MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan
Seorang Pemuda MIC dan gabungan NGO kaum India, RAPAT hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah Islam popular Dr Zakir Naik, yang dijadual akan menyampaikan syarahan di Melaka mengenai persamaan antara agama Hindu dan Islam.
Ketua Pemuda MIC Sembilan itu mendakwa penceramah itu, seorang warga India, sebelum ini pernah menghina penganut agama Hindu dan Kristian pada syarahan di UiTM Shah Alam.
"Kami mahu kuliah ini (di Melaka) dibatalkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban.
Perkara itu turut disuarakan oleh RAPAT, yang berkata kandungan syarahan Zakir bersifat "fitnah terhadap agama-agama lain".
Rapat membuat laporan polis terhadap kuliah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 17 April, di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.
Zakir pada tahun 2013 dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat antarabangsa oleh Yang di-Pertuan Agung.
Bagaimanapun, personaliti televisyen itu dihalang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.
Beliau juga telah dihalang daripada memasuki United Kingdom.
Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.
"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya," kata Asri. -mkPemimpin DAP pula label Zakir Naik sebagai ‘setan’
Kehadiran pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik terus mendapat kecaman pelbagai pihak dan terbaru, Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelarnya sebagai ‘setan’.
Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’.
Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’.
Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini.
“Beliau (Zakir) adalah pendakwah Islam dan tidak mempunyai apa-apa tetapi kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan Islam.
“Dia (Zakir) telah diharamkan di Kanada dan UK untuk kuliahnya. Malah, beberapa umat Islam di India telah menggelarnya sebagai pendusta, seorang yang separuh benar dan penyampai kebencian,” tulis Ramasamy
Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususunya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir.
Ramasamy dipercayai mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC.
Program pertama Zakir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.
Beliau berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di beberapa universiti berhubung perpaduan dan kekuatan Islam.
Kehadirannya di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.
Undang kemarahan umat Islam
Bagaimanapun status Ramasamy itu mengundang kemarahan warga maya yang berbangsa Islam dan mereka bertindak mengecamnya.
Pemilik akaun Zack Rahim berkata Ramasamy adalah individu yang bertanggungjawab menghalang Zakir dari menyampaikan dakwahnya di dalam negara ini sehingga memaksa polis menghalangnya daripada berdakwah.
“Antara orang (Ramasamy) yang bertanggungjawab berjaya membuatkan pihak berkuasa batalkan program intelektual Dr Zakir Naik. Malah digelarnya ‘satan’ ke atas seorang yang mempunyai al-quran di dalam otak dan akalnya, juga punya segala kitab lain.
“DAP, PKR, AMANAH serta kerajaan Pulau Pinang dan seluruh Pakatan Harapan bertanggungjawab dengan kenyataan ini sebab Dr Ramasamy bukan pemilik kedai nasi kandar atau kedai emas Jalan Bonus. Beliau timbalan ketua menteri Pulau Pinang,” katanya.
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Muhammad Sufian menyarankan Ramasamy menyertai program Zakir.
“Ramasamy patut sertai forum Dr Zakir Naik. Bukan halau keluar Dr Zakir Naik dari Negara ni, ini Negara Islam,” katanya.
Malah, ada juga yang meminta Ramasamy membuang gelaran professor beliau.
“Pergi buang nama professor. Tak layak, cakap macam orang tak ada pendidikan,” kata Nik Haqeem pula. -mk
ULASAN GB
Semalam di dalam satu kumpulan WA, GB mengulas begini:
Kenyataan Ramasamy sahaja yang dirujuk oleh pihak tertentu untuk mencari political mileage dan kenyataan Ramasamy sahaja yang diwarwar dan dikutuk, sedangkan MIC dan NGO India yang membuat laporan polis yang menyebabkan program ceramah Zakir Naik dibatalkan lansung tidak disentuh.
Dan begitu aneh, dilakukan pula tweet palsu kononnya Lim Guan Eng turut menghalang Zakir Naik.
Paling menghairankan dan paling menjelekkan apabila pemimpin-pemimpin sebuah parti mengambil kesempatan dan menggunakan tweet palsu ini untuk menjadikan ia alasan dan peluang memburukkan Pakatan Harapan.
Kebetulan Ramasamy itu seorang pemimpin DAP dan Timbalan KM Pulau Pinang, maka pihak tertentu menggunakan kenyataannya itu untuk menyerang DAP dan Pakatan Harapan sedangkan isunya ialah bangsa India yang beragama Hindu TANPA mengira parti yang menentang kehadiran Zakir Naik.
Tentulah masyarakat India yang beragama Hindu ada hujjahnya dan kita sepatutnya bertenang dan mendengar hujjahnya terlebih dahulu serta perbanyakkan berdialog dengan mereka mengenai itu tersebut demi untuk mewujudkan keharmonian di antara kaum di dalam negara mkita. Bukan melenting tak tentu pasal sehingga habis punah keharmonian yang ada.
Sepatutnya tiada apa masalah dengan kedatangan Zakir Naik, namun penganjur program juga sepatutnya menentukan tajuk yang tidak menyentuh kaum dan ugama lain di dalam program berkenaan.
Apabila ia berlaku maka timbullah apa yang berlaku kini.
Dan Najib tersenyum puas, kerana isu Zakir Naik telah dapat mengalih pandangan rakyat daripada isu 1MDB & GST untuk PRN Sarawak.
Monday, April 11, 2016
Tiba-tiba Isu Zakir Naik Jadi Isu Politik Serang PH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment