Wednesday, March 18, 2015

HERO RAKYAT : INILAH MP YANG KITA TUNGGU ...


Oleh: ARIFFUDDIN ISHAK


 
 
 
KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April depan diragui akan menguntungkan peminjam hutang dan pemegang bon kerajaan.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) berkata, rakyat tidak seharusnya dibebankan dengan hutang negara yang kini disifatkan berada pada tahap membimbangkan melalui pelaksanaan GST.

Berucap di Dewan Rakyat pada Selasa, Ahli Parlimen paling lama berkhidmat itu turut menuntut penjelasan kerajaan berhubung tujuan sebenar GST mahu dilaksanakan.

"Kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat.

"Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen.

Mengulas lanjut, veteran Umno itu menegaskan bahawa pendapatan negara melalui GST wajar digunakan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

"Kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon," katanya sambil mengulangi pendirian sebelum ini yang meminta supaya kerajaan menangguhkan pelaksaan GST.

Selain itu Razaleigh turut menuntut supaya semua dokumen berkaitan hutang negara dibentangkan di Dewan Rakyat.

Katanya, rakyat berhak mengetahui mengenai 'hutang sah' kerajaan pada ketika ini.

"Sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut.

"Kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, instrument kewangan dan letters of comfortyang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini.

"Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan," katanya.

PM KITA : ORANG AKU PUN...BANTAI AKU ...

 
Husam juga mengambil kesempatan yang sama untuk menggesa Ku Li turut menyokong usul yang akan dibawa pembangkang bagi menggutuk Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.


husam razeleigh2


PETALING JAYA: Kritikan lantang Veteran UMNO yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah terhadap kepimpinan dan kelemahan Perdana Meneri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kesan yang lebih jika beliau menyertai Pakatan Rakyat (PR).

Itu pelawaan Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa kepada Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li ekoran keberanian dan kelantangan pemimpin UMNO itu sejak akhir-akhir ini
sehingga memberi kesedaran kepada rakyat bahawa kepimpinan perdana menteri mempunyai banyak kelemahan.

"Jika rakyat Malaysia boleh percaya tentang betapa serius dan kritikalnya keadaan ekonomi dan politik negara seperti yang diucapkan oleh Razaleigh, apakah lagi yang mereka boleh harapkan dari Razaleigh?," soal beliau menerusi satu kenyataan.

Sehubungan itu, Husam juga mengambil kesempatan yang sama untuk menggesa Ku Li turut menyokong usul yang akan dibawa pembangkang bagi menggutuk Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar berikutan penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selari dengan tindakan beliau sebelum ini yang acap kali mengkritik pentadbiran kerajaan.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat dijangka akan membawa usul tersebut pada persidangan Dewan Rakyat hari ini (Rabu).

"Ia akan mencatatkan sejarah baru dan membenarkan kata-kata yang telah beliau ungkapkan semalam," katanya.

Ku Li sebelum ini dilihat lantang mengkritik dan mempersoakan kedudukan ekonomi termasuklah jumlah hutang negara yang semakin meningkat di bawah pentadbiran Perdana Menteri.

Beliau merupakan salah seorang Veteran UMNO yang lantang mengkritik Najib dan kepimpinannya selain Tun Daim Zainuddin dan Tun Dr Mahathir Mahamad.

UMNO/BN : MALU LA KAMI KALAU TAK SOKONG ...

MALAYSIAKINI


  


Sejumlah orang bukan Islam di Kelantan tidak ragu dengan pelaksanaan hudud di negeri itu, walaupun ada tanggapan bahawa masyarakat itu menolak undang-undang jenayah Islam tersebut.
                                             
Beberapa penduduk bukan Islam yang ditemui di Kampung Tebing Tinggi, Kampung Sabak dan Kampung Pulau Gajah di Kota Bharu berkata pelaksanaan undang-undang jenayah syariah itu tepat pada masanya dan akan menjadi pengajaran kepada penjenayah supaya "bertaubat".

"Melaksanakan hukum hudud adalah satu perkara yang baik, ia akan mengajar penjenayah menyesali tindakan mereka," kata Chua Guan Hong (kanan), 77, sambil tersenyum.

"Undang-undang (sivil) sekarang biasa sahaja (tidak begitu berkesan)."

Bagi suri rumah Teng Kiok Pin, 43, jika hudud dilaksanakan untuk mencegah jenayah, beliau menyokongnnya.

"Saya tidak ada masalah (hudud dilaksanakan). Jika ia baik untuk orang Melayu, maka orang Cina tidak mempunyai masalah dengan itu," katanya.

Apabila ditanya sama ada masanya sesuai untuk undang-undang Islam itu dilaksanakan, Teng mengangguk bersetuju, dengan memetik kadar jenayah semasa.

Katanya, dia tidak mendapat penjelasan lanjut mengenai hudud, tetapi mengakui dia jarang berada di rumah dan mungkin terlepas penerangan oleh badan-badan berkaitan.

Kerajaan Kelantan dijadual membentangkan pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.

Pekerja Kasino di Genting, Peck Kien Shen ( kiri) , 25, tidak mempunyai semua butiran mengenainya tetapi menerima pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Saya menerimanya, terutama jika ia boleh mengurangkan kadar jenayah," katanya.

Wanta Naichun (kanan), 52, juga agak samar tentang apa sebenarnya hudud kerana pihak berkuasa tidak menjelaskan kepada beliau tetapi percaya ia adalah untuk kebaikan masyarakat.

Ibu kepada empat orang anak itu, di mana anak ketiganya beragama Islam, berkata beliau juga biasa mendengar ceramah mengenai Islam pada waktu malam.

Tuesday, March 17, 2015

SYABAS KU LI : MP BERJIWA RAKYAT ....

MSO

Ucapan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah di parlimen hari ini disamping menegur kerajaan beliau juga menimbulkan kebimbangannya mengenai keadaan hutang negara yang boleh menjejaskan kestabilitas negara.

Ucapan beliau juga membawa maksud tesirap yang wajar diselami akan tujuannya serta memaknakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang menjadi penanggungjawab kepada rakyat dan negara.

Apa yang jelasnya beliau cuba membangkitkan tanggungjawab ahli parlimen semua agar menghormati kepada ikrar mereka masing-masing untuk negara.

Ucapan Tengku Razaleigh ini sudah pasti kurang disenangi oleh pihak kerajaan yang didokong oleh partinya sendiri kerana ia dikira ucapan yang tidak mengampu kerajaan.

Tetapi inilah sikap dan pendirian bekas Menteri Kewangan itu sebagai seorang ahli parlimen yang berdiri di untuk membela rakyat dan tidak boleh dijadikan "upih tarik" oleh partinya. Ikutilah ucapan beliau sepenuhnya di bawah ini:

Pada 30hb Oktober 2014, saya mengutus surat kepada setiap Ahli Dewan Rakyat tanpa pengecualian, suatu tindakan yang tidak pernah berlaku sebelumnya. Ia menitikberatkan kebimbangan saya yang amat sangat terhadap kesejahteraan negara kita yang tercinta serta kedudukan Dewan yang mulia ini.

2. Saya mengambil tindakan tersebut memandangkan bahawa di dalam sesebuah demokrasi berperlembagaan, Dewan Rakyatlah merupakan institusi terakhir yang bertanggungjawab ke atas keadaan negara dan rakyat jelata. Di samping itu, sebagai Ahli Dewan Rakyat kita telah bersumpah untuk berkhidmat kepada negara serta menegakkan Perlembagaan demi kepentingan rakyat Malaysia. Sayugia diingat bahawa sumpah setia itu bukanlah kepada parti ataupun pemimpinnya.

3. Sejak penulisan surat tersebut, keadaan ekonomi dan politik dunia telah pun berubah secara mendadak. Barang diingat bahawa setiap negara saling bergantung antara satu sama lain. Ini bermakna Malaysia tidak terlepas daripada merasai kesan perubahan ekonomi dan politik yang dialami dunia. 


Keadaan baru ini memerlukan kita mengambil kira dan menimbang perubahan yang perlu kita buat. Sekiranya kita hendak menyelamatkan rakyat, apa-apa cadangan kita untuk perubahan mestilah mampu menimbulkan kesan positif untuk mengatasi masalah berat yang melanda negara. Dalam menimbang apa jua perubahan, kita seharusnya memahami keadaan yang sedang melanda negara. Yang demikian saya ingin nyatakan kerisauan saya terhadap keadaan negara sekarang ini.

4. Tidak dapat dinafikan bahawa kedudukan hutang negara akan tentukan keadaan dan kestabilan ekonomi kita. Mutu dan gaya hidup rakyat bergantung kepada dua perkara ini.

5. Yang saya maksudkan dengan hutang negara ialah hutang kerajaan, hutang sektor korporat dan hutang isi rumah.

6. Kerisauan saya mengenai hutang negara ialah ia telah mencecah paras yang boleh menyebabkan tercetusnya krisis ekonomi dan politik di hari muka. Kita tidak mungkin dapat menelah akan akibat dan kesan daripada krisis sebegini. Tetapi apa yang nyata ialah ia berbahaya terhadap Demokrasi Berperlembagaan yang mencorakkan kenegaraan Malaysia.

7. Sekaligus ini mengarahkan perhatian umum kepada persoalan asas lagi penting sama ada Dewan Rakyat mampu bertindak untuk menangani permasalahan semasa demi menegakkan ikrar kita ketika mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat.

8. Berpandukan ikrar tersebut, saya berpendapat bahawa kita berkewajipan untuk mengetahui sebanyak manakah hutang negara itu dan apakah kemungkinan bebanannya terhadap rakyat kelak. Sila maklum bahawa kita dianggap gagal dalam memenuhi ikrar keperlembagaan tersebut sekiranya kita tidak ajukan soalan terpenting dalam menentukan sebanyak manakah hutang tersebut. Dalam hal ini kerajaan haruslah bertindak secara telus serta memberitahu kepada Dewan Rakyat akan keadaan sebenarnya berkaitan dengan hutang negara.

9. Oleh kerana kita mengambil berat akan hutang negara, sekiranya rakyat dibebankan lagi dengan hutang, kita berkewajipan untuk memastikan bahawa pendapatan negara digunakan untuk kepentingan rakyat dan bukannya untuk pembayaran faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. 

Sekiranya terdapat hutang sah dan kita bertanggungjawab ke atasnya maka kita berhak mendapat maklumat mengenai hutang tersebut. Yang demikian, sebagai Ahli Dewan Rakyat adalah menjadi tugas kita dan kita berhak untuk mendapat segala maklumat berkaitan dengan hutang tersebut. 

Sebagai Ahli Dewan Rakyat kita juga bertanggungjawab untuk memastikan segala jaminan, dengan izin Tan Sri Yang Dipertua, instrument kewangan dan letters of comfort yang membebankan rakyat jelata dengan hutang dibentangkan di Dewan yang mulia ini. Cara ini membolehkan kita menilai dengan penuh tanggungjawab sama ada wajar atau tidak rakyat terus dibebankan.

10. Di atas perkiraan inilah saya telah cadangkan di dalam surat bertarikh 30hb Oktober, 2014 supaya Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ditangguhkan memandangkan ekonomi dan kewangan awam berada di tahap yang tenat. Rakyat juga menanggung beban hutang isi rumah yang tinggi. Oleh itu kita perlu tahu sebab musabab GST dikenakan kerana punca pendapatan ini akan menambah beban kewangan rakyat. Rakyat berhak tahu sama ada GST yang akan dilaksanakan pada bulan April hadapan ini akan menguntungkan negara atau ia hanya untuk membayar faedah kepada sipiutang dan pemegang bon. Tujuan GST dilaksanakan tidak seharusnya dirahsiakan.

11. Jikalau beban tambahan ini dihalakan kepada rakyat tanpa alasan munasabah kita sebenarnya berlaku tidak adil. Oleh itu suara hati kita semestinya jelas dan terang ketika memberi keterangan kepada rakyat kenapa GST perlu pada ketika ini.

12. Sekiranya sebab musabab perlunya berhutang dibentang di Dewan Rakyat dan ia didapati munasabah tentu sekali kita dapat bertindak secara wajar terhadap niat Kerajaan. Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati mengenai sama ada Kerajaan berhak mengenakan beban tambahan ini.

13. Sayugia diingatkan bahawa hutang isi rumah secara rasminya adalah pada tahap 87.4 peratus dan ini diakui satu-satunya yang tertinggi di Asia. Kita juga dibebani hutang korporat dan kita seharusnya mengambil berat akan perkara ini. Malangnya kita tidak dapat tanggapan sebenarnya mengenai masalah ini oleh kerana ketidaktelusan berkaitan dengannya. Apa pun, jumlah hutang isi rumah, hutang negara dan hutang korporat seharusnya merunsingkan kita apabila soal masa depan diperkatakan.

14. Juga merunsingkan ialah penggunaan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) untuk membantu institusi-institusi kewangan yang terlibat dalam pemberian pinjaman kepada perbadanan-perbadanan tertentu. Dalam hal ini, kita perlu penjelasan daripada Menteri Kewangan mengenai kedudukan KWSP dan KWAP serta jumlah pelaburan dana di dalam institusi kewangan yang dibebankan dengan pemberian pinjaman.

15.. Dengan sendirinya ini membawa kita kepada persoalan tatacara pemerintahan atau, dengan izin, good governance yang penting dan perlu dalam pentadbiran kewangan negara kita. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sekali-kali tidak harus berada dalam keadaan di mana terdapatnya pertelingkahan kepentingan. Barang diingat bahawa pertelingkahan kepentingan ini merupakan suatu masalah serius. Bahawa perkara ini mungkin telah diterima oleh Dewan Rakyat selama ini merupakan sesuatu yang tidak baik kepadanya.

16. Satu perkara yang ada hubungkait dengan pertelingkahan kepentingan dan sedikit sebanyak boleh membantu mengatasinya ialah pengisytiharan harta dan liabiliti. Pengisytiharan ini hendaklah merangkumi Ahli Kabinet dan Ahli Parlimen dahulu dan sekarang serta juga mereka dari sektor awam dan swasta di peringkat mempunyai kuasa membuat keputusan, dahulu dan sekarang. Pengisytiharan ini hendaklah dibuat secara berkala dan disimpan oleh sebuah badan bebas yang diwujudkan melalui Akta Parlimen.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalam keadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepada Dewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidak pernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan. Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakan keputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin, conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itu kita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

17. Kini kita sedang menghadapi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kemerosotan ekonomi serta institusi yang dipertanggunjawabkan dengan mendaulat dan menegakkan Pemerintahan melalui Undang-Undang dan Perlembagaan demokratik, dan penghakisan perpaduan nasional mendadak sekali dan bertembung antara satu sama lain. Keadaan ini telah mencetus suatu krisis yang meresap ke akar umbi dan kita kini berada di dalamkeadaan kesesakan politik dan ekonomi.

18. Keadaan ini memberi kesempatan kepadaDewan Rakyat untuk memainkan peranan penting dalam perkembangan negara kita. Tidak ada mana-mana institusi baik politik mahu pun bukan politik yang dapat mengatasi kesesakan ini kecuali Ahli-Ahli Yang Berhormat sekelian.

19. Kita sedang mengalami cabaran yang tidakpernah berlaku dalam usaha kita memenuhi ikrar untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara. Ini ialah kerana kuasa Dewan Rakyat telah beranjak kepada kepimpinan parti politik. Ia merupakan perkembangan di luar perlembagaan.Anjakan kuasa kepada orang perseorangan ini bertentangan dengan peruntukan perlembagaan. Dan pastilah ia bukannya demokrasi berperlembagaan.

20. Yang demikian, Ahli-Ahli Yang Berhormatsekelian seharusnya membuat keputusan sama ada hendak memenuhi ikrar yang dibuat ketika mula-mula menjadi ahli Dewan yang mulia ini atau pun melepaskan sahaja hak sebagai Ahli Yang Berhormat kepada kuasa di luar Dewan Rakyat. Keputusan yang harus dibuat merupakankeputusan asasi untuk rakyat jelata. Ia merupakan detik bersejarah kepadaAhli-Ahli Yang Berhormat sekelian dan perlu membuat pilihan sama ada hendak berkhidmat serta tunduk kepada kehendak rakyat ataupun hendak bersama kepimpinan parti.

21. Tan Sri Yang Dipertua, di kesempatan ini izinkan saya nyatakan bahawa di dalam usaha kita membuat keputusan yang saya sebutkan itu kita haruslah berpandukan kepada suara hati atau pun, dengan izin,conscience. Ini bermakna kita mesti berani menerima atau menolak sesuatu cadangan demi kepentingan rakyat yang kita wakili walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak parti kita. Dalam pada itukita juga bertindak secara berkumpulan dan sebagai satu pasukan demi menghambakan diri untuk menegakkan kedaulatan rakyat dan pengundi.

Monday, March 16, 2015

PEMUDA UMNO BARU JA NAK ROADSHOW NAFI, JPM DAH NGAKU PULAK ...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perdana Menteri hari ini menjelaskan bahawa pesawat eksekutif Airbus Corporate Jetliner (ACJ320) dibeli untuk menggantikan Boeing Business Jet (BBJ) yang telah berusia 16 tahun.
  
JPM dalam satu kenyataan di sini berkata, kerajaan memperoleh ACJ320 melalui kontrak pembelian sewa beli untuk tempoh 15 tahun.
Pesawat BBJ itu akan dilupuskan bagi membiayai pembelian ACJ320.
Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli di Parlimen hari ini bahawa ACJ320 itu untuk kegunaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  
Menurut JPM, pesawat BBJ telah digunakan oleh MAS sejak 1999 sebelum kerajaan memperolehnya pada tahun 2003 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong.

"Perbincangan untuk menggantikan BBJ telah dimulakan dua tahun lepas memandangkan kos penyelenggaraan kapal terbang itu semakin meningkat berikutan faktor usia dan risiko keselamatan.
  
"Perolehan pesawat ACJ320 dalam fleet pesawat eksekutif kerajaan dapat mengurangkan kos operasi, pengurusan dan penyelenggaraan memandangkan kerajaan sudah mempunyai pesawat ACJ319," menurut kenyataan itu.
  
Menurut JPM, selain ACJ319 dan ACJ320, fleet pesawat eksekutif kerajaan termasuk kapal terbang yang lebih kecil iaitu pesawat Falcon yang diperolehi pada 1989 dan Global Express 2001, kata JPM. - Bernama

PM NAJIB AIBKAN MALAYSIA ...


Berita penangkapan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar semalam telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia.

Pada jam 11 malam tadi, media yang menyiarkan berita tersebut termasuk Asahi Shimbun di Jepun, BBC di United Kingdom, New York Times di Amerika Syarikat, Sydney Morning Herald di Australia, The Hindu di India, Post Bangkok di Thailand dan Manila Times di Filipina.

Akhbar kewangan antarabangsa seperti Financial Times yang berpejabat di UK dan Wall Street Journal yang berpejabat di AS, turut memberi perhatian terhadap penangkapan Nurul Izzah itu.

"Anak ketua pembangkang yang dipenjara, ditangkap," bunyi tajuk utama New York Times. Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menjalani hukuman penjara selepas disabitkan dengan tuduhan liwat.

Juga ditekankan dalam banyak laporan itu ialah langkah kerajaan Malaysia yang terus menggunakan Akta Hasutan 1948, termasuk kemungkinan ia digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat politik.

Kebanyakan laporan itu dari perkhidmatan wayar seperti Reuters dan Associated Press, tetapi banyak organisasi berita yang lebih besar, menyiarkan laporan mereka sendiri.

Contohnya termasuk saluran TV Al-Jazeera, BBC, New York Times dan Financial Times.

TUN DR. M TIBAI NAJIB LAGI ...

Kritikan paling PEDAS Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga Perdana Menteri:  [Diterbitkan sepenuhnya daripada blog beliau, Che Det]

March 13, 2015

Fathi Aris Omar

URGENT > Blog Tun Dr Mahathir yang memuatkan artikel di bawah TIDAK BOLEH diakses. Punca kegagalan itu belum dapat dipastikan.

Kritikan paling PEDAS Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga Perdana Menteri:

[Diterbitkan sepenuhnya daripada blog beliau, Che Det]

1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.

3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?

17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.

29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya.

Sumber asal: 1MDB di blog Che Det, 13 Mac 2014

HEBATNYA AKTA HASUTAN : PARLIMEN LESU ...

Nurul Izzah ditahan kerana ucapan di Parlimen?


Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan.

Tapi beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

Sivarasa kata Nurul Izzah Anwar ditahan mengikut Akta Hasutan berdasarkan ucapannya di Parlimen dan bukannya perhimpunan #KitaLawan.

Menurut ahli Parlimen Subang itu, pihak polis tidak akan menahan reman anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

"Kalau ikutkan siasatan dijalankan atas Akta Hasutan berdasarkan ucapan di Parlimen.

"Bila saya tanya ASP Muniandy siapa yang buat keputusan, dia (ASP Muniandy) kata bukan saya, ini bos saya di Bukit Aman," katanya...

Ni laporan dari KeadilanDaily..

KUALA LUMPUR 16 MAC: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar baharu sahaja ditahan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan. 
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu pada mulanya hadir pada 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada 7 Mac lalu. 
“ASP Muniandy memaklumkan bahawa saya ditangkap di bawah arahan Dt Azam, Ketua Penolong Pengarah D5, Bukit Aman,” tulis Nurul Izzah di twitter memaklumkan penahanannya itu. 
Tangkapannya itu susulan laporan polis oleh bekas calon BN, Zulkifli Noordin terhadap Nurul Izzah pada 12 Mac lalu ekoran ucapannya yang mengecam hakim di Parlimen berhubung keputusan kes Fitnah II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap di Parlimen pun kena tahan Polis?.. nampaknya kekebalan bersuara dalam Parlimen hanya tertakluk kepada Ahli Parlimen UMNO/BN sajalah...

Sunday, March 8, 2015

PAS LEBIH KE DEPAN BERBANDING UMNO ...

PAS Kota Baru Jadi Perintis Calonkan Orang Lain Sebagai Presiden



PAS Kota Baru diramal calonkan tokoh presiden baru

Ketika PAS memulakan mesyuarat agung tahunan peringkat kawasannya hari ini, kawasan Kota Baru dijangka menamakan seorang calon selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menduduki kerusi nombor satu parti itu.

Dan, mengikut ramalan awal, jawatan itu tidak akan dipertandingkan.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, nama tokoh berkenaan dibincangkan sejak sekian lama sebagai calon alternatif bagi menyelesaikan kemelut dalaman PAS.

Mesyuarat hari ini akan menentukan sama ada calon itu diterima semua perwakilan atau tidak.

Yang Dipertua PAS Kota Baru Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menyerahkan hal tersebut kepada perwakilan dalam mesyuarat itu nanti.

Katanya, PAS Kota Baru berazam menjadi pelopor dan membentuk pemikiran ahli PAS di seluruh negara menjelang Muktamar PAS ke-61 pada Jun depan.

Mesyuarat agung ini katanya akan memberikan hak sepenuhnya kepada perwakilan menentukan calon kepimpinan PAS di masa depan, termasuk bagi kedudukan presiden.

Dalam pertemuan beliau dengan semua ketua dan setiausaha cawangan di Kota Baru minggu lalu, beliau meminta mereka melaksanakan hak menentukan pucuk kepimpinan parti di semua peringkat.

"Biarlah semua jawatan dipertandingkan. Ia bagus untuk memberikan hak sepenuhnya kepada ahli menentukan siapa pilihan mereka. Menang tanpa bertanding setiap masa ini ada negatifnya,"
 kata Rahim.

Khabar angin menyatakan PAS Kota Baru akan mencalonkan tokoh selain Hadi sebagai presiden bertiup sejak sekian lama.

Rahim sendiri sebelum ini pernah mencadangkan nama Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai presiden bagi menggantikan Hadi demi menyatukan kembali PAS.

Beliau yakin Hadi tidak akan mempertahankan jawatan itu demi kepentingan PAS yang sedang berpecah teruk sekarang ini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yakin tidak ada pencabar yang berwibawa menggantikan Hadi buat masa ini.

Sejak memangku jawatan itu susulan kematian Datuk Fadzil Noor pada 2002, kedudukan Hadi tidak pernah dicabar.

Manakala bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Kamarudin Jaffar pula berkata, beliau tidak terkejut jika ada kawasan yang mencalonkan tokoh lain untuk jawatan kepimpinan tertinggi PAS, termasuk jawatan presiden, memandangkan apa yang berlaku dalam PAS sekarang.

Mesyuarat agung PAS kawasan Kota Baru buat pertama kalinya akan diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, Bangunan PAS Kelantan, tempat di mana bekas Mursyidul Am Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberikan kuliah Jumaatnya saban minggu sebelum ini.

"Biasanya dewan ini untuk kuliah sahaja. Kami pilih untuk mengadakan mesyuarat di sini buat pertama kalinya sempena 50 tahun pembinaannya," kata Rahim, bekas ahli Parlimen Kota Baru.

Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS Kota Baru mengadakan mesyuarat agung pada Jumaat, sehari sebelum mesyuarat agung peringkat kawasan.

Pertandingan untuk merebut kepimpinan juga dijangka berlaku di peringkat kawasan Kota Baru.

Pada masa ini, Rahim merupakan yang dipertua kawasan, sementara Datuk Takiyudin Hassan (ahli Parlimen Kota Baru), timbalan yang dipertua manakala Datuk Anual Tan Abdullah (exco kerajaan negeri Kelantan), naib yang dipertua.

Takiyudin dikatakan akan mencabar Rahim kali ini untuk jawatan yang dipertua manakala Dr Rosli Ahlani, ketua Pemuda kawasan sekarang, dikatakan akan bertanding merebut jawatan timbalan yang dipertua. – TMI

ULASAN GB

Huykum kebenaran dan keadilan berjalan.

Tak salah apa pun dan tak berdosa untuk mencalonkan orang lain sebagai Presiden. So, lawan!

Usah pedulikan golongan taksub, serahkan urusan itu kepada Allah swt.