BORHAN AHMAD
Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Anuar Musa terhadap beliau sebenarnya meleset kerana yang jelas ditertawakan rakyat adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri.
"Saya tidak terkejut bila Tan Sri Annuar Musa menyerang peribadi saya (kononnya rakyat mentertawakan saya) apabila ditanya media mengenai pendedahan ini. Dalam Parlimen pun beliau pernah menggunakan kata-kata yang tidak sopan untuk menyerang peribadi saya.
"Cuma saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan Umno bahawa dari jumlah rakyat Malaysia yang menonton video yang saya dedahkan dan reaksi mereka, jelas bahawa yang ditertawakan adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.
Ini kerana, kata Rafizi, sehingga kini sudah 1,049,309 lebih sudah menonton video Rosmah menaiki jet mewah dengan beg-beg besar itu. "Setakat jam 730 pagi ini (sejak dimuatnaik pada hari Jumaat, 10 Jun 2016 jam 1250 tengahari), video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet dengan beg-beg yang diangkut telah ditonton oleh 1,049,309 penonton di Facebook saya, dikongsi sebanyak 16,800 kali dan telah muncul di "timeline" 2,260,537 akaun.
"Ini tidak termasuk capaian di laman-laman lain seperti Malaysiakini, Youtube dan sebaran melalui whatsapp. Jumlah tontonan melebihi 1 juta orang dalam tempoh kurang empat hari jelas menunjukkan isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.
Sehubungan itu, katanya, terpulanglah kepada pimpinan Umno untuk memperlekehkan pendedahan ini atau mengambil tindakan segera untuk menangani kemarahan rakyat itu.
Menurut Rafizi, beliau memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.
Malangnya, katanya, tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan.
Malah, katanya, kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.
Rafizi juga menjelas beberapa kenyataan yang disifatkan oleh beliau sebagai pembohongan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.
Berhubung dengan anggaran kos RM86 juta yang dikatakan tidak betul, Rafizi berkata, sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.
Bagi beliau, Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.
Katanya, konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.
"Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.
Pun begitu, katanya, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.
"Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu," katanya.
Ini bermakna, katanya, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut.
"Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara "dry/wet lease" seperti yang digembar-gemburkan Dato' Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut,"katanya.
Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat, kata Rafizi.
Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta, katanya.
Bagi Rafizi, jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.
"Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta," katanya.
Sehubungan itu, katanya, selagi Najib enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan "air charter" yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.
Berhubung dengan beg-beg besar yang dibawa ke dalam kapal terbang, Rafizi pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Rizal kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai.
Menurut Rizal lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat.
"Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications," katanya.
Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg.
"Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat," katanya.
Rafizi juga berkata, beliau telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Rosmah di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak.
"Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.
Berdasarkan kiraan beliau, Rosmah hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga.
Maka, katanya, adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan.
"Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato' Rizal Mansor," katanya.
Berdasarkan fakta-fakta itu, katanya, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Rosmah masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat.

Kamu rafizi yg ditertawakan. Tak silap ko graduate finance kan. Pernelanjaan semua asasnya dari budgeting. Juta or million, ada bajet2 yg berlainan. Ag akan lihat ni semua. Hanya Ag yg berhak nak komen. Ko tak de hak. Kerajaan pun x de hak. Lagi pun rosmah dlm tugas rasmi. Ko siapa. Kucing kurap buat fitnah.
ReplyDelete