Tuesday, April 12, 2016

GUNA DR ZAKIR NAIK, TUTUP ISU NAJIB MESTI LETAK JAWATAN.


VIRUS KEAGAMAAN MULA DITABUR.

1. Kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia telah menjadi satu perbahasan hangat di media sosial khususnya dikalangan agamawan dan anak muda.

2. Pandangan dan hujahan pastinya panas apabila dinilai dari sudut agama yang berbeza. Namun adakah ini kebetulan atau ada agenda disebaliknya?

3. Realitinya semua penganut agama apapun mahu melihat kebaikan dan keamanan. Sudah pasti apabila kita menyentuh isu sensitif ini akan membangkitkan kemarahan jika tidak di uruskan dengan baik. Dengan situasi ini sudah pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh atau mengalihkan isu-isu tertentu, tambahan pula ramai yang mudah melatah dan emosi dalam menangani isu sebegini.

4. Maka dengan ini saya mencadangkan agar semua pihak bertenang dan jaga kata-kata dari menghina sesama kita. Bersama kita mencari jalan penyelesaian dengan perbincangan dan keterbukaan minda serta emosi.

5. Realitinya isu ini membuatkan ramai lupa bahawa isu sebenar negara sekarang adalah Dato' Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

6. Kesengsaraan rakyat pada hari ini harus dibela. Strategi perkauman dan agama sentiasa digunakan oleh pemerintah zalim untuk terus kekal berkuasa. Malangnya walaupun ramai yang sedar tapi ramai juga terus sedia ditipu dan terpedaya dgn virus ini. Selepas ini Dr. Zakir Naik akan pulang dan meneruskan kerjanya diluar sana. Sedangkan kita masih terus berperang dengan agenda sesama kita mengenai Dr. Zakir Naik.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Nkp Amanah Nasional

No comments:

Post a Comment