Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu beliau berbesar hati mengadakan kunjungan hormat ke ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur semalam.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, dirinya disambut penuh kemesraan oleh Presiden MIC, Tan Sri S. A. Vigneswaran serta kepemimpinan tertinggi parti yang lain.
“Saya menghargai keterbukaan yang ditunjukkan oleh Vigneswaran dan berharap agar hubungan ini dapat dieratkan dengan kerjasama yang berterusan demi kebaikan serta keharmonian semua kaum dalam negara.
“Salam perpaduan. Vanakkam!”, kata beliau dalam laman Facebook rasminya petang semalam.
Kenyataan yang dimuat naik Abdul Hadi turut mendapat maklum balas daripada Setiausaha Penerangan MIC, C.A. Subash yang meninggalkan komen positif dalam laman Facebook rasmi Abdul Hadi.
“Kunjungan hormat oleh barisan kepimpinan yang diketuai oleh Abdul Hadi ke Ibu pejabat MIC disambut oleh Vigneswaran dan barisan kepemimpinan beliau.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan ini. Pas untuk semua!,” katanya.
Berita penuh https://malaysiadateline.com/presiden-pas-berbesar-hati-kunjungi-ibu-pejabat-mic/
No comments:
Post a Comment