Wednesday, March 18, 2015

BENDA SAMPAH PUN DEPA NAK CLAIM GST JUGAK ????

Apabila tuala wanita dikenakan GST oleh Kerajaan BN..!!

Tuala wanita kena GST gamat sidang Parlimen

http://images1.imaginity.com/wp-content/uploads/kotex-evolution_3_q85.jpg 

Perbahasan seorang anggota Parlimen yang menyuarakan luahan hati kaum wanita di kawasan beliau yang risau terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi tuala wanita apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan kelak, mencuit hati anggota Dewan Rakyat.

Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mendakwa ramai wanita di kawasan Parlimen beliau keliru dan tertanya-tanya mengenai senarai barangan yang akan dikenakan CBP, apabila dikuatkuasakan pada 1 April nanti.

"Kotex (tuala wanita) pun mau kena caj GST. Wanita kata kepada saya kami tiap-tiap bulan kena caj. Banyak lagi barang kena caj seperti sos tomato, sos cili, pengasah pensil, pensil dan bahan cuci tandas pun kena caj," katanya yang mengundang ketawa anggota Parlimen yang berada di dalam dewan.

Tiong yang membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, mendakwa kini semakin banyak barang keperluan rakyat telah disenaraikan sebagai barangan yang akan dikenakan GST.

"Sebelum ini saya menghadiri penerangan (mengenai GST) hanya barang tertentu dikenakan GST, namun kini semakin banyak barangan keperluan rakyat biasa turut dikenakan cukai dan ini membebankan kewangan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana," hujah beliau.

Beliau turut mempersoalkan mengapa agensi penguatkuasa kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang mempromosikan jualan produk melalui iklan dengan menimbulkan rasa takut terhadap GST seperti 'Best Sales Before GST' dan 'Premium Sales Pre-GST'.

Susulan ucapannya itu, Nga Kor Ming (DAP-Taiping) dan Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) bangkit mencelah dengan meminta Tiong menyokong usul penangguhan pelaksanaan GST, manakala Chua Tian Chang (PKR-Batu) meminta pengesahan terhadap pelaksanaan cukai itu menjejaskan kemasukan pelabur dari luar.

Tiong bagaimanapun menegaskan beliau bersetuju dengan pelaksanaan cukai itu kerana ia dilaksanakan oleh 160 negara lain dan menolak cadangan pembangkang dengan menyifatkan mereka sebagai 'banyak kung kali kung' (putar-belit) kerana mempunyai agenda tersendiri.

Justeru beliau mengusulkan kerajaan agar pelaksanaan GST dibuat secara berperingkat dengan didahului dengan barangan mewah untuk mengelakkan kemarahan rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

- Bernama 

No comments:

Post a Comment