Monday, April 18, 2016

Pengakuan Saudi seolah-olah Najib telah dibeli - Mat Sabu


Pengakuan menteri luar Arab Saudi bahawa kerajaannya mendermakan RM2.6 bilion kepada Datuk Seri Najib Razak menggambarkan Malaysia dan perdana menteri sendiri telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai negara itu.
Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berkata, ini kerana Arab Saudi kini sedang mengetuai blok besar di Timur Tengah dan dilihat sedang bertelagah dengan kumpulan dari blok lain.
"Oleh itu pengakuan memberi derma kepada Najib itu telah menyebabkan Malaysia seolah-olah telah dibeli untuk menyertai blok yang diketuai oleh Arab Saudi itu," katanya pada kenyataan media.
Mat Sabu berkata, Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali khususnya dalam rangkaian negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) atas sifatnya yang berkecuali.
Antaranya dalam beberapa isu termasuk peperangan Bosnia, isu Afghanistan dan sokongan terhadap Palestin.
"Kesannya, imej hebat Malaysia selama ini akhirnya telah terjejas dengan derma ini. Malaysia tidak lagi dilihat berkecuali dan boleh memainkan peranan," kata Mat Sabu.
Justeru katanya, untuk keluar daripada kemelut itu beliau memohon Najib supaya meletakkan jawatan 'secara terhormat'.

No comments:

Post a Comment