Sunday, March 8, 2015

MIC : "MAKE INDIA CRY" ...

MIC semakin tidak relevan

Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel kini berjuang mempertahankan takhtanya, dan mendakwa masih menerima sokongan majoriti bahagian MIC. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac, 2015.
Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel kini berjuang mempertahankan takhtanya, dan mendakwa masih menerima sokongan majoriti bahagian MIC. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Mac, 2015.

Terdapat banyak persamaan antara Malaysian Indian Congress (MIC) dan Kongres Kebangsaan India. Tidak berfungsi dengan baik, mudah disogok, tidak berkesan dan mencemarkan imej, kedua-duanya mengecewakan rakyat dan cita-cita yang mereka wakili.

Kedua-duanya tidak lagi relevan kerana mereka enggan berkembang, berubah dengan peredaran masa. Mereka jauh melepasi tarikh luput tetapi nampaknya, hanya mereka yang tidak menyedarinya.

Kongres itu hampir tiada lagi di India dan MIC, yang pengasasnya mendapat inspirasi daripada Kongres itu ketika menubuhkannya, juga berada di jalan yang sama menuju kebinasaan.

Parti kedua tertua di Malaysia itu mundur ke belakang, daripada didorong prinsip dan harapan kepada parasit yang bergantung hidup kepada kesusahan dihadapi masyarakat India.

MIC boleh dikatakan tidak ada modal politik yang tinggal dan tiada kredibiliti.

Ia menjadi bahan jenaka semua dan kepimpinannya tidak diambil serius walaupun oleh kerajaan yang mereka merupakan sebahagian daripadanya.

Tetapi, ia boleh memberi gambaran sebaliknya melihat kepada betapa hebatnya perebutan kuasa sedang berlaku dalam parti itu sekarang.

Satu perebutan kini bertukar hodoh menjadi pertempuran antara ketua geng yang berlumba-lumba mencari pengaruh.

Kita saksikan presiden MIC yang selama ini bagaikan tidak wujud Datuk Seri G Palanivel tetapi kini berjuang mempertahankan takhtanya, walaupun wilayah jajahannya kini merosot.

Seperti Palanivel yang dikenali, ideanya mengenai kepimpinan ialah dengan menyendiri dan menjauhkan diri daripada orang lain, beliau memilih melanjutkan tempohnya dengan mengelakkan konfrontasi.

Beliau memilih menangguhkan tindakan, mengharapkan keadaan akan jadi lebih baik.

Terus memegang tampuk kuasa walau apa terjadi, tanpa peduli nasib masyarakat India yang semakin terpinggir.

Dicabar timbalannya Datuk Seri Dr S Subramaniam dan hilang sokongan jawatankuasa kerja pusat (CWC), Palanivel seperti di alam fantasi apabila mengaku masih menerima sokongan majoriti bahagian MIC.

Beliau dan tiga yang lain memohon semakan kehakiman terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) bagi membatalkan arahan mengadakan pemilihan baru parti.

Kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi hari ini.

No comments:

Post a Comment