Oleh : Khabar-Siyasah
BUKIT MERTAJAM - Kebajikan rakyat tidak memuaskan hati, walaupun kutipan cukai semakin naik adalah berpunca dari negara diperintah oleh pencuri. Demikian tegas Pakar Ekonomi, Dr Ahmad Khalid.
"(Menteri cakap) lepas ada GST, harga barang jatuh. So, bila barang tak jatuh.. (maknanya pemerintah) menipu la... Fake News", sindir Dr Ahmad Khalid disambut ketawa dari hadirin dalam satu forum yang dianjurkan oleh ABIM.
Apabila ditanya berkenaan GST dan cukai tinggi berlaku di negara luar, beliau menyatakan di negara itu, kutip cukai memang tinggi, tetapi rakyat mereka boleh nampak apa yang kerajaan berikan kepada mereka.
"Sebab apa (rakyat di negara lain) tak marah (walhal cukai mereka tinggi)?... (Kerana) Universiti (mereka) free, kesihatan free, pengangkutan efisien.. nak pi jauh, keretapi 330 KM sejam. Tak ada orang mencuri. Pemerintah tidak mencuri.
"Kita nampak duit itu digunakan di mana", jelas pengasas dan ketua pakar ekonomi firma DM Analytics Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang itu.
Menurut beliau lagi, perbedaan besar dengan Malaysia, apabila pemerintah negara ini gagal menunaikan tanggungjawab yang betul kepada rakyat.
"(Negara) kita tarik balik subsidi. (Negara) kita potong peruntukan kesihatan. (Negara) kita potong peruntukan pendidikan", kata Dr Ahmad Khalid yang pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan Khazanah, Suruhanjaya Sekuriti dan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS)
"Dulu (masa tak ada GST) RM50 (dapat) dua beg (plastik barang belian). Sekarang (selepas ada GST), (hanya dapat) satu beg (sahaja)", kata Dr Ahmad Khalid lagi. ~ sumber
No comments:
Post a Comment