Sunday, March 8, 2015

PERKASA TERUS BERDONGENG ...


Perkasa kekal hidup dengan mencambah lebih banyak perkara tidak masuk akal

Perkasa kekal hidup hanya kerana ini Perkasa kekal hidup dengan mencambah lebih banyak perkara tidak masuk akal

Mac 08 oleh Edgar Ong KOMEN:

Dalam sejarah retorik karut dan tuduhan melulu bodoh kepada badan politik Malaysia, Perkasa - walaupun realitinya ia bukanlah entiti politik - berasakan mereka perlu untuk sentiasa kekal menjadi tumpuan.

Pada mereka yang duduk di bawah tempurung sejak 2008, dan tidak tahu atau tidak pernah mendengar tentang Perkasa, Wikipedia menggambarkan mereka sebagai “organisasi ketuanan Melayu bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh Ibrahim Ali pasca pilihanraya Malaysia pada 2008.

Organisasi haluan kanan konservatif Melayu ekstrim ini diketuai oleh presiden Ibrahim Ali, dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bertindak sebagai penasihat.

Kumpulan ini mendakwa mempunyai keahlian seramai 420,000 ahli, merangkumi lebih dari 60% ahli Umno.”

Bagaimanapun, untuk apa saja sebab, Perkasa telah memilih untuk menjadi organisasi antagonis berbanding menjadi munasabah.

Modus operandinya dilihat sering membuat kenyataan akhbar tentang subjek yang dianggap anti-Melayu atau anti-Islam. Ianya turut kelihatan mereka berasa mereka semakin malap dan dilupakan orang awam jika ianya munasabah.

Jadi mereka sering berasakan ianya penting untuk mereka membicarakan kembali pernyataan ekstrimis “Ketuanan Melayu” bengan melakukan perarakan protes dan membakar barang - dengan niat untuk mengejutkan, menangkis dan menolak “musuh tersembunyi” mereka! Perkasa turut benar-benar mengetahui setiap kenyataan berulang “yang baru”, tidak mengelak tindak balas daripada mereka yang benar-benar terkejut dan tidak percaya.

Ini kerana mereka tahu tiada cara lain untuk membuat mereka kekal relevan, tidak dengan cara yang mampu menarik perdebatan munasabah atau dialog pintar dengan yang boleh dikatakan musuh mereka.

Ianya juga jelas berdasarkan beberapa perkara yang berlaku baru-baru ini menunjukkan bahawa mereka langsung tidak berminat untuk membuat sebarang perbincangan.

Dalam teriakan terbaru mereka, Perkasa telah mengutuk Putrajaya kerana membenarkan pengecualian GST kepada sekolah persendirian Cina.

Tetapi kenapa Perkasa hanya menuding jari kepada sekolah Cina saja sedangkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Chua Tee Yong telah jelas sekali berkata “Jabatan Kastam telah membuat keputusan secara umum bahawa apa saja perbelanjaan pendidikan tidak akan dikenakan GST”.

Ini bererti semua pendidikan, termasuklah sekolah vernakular lain dan sekolah rendah Inggeris swasta dan bukanlah sekolah Cina saja.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini mereka telah (melalui presiden berwajah garang mereka sendiri, Ibrahim Ali) berjaya mengejutkan dan menimbulkan kemarahan atau mendapatkan perhatian rakyat Malaysia dengan beberapa laporan berita yang kurang lengkap ini:

Pada 13 Februari, 2015, ketika seluruh negara sedang bersedih dengan kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat, Ibrahim Ali telah menuduh allahyarham sebagai “gagal untuk membangunkan negeri Kelantan atau melaksanakan hukum Hudud”.

Beliau turut mencemar reputasi allahyarham Tok Guru dengan meruumuskan “rakyat Kelantan tidak memuja pemimpin alim dan retorik, tetapi memilih mereka yang mempunyai visi dan secara moralnya bersih. Pada 31 Mac, 2014

Ketua Menteri Sarawak yang baru dilantik Tan Sri Adenan Satem telah mengeluarkan satu amaran keras kepada Ibrahim Ali - “Jangan cuba untuk masuk Sarawak. Dia akan tahu apa yang bakal terjadi apabila beliau datang ke Sarawak.”

Beliau menekankan bahawa beliau tidak menerima golongan rasis, taksub agama dan pembuat masalah ke negerinya. Dalam laporan berita pada 19 Januari 2015, sumber Perkasa telah memberitahu sebuah portal berita atas talian bahawa “Dr Mahathir tidak gembira dengan cara Perkasa mengawal dan mengendalikan isu perkauman yang sensitif, termasuklah kontroversi membakar Bible oleh Ibrahim Ali yang telah menimbulkan kemarahan komuniti Krisitan yang ramai.

(Sebuah laporan bertarikh 4 Mac, 2015 telah memetik Datuk Bolly Lapok, Arbishop dan Primate Gereja Anglican wilayah Asia Tenggara di Kuching, berkata bahawa orang Kristian dianggarkan sekitar 40% dari populasi negeri Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.)

Sumber yang sama turut berkata bahawa “Dr Mahathir tidak pernah langsung menjadi penaung atau penasihat Perkasa,” justeru mereka telah kehilangan penyokong ‘berwibawa’. Ia turut kelihatan bahawa Perkasa telah terjejas dengan berita sebegitu, dakwaan Dr Mahathir menarik balik sokongan itu berasas, dan juga pengekangan usaha mereka untuk “menyebarkan mesej mereka ke Sarawak dan Sabah”.

Tetapi buat pengkritik Ibrahim Ali, sudah cukup mengetahui bahawa beliau tidak akan kekal senyap untuk tempoh panjang, dan pasti harinya akan tiba, sama ada cepat atau lambat saja, kemunculan semula beliau untuk menangani isu yang beliau rasa telah menghina dua agenda beliau, iaitu Ketuanan Melayu dan maruah Islam - dan beliau akan sekali lagi menjengkelkan rakyat.

No comments:

Post a Comment