Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK
Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) berkata, rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan hutang negara yang kini disifatkan berada pada tahap membimbangkan melalui pelaksanaan GST.
Berucap di Dewan Rakyat pada Selasa, Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung tujuan sebenar GST mahu dilaksanakan.
"Kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.
Mengulas lanjut, veteran Umno itu menegaskan bahawa pendapatan negara melalui GST wajar digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.
"Kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon," katanya sambil mengulangi pendirian sebelum ini yang meminta supaya kerajaan menangguhkan pelaksaan GST.
Selain itu Razaleigh turut menuntut supaya semua dokumen berkaitan hutang negara dibentangkan di Dewan Rakyat.
Katanya, rakyat berhak mengetahui mengenai 'hutang sah' kerajaan pada ketika ini.
"Sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut.
"Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, instrument kewangan dan letters of comfortyang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.
"Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan," katanya.
No comments:
Post a Comment