan tewas pada PRU 15 melainkan ianya dirampas MCA. Inilah sebab Muafakat Nasional mengekalkan kerusi tradisi MCA demi untuk menjatuhkan DAP yang jauh lebih merbahaya.

Sedangkan kerusi PKR akan kehilangan sekurang-kurangnya 16 kerusi, Bersatu 4 kerusi dan Amanah 5 kerusi Parlimen menjadikan kerusi DAP sebanyak 40, PKR menjadi hanya 34 kerusi, Bersatu 9 kerusi dan Amanah 6 kerusi jika Muafakat Nasional memenangi PRU 15.

Jika pengundi kaum Cina yang mengundi DAP kembali menyokong MCA pada PRU 15 kelak, akan memberi bonus kepada Muafakat Nasional untuk mencapai dua pertiga kerusi Parlimen.

Hampir 6 juta penyokong Muafakat Nasional pada PRU 14 hanya perlu terus fokus pada PRK yang bakal dijalankan jika Ahli Parlimen Temerloh dan Kuala Pilah pula disahkan tidak mampu menjalankan tugas mereka setelah rebah di Parlimen.

Bukan kebetulan Parlimen Temerloh dan Kuala Pilah pula termasuk dalam 30 senarai kerusi Parlimen yang sepatutnya dimenangi Muafakat Nasional berdasarkan jumlah undi pada PRU 14, selepas di Tg. Piai.

Penyokong Muafakat Nasional harus terus fokus supaya tidak melakukan apa-apa tindakan menyalahi undang-undang walau hebat mana diprovokasi DAP dan sekutunya sebelum tiba PRK-PRK yang Allah S.W.T janjikan makbul bersama doa orang yang dianiaya apatah lagi doa orang-orang beriman.

Penyokong Muafakat Nasional harus istiqomah meningkatkan ibadat dan memenuhi solat berjemaah di Masjid di kariah masing-masing serta fokus kepada PRU 15 yang atas kertas sudah menjadi milik kalian kecuali jika belum diizinkan Allah S.W.T. lagi.

Krisis Anwar vs Tun M ini hanyalah drama politik musuh Islam yang Allah S.W.T bolak balikkan hati mereka kerana bersama musuh agama Allah menjatuhkan kerajaan Islam dengan fitnah serta menipu rakyat demi dunia.

Jika blok pro Tun M mahu keluar dari Pakatan Harapan dan bersama blok pembangkang juga amat dialu-alukan jika ianya dapat menyekat kemaraan DAP dalam politik Malaysia seterusnya memusnahkan agenda mereka untuk menafikan hak bangsa Melayu dan agama Islam melalui parti komponen BN iaitu MCA.

Kedudukan semasa Ahli Parlimen terkini Pakatan Harapan ialah 138 kerusi, hanya jika Bersatu bertindak keluar dan membawa sekurang-kurangnya 20 dari 25 kerusi dan PKR pro Azmin membawa sekurang-kurangnya 10 dari 50 kerusi pun sudah cukup untuk menjadikan Pakatan Harapan kembali ke kerusi blok pembangkang dengan hanya tinggal 108 kerusi Parlimen.

Apa yang Muafakat Nasional mahu lihat ialah 12 Ahli Parlimen DAP yang dinyahkan dari Kabinet Malaysia termasuk jawatan Menteri Kewangan (Lim Guan Eng-Bagan), Menteri Pengangkutan (Anthony Loke-Seremban), Menteri Komunikasi dan Multimedia (Gobind Sigh-Puchong), Menteri Tenaga Manusia (M. Kulasegaran-Ipoh Barat), Menteri Industri Utama (Teresa Kok-Seputeh) dan Menteri Tenaga dan Alam Sekitar (Yeo Bee Yin-Bakri)

Manakala Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri (Chong Chien Jen-Stampin), Timbalan Menteri Air Tanah dan Sumber Asli (Tengku Zulpuri-Raub), Timbalan Menteri Pembangunan Wanita (Hannah Yeoh-Segambut), Timbalan Menteri Pendidikan (Teo Nie Ching-Kulai), Timbalan Menteri Belia dan Sukan (Steven Sim-Bukit Mertajam) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dr. Ong Kian-Bangi)

Tidak lupa jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat (Nga Kor Ming-Teluk Intan) Speaker DUN Perak (Ngeh Koo Ham-Ayer Tawar), Speaker DUN Selangor (NG Suee Lim-Sekinchan) serta banyak lagi jawatan yang sepatutnya diberi keutamaan lebih  kepada Bumiputra dahulu.

Ayuh para penyokong Bersatu, PKR pro Azmin, Amanah mahupun jika sebahagian DAP yang mahu bersama MCA dalam Muafakat Nasional bersama UMNO, PAS, GPS, GBS dan MIC membentuk kerajaan tanpa pembangkang (Unity Government) seperti yang dicadangkan Tuan Guru Haji Hadi Presiden PAS suatu ketika dahulu.

Cukuplah berpolitik jatuh menjatuhkan yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Biarlah sesiapa yang masih degil jika mahu bersendirian dalam blok pembangkang.

Ambillah pengajaran di DUN Negeri Kelantan yang kerusi blok pembangkang hanya tinggal satu sahaja iaitu Dato Seri Mustapha Mohamed yang awal telah melompat parti. Begitu juga di DUN Negeri Terengganu dimana hanya tinggal beberapa kerusi UMNO yang melompat parti sahaja sebagai pembangkang jika Muafakat Nasional dan blok pro Tun M bergabung kelak.

Situasi sama juga boleh berlaku di DUN Perak dimana Muafakat Nasional boleh mengisytiharkan mempunyai kerusi DUN yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri, tambahan pula jika kerusi DUN UMNO yang melompat kembali ataupun kerusi Bersatu yang keluar dari Pakatan Harapan. In Sha Allah.

@MalayanCyberForces

No comments:

Post a Comment