Friday, April 27, 2018

Hak Golongan Kaya dan Miskin Terjaga dalam Islam


 
6 views

BATU, 21 April – Ustaz Azhar Yahya, calon PAS bagi P115 Parlimen Batu menyatakan bahawa PAS komited menjaga hak-hak yang diberikan kepada kedua – dua golongan kaya dan miskin. Perkara ini ditegaskan beliau di dalam siri ceramah beliau baru-baru ini.
Merujuk kepada ketidakadilan GST yang memungut cukai daripada rakyat tidak kira kaya atau miskin, alternatif daripada PAS dilihat lebih adil iaitu melalui cukai saham dan cukai simpanan korporat.
“Dalam Islam, orang kaya mempunyai hak. Tetapi tanggungjawab orang kaya ialah berkongsi kekayaan tersebut dengan orang miskin, sebagaimana disebut di dalam terjemahan Al-Quran Surah Al-Hasyr ayat 7, ‘supaya harta itu tidak berlegar-legar dalam golongan kaya antara kamu’,” kata Ustaz Azhar.
Cukai yang ditawarkan PAS itu dilihat lebih adil kerana hanya dikenakan kepada golongan kaya sahaja dengan kadar yang sangat rendah iaitu 2.5%, mengambil konsep zakat dalam Islam.
Ustaz Azhar dalam pidato beliau turut menegaskan kemampuan PAS untuk melupuskan hutang peminjam PTPTN jika diberikan mandat untuk memerintah. Hal tersebut melihat kepada kemungkinan kutipan cukai saham dan cukai simpanan korporat sekitar RM50 billion setahun, melebihi kutipan cukai GST.

No comments:

Post a Comment