Wednesday, November 20, 2019
SYUKUR PADA ALLAH SWT, TERIMA KASIH TANJUNG PIAI!
Kejayaan BN merampas kembali kerusi Parlimen P. 165 Tanjung Piai dari Pakatan Harapan adalah satu nikmat yang cukup bermakna daripada Allah SWT. Ingatlah tanpa pertolonganNya tidak mungkin kita dapat mengecap kejayaan ini!
Wahai Pemuda-Pemudaku, zahirkan kesyukuran kita dengan melakukan sujud syukur dan berdoa agar kemenangan ini dirahmati , tidak akan menjadikan kita kufur dan sombong sehingga kita alpa buat kedua kali.
Ingatlah! AMANAH RAKYAT ini bukan untuk dicurangi. Malah KEPERCAYAAN RAKYAT kali ini adalah petanda bahawa mereka benar-benar mahu kita terus merasai denyut nadi dan memperjuangkan nasib mereka yang ketika ini dirobek Pakatan Harapan!
Terima kasih buat pengundi-pengundi P. 165 Parlimen Tanjung Piai kerana memberikan kembali kepercayaan dan keyakinan kepada BN!
Kepada seluruh Jentera Pemuda BN terutamanya Pemuda BN Johor yang diketuai Ketua Pemuda Negeri Saudara Mohd Hairi Mad Shah dibantu Pemuda BN Negeri-Negeri seluruh Malaysia termasuklah Kepimpinan Pemuda BN Pusat dibawah sahabat-sahabat saya Ketua Pemuda MCA Nicole Wong dan Ketua Pemuda MIC R. Thinalan, juga sahabat Dewan Pemuda PAS yang diketuai Akhi Khairil, terima kasih setulus dan setinggi-tingginya. KEMENANGAN ini hakikatnya adalah manifestasi kerja keras kalian, SYABAS!
Bergembiralah wahai Pemuda-Pemudaku untuk malam ini kerana esok kita tiada masa lagi melainkan untuk bekerja lebih kuat dan terus bangkit bagi menempa kejayaan mendatang lebih bermakna iaitu untuk kita mengambil alih kembali PUTRAJAYA. Terima kasih pengundi Tanjung Piai, Terima kasih para jentera BN dan PAS, Terima kasih pada semua.
#BangkitKembali
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Pemuda Barisan Nasional
https://www.facebook.com/116331768396879/posts/3027380150625345?d=n&sfns=mo
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment