Sunday, March 22, 2015

TERIMA KASIH PAS KLATE : KITA TENGOK SAPE YANG KENE ....

Terima Kasih Kerajaan PAS Kerana Membantu Masyarakat Mengenal Siapa Anti Hudud dan Siapa Pengkritik Hudud Sejati



Bravo kepada Kerajaan Kelantan!

Semua orang memang tengah hangat membincangkan mengenai isu enakmen pelaksanaan hudud yang telah diperkenalkan di Kelantan dan sedang menunggu masa untuk dibentangkan di Parlimen.

Secara dasarnya, semua orang nampak langkah ini adalah satu langkah standard parti PAS yang memang sejak mula lagi nak menegakkan negara Islam.

Walau bagaimanapun, jika kau kaji dengan teliti apa yang berlaku sebenarnya adalah satu tactical maneuver dari pihak PAS yang sangat-sangat-sangat-sangat hebat. Kita nampak hudud, tapi hudud hanya matlamat. Peneltitian kepada apa yang sebenarnya terjadi mungkin menggemparkan kau.

1. DAP menggelabah sekarang ni

Kita semua sudah sedia maklum DAP dan PAS memang bertelagah dalam selimut. Lihat sahajalah betapa menggeleparnya ahli-ahli DAP sekarang ini sehinggakan Lim Kit Siang sendiri sudah mengeluarkan beberapa kenyataan yang menggambarkan, DAP lebih baik bersama dengan parti komponen bukan Islam dalam Barisan Nasional.

2. PKR Jadi Tak Tentu Arah

Oleh kerana perjuangan mereka nampaknya semakin hari semakin tak tentu puncanya, pemimpin2 tertinggi PKR sendiri nampaknya lebih gemar memilih untuk menyalahkan UMNO dalam hal hudud kerana mereka tak dapat nak kritik PAS secara terbuka.

Lagipun, pucuk pimpinan PKR nampaknya tak tau nak jawab apa pendirian mereka mengenai hudud ni. Nak kata Islam, memang Islam, tapi nak jaga Pakatan Rakyat punya pasal terpaksalah mereka mengeluarkan ayat2 cilok yang nak jaga Islam, tapi pada masa yang sama nak jugak jaga Pakatan Rakyat.

3. PAS dapat tahu siapa lawan dan siapa kawan dalam Pakatan Rakyat

Politik adalah satu game di mana kau cuba jual matlamat kau sebagai matlamat semua orang. Politician bermimpi untuk jadi pemimpin dan corakkan hala tuju negara. Dalam Pakatan, terlalu banyak hala tuju, terlalu banyak kepala.

Dengan menggunakan dasar keras kepala, PAS dengan selambanya pandai2 sendiri melaksanakan sesuatu yang rasanya DAP dan PKR tak nak laksanakan. Tetapi aku percaya, dalam orang PKR sendiri, ramai sebenarnya yang bersetuju dengan apa yang PAS dah jalankan ni. DAP, wallahuallam....

Nampaknya PAS dah bersedia untuk meninggalkan Pakatan Rakyat kerana dengan meletakkan pemimpin DAP dan PKR di dalam keadaan 50-50, jalan kembali berpatah balik dah tertutup buat PAS. Lagipun, aku rasa Wan Azizah dan Rafizi sendiri tak suka ditanya oleh orang ramai apa pandangan mereka tentang hudud kerana apa saja yang mereka akan jawab, jawapan mereka akan menyakitkan pihak2 yang mereka tak nak sakiti.

4. Checkmate Untuk Najib

Ini adalah antara benefit paling besar yang aku rasa PAS akan sumbangkan kepada masyarakat Islam di negara kita. Kita akan dapat belajar dekat mana pelaksanaan Islam pada pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru sahaja memperkenalkan indeks syariah dalam pentadbiran.

Dengan menggunakan isu hudud yang rasanya ramai orang dari UMNO, PAS dan PKR sokong beserta rakyat biasa macam aku ni, apa yang Najib buat lepas ni akan membogelkan diri dia tak kiralah arah mana yang dia pilih. Sokong hudud? Tu ha parti2 komponen dari Sabah dan Sarawak dah berbunyi nak keluar dari Barisan Nasional.

Tak nak sokong hudud?
Hehehe. PM ku, buatlah keputusan yang tepat.

5. PAS adalah hero orang Islam dan Melayu Yang Nak Hudud dilaksanakan

Dapat atau tidak hudud dilaksanakan di Kelantan, itu kita sebenarnya boleh tolak ke sisi. Dapat, bagus benarlah, doakan sebaiknya. Tak dapat, PAS boleh cuba lain kali. Sebab ini adalah satu pertarungan politik di mana PAS tidak akan rugi langsung.

DAP sudah jadi terlalu bongkak dalam Pakatan Rakyat. Wujud pula parti serpihan dari PAS yang lebih selesa meninggalkan old school PAS. PKR pula terumbang ambing tanpa hala tuju. Apa yang PAS boleh rugi selain daripada terkeluarnya mereka dari Pakatan Rakyat?

Tak ada apa.

Dalam situasi sekarang, lagi lama PAS duduk dalam Pakatan Rakyat lagi teruklah PAS dikerjakan oleh pihak dalam Pakatan yang mahu pengaruh PAS dilemahkan dalam Pakatan.

6. Menampakkan Betapa Crapnya Sistem Jenayah Sekarang

Aku boleh bagi kau 1001 satu sebab kenapa aku nak, tapi aku nak sangat tau kenapa kau tak nak. Aku cuma nak tanya kenapa kau tak nak? Masyarakat majmuk? Tak adil pada orang Islam? Semua negara yang amal hudud ni ekonomi dia hancur? Nanti Melayu aje yang kudung tangannya tapi Cina dengan India boleh duduk penjara dan keluar masih ada tangan?

Seorang pengarang portal media anti hudud hari ini mempersoalkan hudud dengan satu situasi ; "Jika Sani dengan Roger ditangkap mencuri, adakah adil jika hanya Sani dipotong tangannya?"

Ni Melayu yang tulis ni.

Lemahnya argument. Dia tak sedar ke dalam sistem sekarang, kau ada lawyer power, kau boleh lepas apa saja? Kau sanggup bayar denda, kau boleh buat maksiat mana kau suka. Sistem sekarang ni hanya berpaksikan duit. Siapa ada duit, dia boleh dapat perbicaraan yang lebih baik. Siapa tak ada duit, apa yang kau boleh buat kat mahkamah selain mengaku salah walaupun kau tak salah?

Kau nampak tak betapa tertutupnya masyarakat kita dalam bab hudud ni sehinggakan apa yang dia nampak dari awal adalah perkara yang tidak adil sahaja, sedangkan, dia tak nampak punca sebenar Sani perlu dipotong tangannya adalah kerana dia mencuri. Lagipun, banyak lagi faktor perlu diambil kira sebelum dia dipotong tangannya.

Macam mana kau nak cerita pasal adil atau tidak jika ada penjenayah yang memang layak dihukum? Apa dia bentuk hukuman yang adil ni? Penjara? Denda duit? Hukum gantung? Semua hukuman yang dah memang digunapakai negara kita dari zaman British?

Itu yang adil?
Seperti kisah ini;

"Gara-gara mencuri duit tabung masjid RM2, seorang penganggur dihukum penjara sehingga dua tahun dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini. Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut ke atas tertuduh, Mohd. Hadi Hamzah, 36, selepas penganggur itu mengaku bersalah. Mohd. Hadi didakwa mencuri dua keping wang kertas RM1 di Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab, di sini pada pukul 9 malam, 24 September lalu."

Adil benarlah undang2 sekarang ni?

Kau kena tau, dalam sistem hudud, dia boleh dimaafkan. Macam mana seorang lelaki yang mencuri dua ringgit dari masjid nak bayar RM5000 denda? Kredit kad? Pinjam mak dia? Kau nampak tak beban dia tu bertambah2 dan makin menyusahkan dia. Dia penganggur. Jadi dia tak ada sumber pendapatan. Walaupun dia mengaku salah mencuri, adakah dia jatuh dalam golongan terpaksa mencuri? Bolehkah pihak masjid memaafkan dia?

Itu possibility yang hudud boleh perkenalkan kepada sistem jenayah kita. Rasulullah dah pesan, selagi mana kau boleh maafkan yang salah...maafkan.

Kecuali mereka yang berzina.

7. Cermin Diri Sendiri

"Kenapa aku tak nak sokong hudud?"

Sebagai seorang Melayu; kenapa kau tak nak hudud dilaksanakan di Malaysia? Tolonglah jangan "negara kita belum bersedia" sebab aku akan tanya balik, macam mana kau tau negara kita dah bersedia.

At least kalau aku mati pun aku tau dalam diri aku, aku sokong hudud 100% tak ada dolak dalih. Sebab kita bukannya tau berapa lama lagi kita ada atas bumi ni. Nak ke kau mati sebagai seorang Muslim yang rasa sepanjang hidup kau, Malaysia masih lagi tak bersedia nak laksana hudud ni?

"Lepas aku mati nanti, rasanya dah bersedia dah Malaysia laksana hudud ni." Itu ayat terakhir kau. Kau pun mati. Lepas beberapa puluh tahun anak kau pun mati. Cucu kau pun mati kemudiannya. Semua generasi kau mati menunggu saat Malaysia benar-benar bersedia untuk hudud yang tak kunjung tiba.

Takkanlah kita hanya cepat2 bersiap untuk kejar sesuatu yang bawak keuntungan sahaja, seperti pepatah Inggeris menyebut "time is money, my friend" ?

Kalau kerajaan boleh buat iklan terangkan mengenai GST, rasanya molek kalau dapat dikeluarkan iklan menerangkan mengenai hudud ni dekat kaca TV kita, tak gitu  PM Najib?

No comments:

Post a Comment