Sunday, June 26, 2016

TMJ Beri Amaran Pada Pemimpin Pengecut..."Bring It On"




Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bahawa pemimpin yang pengecut adalah paling bahaya sekali, sambil menekankan tentang pentingnya integriti dalam kepimpinan.

Tunku Ismail berkata nenda baginda - Almarhum Sultan Iskandar - selalu berpesan bahawa sifat kepimpinan yang paling agung adalah integriti, yang menurut baginda, semakin sukar dijumpai.

"Baginda juga berpesan bahawa seorang pemimpin yang pengecut merupakan manusia yang paling bahaya sekali, dan salah satu ujian dalam kepimpinan adalah untuk mengenal pasti sesuatu masalah sebelum ianya menjadi darurat.

"Baginda juga mendidik saya bahawa pemimpin yang hebat memperoleh kekuatan untuk mencapai visinya daripada semangat yang kental dan bukannya daripada jawatan atau kedudukannya," tegas baginda dalam Facebook Johor Southern Tigers.

Tunku Ismail bertitah bahawa baginda bersyukur kerana telah dibesarkan dan dididik oleh dua pemimpin yang unggul, iaitu Almarhum Sultan Iskandar dan ayahanda baginda Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail bertitah, nasihat baginda kepada semua pemimpin dalam setiap sektor kerajaan, NGO dan organisasi di Johor adalah supaya memberikan inspirasi dan memimpin segenap lapisan rakyat.

"Jangan cuba memanipulasi dan menguruskan orang. Inventori barangan boleh diuruskan, tetapi rakyat harus dipimpin melalui tauladan dan dengan berintegriti.

"Ingatlah bahawa kunci kepimpinan yang cemerlang pada hari ini adalah dengan mempunyai pengaruh, bukannya dengan menunjukkan kuasa.

"Tiada maknanya jika anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif. Sekiranya anda mempunyai kuasa tetapi tidak mampu mempengaruhi rakyat secara positif, itu petanda yang anda tidak layak menjadi seorang pemimpin," titah baginda.

Tunku Ismail juga bertitah nampaknya apa yang baginda katakan sering membuatkan ramai orang melenting.

"Oleh itu, saya hanya bercakap dalam konteks Negeri Johor yang dekat di hati saya," titah baginda lagi.

Wujudnya "Melayu Harbi" Disamping "Budaya Takfiri" Cemarkan Islam





Penularan fahaman takfiri di negara ini membimbangkan

Penularan fahaman takfiri di negara ini begitu membimbangkan sehingga gejala mengkafirkan pihak yang tidak sealiran pemikiran semakin menjadi-jadi di media sosial, kata Presiden Amanah Mohamad Sabu.

Beliau juga melahirkan kebimbangan jika fahaman takfiri yang memporak-perandakan rantau Teluk khususnya Syria dan Iraq dibawa masuk ke negara ini oleh elemen Daesh (IS).

"Saya amat gusar dan bimbang dengan fahaman takfiri yang mula melanda negara kita secara hebat sekarang ini. Melabel mengkafirkan, 'menerakakan' orang sudah menjadi trend di negara ini khususnya di media-media sosial.



"Saya berpesan kepada diri saya, pimpinan, penyokong Amanah dan umat Islam dan bukan Islam supaya kita bertanggungjawab menjaga keamanan, keharmonian sesama masyarakat.

"Fahaman takfiri yang akhirnya menjadi punca pembunuhan sesama Islam seperti sedang melanda Iraq, Somalia, Syria, Libya, Afghanistan, Pakistan dan negara umat Islam lain, diharap tidak merebak ke negara ini," tegasnya.

Menurut Mohamad, kemenangan mengejut kumpulan Daesh atau Islamic State (IS) pimpinan Abu Bakr Al-Baghdadi di Iraq pernah dipuji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedangkan ia boleh mengundang bahaya kepada umat manusia khasnya umat Islam.

Mereka yang terjebak dalam budaya dan fahaman takfiri ini, jelas Mohamad sukar dipulihkan dan boleh memusnahkan negara.

"Parti Amanah berpendapat, dalam menangani perbezaan perlu banyakkan program dialog berbanding melabel-label orang.

"Pihak bertanggungjawab perlu menjaga fatwa-fatwa mereka supaya ia akhirnya tidak menjerat umat Islam itu sendiri.

"Pihak keselamatan negara pula hendaklah lebih berhati-hati dan berusaha supaya fahaman yang boleh menjahanamkan negara dan umat tidak bermaharajalela masuk ke negara ini," katanya.

Sempena bulan Ramadan yang mulia, Mohamad merayu mereka yang berbeza pendapat supaya berlawan hujah dan tidak sampai melabel seseorang itu sehingga menghalalkan darahnya secara tidak sah oleh undang-undang dan agama. -MD


VIDEO BERKAITAN



ULASAN GB

Bagi GB, selain dari "budaya takfiri", yang lebih membimbangkan ialah wujudnya kumpulan Melayu Harbi. Kumpulan Melayu Harbi inilah yang menyemarakkan budaya takfiri di dalam masyarakat Islam selain mengkafirhabikan kumpulan bukan Islam yang menjadi musuh politik mereka.

Kononnya akidah akan jadi sesat jika tidak memilih pemimpin dari kalangan kumpulan mereka. Mereka yang meninggalkan kumpulan mereka dianggap kafir dan wajar diperangi dan seumpamanya.




Mereka menganggap kumpulan mereka atau parti mereka sebagai "satu-satunya jemaah Islam" yang ada, dan kumpulan dan parti lain walaupun berteraskan Islam tidak diterima.

Ini amat bertentangan dengan kenyataan Ketua Ulama Sedunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.








Kumpulan mereka juga adalah ganas, kasar dan membawa ciri-ciri budaya IS (Daeisy). Sanggup memaki-hamun, bertumbuk, melakukan keganasan, sanggup memfitnah kerana ketaksuban mereka menyebabkan mereka hilang pertimbangan akal dan menjadi gila kerana mereka berpendapat mereka saja yang membawa Islam yang benar, yang lain tidak.




Itu sesama Islam. Jika dengan kumpulan bukan Islam pula, mereka tidak teragak-agak menempelak bukan Islam itu sebagai "kafir harbi" walaupun istilah itu disalahgunakan kerana "kafir harbi" bermaksud kafir yang memerangi umat Islam. Apakah DAP khususnya pernah mengisytiharkan perang terhadap Islam? Jika tidak mengapa isytiharkan mereka kafir harbi?

Ya, DAP tidak bersetuju dengan pindaan RUU 355 Perlembagaan Malaysia. Namun ia bukan sampai "mengisytiharkan perang terhadap Islam". Ramai yang Islam juga tidak bersetuju dengan pindaan itu, malah tidak bersetuju dengan hukum hudud untuk dilaksanakan sebelum dilaksanakan hal-hal yang lebih perlu diutamakan seperti masalah rasuah negara yang dasyat, masalah kemiskinan, masalah pengangguran, rompakan balak dan seumpamanya.




Yang jelas kepada kita kini ialah terdapatnya kumpulan Melayu Harbi yang melampaui batas, iaitu Melayu yang mengisytiharkan perang keatas orang lain sesuka hati.

PAS, melalui kenyatan Mursyidul Amnya, Dr Haron Din yang secara berterus-terang menuduh DAP musuh Islam yang nyata dan Mufti Pahang yang mengkafir-harbikan DAP adalah termasuk di dalam kelompok tersebut. Kumpulan akhbar Utusan yang mengapi-apikan sentimen perkauman juga tidak terlepas dari termausk di dalam kumpulan itu.

Demikianlah, dan hukum kebenaran dan keadilan terus berjalan untuk menghukum kumpulan yang melampaui batas ini kerana Allah tidak suka kepada mereka yang melampaui batas.

Mukhriz syak Umno serah Kedah, T'ganu, Kelantan kepada PAS


SH@Alyaa Alhadjri

Bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengesyaki perjanjian Umno -PAS membabitkan 'pertukaran' yang melibatkan Kedah , Terengganu dan Kelantan.
"Mesti ada perjanjian. Mereka cuba untuk membawa PAS dan Umno bersama-sama. Perlu ada tukaran untuk PAS. Saya melihat Kelantan , Terengganu dan Kedah (akan) kembali kepada PAS...," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian semasa membuat kemunculan pertama selepas pemecatannya daripada Umno pada Jumaat lepas.
"Jadi, dalam fikiran saya, ini amaran untuk Umno Kedah. Bersiap sedialah untuk serahkan Kedah kepada PAS kerana tanda-tanda sudah ada," katanya pada sidang media di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya.
Ditanya sama ada kerjasama itu akan berbentuk kerajaan perpaduan, Mukhriz berkata: "Bukan kerajaan perpaduan. Mereka akan serahkan kepada PAS. Itu pandangan saya. . ."
Turut berada pada sidang akhbar itu ialah bekas pemimpin nombor dua negara dan Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga dipecat pada Jumaat lepas.
Sambil menafikan dakwaan beliau bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan BN , Mukhriz berkata, walaupun memecatnya, kerajaan negeri Kedah kekal stabil dengan BN mengekalkan majoriti lima kerusi di Dewan Undangan Negeri.
Ini, katanya , tidak seperti di Terengganu dengan BN hanya mempunyai majoriti dua kerusi berbanding PAS.

Tuesday, June 14, 2016

Mantan Menteri & MP Kuala Kangsar menolak dakwaan Najib ada campur tangan politik dizaman Tun M


Rafidah: Najib dulu pun dalam kabinet Dr M

Anne Muhammad

Bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz menolak dakwaan campur tangan politik dalam Proton ketika era pentadbiran Tun Dr Mahahir Mohamad sebelum ini.

“Bukan campur tangan politik, kerajaan buat keputusan-keputusan kerana (ia perusahaan) kereta negara,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, berlaku campur tangan politik dalam Proton ketika era Mahathir, yang juga pengasasnya.

Menurut beliau, kini zaman Mahathir telah berakhir dan firma kereta nasional itu telah belajar daripada kesilapan lalu untuk terus berjaya.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Rafidah bagaimanapun mengingatkan bahawa Najib sendiri pernah berada dalam kabinet Mahathir sebelum ini.

“Jangan lupa, itu masa saya dalam kabinet, yang mana Najib pun ada sama,” katanya lagi.

KEMPEN SAMPAH BERMULA : [BONGKAR] Rupa-rupanya Dia Pegawai MARA, Patutlah Sokong BN...






Ahli Amanah kempen pilih Budiman

SUNGAI BESAR - Seramai 32 ahli Penaja Parti Amanah Negara (Amanah) Sungai Besar sebulat suara menolak calon mereka, Azhar Ab Shukur kerana kecewa dan tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi parti berkenaan.

Timbalan Ketuanya, Mohd Sapigni Tulus berkata, Amanah telah melatakkan calon yang salah dan tidak mempunyai kredibiliti sebagai ahli parlimen sebagaimana yang diharapkan penduduk Sungai Besar.

“Amanah telah meletakkan calon yang kami sifatkan sebagai ‘Touch N Go’ kerana beliau tak bermastautin di sini dan bukan dikira sebagai anak tempatan kerana menetap di Pahang.


“Jika menang sudah pasti beliau tidak mampu merencana dan melaksanakan apa-apa agenda pembangunan, sosial atau masyarakat kerana hanya berada di Sungai Besar dua kali sebulan untuk menjenguk kawasan,” katanya dalam satu sidang media tergempar di sini, sebentar tadi.

Menurutnya, mereka menolak Azhar kerana beliau memiliki ciri-ciri dan dan tidak-tanduk yang bongkak, angkuh dan sombong.

“Sejak merampas kepimpinan Amanah Sungai Besar secara kotor, semua pemimpin yang menghidupkan parti tersebut telah disingkirkan.

“Perlakuan tersebut jelas di luar batas seorang pemimpin yang baik untuk rakyat kerana dari awal lagi beliau telah menunjukkan kebiadaban terhadap rakan-rakan parti di Sungai Besar,” katanya.

Katanya, beliau pernah suarakan ketidakpuasan hati ahli terhadap calon pada pimpinan tertinggi negeri tetapi mereka tidak mengendahkannya.

“Jawapan yang kami terima menduka citakan seolah-olah melepaskan batok di tepi tangga sedangkan masih ramai calon di kalangan anak tempatan yang berwibawa,” katanya.

Justeru, Sapigni berkata, beliau menyeru supaya pengundi di Sungai Besar sama ada Melayu, Cina dan India memilih Budiman sebagai galang ganti Azhar mahupun calon Pas, Dr Abdul Rani Othman.

“Antara ketiga-tiga calon yang ditampilkan kami dah tak percaya dengan calon sendiri malahan mengistiharkan untuk menyokong calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana beliau sahaja calon yang sesuai mewakili semua penduduk di Sungai Besar.

“Pengundi tak ada pilihan lain selain memilih calon BN, Budiman Mohd Zohdi kerana rekod kerja telah membuktikan beliau seorang Adun yang menyerlah di Sungai Panjang selama tiga tahun,” katanya.

Katanya, keputusan menolak Azhar tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak sebaliknya bertitik tolak atas kesedaran mereka sebagai ahli Amanah.

“Kami buat atas kesedaran sendiri dan kami juga tak dibayar walau satu sen pun untuk menolak Azhar sebagai calon kami.

“Kami berfikir apa salahnya dalam ketiga-tiga calon yang bertanding kita memilih siapa yang terbaik dan mempunyai rekod kerja yang cemerlang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, semua ahli yang ada pada malam ini tidak takut dibuang daripada parti kerana menolak Azhar dan mencadangkan pengundi memilih Budiman.

“Kalau kami dipecat tetapi ia mendatangkan bahagia kepada beribu orang apa salahanya jadi pecatlah kami,” katanya.

Dalam masa yang sama, Sapigni juga memaklumkan bahawa beliau tidak akan keluar dari Amanah atau menyertai mana-mana parti termasuk BN sendiri. -SH

ULASAN GB

Mula-mula terkejut juga GB baca berita di atas ... kebetulan berita itu tersebar "serentak" dengan kedatangan Menteri Besar Selangor, YAB Azmin Ali ke Majlis Iftar Perdana anjuran Pakatan Harapan di Sungai Besar.

Jadi semacam ada satu "konspirasi" untuk menutup cerita kedatangan Azmin dengan menimbulkan berita kononnya beberapa ahli AMANAH berkempen untuk calon BN

GB terpaksa mencari maklumat siapa Mohd Sapigni Tulus itu. Nama pun pelik, jadi GB ingat ia mungkin nama palsu. Oh tidak. Nama itu memang wujud dan meang ada kad pengenalannya.

Malah carian di internet ada memaparkan nama itu.

Pagi ini juga tersebar di media sosial, bahawa Mohd Sapini itu rupa-rupanya pegawai MARA di Unit Naziran dan Kualiti.



Bila sebut MARA, teringat pengerusinya, Annuar Musa yang juga Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang baru-baru ini ada turun ke Sungai Besar bersama Shahrizat Jalil di Sungai Besar yang turut dihadiri Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Md Yunos.

Mungkin ia faktor kebetulan. Tetapi selepas itu tup-tup keluar berita AMANAH sokong calon BN.

Namun yang paling pelik semalam ialah yang bersorak sakan mengenai berita di atas ialah kumpulan PASIK. Kalau dulu semasa menjelang pilihanraya, PAS menjadi sasaran UMNO dengan tersiarnya berita ahli-ahli PAS menyertai UMNO, kini yang menjadi mangsa ialah AMANAH. Dan Kali ini juga puak PAS ini yang terkinja-kinja kegembiraan.

Politik dedak yang telah diamalkan UMNO itu tidaklah kita hairan sangat kerana ia lansung tidak menggugat keutuhan parti AMANAH.

AMANAH adalah sebuah parti, yang sekalipun usianya baru, tapi pemimpinnya adalah profesyenal dan telah lama berkecimpung di dalam politik kerana kebanyakannya adalah pimpinan tertinggi di dalam parti sejarah mereka iaitu PAS.

Walaupun dituduh PENGKHIANAT tetapi pimpinan AMANAH inilah yang dahulunya yang telah menjulang PAS ke mercu kecemerlangan. Dan mereka bukan pengkhianat, yang khianat ialah PAS sendiri yang telah mengkhianati amanah rakyat kerana rakyat tidak pernah merestui undi mereka kepada pAS untuk PAS berbaik-baik dengan UMNO BN.

Berbalik kepada soal kononnya beberapa ahli AMANAH menyokong calon BN, tidaklah menjadi kudis kepada AMANAH. Biasanya ia menjadi kudis kepada mereka sendiri, hidup bagaikan terbuang kerana matlamat mereka menaja parti dahulu rupa-rupanya sudah ada "niat" yang terselindung yang kini Allah telah dedahkan.

Nostalgia Tok Guru di bulan Ramadan


Nik Aziz Nik Mat
Nik Aziz 
 
 
SEBAIK kaki melangkah ke Galeri Tok Guru, melihat pula gambar wajah kesayangan ramai, bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, rasa sebak hadir tanpa dipaksa.

Wajah insan yang dianggap istimewa berkenaan sudah pun tiada, berkubur dengan penuh jasa dan ilmu agama yang ditaburkan terlalu banyak.

Ramadan menjengah, sungguh terasa kehilangannya ibarat hilangnya sebutir permata, namun ajarannya masih menjadi kenangan, ikutan dan melekat di ingatan insan yang ada dekat mahupun yang jauh dengannya.

Tahun ini, Ramadan kedua umat Islam di Kelantan meraikan bulan puasa, tanpa seorang Murabbi yang disegani, namun masih ada penyambung warisan anak, cucu, cicit serta rakan taulan serta saudara-mara, yang masih kuat menjaga wasiat serta harapan arwah bapa.

10 minit di hadapan hidangan sebelum berbuka

Mengenang Ramadan bersama arwah bapa, Nik Omar Nik Abdul Aziz, 52, Pengetua Sekolah Darul Anuar berkata, arwah biasanya awal 10 minit berada di hadapan hidangan berbuka.

"Dia (arwah Nik Aziz) wirid dan beritahu suruh baca doa minta apa sahaja dekat waktu berbuka, kerana doa ketika itu mustajab. Dia beritahu, sebelum buka puasa kena buat. Bukan setiap hari pun dia bagi tazkirah, tetapi kita anak, cucu ingat pesan tu.

"Beliau ikut amalan sunnah Rasulullah iaitu sebelum berdoa, amalkan perkara asas seperti istighfar,
selawat dan zikir, kemudian ikut lah doa masing-masing sebelum berbuka. Bagi ayah, masa sebelum berbuka cukup bernilai, ambo (saya) jarang dan hampir tidak pernah tengok dia habiskan (masa) dengan benda kosong atau berehat," katanya.

Makan apa yang dihidang, tidak pilih menu

Menariknya, biarpun bergelar menteri besar atau pemimpin tertinggi dalam Pas, namun Allahyarham langsung tidak memilih makanan berbuka puasa baik di rumah atau semasa menghadiri majlis.

Menurut Nik Omar, arwah bapanya tiada makanan atau menu khusus yang diminta atau ditanya, sebaliknya  lebih senang makan apa yang dihidangkan.

"Cik (panggilan untuk ibu mereka, iaitu isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak) pun kata dia tidak cerewet, dia pun tiada menu khas, makan saja apa yang ada. Malah dalam bab makanan, seolah-olah sepenuhnya diserahkan kepada cik.

"Arwah tidak ada menu istimewa, ulam dan budu pun dia suka, ambo ingat lagi dia suka kuah ikan singgang, biasanya ikan dalam singgang itu dia cicah dengan budu, diselang-seli dengan ulam sayur segar," katanya.

"Bagi minuman pula, bukan sahaja arwah ayah suka, ambo pun suka cendol dicampur dengan biji selasih.

''Menu pula, makanan biasa orang Kelantan di kampung, sup dan singgang. Cuma acap kali juga dalam bulan puasa, dia makan nasi kerabu, berbuka dan bersahur dengan nasi kerabu," katanya.

Boleh dikatakan, dalam sebulan berpuasa, tujuh hingga lapan kali mereka sekeluarga makan nasi kerabu, kata arwah boleh mendatangkan selera berbuka dan bersahur.

Ajak anak cucu berkumpul dan berbuka

Sekiranya jadual sebagai menteri besar kurang padat, Allahyarham Nik Abdul Aziz biasanya mengambil kesempatan mengajak anak-anak dan cucu-cicitnya berbuka bersama-sama di rumahnya, di Pulau Melaka.

"Tidak kira masa, biasanya idea jemputan itu arwah beritahu awal pagi atau ada juga selepas Asar. Kita pun tiada masalah sangat sebab adik-beradik duduk sekitar kawasan ini.

"Kalau mereka dah memasak, kita pakat bawa ke rumah ayah dan cik. Ada juga dia sebut kat ambo kata nak berbuka dengan anak cucu, jadi ambo pun akan telefon adik-beradik yang lain menyampaikan hasratnya," kata Nik Omar.

Arwah tidur awal bulan puasa

Selepas tarawih, Nik Omar berkata, arwah bapanya tidur awal sekitar jam 10 malam atau 10.30 malam, kemudian dia berjaga kira-kira jam 3.30 pagi.

"Waktu ambo kecil-kecil dahulu, dia gerak (kejut dari tidur) ambo sorang sebab ambo ini anak lelaki sulung selepas kakak (Nik Aini), bila dia gerak ambo, dia serah kepada ambo gerak adik-adik yang lain.

"Untuk sahur, cik kejutkan untuk bangun qiamullail.

"Biasa arwah ayah panggil ambo "Ma atau Omar, bangun Subuh"… biasa dia sentuh kaki, kalau dia tengok ambo terjaga… barulah dia pergi dan ambo tidak tidur semula sebab takutkan dia," katanya tersenyum.

Nik Omar berkata, pada bulan puasa, amalan arwah bapanya adalah suka baca al-Quran, solat sunat, namun pada Ramadan, selepas solat berjemaah di Masjid Pulau Melaka beliau duduk lama, iktikaf, memperbanyakkan baca al-Quran.

Menurutnya, arwah ayahnya berbuat demikian pada bulan Ramadan kerana berpandukan hadis Rasulullah, antaranya Rasulullah berbuat sedekah bulan Ramadan, baca al-Quran, jadi Nik Abdul Aziz memang menjadikan sedekah amalan biasa, namun diperhebatkan lagi pada Ramadan.

Abe Ya dampingi Tok Guru sejak 1992

Tempoh lebih dua dekad bukannya masa yang singkat buat  Zakaria Deraman, 61, atau lebih mesra dengan panggilan Abe Ya ini bersama Tok Guru kesayangan ramai itu dan pasti banyak rahsia serta suka duka dikongsi mereka.

Pilihan Raya Kecil -Sampai bila rakyat terus mahu diperbodohkan?




 
Oleh DR. AHMAD FAKHRUDDIN BIN SYEIKH FAKHRURAZI


1. PAS Kedah mengucapkan tahniah terhadap pengumuman oleh kerajaan Persekutuan mahu memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi meningkatkan kemudahan Hospital Kuala Kangsar. Ia merupakan keprihatinan tinggi kerajaan BN terhadap kebajikan rakyat.

Bagaimanapun oleh kerana janji tersebut muncul secara tiba-tiba sewaktu tempoh berkempen PRK Kuala Kangsar, maka ia segera mengingatkan rakyat Kedah terhadap janji BN yang dibuat pada PRK Pendang tahun 2002 lalu. Pada PRK tersebut, BN telah berjanji untuk mewujudkan sebuah Hospital Daerah Pendang dan perasmian tapak hospital dibuat di atas tapak yang pernah dijanjikan untuk maksud yang sama beberapa tahun sebelumnya.

2. DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung dalam perasmian Sidang DUN Kedah, pernah menegur Kerajaan Persekutuan kerana melambat-lambatkan pembinaan hospital Pendang yang dijanjikan itu. Tahun lalu Perdana Menteri dalam ucapan Bajet 2016 telah menyenaraikan Hospital Daerah Pendang untuk dibina mengikut Bajet 2016.

3. Malangnya sehingga hari ini, perkara yang pernah dijanjikan oleh BN pada PRK Pendang 14 tahun lalu itu, belum menjadi kenyataan. Maka ada baiknya jika rakyat negeri ini, khususnya pengundi Kuala kangsar berfikir panjang sebelum mempercayai akan janji politik BN yang sering dimungkiri.

4. Dengan berlaku PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar, boleh pula dengan serta merta kerajaan mengumumkan bantuan khas kepada penoreh RM500 seorang dengan dana RM194 juta, sedangkan sejak tiga tahun lalu para penoreh puas menuntut pembelaan dari kerajaan ekoran kejatuhan harga getah, tetapi rayuan masyarakat penoreh tidak dipedulikan.

5. Jika benar dana khas itu untuk bantu penoreh, kerajaan patut menggunakannya sebagai penambah nilai harga sekerap, daripada RM2.00/kg menjadi RM3.00/kg. Seluruh penoreh di negara ini boleh menerima manfaat segera dan merasai kelegaan dengan kenaikan itu. Ia lebih adil dan saksama, yang menoreh dan menjual sekerap akan menerima manfaatnya.

6. Purata pengeluaran getah sebulan di Malaysia ialah 72,000 tan ataupun 72 juta kilogram. Jika harga setiap sekilogram ditokok RM1, kerajaan hanya berbelanja RM72 juta sebulan. Peruntukan khas RM194 juta itu mampu bertahan kira-kira 3 bulan. Bayaran boleh saja dibuat kepada pengilang, bergantung kepada jumlah getah yang dibeli dari pekebun dan peraih. Pemberian one-off RM500 seorang takkan bertahan lebih sebulan dengan kos kehidupan sekarang.

7. Kerajaan pimpinan BN jangan lupa bahawa tuntutan dana Insentif Pengeluaran Getah (IPG- yang diumumkan dalam belanjawan 2016), sejak Januari sampai sekarang, satu sen pun belum dibayar kepada penoreh. Mantan Timbalan Menteri Kementerian terbabit (MPIC) telah memaklumkan di Dewan Rakyat pada 5 April 2016 bahawa RM12 juta telah dikeluarkan daripada dana IPG untuk dibayar kepada penoreh. Ke mana pergi dana itu, bila pula penoreh akan menerimanya?

8. Lebih malang lagi janji bantuan terhadap masyarakat penoreh, disudahi dengan permintaan oleh Perdana Menteri supaya BN dipilih oleh pengundi dalam PRK ini. Tidakkah ia terang-terangan satu bentuk rasuah? Soalnya, sampai bila rakyat terus mahu diperbodohkan?

DR. AHMAD FAKHRUDDIN BIN SYEIKH FAKHRURAZI
Pesuruhjaya PAS Kedah

Rosmah, Najib dan Umno yang ditertawakan, bukan saya, kata Rafizi


BORHAN AHMAD


Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.Rafizi pertikaikan siapakah yang diketawa, beliau atau Rosmah dan Najib serta Umno.


Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyifatkan dakwaan Ketua Penerangan Umno Datuk Seri Anuar Musa terhadap beliau sebenarnya meleset kerana yang jelas  ditertawakan rakyat adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri.

"Saya tidak terkejut bila Tan Sri Annuar Musa menyerang peribadi saya (kononnya rakyat mentertawakan saya) apabila ditanya media mengenai pendedahan ini. Dalam Parlimen pun beliau pernah menggunakan kata-kata yang tidak sopan untuk menyerang peribadi saya.

Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan.Rosmah menaik jet mewah yang disewa kerajaan."Cuma saya ingin mengingatkan Tan Sri Annuar Musa dan pimpinan Umno bahawa dari jumlah rakyat Malaysia yang menonton video yang saya dedahkan dan reaksi mereka, jelas bahawa yang ditertawakan adalah Datin Seri Rosmah Mansor, Dato' Seri Najib Tun Razak dan Umno sendiri," kata Rafizi dalam kenyataannya hari ini.

Ini kerana, kata Rafizi, sehingga kini sudah 1,049,309 lebih sudah menonton video Rosmah menaiki jet mewah dengan beg-beg besar itu.   "Setakat jam 730 pagi ini (sejak dimuatnaik pada hari Jumaat, 10 Jun 2016 jam 1250 tengahari), video Datin Seri Rosmah Mansor menaiki jet dengan beg-beg yang diangkut telah ditonton oleh 1,049,309 penonton di Facebook saya, dikongsi sebanyak 16,800 kali dan telah muncul di "timeline" 2,260,537 akaun.

"Ini tidak termasuk capaian di laman-laman lain seperti Malaysiakini, Youtube dan sebaran melalui whatsapp. Jumlah tontonan melebihi 1 juta orang dalam tempoh kurang empat hari jelas menunjukkan isu ini benar-benar menimbulkan kemarahan rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, terpulanglah kepada pimpinan Umno untuk memperlekehkan pendedahan ini atau mengambil tindakan segera untuk menangani kemarahan rakyat itu.

Menurut Rafizi, beliau memberi masa sehingga empat hari bagi pimpinan Umno/Barisan Nasional dan pihak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab pelbagai persoalan yang timbul ekoran pendedahan saya mengenai tindakan Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sebuah jet peribadi mewah yang disewa khas (ACJ319 A6-CJE) dari Emirates dan dibayar oleh rakyat bagi tujuan menghadiri sebuah majlis di Istanbul.

Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Beg-beg besar dibawa naik jet mewah yang disewa oleh kerajaan untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah.Malangnya, katanya,  tidak ada seorang pun pimpinan Umno/Barisan Nasional yang berjaya memberi penjelasan yang memuaskan.

Malah, katanya, kenyataan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan Umno dan Datuk Rizal Mansor, Pegawai Khas Datin Seri Rosmah Mansor mengeruhkan lagi keadaan kerana cuba memutar belitkan fakta.

Rafizi juga menjelas beberapa kenyataan yang disifatkan oleh beliau sebagai pembohongan pembantu Rosmah, Datuk Rizal Mansor.

Berhubung dengan anggaran kos RM86 juta yang dikatakan tidak betul, Rafizi berkata, sehingga kini, pihak Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab menguruskan tempahan jet-jet peribadi milik Kerajaan Persekutuan masih belum memberikan angka sebenar kos yang ditanggung rakyat untuk menyewa jet ACJ319 A6-CJE selama 2 bulan.

Bagi beliau, Rizal dan pemuka-pemuka Umno cuba menjadi suara rasmi Kerajaan Persekutuan dengan memperkenalkan terma-terma seperti "dry lease" bertujuan mengelirukan rakyat agar menolak angka RM86 juta yang saya kemukakan sebagai anggaran.

  Katanya, konsep "dry lease" atau "wet lease" hanya terpakai sekiranya Kerajaan Persekutuan hanya menyewa jet sahaja tetapi keseluruhan operasi (dari juruterbang, pramugara, kos minyak dan lain-lain) dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan.

"Dry lease" bermaksud sewaan jet semata-mata tanpa melibatkan kos minyak sementara "wet lease" bermaksud sewaan jet bersama-sama kos minyak yang dimasukkan sekali di dalam nilai keseluruhan sewaan.

Pun begitu, katanya, sewaan secara "dry lease" atau "wet lease" ini lebih terpakai bagi pesawat-pesawat biasa (contohnya pesawat kargo, pesawat ambulan udara, pesawat penumpan pukal dan lain-lain) dan bukannya jet peribadi mewah seperti ACJ319 A6-CJE yang dimiliki oleh Emirates ini.

"Semakan saya menunjukkan setakat ini Emirates adalah satu-satunya syarikat penerbangan komersil di rantau Asia (dari kalangan syarikat penerbangan terbesar Asia) yang menawarkan khidmat jet peribadi lengkap dengan pramugara sendiri. Syarikat penerbangan komersil lain seperti Etihad masih menawarkan khidmat mewah melalui tiket kelas satu," katanya.

Ini bermakna, katanya, apabila pelanggan menempah pesawat ACJ319 A6-CJE ini, pelanggan itu membayar keseluruhan khidmat penerbangan mewah yang ditawarkan oleh Emirates melalui jet tersebut.

"Maka konsep tempahan ini bukanlah sewaan secara "dry/wet lease" seperti yang digembar-gemburkan Dato' Rizal. Pesawat mewah seperti ACJ319 A6-CJE ini ditawarkan secara pakej iaitu "air charter" merangkumi keseluruhan khidmat mewah yang datang dengan pesawat tersebut,"katanya.

Oleh itu, anggaran kadar RM60,000 sejam penerbangan itu adalah tepat, kata Rafizi.

Mengambil kira kadar tersebut, penerbangan pergi balik dari Subang ke Istanbul yang diambil oleh Datin Seri Rosmah mengambil masa sekurang-kurangnya 24 jam – maka kos bagi penerbangan itu sahaja yang ditanggung rakyat adalah RM1.44 juta, katanya.

Bagi Rafizi, jika yang dipertikaikan ialah jumlah jam penerbangan yang ditempah, maka Jabatan Perdana Menteri wajar berterus terang dan memberikan angka sebenar yang ditanggung oleh rakyat.

"Saya khuatir sewaan secara "air charter" ini dibuat mengikut kadar bulanan tanpa mengira perjalanan sebenar, justeru anggaran saya bahawa ia boleh mencecah sehingga RM86 juta," katanya.

Kartun Zunar mengenai  Rosmah naik jet.Kartun Zunar mengenai Rosmah naik jet.Sehubungan itu, katanya, selagi Najib enggan menunjukkan dokumen perjanjian sewaan "air charter" yang dimeterai dengan Emirates, ia membangkitkan kecurigaan bahawa jumlah yang ditanggung rakyat adalah tinggi.

Berhubung dengan beg-beg besar yang dibawa ke dalam kapal terbang, Rafizi  pertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Rizal kononnya ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini adalah sempit kerana telah diubahsuai.

Menurut Rizal lagi, oleh kerana jet itu juga membawa barang untuk persembahan pasukan Permata Seni, ruang letak beg/kargo tidak mencukupi hinggakan beg-beg penumpang dan krew terpaksa diangkat naik ke ruang mewah pesawat.

"Saya telah menyemak spesifikasi keluasan ruang letak beg/kargo bagi jet ACJ319 A6-CJE ini di laman rasmi Emirates Executives di http://www.emirates-executive.com/en/the-aircraft/specifications," katanya.

Berdasarkan maklumat rasmi Emirates itu sendiri, ruang letak beg/kargo boleh memuatkan di antara 30 hingga 50 beg biasa atau berat muatan 1,200 kg.

"Ruang ini lebih dari cukup untuk menyimpan anggaran 12 hingga 15 beg-beg besar yang dibawa naik ke ruang pesawat," katanya.

Rafizi juga berkata, beliau telah menyemak garis masa persembahan yang dibuat oleh kumpulan Permata Seni dan ketibaan Rosmah di Istanbul untuk menentukan sama ada alasan bahawa ruang letak beg/kargo digunakan untuk membawa barang persembahan itu benar atau tidak.

"Dari maklumat penerbangan yang saya perolehi bagi ACJ319 A6-CJE (yang boleh didapati menggunakan aplikasi Plane Finder), jadual penerbangan dan ketibaan Datin Seri Rosmah Mansor," katanya.

Berdasarkan kiraan beliau, Rosmah  hanya tiba lewat petang sedangkan persembahan oleh kumpulan Permata Seni dilaporkan berlaku petang Rabu itu juga.

Maka, katanya, adalah tidak masuk akal barang-barang persembahan untuk Permata Seni dibawa di dalam jet ACJ319 A6-CJE yang disewa itu kerana tempoh masanya adalah terlalu singkat di antara jet itu mendarat dan peserta-peserta perlu bersiap sedia untuk membuat persembahan.

"Saya berpendapat sebenarnya barang-barang persembahan bukanlah sebab ruang kargo menjadi sempit seperti yang didakwa oleh Dato' Rizal Mansor," katanya.

Berdasarkan fakta-fakta itu, katanya, sehingga kini pimpinan Umno dan pihak Rosmah masih belum menjelaskan berapa jumlah kos yang ditanggung rakyat dan apa kandungan beg-beg yang sehingga ia dibawa naik ke ruang mewah pesawat.

Pas: Budaya politik matang dan sejahtera


SINAR HARIAN


KOTA BHARU - Benarkah Pas kini berbeza? Apabila pemimpin Pas tampil berpakaian baju Melayu, lengkap bersamping,

bertanjak dan berkeris semasa muktamar tahunan di Kota Baharu baru-baru ini, banyak kalangan tertanya-tanya mengenai perubahan parti Islam itu.

"Pas dah buang tabiat...," lantas komen dalam satu blog yang melihatnya sebagai suatu yang luar biasa dalam sejarah muktamar Pas, yang lazimnya pemimpin parti tampil dengan imej berkopiah, berjubah dan berserban.

Ketika ditanya pada sidang akhbar, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa ia adalah pendekatan dan idea baharu daripada Dewan Pemuda Pas dan tidak mustahil mereka akan mengenakan pakaian kaum-kaum lain pada tahun depan.

Juga menarik perhatian ialah apabila Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggunakan sebilah keris gergasi untuk memotong pulut kuning. Keris tersebut diarak masuk ke dalam dewan oleh sekumpulan 'hulubalang' sehingga ke atas pentas sebelum diserahkan kepada Abdul Hadi.

Satu kelainan yang ketara ialah tiadanya maki hamun atau suara-suara lantang yang biasanya menghangatkan suasana muktamar. Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Dr Hatta Ramli, antaranya kini sudah berada dalam Parti Amanah Negara (Amanah), parti serpihan Pas.

Jemputan khas pula hanya terdiri daripada Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir daripada Parti Ikatan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) N Balasubramaniam, tanpa kelibat pemimpin kanan pakatan pembangkang.

Justeru, Pas kelihatan seolah-olah bersendirian, setelah meminggirkan PKR dan DAP yang menjadi sekutu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Ucapan dasar Abdul Hadi yang menggariskan pendekatan politik baharu Pas ke arah 'Budaya Politik Matang dan Sejahtera' menarik dianalisis kerana ia bakal mencorak landskap baharu politik tanah air.

Antaranya, kata beliau: "Laungan kasar dan menghukum tanpa fakta yang sahih bertentangan dengan hati budi psikologi masyarakat Malaysia mestilah dihindarkan".

Menurutnya, blok politik sebelum ini diwarnai secara hitam putih semata-mata iaitu: sama ada 'kerajaan' atau 'pembangkang'. Pembangkang sentiasa membangkang apa sahaja agenda kerajaan yang memerintah walaupun kadangkala ada yang baik dilaksanakan.

"Kami ingin keluar daripada politik cara lama dan keterlaluan ini yang menyusahkan rakyat," katanya dan menjelaskan bahawa Majlis Syura Ulama Pas telah pun bersetuju dengan prinsip 'meneruskan agenda kerjasama dengan mana mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketakwaan demi memperkukuh Islam dan perjuangannya'.

Abdul Hadi mengajak perwakilan yang hadir agar mengambil pendekatan strategik dengan meramaikan kawan sebanyak mungkin dan bukan mencari musuh sebanyak-banyaknya.

"Atas konsep inilah kami mendekatkan diri dengan parti-parti politik yang mempunyai titik persamaan sebanyak-banyaknya dan memaafkan perbezaan yang boleh dimaafkan," katanya.

Tetapi sebelum itu, Dewan Pemuda dan Muslimat Pas jelas mahukan kepimpinan parti menjauhi 'bekas rakan seperjuangan' yang kini menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga PKR.

Pas bertindak memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamarnya tahun lepas.

Dewan Pemuda Pas Pusat yang diketuai Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz terang-terangan memberi isyarat supaya Pas serius bertindak dengan kembali bertanding di kerusi-kerusi yang 'dipinjamkan' kepada sekutu pembangkang seperti PKR dan DAP semasa pilihan raya umum yang lepas.

Ucapan Nik Mohamad Abduh pada Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-57 itu secara langsung, memberi isyarat jelas kepada anggota parti agar terus menjauhi kedua-dua parti berkenaan.

 Nik Mohamad Abduh berkata pengalaman ketika Pas masih bekerjasama dalam pakatan pembangkang harus dijadikan pengajaran agar anggota Pas tidak lagi dijadikan 'kuda tunggangan' parti-parti lain.

Sidang Muktamar Dewan Muslimat Pas pula menggesa Pas mengkaji semula tahalluf siyasi (kerjasama politik) dengan PKR dalam semua pilihan raya akan datang.

Naib Ketua Dewan Muslimat Pas, Salamiah Mohd Noor yang mengumumkan perkara itu menyatakan usul tersebut akan dibawa ke Majlis Syura Ulama untuk tindakan susulan.

Keadaan Pas yang bersendirian dan terpinggir kini tergambar semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar apabila ia bukan sahaja berdepan parti pemerintah Barisan Nasional malah turut bersaing dengan calon Amanah yang ketara didukung parti DAP.

Sekilas, konsep Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dianjurkan oleh Abdul Hadi dilihat sealiran dengan konsep wasatiyyah (sederhana) yang kini didukung Umno di bawah kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Hadi mahukan Pas menjauhi penampilan retorik yang berasaskan emosi kebencian politik kepartian tetapi sebaliknya mengemukakan penyelesaian secara Islam.

Pas menurutnya, hendaklah sedaya upaya menolak pendekatan negatif, dan tidak membangunkan minda apatah lagi orientasi berteraskan kebencian dan provokasi.

Lantas nada perbahasan semasa muktamar turut berubah. Perwakilan yang diberi peluang untuk berbahas, tampil dengan idea-idea menarik, malah langsung tidak kedengaran caci maki atau sumpah seranah terhadap musuh politik parti itu.

Malah, Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah turut ditegur Pengerusi Tetap Muktamar Tahunan Pas, Hussin Ismail apabila cuba menghentam Umno ketika berucap menggulung ucapan Presiden Pas.

Mungkinkah Pas kini sedia bekerjasama dengan Umno?

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata konsep BPMS itu secara keseluruhannya amat bagus kerana ia dapat mengurangkan suhu perbalahan sesama Melayu, khususnya antara Pas dan Umno.

"Bagaimanapun, kita saksikan nanti apakah BPMS ini dapat direalisasikan semasa PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana sebelum PRK tercetus, hubungan antara kedua-dua parti dilihat amat baik, cuma dibimbangi ia akan menjarakkan Pas dan Umno selepas PRK berakhir," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Malah, Kamarul Zaman berkata Abdul Hadi mengakui kejayaan beliau membentangkan usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 yang dibentangkan di Dewan Rakyat 26 Mei lalu, turut mendapat bantuan Umno selepas kedua-dua parti membuat rundingan menggunakan saluran kerajaan dengan kerajaan.

Katanya, secara psikologi, ia menjadi lambang betapa perjuangan memartabatkan Islam kini didukung bersama Umno.

Menurutnya, signifikan rang undang-undang itu ialah terhadap penyatuan Islam dan bukan berkait dengan kandungan rang undang-undang berkenaan semata-mata. - Bernama

BN sedar Najib bawa 'malapetaka', dakwa Amanah


HAZRI NAWAR
 
 
Ketiadaan gambar Najib di kawasan PRK kerana BN bimbang ia datangkan malapetaka kepada kempen BN, dakwa Salahudin Ayub.Ketiadaan gambar Najib di kawasan PRK kerana BN bimbang ia datangkan malapetaka kepada kempen BN, dakwa Salahudin Ayub.


Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa ketiadaan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghiasi kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar kali ini sebagai pelik.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata, tidak seperti lazimnya, wajah Najib biasanya akan digandingkan dengan calon BN di sepanjang jalan.

"Nak cari dua tiga gambar Najib pun susah.

"Mungkin berdasarkan risikan atau nasihat Umno BN, bawa gambar Najib adalah satu malapetaka yang boleh menyebabkan calon BN tewas," katanya pada ceramah kelompok di Manong malam tadi.

Umno BN ujar Salahuddin, sedar bahawa Najib sekarang adalah beban kepada mereka dan perdana menteri itu tidak disukai rakyat ekoran terpalit pelbagai skandal termasuk bahana isu RM2.6 bilion berkait 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

"Sebab itulah wajah Najib ini letak mana-mana pun orang Umno tak setuju," katanya.

Bagaimanapun, beliau hairan masih ada parti yang mahu berbaik dengan Umno walaupun sudah jelas segala kerosakan yang dilakukan oleh parti itu.

"Tiba-tiba ada parti nak berbaik dengan Najib, tak nak serang Umno.

"Yang peliknya minta undi dengan rakyat, bila menang, duduk main congkak dengan Umno," katanya.

Kenyataannya itu dipercayai merujuk kepada Pas ekoran kenyataan ketua pemudanya Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa parti itu bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, parti itu tidak gopoh dalam usahanya untuk bergabung dan bekerjasama dengan Umno.

Asyraf Wajdi teruja Pas minta jadi imam dan beri tazkirah terawih


MALAYSIA DATELINE 
Dr Asyraf Wajdi menjadi Imam solat Isyak dan solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala KangsarDr Asyraf Wajdi menjadi Imam solat Isyak dan solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyrat Wajdi Dasuki teruja apabila diminta jadi imam dan menyampaikan tazkirah ketika solat terawih bersama jentera Pas dan Umno di Kuala Kangsar.

Pimpinan Pas Kawasan dan ahli-ahli mereka kata beliau setia mendengar tazkirah yang disampaikannya bahkan meminta beliau menjadi Imam solat Isyak dan Solat Terawih di Madrasah Taman Jasa Kuala Kangsar

"Seronok saya melihat suasana harmoni kempen pilihanraya di Parlimen Kuala Kangsar kerana jentera Pas dan Umno boleh solat berjemaah Terawih bersama," tulis beliau di status facebooknya.

Menurut beliau peluang itu digunakan untuk mengukuhkan silaturahim di kalangan umat Islam.

"Saya tekankan dalam ucapan saya bahawa kita boleh berbeza pandangan dan pendirian parti tapi jangan sesekali lupa bahawa tali persaudaran sebagai umat Islam yang satu tidak harus dileraikan.

"Bahkan sudah tiba masanya kita mencorakkan budaya politik baru yang meletakkan asas ukhuwwah dan kepentingan Islam melangkaui kepentingan-kepentingan lain.

"Kita mesti mampu berjiwa besar dalam menguruskan perbezaan yang ada di antara sesama manusia.
"Barulah kita benar-benar memanifestasikan nilai ketaqwaan yang diperintahkan Allah apatah lagi dalam bulan Ramadan yang barakah," terang beliau.

'Saya sudah maafkan Tun Mahathir'

Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi


KUALA KANGSAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan beliau secara peribadi sudah pun memaafkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdul Hadi‎ berkata, walaupun Pas sering dituduh dengan pelbagai ‎gelaran, namun ‎sebagai seorang yang berpegang kepada prinsip Islam, beliau perlu berbuat demikian.

"Terutamanya berkenaan Hudud. Saya tahu Tun Mahathir ini telah lama dendam dengan Pas  sebab dia pernah kalah dulu dengan kita.

"Dan Tun Mahathir kata saya tak reti Islam. Saya mengaji bab Islam. Tun Mahathir, dia mengaji bab perubatan.

"Bukan saya nak hina dia (Tun Mahathir), tetapi malangnya dia tidak baca pasal Islam ini. Kita maafkan dia tidak baca. Patutnya dia bacalah. Kalau tidak baca jadi bahaya.

"Kalau Islam tak baca Islam, umur 90 tahun pun tak baligh lagi. Sangat malang," katanya ketika ceramahnya di Dataran Ketior Manong, Kuala Kangsar malam tadi.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Abdul Hadi juga berkata, tindakan Mahathir menyatakan sokongan terhadap Parti Amanah Negara (Amanah)  tidak akan menjejaskan Pas  di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.

Abdul Hadi berkata, beliau percaya parti Islam itu mampu membuat kejutan untuk memenangi PRK di kawasan itu.

"Saya tidak bimbang. Kita lihat Pilihan Raya Kecil (Kuala Kangsar) jadi penentu," katanya ringkas kepada pemberita.

Mahathir sebelum ini merayu kepada pengundi di Kuala Langsar supaya memberikan undi mereka kepada calon Amanah, Profesor Dr Ahmad Termizi Ramli.

PRK Kuala Kangsar akan menyaksikan  pertandingan empat penjuru dimana Dr Najihatussalehah Ahmad calon Pas akan ditentang oleh Datin Mastura Mohd Yazid dari BN ,Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar Prof Dr Ahmad Termizi Ramli (Amanah) dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (Bebas).

PRK Parlimen Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad Khair-il Anuar yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. ‎

Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada PRK itu mengikut daftar pemilih yang didaftarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga 7 Mei lepas.

Pengundian PRK Kuala Kangsar diadakan pada 18 Jun ini.

MCA: DAP ‘pukau’ Cina sokong PAS 'jingga'


MALAYSIAKINI


MCA membidas DAP yang didakwanya "memukau" masyarakat Cina supaya menyokong Parti Amanah Negara (AMANAH) yang dituduh sebagai parti PAS yang berbaju jingga.

"AMANAH bukannya apa-apa tetapi adalah PAS, parti politik yang berbaju jingga, perbezaan hanya di luar, namun sama pada bahagian dalam.

"Dari atas ke bawah, pengurusan dan akar umbi AMANAH berasal daripada PAS, mereka telah lama dipengaruhi oleh PAS dan mempunyai pemikiran sama," kata Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen dalam satu kenyataan hari ini.

Hujahnya, walaupun baju jingga AMANAH mungkin kelihatan cantik dan baru, dan modus operandi semasanya berbeza dengan PAS, namun kedua-dua parti itu masih sama di bahagian dalam.

Chai berkata DAP tidak sabar-sabar untuk menjenamakan AMANAH sebagai parti baru dan berbeza daripada PAS selepas menyedari kesilapannya dalam mempromosikan parti Islam itu kepada masyarakat Cina.

Beliau berkata sebaik sahaja hubungan DAP dengan PAS menjadi keruh, DAP cepat menjauhkan diri dan menggunakan AMANAH untuk menutup kelemahannya.

Bagaimanapun, beliau berkata, AMANAH, sebagai parti baru yang memerlukan sokongan bukan Islam bersembunyi di sebalik agenda konservatif dan menggunakan DAP untuk menutup imejnya.

Beliau berkata AMANAH akhirnya akan menanggalkan baju jingga itu dan mendedahkan nilai PAS yang tersirat di sebaliknya.

"DAP sedar tentang perkara ini tetapi membenarkan dirinya untuk digunakan oleh AMANAH demi memancing undi dan juga membantu memukau masyarakat Cina supaya mempercayai parti itu," katanya.

Chai berkata, tindakan DAP itu lebih memalukan apabila bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan negeri Selangor tetapi pada masa yang sama menyokong AMANAH.

Beliau berkata ini membuktikan DAP tidak ikhlas terhadap masyarakat Cina, dan hanya mahu berpaut pada kuasa.

"Akhirnya, masa depan negara akan tergadai berikutan pemusnahan Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan pelbagai bangsanya," katanya

Azmin sokong AMANAH, doakan PAS berjaya


 
"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya," kata Azmin



Azmin-Ali_selangor_talk


SUNGAI BESAR: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tampil di Sungai Besar malam tadi dan menyatakan sokongannya kepada calon Pakatan Harapan, Azhar Abdul Shukur daripada AMANAH.

Ketidakhadiran Timbalan Presiden PKR sepanjang tempoh berkempen setakat ini mengundang pelbagai tanda-tanya dan telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kritikan.

Tidak terhenti di situ, Azmin turut mengambil peluang menemukan Azhar dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman dalam satu majlis berbuka puasa.

Kepada jaguh PAS untuk PRK Sungai Besar, Azmin mengucapkan semoga berjaya dalam pilihan raya kali ini.

"Sahabat saya Rani jangan bersedih…kita sahabat dalam DUN. Beliau banyak beri sokongan pada dasar kerajaan negeri sejak tahun 2008.

"Saya doakan dia terus maju untuk sama-sama untuk dalam satu tekad kezaliman di Putrajaya. Kita kena runtuhkan Putrajaya tanpa mengira latar belakang politik," kata Azmin disambut tepukan gemuruh hadirin.

Rani dalam ucapannya selepas itu berkata beliau menyambut pelawaan Azmin ke majlis berbuka puasa ini atas dasar hubungan seorang ADUN menghormati seorang Menteri Besar.

Azmin sebelum ini dilaporkan tersepit antara AMANAH, yang merupakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR, dan PAS, iaitu komponen penting dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Ini merupakan kali pertama Azmin turun membantu kempen Pakatan Harapan. Sebelum ini, beliau hanya turun pada sesi penamaan calon.

"Saya akan datang lagi pada hari Jumaat di Sungai Besar dan Khamis di Kuala Kangsar," katanya.

Azmin sempat menjawab kritikan yang dilontarkan ekoran ketidakhadiran beliau di lapangan kempen.

"Sebelum ini Khairy Jamaluddin tanya saya mana Azmin Ali: Dia tidak datang maknanya dia tak sokong Amanah dan Pakatan Rakyat.

"Ini pemikiran UMNO, saya tidak payah pulun untuk kerja di Sungai Besar semata-mata kerana PKR. Ini cara UMNO. Bila ada PRK baru hendak turun bantu orang kampung dan rakyat desa," jawab Azmin.

'Jangan salahkan orang Islam, semua agama ada orang jahat' - Dalai Lama


Agensi | Diterjemahkan olehHamzah Hamid
 
'Jangan salahkan orang Islam, semua agama ada orang jahat' - Dalai Lama
Dalai Lama tidak mahu aktiviti keganasan dikaitkan secara langsung dengan sesuatu agama. - Foto AFP
 
 
WASHINGTONPemimpin spiritual Tibet, Dalai Lama pada Isnin menyifatkan insiden tembakan rambang di Orlando, Amerika Syarikat yang mengorbankan 50 orang, sebagai tragedi yang serius, namun menegaskan adalah salah untuk menuding jari kepada orang Islam sebagai pengganas.

Dalam sebuah wawancara dengan Reuters, calon Presiden AS dari Parti Republikan Donald Trump menggunakan peristiwa itu untuk sekali lagi mengingatkan tentang cadangannya mengharamkan orang Islam daripada memasuki negara tersebut.

Walaupun Dalai Lama menghormati pendapat Trump itu, beliau membangkitkan pertanyaan: "Apakah alasannya. Berikan perincian."

Dalai Lama berkata dalam setiap komuniti agama, termasuk Buddha, 'akan ada orang yang melakukan kejahatan'.

"Anda tidak boleh membuat rumusan berdasarkan satu kejadian. Beberapa orang Islam mungkin melakukan aktiviti keganasan, namun lebih baik kita tidak menyebutnya sebagai 'pengganas Muslim'. Saya rasa ia salah," ujarnya.

Dilaporkan 50 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan merampas tebusan di sebuah kelab malam gay di Florida, kata polis pada Ahad.

Kejadian itu menjadikannya kes tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika.

Trump dan pesaingnya dari parti Demokrat, Hillary Clinton, kini sedang cuba memberi maklum balas mengikut prinsip politik masing-masing tentang serangan itu.

Hillary bagaimanapun, menentang sebarang usaha untuk memburuk-burukkan orang Islam sebaliknya membangkitkan isu kawalan keselamatan senjata api.

Dalam wawancara di Institut Keamanan AS (USIP) itu, Dalai Lama turut mengulas tentang  wanita yang menjadi pemimpin sesebuah negara.
Beliau berkata, secara semula jadi, wanita membawa sifat penyayang dan dunia mungkin akan jadi kurang masalah dan keganasan jika lebih ramai wanita menjadi pemimpin.

"Ya, lelaki juga ada yang penyayang," ujarnya yang menambah, terserah kepada warga AS sama ada untuk memilih pemimpin wanita pertama sebagai Presiden negara itu.

Dalai Lama turut menyebut beberapa nama pemimpin wanita sebelum ini yang menunjukkan contoh yang baik seperti Indira Gandhi di India, Margaret Thatcher di Britain dan Angela Merkel di Jerman. 

JIKA RAMLY ZAHARI TERUS TERKILAN, MASIH TERJAMINKAH KEMENANGAN MASTURA?


shahbudindotcom


Ini ialah luahan hati bekas Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramly Zahari yang sebelum ini namanya dicadangkan oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz untuk dipertimbangkan sebagai calon atas alasan ia lebih mudah untuk BN mengekalkan kemenangan di Kuala Kangsar.

UMNO bagaimanapun akhirnya memilih Mastura Mohd Yazid, balu Wan Khair-il Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang pengundiannya pada 18 Jun ini.

Katanya, beliau tidak merajuk, cuma terkilan dengan sikap dingin Mastura terhadapnya.
 
 
 
 
Beliau turut mendedahkan satu peristiwa mengenai dirinya diminta beredar oleh ahli keluarga Mastura ketika menghadiri majlis tahlil arwah Wan Khair-il  yang diadakan di Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Pelbagai versi kedengaran mengenai siapa yang sebenarnya  "menghalau" balik Ramli Zahary itu. Ada yang mengatakan ia dilakukan oleh salah seorang anak Mastura dan dan ada juga mengatakan ia dilakukan oleh ahli keluarganya yang lain atas permintaan Mastura sendiri.

Mengapa perkara itu boleh berlaku? 

Adat Melayu mana yang mewajarkan tetamu dalam majlis tahlil diminta beredar oleh ahli keluarga si mati?

Memang dalam pemilihan UMNO 2013 lalu berlaku pertembungan antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari bagi merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, tetapi bukankah semua itu asam garam dalam politik?

Yang bermusuh hanyalah antara Wan Khair-il dengan Ramly Zahari, itu pun hanya berkaitan soal politik, kenapa ia mahu diteruskan lagi oleh keluarga yang masih hidup?

Tidak bolehkah bersikap memaafkan, jika pun ada perkara yang mengguris hari demi memberi ketenangan kepada roh yang berada di alam lain?

Sebelum tidak lagi dipilih bertanding pada pilihanraya 2013 lalu dan kemudian kalah kepada Wan Khair-il bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Ramli Zahari pernah menjadi Adun Manong sejak 1995 dan dilantik menjadi Exco Negeri Perak selama empat penggal.

Kenapa bekas pemimpin yang pasti masih ada ramai pengikut dilayan sebegitu rupa?

Sudah begitu terjaminkah kemenangan mampu diraih calon BN itu sehingga mahu bermusuh dengan orang lama seperti Ramli Zahari, walaupun majoriti kemenangan suaminya dulu hanya 1,082 undi saja?

Monday, June 13, 2016

Hutang Negara Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh Kepada Kerajaan Malaysia!



Hutang Negara Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh Kepada Kerajaan Malaysia!Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun “kalah dengan Malaysia”. Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.
Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

HUTANG NEGARA MALAYSIA TERKINI TERUS NAIK!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.
Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.
P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.

Berdosa dan celaka jika pilih wakil rakyat salah, kata Hadi


 
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran kepada pengundi di Sungai Besar bahawa mereka akan berdepan dengan kemurkaan Ilahi jika memilih ahli parlimen salah pada 18 Jun ini.
Katanya, memilih wakil rakyat adalah satu tanggungjawab.

"Kalau apa yang diucap (oleh ahli parlimen) adalah salah, (maka) berdosa dan celakalah kita," katanya pada satu ceramah di Sungai Besar malam semalam.

PAS sebelum ini mendakwa mereka yang mengundi calon parti itu akan mendapat ganjaran Allah pada akhirat termasuk memasuki syurga.

Ini kerana ahli parlimen yang dipilih mewakili kerusi Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar berpeluang membahas dan mengundi berhubung usul rang undang-undang persendirian Hadi bagi memperkasakan kuasa mahkamah syariah pada sesi Parlimen akan datang.

Pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) akan membuka jalan bagi pelaksanaan hudud di Kelantan.

Pilihan raya kecil Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS Dr Rani Osman, calon BN Budiman Mohd Zohdi, dan calon AMANAH Azhar Shukur.

Hadi berkata calon-calon PAS, termasuk Dr Rani adalah jujur serta bertanggungjawab kerana telah melafazkan sumpah bai'ah bagi memastikan mereka tidak menyimpang dari prinsip-prinsip parti Islam itu.

"Kalau khianat akan dilaknat oleh Allah

"Sebab itu wakil PAS tak makan dedak walaupun orang tabur dedak," katanya, merujuk kepada kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu sebelum ini berkata bahawa beliau telah menemui Hadi bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak tetapi "apa yang dia nampak ialah dedak."

Menurut Hadi, sumpah bai'ah itu adalah mengapa wakil PAS tidak pernah terbabit dalam mana-mana skandal rasuah, termasuk yang melibatkan banglo.

Walaupun beliau tidak menyebut sebarang nama, bidasan itu mungkin ditujukan kepada bekas sekutu PAS yang kini bertukar menjadi musuhnya, iaitu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang kini disiasat atas tuduhan rasuah kerana membeli banglo di bawah harga pasaran.

Hadi juga mungkin merujuk kepada bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo, yang baru-baru dibebaskan daripada tahanan rumah selepas menjalani hukuman penjara kerana skandal rasuah dalam pembelian banglonya.

BERIKUTAN IMPAK POSITIF, TUN M WAJIB DIDATANGKAN SEKALI LAGI KE SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR


shahbudindotcom


Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkempen secara terbuka pada hari Sabtu di Sungai Besar dan Ahad di Kuala Kangsar ternyata memberi impak yang baik kepada harapan kemenangan calon Amanah pada pilihanraya kecil 18 Jun ini.

Berdasarkan pengamatan rakan-rakan yang berada di kedua-dua kawasan tersebut, mereka melihat kehadiran Tun Mahathir telah memberi kesan lebih baik kepada calon Amanah dan seterusnya menggugat harapan BN untuk mengekalkan kemenangannya.

Kata mereka, pengundi bukan Melayu yang majoritinya memang tidak bersama BN dan kerajaan selama ini akan lebih melimpah sokongan mereka kepada Amanah selepas kehadiran Tun Mahathir bersama kelompok kaum itu.

Ini kerana pengundi bukan Melayu sememangnya lebih mengkagumi dan cenderung mempercayai kata-kata bekas Perdana Menteri selama 22 itu berikutan dasar ekonomi yang pro kepada kaum tersebut sepanjang pemerintahannya.

Dengan kata yang mudah, bukan Melayu lebih percaya dan yakin serta terhutang budi kepada Tun Mahathir berbanding Najib.

Pengundi Melayu turut dikatakan mula berbelah bagi dengan kehadiran dan sokongan terbuka Tun Mahathir kepada calon Amanah berikutan logik yang diberikan olehnya amat mudah difahami iaitu kekalahan calon BN tidak sama sekali menyebabkan kerajaan bertukar, sebaliknya hanya bertujuan menghantar mesej penolakan rakyat terhadap Najib semata-mata.

Mereka juga percaya, pertambahan dua Ahli Parlimen kepada Pakatan Harapan melalui kemenangan dalam pilihanraya kecil ini tidak memberi banyak kelebihan kepada gabungan itu, tetapi ia mungkin mampu memberi sinar harapan yang lebih baik kepada masa depan rakyat dan negara.

Kata rakan yang dihubungi itu lagi, memang ramai pengundi yang ingin bersama-sama untuk menghantar mesej penolakan itu kerana kebanyakannya turut lemas dengan pelbagai isu berkaitan Najib yang terdedah satu demi satu sejak kebelakangan ini.

Secara umumnya, ramai pengundi bersungut bahawa sampai  bila rakyat harus dihidangkan dengan cerita-cerita buruk mengenai Najib yang dari segi jangka panjangnya memang menjejaskan nama baik negara dan tidak memberi tekanan kepada rakyat menikmati kehidupan yang lebih baik.

Oleh itu, kemungkinannya ialah lebih ramai rakyat yang akan mengundi Amanah apabila melihatkan kesungguhan dan sokongan terbuka yang telah ditunjukkan oleh Tun Mahathir sepanjang sehari suntuk berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Dalam keadaan ini, selain jentera Pakatan Harapan perlu meneruskan kempen seperti biasa sehingga hari pengundian pada 18 Jun, diyakini juga bahawa kelebihan akan terus memihak kepada calon Amanah sekiranya Tun Mahathir dapat didatangkan sekali lagi ke kedua-dua kawasan tersebut.

Tarikh yang paling baik untuk Tun Mahathir datang kembali ialah sehari sebelum pembuangan undi sama ada berucap dalam ceramah yang diadakan secara besar-besaran atau beramah mesra dengan pengundi di kawasan-kawasan yang dikenalpasti sebagai kubu kuat UMNO.

Kehadiran kali kedua beliau ke Sungai Besar dan Kuala Kangsar pasti menjadikan hasrat untuk menghantar mesej penolakan rakyat terhadap Najib lebih mudah lagi menjadi kenyataan. 

Pemimpin dan menteri-menteri UMNO juga jelas gusar dan panik dengan kehadiran kali pertama Tun Mahathir dengan pelbagai serangan cuba ditujukan kepadanya, tetapi dengan hadir sekali lagi barangkali juga akan membuatkan mereka terus "mengigau" dan "meracau-racau"  macam cacing kepanasan tetapi tidak satu pun menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan.