Tuesday, March 3, 2015

JANGAN SEBAB UMNO, SANGGUP JUAL NAMA BAPA ???

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan siapakah golongan "barua" yang dimaksudkan oleh ahli jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Aziz dalam parti itu.

 "Tanya (Nik) Abduh-lah, sebab dia yang cakap. Kalau dia kata ada barua dalam PAS, dia kena buktikan.

 "Setahu saya tidak ada barua dalam PAS. Saya pun nak tahu (siapa). Kita sama-sama nak tahu," katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur di sini

  Sebelum ini, Nik Abduh mendakwa terdapat "barua" di kalangan ahli PAS yang lebih taat setia kepada Pakatan Rakyat berbanding kepada parti itu sendiri.

  Saya cabar Nik Abduh supaya berani mendedahkan nama-nama mereka yang disifatkannya sebagai 'Barua' bersama bukti alasannya. Jangan pakai hentam borong semborono atau kata omputehnya , 'beating around the bush'

 Kalau Nik Abduh tidak ada bukti atau tidak berani mendedahkannya, adalah lebih molek tutup mulut cirit birit kamu itu!
  
 Apakah ahli PAS yang mahu mempertahankan tahaluf siyasi bersama rakan Pakatan Rakyat itu kamu anggap barua? Bukankah mereka ini wala' dan thiqah terhadap keputusan mu'tamar supaya terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat. 

  Amat dikesali sekali bahawa kamu sebagai anak almarhum TGNA sanggup menempelak ayah sendiri yang sudah tiada dengan gelaran sebegini hina? Biadab sungguh seorang anak jika kelaku begini! Kecik-kecik dulu mu tak mau mampuih, sumpah seranah orang jika dapat anak derhaka macam itu!

 Almarhum hingga ke akhir hayatnya tetap menentang penyatuan Umno dan PAS.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas." Demikian itu ketegasan kata-kata almarhum. 


 Nik Abduh jangan nak putar belitkan sejarah perjuangan almarhum. Ramai lagi yang masih hidup dapat menyanggah segala dakwaan kamu yang jauh menyimpang dari kebenaran. Jangan nak perasanlah dan jangan nak pergunakan nama almarhum TGNA yang tetap kami sanjung! 

No comments:

Post a Comment