Friday, March 6, 2015

PM NAJIB : AKU BAKAL TUMBANG AWAL LAAA ....

WALAWEH ! GAWAT NI !!

Laporan: Najib dijangka 'tumbang' lebih awal
Datuk Seri Najib Abdul Razak, yang kini dihimpit pelbagai kontroversi, dijangka berundur daripada kerusi perdana menteri lebih awal daripada tempoh setahun yang diramalkan, lapor The Economist.

Laporan itu muncul susulan kontroversi demi kontroversi yang semakin berlarutan melanda kepemimpinan beliau, khususnya hutang syarikat pelaburan nasional 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

"Beberapa pihak merasakan bahawa musuh beliau dalam Umno - sekarang dikatakan menyokong Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin - perlu menunggu setahun lagi untuk mendapat sokongan penuh untuk mencabar kepimpinan.

"Tetapi mereka boleh memilih bergerak lebih awal daripada itu," lapor mingguan niaga berpengaruh itu lagi.

No comments:

Post a Comment