Friday, April 15, 2016

Skandal 1MDB: Tony Pua ulangi cabar Arul berdebat...siapa nak tolong ni..!!!!


Dengan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1MDB dibentangkan di Parlimen, Tony Pua sekali lagi mencabar CEO 1MDB Arul Kanda untuk berdebat secara langsung di televisyen.
Ahli Parlimen DAP itu memberitahu forum anjuran Pakatan Harapan di Shah Alam bahawa beliau telah membuat cabaran itu kepada Arul tahun lepas ketika siasatan PAC itu masih berjalan.
Tetapi, katanya, Arul berkata ia tidak mungkin melainkan jika dia (Pua) berhenti menjadi menjadi anggota PAC.
 Speaker Dewan Rakyat juga, kata Pua menentang idea tersebut dengan memetik penglibatannya (Pua) dengan siasatan ke atas 1MDB sebagai alasannya.
,Menurut ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu, kini laporan siasatan itu telah dibentangkan, maka tidak ada lagi wujud konflik kepentingan.
"Jadi malam ini (Khamis) saya mencabar beliau (Arul) untuk berdebat secara langsung dan menjawab semua soalan mengenai 1MDB," kata Pua di hadapan lebih 500 hadirin.
Ketua publisiti DAP itu bertanya kepada hadirin sama ada mereka mahu menyaksikan debat itu, dan mereka menjawab: "Ya."
Siasatan PAC tidak lengkap
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula memberitahu forum itu bahawa siasatan PAC mengenai 1MDB perlu dibuka semula.
Lim berkata ini boleh dilakukan sebaik sahaja laporan itu dibahaskan di Dewan Rakyat yang akan bersidang semula pada 16 Mei.
Katanya, Dewan boleh membuat keputusan bahawa ia tidak lengkap kerana kekurangan dokumen dan testimoni, dan dengan itu, meminta siasatan lanjut dijalankan.

No comments:

Post a Comment