MALAYSIAKINI
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai 'kemesraaan' yang terjalin di antara PAS dan Umno, terutamanya semasa berlangsungnya kempen pilihan raya kecil di Sungai Besar.
M "Ini PAS, ada pemikiran ulama dan pemikiran bukan ulama.
"Jika mereka tidak boleh menerima kehadiran bukan ulama (dalam PAS) bagaimana mereka boleh terima orang Umno?" kata Kadir ketika ditemui di pusat operasi AMANAH di Sungai Besar hari ini.
Kadir turut mempersoalkan kemungkinan kesudahan kerjasama antara kedua-dua parti.
"Jika mereka bersama, siapa yang mengubah siapa?
"PAS akan ubah Umno menjadi lebih baik atau akan Umno akan mengkorupkan PAS? Pilihan adalah milik mereka," kata Kadir yang berada di Sungai Besar untuk meneliti perkembangan politik di situ.
Kadir juga menolak tanggapan bahawa kerjasama PAS-Umno boleh menjadi platform untuk menyatupadukan umat Islam.
"Politik tidak akan menyatukan ummah. Jadi, jika kita mengharapkan politik untuk menyatukan ummah, politik akan lebih cenderung memecahkan mereka.
"Ummah hari ini berpecah tiga - PAS, Umno dan AMANAH. Saya tidak fikir perpaduan ini (PAS-Umno) akan berlaku," katanya.
Kadir, bagaimanapun, menegaskan bahawa kedua-dua presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, selepas terkuburnya Pakatan Rakyat, kini memerlukan sokongan satu sama lain.
"Ini mudah, individu yang benar-benar memerlukan rakan adalah Najib. Pihak yang benar-benar memerlukan sekutu pula adalah PAS.
"Mereka sedar betapa pentingnya mempunyai rakan kongsi. Itu sahaja, mereka tidak boleh maju ke hadapan.
"Jadi antara Najib memerlukan rakan dan PAS memerlukan rakan kongsi, terdapat hubungan semula jadi," katanya.
Bagaimanapun menurut wartawan veteran itu, akar umbi kedua-dua parti mungkin tidak menyambut baik idea berkenaan.
"Saya tidak fikir peringkat akar umbi anggota Umno teruja mengenai kerjasama dengan PAS.
"Begitu juga akar umbi PAS tidak teruja untuk bersama dengan Umno sekali lagi," kata Kadir.
No comments:
Post a Comment