Monday, April 11, 2016

Pendakwah Bebas Doakan Perniagaan Tudung Fareeda Bankrup...

Info Post
1:00 PM

Kata ustaz hasrizal abdul jamil dalam facebooknya, "sebagai suami dan bapa kepada anak perempuan, saya tidak izinkan mana-mana perempuan dibawah tanggungjawab saya memakai tudung fareeda, ia adalah satu perniagaan yang tidak berakhlaq dan memfitnah agama.

"mustahil Allah dan Rasulullah S.A.W redha dengan strategi perniagaan sebergini"...

Malah sebelum itu, mufti pulau pinang juga menegur agar fareeda memahami konsep berhijab atau menutup aurat mengikut syariat Islam. 

Pada aku la kan, kalau nak berniaga tu meniaga la, tapi janganlah sampai menganjingkan pelanggan kamu, kamu buat pelanggan macam lahanat, kamu gelak besar bila tengok pelanggan kamu berebut-rebut, berhimpit jantan betina bukan muhrim...

Jual tudung tu bagus, tapi pelaksanaan menjual tu yang tak betul...

So jangan terasa bila orang tegur..

Tiba-tiba Isu Zakir Naik Jadi Isu Politik Serang PH


MIC, NGO India gesa syarahan Zakir Naik dihentikan
Seorang Pemuda MIC dan gabungan NGO kaum India, RAPAT hari ini membuat laporan polis terhadap pendakwah Islam popular Dr Zakir Naik, yang dijadual akan menyampaikan syarahan di Melaka mengenai persamaan antara agama Hindu dan Islam.
Ketua Pemuda MIC Sembilan itu mendakwa penceramah itu, seorang warga India, sebelum ini pernah menghina penganut agama Hindu dan Kristian pada syarahan di UiTM Shah Alam.

"Kami mahu kuliah ini (di Melaka) dibatalkan serta-merta," katanya dalam satu kenyataan selepas membuat laporan di Balai Polis Seremban.
Perkara itu turut disuarakan oleh RAPAT, yang berkata kandungan syarahan Zakir bersifat "fitnah terhadap agama-agama lain".
Rapat membuat laporan polis terhadap kuliah yang akan diadakan di Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) Melaka pada 17 April, di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur.
Zakir pada tahun 2013 dianugerahkan Tokoh Ma'al Hijrah peringkat antarabangsa oleh Yang di-Pertuan Agung.
Bagaimanapun, personaliti televisyen itu dihalang daripada bercakap di Singapura dan diberitahu oleh kerajaan Kanada pada tahun 2010 bahawa beliau tidak akan dibenarkan masuk ke negara itu.
Beliau juga telah dihalang daripada memasuki United Kingdom.
Bagaimanapun, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Zakir adalah seorang pendakwah yang terkenal di dunia dan kuliahnya telah meyakinkan beribu orang untuk memeluk Islam.
"Ribuan manusia menganut Islam kerana ceramahnya. Jutaan muslim mendapat manfaat dari penghujahannya," kata Asri. -mk
Pemimpin DAP pula label Zakir Naik sebagai ‘setan’

Kehadiran pendakwah Islam kontroversi, Dr Zakir Naik terus mendapat kecaman pelbagai pihak dan terbaru, Timbalan Setiausaha Agung DAP, P Ramasamy menggelarnya sebagai ‘setan’. 
Menerusi kenyataannya di Facebook, Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang menulis ‘Let us get “Satan” Zakir Naik out of this country!’. 
Bagaimanapun, selang beberapa jam kemudian, Ramasamy menyunting status itu dengan memadam perkataan ‘satan’. 
Dalam kenyataan sama, Ramasamy mendakwa Zakir hanya mahu menyebarkan kebencian di kalangan bukan Islam di negara ini. 
“Beliau (Zakir) adalah pendakwah Islam dan tidak mempunyai apa-apa tetapi kebencian dan penghinaan terhadap orang bukan Islam. 
“Dia (Zakir) telah diharamkan di Kanada dan UK untuk kuliahnya. Malah, beberapa umat Islam di India telah menggelarnya sebagai pendusta, seorang yang separuh benar dan penyampai kebencian,” tulis Ramasamy 
Beliau juga menggesa rakyat Malaysia, khususunya pertubuhan India dan agama Hindu supaya membuat laporan polis terhadap Zakir. 
Ramasamy dipercayai mengeluarkan kenyataan sedemikian selepas bantahan sama dikeluarkan oleh Hindraf dan MIC. 
Program pertama Zakir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung. 
Beliau berada di Terengganu selama lima hari dan akan menyampaikan ceramah di pelbagai tempat termasuk di beberapa universiti berhubung perpaduan dan kekuatan Islam. 
Kehadirannya di Terengganu bagi memenuhi undangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman. 
Undang kemarahan umat Islam 
Bagaimanapun status Ramasamy itu mengundang kemarahan warga maya yang berbangsa Islam dan mereka bertindak mengecamnya. 
Pemilik akaun Zack Rahim berkata Ramasamy adalah individu yang bertanggungjawab menghalang Zakir dari menyampaikan dakwahnya di dalam negara ini sehingga memaksa polis menghalangnya daripada berdakwah. 
“Antara orang (Ramasamy) yang bertanggungjawab berjaya membuatkan pihak berkuasa batalkan program intelektual Dr Zakir Naik. Malah digelarnya ‘satan’ ke atas seorang yang mempunyai al-quran di dalam otak dan akalnya, juga punya segala kitab lain. 
“DAP, PKR, AMANAH serta kerajaan Pulau Pinang dan seluruh Pakatan Harapan bertanggungjawab dengan kenyataan ini sebab Dr Ramasamy bukan pemilik kedai nasi kandar atau kedai emas Jalan Bonus. Beliau timbalan ketua menteri Pulau Pinang,” katanya. 
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Muhammad Sufian menyarankan Ramasamy menyertai program Zakir. 
“Ramasamy patut sertai forum Dr Zakir Naik. Bukan halau keluar Dr Zakir Naik dari Negara ni, ini Negara Islam,” katanya. 
Malah, ada juga yang meminta Ramasamy membuang gelaran professor beliau. 
“Pergi buang nama professor. Tak layak, cakap macam orang tak ada pendidikan,” kata Nik Haqeem pula. -mk

ULASAN GB
Semalam di dalam satu kumpulan WA, GB mengulas begini:
Kenyataan Ramasamy sahaja yang dirujuk oleh pihak tertentu untuk mencari political mileage dan kenyataan Ramasamy sahaja yang diwarwar dan dikutuk, sedangkan MIC dan NGO India yang membuat laporan polis yang menyebabkan program ceramah Zakir Naik dibatalkan lansung tidak disentuh.
Dan begitu aneh, dilakukan pula tweet palsu kononnya Lim Guan Eng turut menghalang Zakir Naik.


Paling menghairankan dan paling menjelekkan apabila pemimpin-pemimpin sebuah parti mengambil kesempatan dan menggunakan tweet palsu ini untuk menjadikan ia alasan dan peluang memburukkan Pakatan Harapan.


Kebetulan Ramasamy itu seorang pemimpin DAP dan Timbalan KM Pulau Pinang, maka pihak tertentu menggunakan kenyataannya itu untuk menyerang DAP dan Pakatan Harapan sedangkan isunya ialah bangsa India yang beragama Hindu TANPA mengira parti yang menentang kehadiran Zakir Naik.
Tentulah masyarakat India yang beragama Hindu ada hujjahnya dan kita sepatutnya bertenang dan mendengar hujjahnya terlebih dahulu serta perbanyakkan berdialog dengan mereka mengenai itu tersebut demi untuk mewujudkan keharmonian di antara kaum di dalam negara mkita. Bukan melenting tak tentu pasal sehingga habis punah keharmonian yang ada.
Sepatutnya tiada apa masalah dengan kedatangan Zakir Naik, namun penganjur program juga sepatutnya menentukan tajuk yang tidak menyentuh kaum dan ugama lain di dalam program berkenaan.
Apabila ia berlaku maka timbullah apa yang berlaku kini.
Dan Najib tersenyum puas, kerana isu Zakir Naik telah dapat mengalih pandangan rakyat daripada isu 1MDB & GST untuk PRN Sarawak.

Sunday, April 3, 2016

Ulama muda Pas lebih sudu dari kuah


Dikalangan bekas aktivis Pemuda sejak awal 1980-an seperti Mohamad Sabu, Khalid Samad dan Husam Musa telah terbukti pengorbanan dan kecintaan mereka kepada Jamaah (Pas).

Berjuang sejak daripada zaman kelam. Menginfaqkan tenaga, masa muda dan harta yang tidak seberapa. Tetapi mereka inilah yang berjuang sejak zaman kelam, sejak umum masyarakat Malaysia tidak faham sangat apa itu Islam.

Sejak zaman masyarakat umum Islam tak mengenali taraf ulama melainkan hanya sebagai tukang baca doa selamat.

Dikalangan bekas aktivis Pemuda inilah yang berjuang menegakkan politik Islam, mereka inilah yang memperjuangkan kedudukan ulama sehingga kepimpinan ulama diterima sebagai kepimpinan tertinggi dalam Jemaah.

Kini nama-nama mereka ini dijaja oleh sekumpulan ulama muda pendatang baru dalam jemaah, sebagai munafiq jemaah.

Apakah ahli Pas boleh melabel sahabat dengan label begitu? Saya sezaman dengan Husam zaman tidur-bangun di Pejabat Pas Jalan Dato Pati.

Husam baru grad Universiti Malaya (UM) pada 1984. Saya pelajar UM Nilam Puri. Kami pernah bersama menerbitkan GEMA PEMUDA sebelum adanya akhbar Harakah.

Setelah zaman berlalu (sejak era 2000 berlalu) sejak 2003-2008 kami sekeluarga dijemput Allah menjadi jiran-Nya di Mekkah/Madinah.

Sebagai "orang Mekkah" saya mendapat maklumat sebebasnya mengenai perkembangan Politik-Jemaah di Malaysia hatta dapat berbincang dengan sebebasnya dengan bekas pimpinan Umno.

Saya mendengar kenaikan taraaf Husam di dalam jemaah.

Di satu majlis Hariraya di Konsulat Malaysia Jeddah, saya berbicara dengan Tan Sri Sanusi Junid pasal masa depan politik Malaysia sampai subuh.( jam 3.00 pagi waktu Saudi). Beliau nampak potensi pimpinan masa depan politik Melayu Islam dalam barisan muda Pas.

Antara yang kerap disebutnya, Husam Musa. Sepulang saya ke Malaysia 2008, saya sertai semula dunia akademik di UM. Sejak itu saya lebih jadi pemerhati akademik.

Sekali sekala jumpa (Dato) Husam di majlis-majlis akademik di kampus. Memang zaman semesra bersama melepak di Pejat Pas Jalan Dato Pati dulu sukar sudah nak wujudkan kembali. Sukar saya nak panggil dia "Datuk" sukarnya dia nak panggil saya "Doktor".

Namun jauh di sudut hati barangkali kami saling mendoakan kejayaan sahabat-sahabat lama ini. Sebagai orang akademik yang tidak ada kepentingan politik, melihatkan karismanya, hati saya semacam mengesahkan apa yang pernah disebut oleh Tan Sri Sanusi Junid 2008 di Jeddah dulu.

Namun orang akademik berhadapan dengan realiti hanya boleh berharap dan mengimpikan.

Para pemain politikus lebih cekap mengelecekkan bola politik mengalahkan kami dan ramai lagi yang mengimpikan sesuatu yang mungkin ideal.

Tiba-tiba akhir-akhir ini petaka apakah yang menimpa, pemimpin yang kami kasihi selama ini kelihatan tidak mesra lagi kepada kami bekas anak-anak muda yang telah mendokong begitu lama.

Apakah dengan gara-gara kemunculan kumpulan anak-anak muda baru yang menggelarkan diri mereka "Ulama Muda", maka kami dikalangan bekas Pemuda ( bukan ulama) tidak di kasihi lagi.

Dalam ucapan terakhir pemimpin yang kami kasihi ini kedengarannnya macam menghalau saja kami dari lengkongan jemaah yang tercinta ini.

Ya Allah Ya Rabbi, Tak adakah sesiapa lagi di kalangan Umatmu yg mampu menangani...."

Apabila ada perwakilan suruh keluar Pas dalam muktamar. Tidak ada siapa berhak menghalau sesiap daripada jemaah ini. Allah dan Rasulnya yang meminta umat ini bersatu dalam jemaah.

Maka sesiapa berjemaah kerana Allah sesungguhnya dia telah menyahut seruan Allah swt. Siapa kita yang boleh berasa orang lain boleh berambus daripada jemaah yang kita sayangi bersama.

Kenapa sehari dua ni pimpinan Ulama kita menggesa ahli-ahli bawahan menghormati ulama. Rasanya ada sesuatu yg Allah swt nak tegur ni.

Selama ini sejak lebih setengah abad Pas meredah perjuangan Siyasah Islamiyyah. Pendokong bawahan menjunjung tinggi kedudukan ulama tanpa dipinta. Masa itu rasanya tidak ada anak menantu pimpinan ulama turut mahu membolot persada kuasa.

Namun kini setelah adanya fitnah penglibatan anak menantu bersama. Rakyat dan ahli bawahan berhak untuk berkata-kata. Kepatuhan membuta tuli atas apa-apa nama yang agak rasmi boleh diminta.

Namun penghormatan yang hakiki tidak boleh dipaksa. Saya dan pimpinan Tarbiyyah kampus UM memang pernah menangguhkan Wala' kepad Mat Sabu yang menaiki Timbalan Ketua DPPP.

Kami bantah kerana kempennya menaikkan Allahyarham Abu Bakar Chik dengan menjatuhkan kepimpinan Ustaz Ab Halim Arsyad.

Kami satu rombongan datang ke Rusila menemui Timbalan Presiden ketika itu Tuan Guru Haji Hadi Awang menyatakan pendirian kami.

Tuang Guru Haji Hadi menasihatkan kami bersabar dan tidak menentang Jemaah. Kami terima. Bila program Tarbiyyah kami hanya jemput pimpinan ulama seperti allayarham Ustaz Haron dan Ust Yahya Uthman.

Memang kam tidak jemput Mat Sabu dan pimpinan Pemuda bagi pengisian. Namun apabila Mat Sabu bertanding di Kelantan PRU 1991 kami buat kerja bagai nak mati memenangkanya.

Puas hati degan prestasinya sebagai ahli Parlimen. Sebagai wakil rakyat Pas beliau beraksi bagaikan Singa di Parlimen. Beliau menjadi kebanggaan Jemaah.

Beliau hidup sederhana, sepanjang dua penggal sebagai ahli Parlimen beliau tidak beli walaupun sebuah kereta buruk. Elaun ahli parlimen memang dihabiskan bersama petugas jamaah di Kelantan. Kehidupan keluarganya di Shah Alam dipikul sepenuhnya oleh isterinya Puan Normah. Masuk ISA berkali-kali kerana perjuangan. Begitu hebat pengorbanannya dalam perjuangan.

Saya cabar adik-adik baru dalam Pemuda yang kutuk Mat Sabu.

Kamu yang hidup dengan imej kehidupan mewah dengan kereta mewah, sanggup kamu kutuk orang yang tidak pernah berkereta sepanjang jadi ahli Parlimen.

Kamu diangkat ke pentas ceramah/kuliah berbayar RM ratusan sejam, sanggup kamu kutuk orang yang berceramah dengan dibayar harga ISA.

Sila berMUHASABAH

*Penulis Dr Fauzi Zakaria adalah veteran Pas

Wednesday, March 23, 2016

Deklarasi Rakyat perlu disokong oleh semua pihak, selamatkan negara, bukan nak selamatkan Dr Mahathir



Deklarasi Rakyat yang diwujudkan oleh rakyat untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri wajar mendapat sambutan dan diterima oleh semua pihak untuk menyelamatkan negara ini dari cengkaman Najib yang semakin hari semakin ganas meruntuhkan moral dan kebajikan negara tanpa hentinya itu. Semua pihak dari semua pihak yang berbeza pendapat dan kecenderungan politik serta NGO-NGO yang waras wajar memberikan sokongan kepada deklarasi rakyat itu. Ini sahaja caranya bagi menyelamatkan negara dari terus merudum ditangan seorang pemimpin yang telah gagal memikul tanggungjawab sebagai pemimpin utama negara.

Najib telah gagal dalam membawa obor kedaulatan negara kerana imej yang melekat dan terpahat di diri beliau itu terlalu buruk dan tidak dapat diperbetulkan dan dibersihkan lagi. Bukan tidak ada cara untuk beliau,membersihkan namanya dan negara, iaitu dengan menyaman semua akhbar dan majalah antarabangsa yang melibatkan dirinya dengan skandal terbesar yang pernah di saksikan oleh dunia, iaitu skandal 1MDB dan derma RM2.6 billion yang menghantui dirinya sejak isu-isu ini diketahui umum ‘globally’.

Tetapi beliau takut dan tidak mempunyai kudrat untuk melakukan saman itu kerana beliau tidak mempunyai kudrat dan moral untuk menghadapi isu ini di mahkamah antarabangsa. Tentulah kita boleh mengagak kenapa beliau mempunyai ketakutan itu. Beliau hanya memberikan reaksi yang ada konspirasi antarabangsa bersama pihak dalam negara ini untuk menjatuhkan beliau terutamanya Dr Mahathir Mohammed tetapi beliau tidak berani untuk kemuka ke mahkamah untuk memberikan bukti tentang konspirasi itu.

Beliau hanya bertindak menggagalkan jawatankuasa penyiasat tentang dua isu mega ini dan membuang serta menamatkan perkhidmatan setengah dari mereka kerana takut dengan keputusan penyiasatan itu. Beliau bertindak dengan mengugut mana-mana individu dan pihak yang cuba untuk melakukan tindakan bagi mencari kebenaran ini. Undang-undang baru digubal untuk menyekat rakyat dari mengetahui isu sebenar dan peranan yang beliau mainkan dalam isu beliau menjahanamkan negara ini. Beliau tetap mahu kekal berkuasa walaupun dalam keadaan beliau sudah hilang kelayakan untuk memegang apa-apa ‘public office’ dari segi moral dan etikanya.

Sekarang rakyat tertekan dengan kos kehidupan yang terlalu tinggi dan ‘standard of living’ yang semakin rendah. Tetapi disamping itu Najib masih petah berjanji untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Tidak ada lagi kata-kata beliau sebagai pemimpin yang boleh diyakini. Beliau terus berbohong dan mengelirukan rakyat tanpa segan dan silu sedangkan rakyat ramai hanya mentertawakan apa-apa yang beliau kata serta janji-janji kosong yang beliau tidak akan mampu melaksanakannya. ‘Once a liar he will remain a liar’ bak kata perumpamaan Inggeris.

Oleh kerana itu semua pihak walaupun mempunyai perbezaan pandangan dan bemusuh-musuhan telah bersatu dengan deklarasi rakyat untuk bersama-sama menyelesaikan isu negara yang sangat kritikal untuk diselesaikan ini. Masing-masing pihak sedar yang mereka tidak akan dapat membantu membetulkan segala kepincangan yang dilakukan oleh Najib dan kabinetnya sekarang jika mereka terus dengan perbezaan dan perkelahian tentang isu politik masing-masing.

Kita memerlukan bersepaduan dalam menangani isu Najib dan skandalnya ini. Kita mahukan semua rakyat bersatu tidak kira mereka dari orang awam atau setiap individu dalam ‘uniform units’ dan pemimpin mereka untuk tampil bersama menyokong tindakan rakyat untuk memperbetulkan negara ini secara aman dan damai. Kita mahukan setiap Raja-Raja Melayu memainkan peranan untuk bersama rakyat tanpa takut kerana jika rakyat sengsara Raja-Raja Melayu pun akan hilang dari muka bumi Malaysia ini.

Kita mahukan sebuah negara baru yang dipimpin oleh orang yang berkemampuan untuk membina semula negara yang sudah hancur ini. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘attribute’ sebagai seorang teknokrat dan mempunyai sisik dan kualiti yang tinggi semata-mata untuk membina semua dasar dan pelaksanaannya dengan betul dan tepat. Kita mahu kembalikan institusi demokrasi di berikan nafas baru dan kembali segar melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan kepada mereka. Kita mahukan negara ditadbir dengan bersistem yang boleh diguna pakai dalam jangka masa yang panjang.

Kita mahukan negara memberikan kembali peruntukan perubatan dan pelajaran yang sudah di potong oleh pimpinan Najib ini. Kita tidak mahu peruntukan untuk hospital awam di potong kerana itu adalah tanggungjawab asasi bagi semua rakyat dan manusia yang tinggal dalam negara yang berdaulat dan merdeka ini.

Kita mahukan pemimpin yang tegas dan bukannya pemipin-pemimpin yang garang. Kita mahukan seorang pemimpin yang mempunyai ‘passion’ yang kuat dalam membina rakyat baik dari segi ekonominya mahu pun dari segi ‘spiritual value’ mereka tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan cara hidup mereka.

Rakyat tidak mahu lagi hidup yang sentiasa dihantui oleh ugutan dari pihak polis dan Ketua Polis Negara lagi. Kita mahukan AG yang adil dan saksama sebagai orang yang mengetuai undang-undang negara. Kita tidak mahu lagi menyaksikan undang-undang disalah gunakan oleh perompak dan penyamun untuk menutupi dosa dan noda mereka.

Itu sebabnya rakyat mahukan semua pihak termasuk mereka dan individu dalam unit beruniform dan semua NGO serta parti politik untuk bergabung mengnyahkan hanya seorang pemimpin yang sudah melebihi imej bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos dahulu.

Inilah impian rakyat sebenarnya dan ia memerlukan sokongan dari segenap lapisan masyarakat yang tegas untuk melihat negara kita kembali segar dan diketahui oleh masyarakat antarabangsa yang rakyat Malaysia masih mempunyai maruah dan harga diri mereka, dan tidak seperti setengah pemimpin mereka.

Our leadership is nothing more and nothing less than a pest to the nation.

Kalau Peguam Negara tidak ambil tindakan, memang sah barua

Zeti beri komitmen serah cadangan tindakan sebelum bersara April ini.

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil ‘tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai’ terhadap 1MDB kerana gagal mengemukakan bukti berkenaan wang sejumlah ASD$1.83 bilion yang berada di luar negara.

Pada 9 Oktober tahun lalu, BNM mengarahkan 1MDB supaya menghantar balik ASD$1.83 bilion itu, selepas BNM menarik semula tiga kebenaran yang diberikan kepada 1MDB di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 untuk pelaburan luar negara.

Namun 1MDB dalam respon mereka menjawab penghantaran balik tidak boleh dilakukan kerana wang tersebut sudah diperuntukkan untuk menguruskan hutang luar negara dan penstrukturan semula.

“BNM menyatakan kesanggupan untuk menerima penjelasan itu tetapi mengarahkan mereka supaya menyerahkan bukti dokumen untuk menyokong sebab yang mereka berikan.

“Namun mereka masih tidak menghantar dokumen tersebut walaupun tarikh akhir sudah berlalu. Ekoran kegagalan mematuhi arahan BNM, kami kini dalam proses untuk mengambil tindakan pentadbiran dan penguatkuasaan yang sesuai, seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang,” katanya dalam sidang media di BNM hari ini, seusai pembentangan laporan tahunan bank pusat itu.

Menjelaskan tindakan yang bakal diambil, Zeti berkata memandangkan BNM tidak mempunyai kuasa penguatkuasaan, langkah itu akan melibatkan badan penguatkuasaan lain.

“BNM akan menghantar kertas cadangan tindakan kepada badan penguatkuasaan, dan mereka melihat cadangan kami dan membuat penilaian mereka. Ini semua tentulah perlu melalui proses (yang sepatutnya),” kata Zeti.

Sebelum ini pada 21 Ogos 2015, BNM pernah menghantar kertas siasatan berhubung 1MDB kepada Pejabat Peguam Negara namun dikembalikan kepada Bank Negara pada 11 September 2015 dan keputusan untuk tidak mendakwa dimaklumkan pada hari yang sama.

Dalam pada itu, Zeti memberikan komitmen untuk menyerahkan cadangan tindakan sebelum bersara April ini.

“Tujuan BNM melakukan semua ini adalah untuk menegakkan integriti sistem kewangan kita. Undang-undang dan peraturan yang ditetapkan perlu dipatuhi semua pihak,” katanya lagi.

Najib Menggelupur Dengan Perkembangan Terbaru Ini?



Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menjangkakan sejumlah besar ahli Umno akan muncul untuk program ‘Selamatkan Malaysia’ anjurannya pada Ahad ini.


"Siapa tahu, kumpulan terbesar yang akan datang pada Ahad ini mungkin adalah ahli Umno.

Ramai ahli Umno mohon untuk datang. Saya telah beri seberapa banyak mana (jemputan) yang boleh diisi dalam dewan," kata Zaid kepada Malaysiakini hari ini.

Antara pemimpin Umno yang akan membuat penampilan pada majlis di Pusat Konvensyen Shah Alam itu adalah timbalan presiden Umno yang digantung jawatannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri besar Kedah yang disingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Apabila disoal sama ada terdapat pemimpin Umno terkenal lain akan turut bersama, Zaid berkata mereka bukan mahukan pemimpin yang menonjol tetapi berani."Janganlah kita harapkan ahli kabinet akan datang," katanya secara berseloroh.

Perhimpunan yang berdasarkan atas dasar jemputan sahaja akan bermula pada 1 tengah hari kerana ia adalah Hari Easter, katanya dan ia dijangka berakhir sekitar jam 6 petang.

Menurut Zaid Ibrahim, satu sidang media dengan 19 pemimpin akan diadakan selepas itu.

Antara mereka yang dijangka itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhyiddin, Mukhriz, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Presiden Amanah Mohamad Sabu, bekas Setiausaha Agung MIC S Murugesan, bekas Presiden Badan Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan dan Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah.

Zaid berkata, walaupun pada mulanya beliau hanya mengundang 1,000 tetamu tetapi kini menganggarkan sekitar 1,500 jemputan akan hadir pada Ahad ini."Dewan pasti penuh," katanya.

Oh!! Patutlah Najib Tak Saman-saman Lagi WSJ...



Setelah minggu berganti minggu, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.. akhirnya terdedah juga kenapa hingga ke hari ini Najib masih belum saman WSJ yang pada mulanya dikatakan memfintan dirinya tentang RM2.6 Billion itu..

Bukan kerana Najib takut akan terbongkar segala kebenaran.. bukan juga kerana Najib tidak dikenali di Amerika Syarikat seperti yang didakwa Peguam yang mewakilinya..

Bukan kerana Najib tidak akan mendapat ganti rugi lebih tinggi di AS kerana beliau tidak begitu dikenali di sana kononnya...

Tapi.. sebenarnya kerana beliau terlampau penyabar...

KUALA LUMPUR - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akui hairan dengan sikap suaminya yang disifatkan sebagai terlampau penyabar. 
Malah menurutnya, sikap itu boleh disaksikan seluruh rakyat Malaysia. 
"Saya sebagai isteri, hairan macam mana beliau boleh sabar, terlampau sabar. 
"Tapi macam beliau kata, jangan 'cross the line'. Di rumah, saya dan anak-anak selalu pastikan bahawa kami tidak melampaui batasan itu. 
"Agaknya kalau saya dan anak-anak 'cross the line'. Tak tahulah macam mana beliau respons," katanya berseloroh ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru, di sini, hari ini. 
Beliau juga sempat bergurau mengatakan, "kalau telinga dia (Najib) sudah merah, ketap gigi...lebih baik kita lari." 
Rosmah turut berkongsi kata-kata Najib kepadanya ketika beliau bertanya tentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 
"Saya tanya kenapa buat GST. Beliau cakap, 'saya nak jadi pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat bukan pemimpin yang populis'," katanya. 
Dalam pada itu, ketika menjawab tentang anasir kebencian yang menular dalam masyarakat hari ini, Rosmah berkata itu budaya yang tidak sihat. 
"Saya rasa ini satu sifat yang harus dihindarkan. Kita harus memupuk semangat positif kemudian kita akan mempunyai minda, sikap dan keluarga yang positif. 
"Memanglah kita ada pendapat yang berbeza tapi itu bukan alasan untuk kita membenci seseorang," katanya lapor Sinar

Mahathir Saman Najib RM2.6 Billion..



Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak kerana didakwa telah menyalahgunakan kuasanya.

Selain Dr Mahathir, dua lagi individu yang lantang mengkritik Najib, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin turut dinamakan sebagai plaintif kedua dan ketiga dalam saman itu.

Dalam tuntutan saman itu, Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina mendakwa Najib dengan sengaja mengganggu siasatan keatas 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, RM42 juta daripada SRC International dan derma politik RM2.6 bilion.

Ketiga-tiga plaintif mendakwa Najib menggunakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden UMNO bagi melakukan salah laku berkenaan

Dalam tuntutan saman itu plaintif menyenaraikan kronologi tindakan Najib yang didakwa salah guna kuasa bermula Mac 2015 ketika siasatan dilakukan.

Antaranya, menamatkan lebih awal perkhidmatan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; dan mengugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri; selain itu turut menafikan haknya berucap pada Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu.

“Kita boleh katakan kronologi tersebut telah membawa fakta dan kesimpulan yang menarik iaitu Najib berterusan campur tangan dalam proses undang-undang bagi memastikan segala pihak autoriti yang bertanggungjawab tidak dalam menjalankan tugasnya dalam isu derma RM2.6 bilion dan RM42 juta,” kata kenyataan itu.

Mereka juga menyatakan telah terkesan dengan setiap tindakan yang dilakukan oleh Najib.

“Dr Mahathir telah hadir pada Himpunan Bersih 4, yang mana beliau telah membuat kenyataan yang mengkritik Najib. Kemudiannya telah dipanggil oleh pihak polis untuk siasatan kerana didakwa melakukan jenayah fitnah.

“Dia sekali lagi menjadi perhatian pihak polis kerana posting yang dibuat terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali,” kata plaintif dalam tuntutan saman itu.

Khairuddin pula telah membuat laporan polis di Perancis, England, Switzerland, Hong Kong dan Singapura berkenaan tuduhan 1MDB dan akhirnya dia dan peguamnya, Matthias Chang didakwa kerana cubaan sabotaj sistem perbankan dan kewangan negara.

Manakala bagi Anina, dia telah disingkirkan dari UMNO kerana tindakannya yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Najib tahun lalu.

Dr Mahathir, Khairuddin dan Anina menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Peguam, Haniff Khatri Abdullah yang mewakili ketiga-tiga plaintif berkenaan telah memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pagi tadi.

“Writ saman itu akan diterima oleh peguam Najib (Hafarimzam Wan dan Aisha Mubarak) pada minggu ini,” ujarnya lagi. 

MAJALAH TIME LAPOR MALAYSIA ‘TOP 5’ RASUAH DI DUNIA