Thursday, April 5, 2018

Berita Yang Tak Sanggup Didengari Dari Pahang





Thursday, 5 April 2018




Berita Yang Tak Sanggup Didengari Dari Pahang. Seorang peguam dan firma guaman memfailkan tuntutan terhadap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob untuk mendapatkan bayaran selepas mewakilinya dalam satu tindakan undang-undang terhadap satu penerbitan milik Umno.


Manjeet Singh Dhillon dan firma guaman Tetuan Americk Sidhu mahu Adnan menyelesaikan RM214,825 dengan 8% faedah pada jumlah pokok itu.



Berita Yang Tak Sanggup Didengari Dari Pahang. Dalam tuntutan yang difailkan pada 11 Januari, para plaintif mahu faedah dihitung sejak 11 Ogos (tahun lepas) sehingga jumlah yang diperintahkan diselesaikan. Mereka juga mahukan ganti rugi dan relif yang dilihat sesuai oleh mahkamah.


Adnan mempertikaikan tuntutan itu, mengatakan beliau sudah membayar Manjeet sebanyak RM210,000 untuk khidmat sebagai peguam caranya. Pendengaran ditetapkan pada 26 April di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nurul Husna Awang.


Manjeet dalam pernyataan tuntutannya berkata Adnan melantiknya sebagai peguam cara pada 18 November 2015 untuk bertindak terhadap Utusan Melayu Sdn Bhd kerana menerbitkan 1 artikel berunsur fitnah dalam edisi Ahad akhbar itu seminggu sebelum itu.


Kemudian, dengan persetujuan menteri besar, peguam Americk Sidhu, dari firma guaman itu dimasukkan ke dalam pasukan itu untuk kes itu.


Para plaintif, dalam kertas undang-undang yang dilihat FMT, mengatakan kertas mahkamah disiapkan dan perbicaraan ditetapkan antara Julai dan September 2015.


Lebih kurang 2 minggu sebelum perbicaraan itu, peguam mewakili Utusan memfailkan tindakan untuk membatalkan tuntutan itu atas sebab Adnan tidak mempunyai kedudukan hukum untuk mengambil tindakan itu.


Berita Yang Tak Sanggup Didengari Dari Pahang


Mahkamah Tinggi mengetepikan permohonan itu tetapi penerbit berjaya merayu di Mahkamah Rayuan.


Perkara itu kemudian dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan para hakim meremit kes itu untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi.


Tuntutan itu diselesaikan di luar mahkamah pada 7 Ogos tahun lepas.


Firma itu kemudian menghantar bil kepada Adnan kerana mewakilinya di Mahkamah Persekutuan, yang mana sudah dibayar.


Para plaintif berkata mereka kemudiannya menyediakan satu lagi bil kerana mewakilinya di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Bagaimanapun, mereka berkata Adnan enggan membayar RM214,825 walaupun banyak kali diberi peringatan.


Adnan dalam pembelaan yang difailkan pada 5 Mac, menafikan dakwaan plaintif dan berkata ia adalah tanggungjawab mereka untuk membuktikan kes mereka.


Namun begitu, katanya, beliau bersedia untuk menyelesaikan jumlah yang berpatutan dan tidak akan membenarkan plaintif “memperkayakan diri secara tidak adil” dan mengambil kesempatan daripada jawatannya sebagai menteri besar.


Adnan berkata tuntutan mereka juga tidak betul bawah undang-undang.


Menteri besar itu berkata beliau tidak melantik firma itu dan oleh itu, mereka tidak mempunyai kedudukan hukum untuk menyamannya.


Berita Yang Tak Sanggup Didengari Dari Pahang


“Persetujuan saya terhadap yuran guaman itu hanyalah dengan plaintif pertama (Manjeet),” katanya dalam pembelaan yang difailkan oleh peguam caranya, Tetuan Shamsuddin & Co.


Adnan berkata Manjeet yang melantik firma guaman itu untuk membantunya.


Katanya, RM210,000 yang beliau sudah bayar itu bagi seluruh prosiding di Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Persekutuan.


Adnan berkata yuran tambahan sebanyak RM214,825 tidak dipersetujui dengan Manjeet kerana tuntutan fitnah akhirnya diselesaikan di luar mahkamah tanpa perbicaraan.


Katanya, beliau tidak menerima sebarang notis daripada para plaintif dan tiada sebarang perbincangan atau persetujuan yang dicapai selepas tuntutannya tidak diteruskan di mahkamah.


Berita Yang Tak Sanggup Didengari Dari Pahang. Adnan berkata hanya terdapat persetujuan bahawa hasil litigasi akan dikongsi secara 50:50 jika penerbit didapati bertanggungjawab dan mahkamah memerintahkan ganti rugi. - free malaysia today

No comments:

Post a Comment