Thursday, April 12, 2018

PRU14: Nasrudin Vs Saifuddin 2.0, Dari Temerloh Ke Indera Mahkota !









Berentap untuk pusingan kedua antara Setiausaha Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah dengan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan Tantawi.

Jika PRU13, dua susuk ini bertembung di Parlimen Temerloh yang menyaksikan Nasruddin mengalahkan Saifuddin yang mewakili BN ketika itu.

Untuk PRU14, Nasruddin yang diumumkan calon PAS di Indera Mahkota berdepan sekali lagi dengan Saifuddin yang diumumkan calon PKR di situ.

Saifuddin keluar UMNO tidak lama selepas kalah PRU14 dan dalam pemilihan UMNO kini merupakan orang kuat Pakatan.

Menurut Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pemilihan Nasrudin Hassan Tantawi dibuat selepas mengambil kira kemampuan beliau yang sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum lalu.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau berucap pada Majlis Amanat Pilihan Raya PAS Teraju Pahang di Padang Awam Cenderawasih Selasa malam.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kemampuan beliau yang sebelum ini bertanding di kerusi Parlimen Temerloh pada pilihan raya umum lalu.

"Lagi pun, beliau juga berasal di sini dan sesuai untuk kita memilih beliau untuk bertanding di kawasan ini.

"Kita ada kekuatan (jentera) di sini (Indera Mahkota) dan tidak ada masalah untuk kita memenangi kerusi Indera Mahkota," katanya.

Untuk rekod, Parlimen Indera Mahkota disandang oleh Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman yang difahamkan tidsak berminat mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, PAS Pahang akan meletakkan calon di semua 14 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pilihanraya Mei ini.

Pesuruhjaya PAS negeri, Rosli Abdul Jabar berkata, keputusan itu diambil bagi membuktikan komitmen dan keyakinan PAS untuk merampas pucuk pimpinan kerajaan negeri Pahang daripada Barisan Nasional (BN).

"Peluang kita menang kali ini agak cerah dan jika PAS serius membentuk kerajaan negeri, kita perlukan (menang) sekurang-kurangnya 22 kerusi DUN bagi majoriti mudah.

"Sebelum ini, kita maklumkan mahu bertanding di 36 kerusi sahaja, namun terdapat pertikaian daripada parti lawan bagaimana mahu membentuk kerajaan jika tidak cukup kerusi... jadi, hasil perbincangan melalui Majlis Syura, berkemungkinan juga kita akan meletakkan calon di semua kerusi DUN, termasuk membabitkan dua calon bukan Islam," katanya. #sumber

No comments:

Post a Comment