Friday, March 22, 2019

Nurul Izzah percaya PM akan serah jawatan kepada Anwar Ibrahim


Nurul Izzah percaya PM akan serah jawatan kepada Anwar

Ahli Parlimen Permatan Pauh Nurul Izzah Anwar berkata, beliau percaya Tun Dr. Mahathir Mohamad akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dua tahun selepas memegang jawatan itu.
“Saya rasa beliau akan menunaikan janji sebab ini bukan soal peribadi. Masa depan negara bergantung kepada kestabilan politik dan sama ada kami menunaikan janji.
“Kami berjaya menggulingkan kerajaan yang sudah memerintah 60 tahun, ia bukan atas jasa saya atau Dr. Mahathir, tetapi jasa setiap orang.
“Pengundi korbankan masa untuk tujuan ini, malahan mereka mengambil risiko untuk tujuan ini,” katanya Nanyang Siang Pau seperti dipetik MG hari ini.
Ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau pernah ditawarkan jawatan menteri, Nurul berkata, beliau lebih mencintai tugasnya ada disandang sekarang dan tidak bercadang untuk kembali sebagai pemimpin pusat PKR.
“Nurul Izzah berkata, beliau menggunakan statusnya sebagai Ahli Parlimen untuk melaksanakan pelbagai kerja yang berorientasikan pembangunan dan reformasi.
“Kenapa mesti ambil kisah tentang jawatan Kabinet? Tindakan memandang hanya kepada jawatan Kabinet akan menyempitkan pemikiran dan saya tidak kisah tentang jawatan itu,” katanya seperti dipetik.

No comments:

Post a Comment