Sunday, April 22, 2018

5 PERKARA RAKYAT PERLU TAHU TENTANG PAS



1. PAS UNTUK ORANG ISLAM SAHAJA?

Walaupun parti Islam, ahli PAS terbuka pada bukan Islam. PAS ada Dewan Himpunan Penyokong PAS, sama macam sayap Pemuda dan sayap wanita.

PAS juga beri peluang bukan Islam jadi calon Pilihanraya. PAS juga lantik bukan Islam jadi ahli majlis, ketua penduduk dan wakil Penduduk bila memerintah Kelantan. PAS juga beri kebebasan rumah ibadat bukan Islam dibina dan aktiviti agama lain berjalan macam biasa secara bebas.

Beri Peluang, Undilah PAS
PAS Menang, Orang Bukan Islam Boleh Bersama Malaysia Sejahtera

2. PAS TIDAK BERSAMA PAKATAN HARAPAN KERANA...

Ketika Anwar dipecat Mahathir, beliau berikrar mahu jatuhkan Mahathir dan heret dia ke mahkamah. Tetapi bila Mahathir sudah jatuh dan masuk Pakatan, PKR, DAP angkat dia jadi calon Perdana Menteri sekali lagi. Semua dosa-dosa Mahathir dihapuskan oleh DAP dan PKR. Ini sudah langgar Ikrar.

Mahathir sama macam Najib. Pakatan boleh bersama PAS tumbangkan Najib dan heret dia ke mahkamah bersama Mahathir. Tetapi Pakatan memilih untuk untuk jatuhkan dan heret Najib sahaja. Ini bukan ikrar kita pada rakyat. Nanti kalau Najib jatuh dan minta masuk Pakatan pasti DAP dan PKR maafkan dia juga. Jadi sampai bila-bila Mahathir dan Najib terus kaya dan tidak dibicarakan.

Beri Peluang, Undilah PAS
PAS Menang, Najib dan Mahathir akan dibicarakan

3. PAS MAHU BERGABUNG DENGAN BN SAHAJA?

Ini tidak betul. Salahuddin Ayub pernah berkata Amanah sedia berbincang dengan Umno.Lim Kit Siang pula pernah kata, DAP sudi bergabung dengan BN untuk perpaduan rakyat. Manakala Azmin Ali kata PKR sanggup bekerjasama dengan BN untuk kepentingan rakyat.

seperti Amanah, DAP dan PKR, PAS juga terbuka untuk bergabung dengan BN atau PH atau kedua-duanya sekali untuk kepentingan rakyat.

Tetapi dengan syarat mereka perlu terima dasar murni Islam dan semua agama iaitu tolak amalan rasuah, menindas negeri dan kaum lain, amalkan budaya politik matang dan sejahtera, tolak politik fitnah dan menyatukan semua rakyat dengan dasar-dasar yang menguntungkan semua.

PAS juga tuntut supaya Mahathir dan Najib perlu dibicarakan di Mahkamah secara adil dan terbuka jika BN dan PH mahu bergabung bersama. PAS memegang kata-kata Anwar ketika Reformasi bahawa Mahathir jika jatuh akan dibicarakan.

Beri Peluang, Undilah PAS
PAS Menang, Kita Amalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera.

4. PAS TERIMA DUIT UMNO

Ini satu fitnah. Mahathir dan PH fitnah ini cipta supaya semua orang benci PAS sebab PAS selalu ingatkan rakyat supaya tidak lupa dosa Mahathir. Kita akan heret dia ke Mahkamah bersama Najib.

Kalau PAS terima duit UMNO buat apa PAS bertanding 160 kerusi lawan UMNO. Baik PAS tak perlu bertanding dan bagi Umno menang percuma. Duit pun dapat, dan jimat sebab tak perlu bayar RM10 ribu kepada SPR untuk bertanding satu parlimen. Jimat RM 200 ribu sebab tak perlu buat kempen untuk satu parlimen.

PAS bertanding untuk pecah undi? Betulkah? Kalau mahu pecah undi, PAS Tak perlu bertanding. Cukup PAS bagi tahu ahli dan penyokong supaya undi BN. PAS tak perlu bertanding dan boleh terus bantu kempen Umno tanpa perlu buang duit bertanding. Itu lebih baik dan mudah dan menguntungkan

PAS bertanding sebab mahu ganti umno dan tewaskan BN sama macam PKR. Ini sudah cukup jelas.

Beri Peluang, Undilah PAS
PAS Menang, Kita Bersama Tukar Kerajaan BN Tolak PH.

5. ISLAM PUNCA PAS PARTI BEBAS RASUAH

Selain untuk mendaulatkan islam, salah satu sebab lain PAS guna perkataan "Islam" dalam nama parti adalah supaya setiap pemimpin dan ahli amalkan nilai murni agama Islam yang positif seperti jujur, amanah, rajin menolong, harmoni, berakhlak mulia, bekerjasama dan sebagainya untuk pimpin rakyat.

Semua nilai murni itu juga ada dalam agama Kristian, Buddha dan Hindu. Tiada Agama yang suruh Kita jadi tidak baik. Semua pertubuhan NGO yang guna nama agama macam Persatuan Buddha, Persatuan Hindu, Persatuan Kristian juga wujud kerana mahu menyebarkan kebaikan seperti PAS.

Kerana mengamalkan nilai murni Islam ini, walaupun sudah 20 tahun PAS perintah Kelantan, SPRM sahkan tiada wakil rakyat PAS pernah disiasat kerana rasuah, walaupun seorang. PAS Parti yang bebas rasuah tidak macam BN dan PKR

Beri Peluang, Undilah PAS
PAS Menang, Bebaskan Negara Dari Rasuah

Herman Samsudeen
Kepong Village

No comments:

Post a Comment